Saturday, 31 December 2011

[Reviu] 2011

Alhamdulillah, akhirnya dengan ketakjuban masa yang telah Allah ciptakan, tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya. Tahun 2011 umpama satu tahun yang penuh perubahan buat saya, penuh kejutan dan tentunya perkara yang tidak di duga. 

Bermula dari Januari 2011, Arab Spring menyaksikan satu revolusi yang masih lagi dinamik hingga kini. Begitulah juga revolusi yang berlaku dalam diri, semoga saya redha dengan segala pemberian Allah dan Allah Redha pada saya.

Segala yang berlaku menuntut pengorbanan dan air mata. Namun Allah ingin mengajar saya satu konsep, iaitu Redhalah dengan pemberian Allah, dan kejarlah Redha Allah, iringilah segalanya dengan sabar.

Antara yang paling menjadi ingatan buat diri saya ialah Allah izinkan saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah buat kali pertama. Saya harap lambaian saya kepada Rumah Allah dan Masjid Nabi bukanlah yang terakhir. Terma Kasih Allah kurniakan saya peluang dan kemampuan.

Dalam masa setahun, dua tahun akademik digabung bersama. Menjadi pelajar tahun dua dan tiga adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak mungkin berulang lagi. Pelajar tahun dua, penuh dengan praktikal yang mencabar, pernah sekali, hampir enam jam saya berdiri membuat eksperiment, akhirnya produk saya hilang begitu sahaja! Allah, hanya Dia sahaja yang tahu apa perasaan saya. Namun amali dari tahun dua amat membantu saya hingga ke tahun tiga. Alhamdulillah, minggu depan insyaAllah saya akan mulakan amali untuk projek tahun akhir saya yang bertajuk synthesis and characterization of novel mixed oxide fluoride.


Sungguh mengenai kehidupan sebagai Hamba Allah yang sentiasa mencari dimanakah cintanya pada Penciptanya, saya bagaikan tiada apa pun yang hendak diceritakan , tidak terucap ataupun tercoret dengan kata-kata dan tulisan, namun ianya adalah satu perasaan yang memenuhi hati lalu mengalirkan pelbagai gerak geri jasadi umpama mawar yang menyerbakkan baunya, umpama mentari yang menerangi bumi. Kadangkala ianya terus terlahir melalui senyum sendiri ataupun tanpa sedari air mata panas membasahi pipi.

Tahun 2011 hampir berlalu, saya masih lagi diri saya. Masih lagi melihat masa lampau dan memandang kehadapan, menyambung titik-titik dalam kehidupan untuk dijadikan lukisan, khas untuk dipersembahkan kepada Maha Pengasih. Saya harap lukisan ini mempunyai pengakhiran yang baik walaupun mungkin pada awalnya penuh dengan kesan comot, pertengahan mungkin tidak konsisten, mungkin juga ada cantiknya dan juga ada yang jeliknya, namun saya harap pena yang saya pegang sentiasa hasilkan timeline yang terbaik khas untuk Pencipta saya.

Tahun 2011 hampir berlalu, saya masih menanti salji turun membasahi bumi. Mungkin ini salji yang terakhir untuk saya lihat. Mungkin jua bukan yang terakhir sekiranya Allah izinkan saya berada di sini untuk setahun lagi. Hajat di hati, tentulah ingin menyambung pengajian dalam bdang pendidikan di bumi inggeris ini. Semoga Allah tentukan yang terbaik untuk saya sama ada Malaysia mahupun UK.

Semoga Allah pandu hatiku;

Setiap kesusahan, diiringi kesenangan, percayalah..itulah janji Allah kepada hambaNya dan Dia tidak akan pernah memngkirinya.

ps: hajat hati mahu berpuisi, namun hati juga tidak pasti sama ada hati sedang rawan mahupun segan atau apa-apa je la. :P

ps2: memang agak peribadi.-.-''



Friday, 30 December 2011

[reviu] Nothing To Envy; Real life in North Korea




Tajuk: Nothing to envy; Real Lives In North Korea


Penulis: Barbara Demick


Harga: Amazon; £5.99, Normal: £8.99


Bil. Mukasurat: 316
Rating: 5 bintang






Nothing To Envy; hanyalah terlihat pada tajuknya sahaja, lain dari apa yang saya fikir. Rupa-rupanya, itulah propaganda Kim Il Sung dan Kim Jong Il dalam usaha mereka menegakkan komunisma, sosialisma dan melawan kapitalisma. Apa yang menjadikan saya tiba-tiba membaca buku ini adalah apabila seorang sahabat saya meminta  untuk membeli buku ini untuknya dan juga kematian 'dear leader' mereka iaitu Kim Jong Il.

Berkisarkan kisah benar di North Korea, satu negara yang pada saya wujud hanya pada nama. Tidak terkupas oleh mana-mana media di dunia tentang apakah keadaan negara ini? apa yang ada? bagaimana budayanya? penduduknya? ekonomi dan politiknya?

Penulis buku ini; Barbara Demick adalah seorang journalis Amerika yang tinggal di Seoul(2001), pada masa tersebut, kesukaran untuk jurnalis ini melawat Korea Utara telah menyebabkan beliau menemurah pelarian-pelarian Korea Utara yang kini tinggal di Korea Selatan(KS). Masa selama tujuh tahun telah diambil dalam usaha beliau menemuramah pelarian-pelarian dari Korea Utara(KU) lalu dikumpul menjadi buku.

Pelbagai perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila membaca buku ini, terkejut, pelik, geram, sedih, semuanya bercampur baur. Bab pertama buku ini, iatu gambar satelit waktu malam memaparkan perbandingan antara KU dan KS, apa yang membuatkan saya terkejut adalah KU tiada bekalan elektrik! yang ada hanyalah di Pyongyang, iaitu ibu negara komunis tersebut.

Gambar satelit yang menunjukkan bagaimana KU dan KS ketika waktu malam.
Pelik! Hebat. Itulah yang tergambar apabila saya membaca buku ini, propaganda menutup segalanya, menutup apa yang penduduk KU sedang alami. Kononnya berkorban demi 'Dear Leader' mereka. Selepas tahun 1990, keadaan KU bertambah teruk apabila kebuluran semakin meningkat, ekonomi semakin teruk. Kerana prinsip negara ini yang independent, tiada import eksport dengan negara luar. Apa yang lebih teruk, mereka tidak dibenarkan berjual beli, bercucuk tanam kecuali dengan syarat-syarat tertentu. 

Mengapa negara ini tiada siapa tahu penderitaan yang di alami? 

Mereka dikawal ketat, setiap perumahan akan ada mata-mata yang akan sentiasa melaporkan apa yang mereka dapati kepada pihak kerajaan, lalu siapa yang mengutuk kerajaan ataupun dikenali sebagai disbeliever akan ditangkap dan dipenjara. Siapa pula believer? Believer adalah mereka yang percaya dengan propaganda yang disebarkan. Mereka setia pada Kim Jong Il dan Kim Il Sung. Tiada apa, ok sahaja apabila kebuluran, apabila mereka tiada kerja, tidak dibenarkan bercucuk tanam, berjual beli, mereka ok sahaja kerana 'dear leader', pada mereka Kim Il Sung disembah bagaikan tuhan dan Kim Jong Il bagaikan anak tuhan. Apa yang menarik perhatian saya ialah, setiap rumah di KU akan dibekalkan dengan potret KJI dan KIS beserta kain putih yang perlu digunakan untuk mengelap potret tersebut, kemudian akan ada tentera datang membuat spot-check, memastikan potret tersebut di lap, tiada debu, habuk!



Apa yang dikawal?
Negara yang sedang membangunkan program Nuklear dan memiliki armada tentera ke-empat terbesar di dunia ini sangat 'menjaga rakyat' mereka. 

Mereka dikawal, setiap mereka yang ingin mempunya televisyen perlu patuh dengan polisi open door. Setiap televisyen akan ditetapkan dengan rancangan TV oleh kerajaan sahaja. Cerita, buku, filem semuanya berkisarkan propaganda. Tiada apa yang bukan propaganda. Di saat KS jauh mendahului dengan Samsung, Hyundai, pemuda-pemuda di KU kelaparan, tiada pekerjaan, mundur, tiadak tahu apa itu internet, jauh dengan dunia luar. Namun, apa yang mereka tahu hanyalah' merekalah yang terbaik', ini kerana  melalui propaganda, KS, China, teruk, lebh teruk menghadapi kebuluran, kemiskinan berbanding mereka. Itulah dia apa yang tersurat di sebalik propaganda 'Nothing To Envy, we proud to be North Korean'.
Salah satu poster propaganda


Tainted Blood; Darah tercemar


Kehidupan di Korea Utara adalah berdasarkan kasta, dari Workers Party hinggalah kasta sebagai labour, miners. Inilah kelas-kelas sosial mereka, golongan yang dikenali sebagai Tainted blood adalah golongan seperti bekas askar Korea Selatan yang menetap di Korea Utara selepas Korean War, mereka yang pernah melakukan jenayah, dan melawan ideologi komunis. Tainted blood akan berkekalan hingga tiga keturunan, pada waktu ini, hak mereka diabaikan, mereka tidak dibenarkan untuk menempatkan diri ke kasta lebih tinggi, ke Institut pengajian tinggi dan tidak akan terpilih untuk apa-apa event yang ekslusif kerana tainted blood.

Self-Reliance
Melalui ideologi yang diajar sejak mereka kecil, self reliance sangat ditekankan. Seperti yang kita tahu, melalui ideologi komunis; manusia mempunyai kuasa untuk mengawal alam dan juga segala yang baik dan buruk adalah datang dari diri mereka sendiri. Apa yang dicoretkan oleh penulis di dalam buku ini mengenai self reliance adalah; mereka akan bekerja dan akan memperoleh kupon, kemudian melalui kupon tersebut mereka akan dapat makanan dari pihak kerajaan. Tiada konsumerisme, seperti yang saya sebut diatas, mereka dilarang untuk berjual beli, bercucuk tanam dan menjalankan import eksport.

Dear Leader; Kim Il Sung

Dear Leader
Menarik! Untuk terus menghebatkan propaganda, segala ucapan Kim Jong Il dan juga Kim Il Sung akan dibaca oleh pembaca berita dan televisyen dengan nada yang sungguh gah sekali. Rakyat KU tidak pernah mendengar suara pemimpin mereka secara live, inilah yang lebih membuatkan mereka berasa Dear Leader mereka sungguh istimewa, namun tembelang pecah jua apabila dalam buku ini, salah seorang watak iaitu Jun sang mendengar suara 'Dear Leader' dari Radio Korea Selatan yang didengar secara curi-curi. Apabila mendengan, Jun Sang hanya menggeleng dan berfikir, sah lah 'dear leader' mereka ini hanyalah manusia biasa. Namun brainwash mengatasi segala-galanya bagi mereka yang tidak mengetahu hakikat sebenar.

Ridiculous Restriction
 Selepas satu, satu pula sekatan dikenakan, dan pada kita, inilah sekatan yang agak merepek dan tidak bagi Workers' party. Mereka telah melarang penjaja kecuali wanita tua yang berumur 40 tahun ke atas, para pemuda perlulah melapor diri untuk bekerja di kilang-kilang tidak kira sama ada kilang tersebut mampu atau tidak untuk membayar gaji kepada mereka. Kemudian, sekatan dikenakan terhadap barangan jual beli, polis khas akan sentiasa mengawal jual beli ini agar tiada pelanggaran sekatan. Mereka tidak boleh berjual beli beras, kacang soya dan jagung, alat penjagaan diri, makanan ringan, pakaian dan sebagainya atas alasan barang-barang tersebut adalah dari China. Berkata mengenai pakaian, mereka menghalang penjualan pakaian dari China atas alasan pakaian tersebut terlalu berwarma dan ini tentulah tidak sesuai dengan pendirian mereka yang sosialis. Selain itu juga, alasan yang dikenakan adalah mereka patut menyokong barangan dari KU.

" We are supposed to buying North Korean products instead of Chinese. But NK does not make anything- it all comes from China- So there is nothing to buy". 
Luah hati salah seorang ahli perniagaan di KU ketika penulis menemuramahnya di China.

" Our general wants to bring back socialism the way it used to be''.


North Korean are waiting, for a tram, or maybe for a  passing car?, a friend or relative? maybe they are waiting for nothing in particular, just waiting for something to change.
                                                                                                          Barbara Demick, 2010


Thursday, 29 December 2011

Aku lihatmu....

Aku melihatmu bintang
Hanyasanya bilanganmu tidak terkira
Cantik gemerlapan, lagi memukau mata
Kau cantik, aku mahu kau jadi penemanku
Namun, tatkala awan gelap tiba, siang menjelma,
Kau tinggalkanku

Aku lihat pula padamu bulan
Kau satu dalam seribu bintang
Kau lah paling terang, engkaulah pilihan hatiku
Aku jatuh cinta padamu
Sering aku lihat kamu, 
Sambil cerita kisah suka duka ku
Kau jadi saksi, tawa dan tangisku
Kala awan gelap tiba
Gerhanalah kamu
Kau juga  pergi tinggalkanku

Aku lihat matahari
Kau sumber kehidupan
Kau lebih hebat dari bulan dan bintang
Aku kira, tanpamu tiadalah kehidupan
Kau jadi saksi kerja kerasku
Mencari ilmu, rezeki, ibrah di bumi tempat tinggalku
Namun awan gelap menjelma
Mendunglah bumi
Malam menjelma, hilanglah mentari
Kau jua, tinggalkanku

Tangisan menjelma
Malam gelap gelita, tanpa bintang dan bulan
Siang mendung suram tanpa terik mentari

Masa berlalu
Ampunkan aku
Aku manusia pelupa
Aku mencari yang ada, tiada
Hingga lupa pada yang selalu ada
Sang Pencipta dan Pencinta
Sungguh, aku manusia pelupa
Terlalu mencintai ciptaan 
Hingga aku terlupa pada Zat Maha Pencipta
Sungguh, ampunkan aku


Kesatlah air mata
Hilangkanlah hiba
Rabbmu sentiasa ada
Mengawasimu sepanjang masa
Tuhanmu tidak pernah lupa
Walau hakikatmu hanyalah manusia alpa

Kala terasa diri tidak punya apa

 Hanya tangisan menerpa menyelubungi masa
Hentikanlah tangismu
Mulakan langkah yang baru
Mohonlah pada Rabbmu
Pimpinlah jalanmu
Menuju pada Cintamu yang hakikatnya Satu
Dihadapanmu masih ada rumah-rumah Allah
Disana ada kemanisan
Disana ada penawar duka






Monday, 12 December 2011

Justifikasi antara seni dengan hedonisme.


Kritikan hebat  Atan Ali yang disiarkan di utusan Malaysia baru-baru ini memberikan gambaran jelas  kemana hala tuju industri perfileman nagara kita. Adakah ianya mahu menegakkan unsur seni ataupun menegakkan budaya hedonism semata?

Islam tidak menghalang perkembangan  seni, malah banyak nilai-nilai Islami diteraapkan melalui syair hatta ketika zaman Rasulullah sekalipun[1,2]. Rasulullah membenarkan orang Yathrib mendendangkan Thalaal Badru ‘Alaina sempena menyambut ketibaan baginda. Ketika membina masjid Nabawi, Rasulullah turut serta bermadah[2]. Seni itu luas dan mempunyai matlamatnya yang tidak kosong semata-mata. Seni juga melambangkan budaya dan cara hidup sesebuah masyarakat. Lhat sahaja seni bina istana-istana kerajaan Umayah Andalus  yang diasaskan oleh Abdul Rahman Ad-Dakhil , Istana al-Hambra di Granada, seninya tidak dapat dihakis lagi bahawa ianya adalah seni bina Islam.

Namun di Negara kita kesenian kian kabur, mungkin juga sebelum kedatangan Islam ke negara kita, aspek seni banyak dipengaruhi oleh kebudayaan hindu. Selepas adanya Islam, seni orang melayu banyak dipengaruhi unsur-unsur Islam antaranya marhaban, ghazal, dan sebagainya.

Hedonisme? Apakah itu?

Hedonisme  diambil dari bahasa yunani iaitu hedonismos yang membawa kepada ‘kesenangan’, menurut kamus oxford  ia membawa makna " the pursuit of pleasure; sensual self indulgence", jika diterjemahkan kepada bahasa melayu ianya menunjuk kepada mengejar keseronokan,  tiada disiplin diri dalam mengawal nafsu.

Tanpa  kita sedar, kita sendiri telah kabur dimana letaknya seni, dan dimana letaknya hedonism. Ada juga pihak yang mencantikkan hedonism dengan topeng ‘seni’. Kehebatan lakonan yang tiada nilai juga disebut sebaga seni. Namun, apakahh nilai lakonan tersebut? Adakah ianya hanyalah tuntutan nafsu jasadi?  

Dari segi rancangan televisyen, konsert, kebanyakannya lebih membawa kepada kesenangan sementara  berbanding dengan adanya nilai-nilai seni yang bermanfaat. Hedonisme yang dipakaikan dengan pakaian seni melahirkan generasi muda yang terkinja-knja di konsert, yang melalukan seks bebas, melahirkan anak luar nikah, pakaian yang semakin kurang kain dan sebagainya. Jika dilihat dengan jelas,apakah ini seni? Kesannya tiada yang positif, namun negatif. Tidak menguntungkan bangsa kita sedikit pun.

Nilailah semula, apakah nilai akhlak yang anda boleh dapat melalui filem di Negara kita, Mat Remp-it, Impak Maksima, Hantu kak Limah pulang  ke rumah, pisau cukur dan yang terbaru lebih berombak, ialah ombak rindu. Mengenai Ombak rindu, saya hanya dengar-dengar sahaja, kerana saya tidak pernah membaca edisi novelnya. Siapa Izzah, siapa Haris? Tipulah jika saya tidak tahu kerana apabila saya bertanya(survey) dari lima  orang kawan saya, empat daripadanya memang tahu siapa mereka. Hebat sungguh penangan 'seni' tanah air. :)

Jika jawapan saya sendri, apa yang saya dapat hanyalah gelak tawa, ataupun adalah sedikit rasa sedih. Namun, apabila ditanya dimanakah nilainya, mungkin saya akan diam ataupun kabur, dimana saya mahu cari nilainya? Ataupun jika saya cari tidak jumpa kerana memang tiada pun! Kehidupan? Ya, mungkin ada, namun ianya hanyalah gambaran kehidupan yang negative dan tidak memberikan inspirasi pun kepada golongan yang ingin mencari makna hidup, malah boleh jadi mengajar kepada mereka realiti hidup yang negatif.

Melentur buluh biarlah dari rebungya,
Ayah kencing berdiri, anak kencing berlari,

Jika kanak-kanak/ remaja yang masih mencari jalan hidup, sekiranya dipengaruhi dengan unsur-unsur ini, inilah yang menjadi ‘pengajaran’ kepada mereka.

Mengajar orang muda umpama mengukir di atas batu, kerjanya rumit, panjang, namun hasilnya asli. Jika cantik ukirannya, tinggilah nilainya. Itulah peranan kita kepada diri kita dan generasi muda dalam mengukir diri. Jangan tunggu hingga kita sudah tua, baru hendak belajar bagaimana hendak membentuk diri. Jika pada waktu itu, ianya umpama mengukir di atas air, mudah sahaja, namun kesannya hampir tiada.

Akhir sekali, nasihat untuk diri saya sendiri yang masih cetek ilmu pengetahuan, merangkak mencari makna hidup, mengutip pengalaman dari orang yang lebih dewasa, carilah seni, bahan bacaan yang tidak merugikan kita. Kajilah sejarah, sirah, hasil-hasil tulisan tokoh-tokoh Abbasiyah, Umaiyah, Uthmaniyyah dan juga ketika zaman Khulafa al-Rasyidin, tokoh 'Golden ages' kita, apalah kita kenal dengan  Ibn al-Jawzi, apakah kita kenal dengan Ibn rajab, para tabien, para sahabat? apakah kita tahu bagaimana kisah mereka menawan puncak dunia berprinsipkan Islam?

Tepuk dada, tanyalah iman : )



Wallahualam.

Rujukan:
[1] Syamail Muhammad s.a.w, Imam al-Tirmizi, Telaga Biru Pub., hal:159

[2] The sealed Nectar( Sirah Nabawiyah, Raheequl Makhtum), Safiur-Rahman Al-Mubarakpuri, Darussalam pub. , page: 172./ Versi PDF bahasa melayu, hal: 95/276.




Saturday, 10 December 2011

Benefitting from time and oppurtunities

" Know my son, that days consist of hours and hours are made of the breaths you take. Every breath is a treasure chest, so beware of letting a breath pass by with no benefit. You do not want to find an empty treasure chest on the Day of judgement and regret".

Ibn al-Jawzi, Sincere Counsel To the Students of Sacred Knowledge, pg:49.

Wednesday, 7 December 2011

Antara idealistik, realistik dan praktikal.


Idealistik,
Terlalu,
Hingga kabur akan reliti sebenar
Kehidupan fizikal kita
Kehidupan seharian
Terlalu mengkritik apa yang ada ,kerana inginkan ke idealistik an
Melabel manusia lain kerana indikator idealistiknya
Merendah diri lah
Janganlah tergesa-gesa
Kaji dahulu
Lihatlah dunia dengan lebih realistik
Hidup ini masih panjang
'faham', 'tidak faham'...
Apa indikatornya hingga kita tergamak berkata sebegitu rupa?

Sentiasa berdoa
Sabar.. kefahaman adalah satu proses.
Terimalah sesuatu idea dengan rasional
Bukan dengan emosional
Jangan kita merigidkan sesuatu benda hinggalah dunia ini kelihatan begitu sempit.

Realistik
Boleh direalisasikan
Namun, di dalam kerealistikan ini
Jangan kita lupa konsep keseimbangan.
Sederhana.
Jika berpuasa, punya masa untuk berbuka. Jika solat malam, ada masa untuk tidur.
Kehidupan seharian kita
Sangat menuntut konsep keseimbangan dalam kita merealisasikan tugas dan matlamat.
Jangan tergesa-gesa.
Selami satu persatu
Jangan mudah putus asa
Setiap dari kita punya limitnya
Tapi jangan hingga kita yang meletakkanya
Padahal belum berusaha sehabisnya

Praktikal.
Boleh diamalkan, mampu dilihat kesannya, baik ataupun tidak.
Boleh dikaji
Terutamanya di zaman super mencabar ini
Di saat kita rasa kita bertanggungjawab menyusun, menyiapkan diri
Jangan kita lupa menyusun dan menyiapkan hati.
Aku rasa perlu lebih jelas
Apa itu kehidupan
Bukan kehidupan sebagai duat sahaja
Namun sebagai peribadi mukmin
Perlu lebih praktikal
Jangan  hanya mahu itu, mahu begini
Di majlis-majlis kita sahaja
Katanya ekslusif.
Tidak.
Peribadi mukmin itu di mana-mana.
Di dalam dewan kuliah, di dalam masyarakat, di antara rakan sebaya, di antara orang kafir
Di mana dan bagaiman kita bawa diri
Itulah kita
Berdoalah
Agar Allah kurniakan kefahaman
Dan kita dapat menerimanya dengan baik.
Bukan menerima dengan tergesa-gesa
Hingga akhirnya
Jadi rigid.
Perkara yang mudah, lagi dirumitkan
Kaji dahulu.

Wahai diriku,
Jangan kecilkan, jangan rigidkan dunia dengan istilah
Besarkanlah dunia kita dengan praktikalti
Fikirlah dengan lebih realistik
Lihatlah dari segi sudut 3 dimensi
Umpama kita melihat sebuah kiub.
Kita dapat lihat bagaimana sisinya
Bahagian hadapannya
dan bahagian sisinya.
Jangan mudah menunding jari.
Jangan mudah menyalahkan pihak itu dan pihak ini
Lihat semula siapa diri kita.
Jika kita menunding jari kepada orang lain
Lihatlah, hanya satu jari ke arah 'objek' tersebut
Kalau style aku tunjuk, dua jari.
lagi 3 jari pada diri sendiri.
Apakah itu maknanya aku menunding pada kamu,
Aku lebih baik daripada kamu?
Tidak.
Tentu sekali post ini adalah untuk aku.
tiga lebih banyak dari dua jari kan.
Maknanya, kerja untuk muhasabah diri, mencari self motivation lebih perlu berbanding...
sibuk, mengkiritik, menunding jari.

Idealistik, realistik dan praktikal.
Alangkah bagusnya seandainya tiga beradik ini dapat kerja bersama:)

Wallahulam.





Friday, 2 December 2011

Bangau oh Bangau



Actually, waktu kecik-kecik, aku nyanyi je lagu ni.
Lagu rakyat kan..
Bila dah sekarang,
 aku perasan
Apa yang hendak disampakan melalui lagu ni.

1)Alasan
2)Ego

Akhirnya lagu ni terus melarut, berjela.
Berjela.
akhirnya, bila tanya si ular.
ular teus menjawab tanpa berdalih
itu makanan aku.

Habis lagu.

kalau ular beri alasan lagi.
Ak tak tahu berapa panjang lagu tu.
Inilah sebenarnya apa yang mungkin orang sebelum ni hendak sampaikan
dari segi moral, nilai hidup, iman.

Aku pun
Reflek jugak
Banyak jugak alasan
Dan alasan tu adalah untuk menutup ego kita
Menutup kesalahan kita
Yang kadangkala kita sukar untuk terima

Kadang-kadang kita sukar untuk terima sebab kita pandang kepada peribadi orang yang menegur
Kita selar peribadi dia
Sampai kita lupa perkara yang hendak disampaikan
Walaupun perkara tu betul.

" Perhatikanlah apa yang dikatakan orang, jangan memperhatikan siapa yang mengatakannya"
                                                                                                         Saidina Ali B Abi Talib

Lagu ni menggambarkan juga satu komuniti
Yang memang saling tak habis menyalahkan
Memang tak habis la masalah
Kalau setiap pihak saling menyalahkan.
Betul kan?


Moral: Jangan contohi resmi Bangau, ikutlah ular.




Thursday, 1 December 2011

Racun Dalam Hidangan? Duri dalam daging

Saya masih ingat lagi, semasa saya membaca Raheequl Makhtum, ada satu bahagian yang sangat sedih. Membuatkan saya hampir menangis.

Kisah yang berlaku sewaktu perang Khaibar. Apa yang berlaku pada baginda?

Seorang wanita yahudi, telah meletak racun yang kuat kesannya pada kambing yang dihidangkan kepada baginda dan sahabat-sahabat. Rasulullah makan. Lalu Rasulullah meminta semua orang berhenti makan kerana kambing tersebut memberitahu bahawa dia mengandungi racun!

Namun, ada juga sahabat baginda yang makan. Lalu syahid!

Rasulullah menderita kesan dari racun tersebut hingga baginda wafat.

Apa alasan wanita tersebut?

Dia ingin melihat kenabian baginda, sekiranya baginda memaafkan, benarlah Muhammad adalah seorang nabi. Sekiranya dia selamat dan baginda wafat, maka baginda hanyalah seorang raja. Raja biasa.

Akhirnya, terbukti baginda memang nabi.


Aku terharu kerana sikap pemaaf baginda dan juga derita yang dialami hasil dari racun tersebut.

Aku masih menyemai cinta kepada baginda. Walhal baginda sudahpun menyematkan cintanya kepada umatnya.

Alangkah kerdilnya aku.

Rujukan;
1)Sirah Nabawiyah(Raheequl Makhtum) versi PDF, hal. 221-222. Perihal kambing beracun.
2) Syamail Muhammad saw, lauk Rasulullah saw, hal.103-104.



Friday, 25 November 2011

cukuplah

jangan salahkan diri kita, tidak kisahlah 10 tahun yang lepas, 20 tahun yang lepas.
kita jahil? bodoh? buta?
Apa lagi?
Tanpa kita rasa semua tu, 
mungkin tiada kita kini
Jika kita sempurna
Mana mungkin kita boleh memahami perasaan tidak sempurna
dan sekarang, memang kita sebenarnya masih lagi tidak sempurna
Mana mungkin kita boleh melabel manusia
Hidup ini terlalu panjang
untuk kita salahkan masa silam
Namun jangan padam
Kerana  dengan menoleh ke belakang
titik-titik kehidupan ini dapat disambung
untuk melengkapkan lukisan hidup kita

Kamu kata, kamu baru jumpai hidup
setelah lama kamu hidup
Namun, maksudnya bukan begitu
Tidakkah kamu tahu Allah telah mengatur yang terbaik buatmu
Ibu bapa telah berperanan mendidikmu
pada masa yang lalu
Kita masih belajar
Setiap tahap adalah belajar
Tanpa masa silam
Tiada kita hari ini



Better late than never.

As I get older
The priorities have changed
Commitments become doubled perhaps more
I know, people around me have the same sense too
And yet, this is because we are getting older 
and we have the same destination
that is Allah

This is my personal opinion
You can choose to take it, or just ignore it.

Salam Maal Hijrah
1433H

ps: Hijrah tidak berlaku semasa bulan Muharram, hanya tahun 1 hijrah diambil dari tahun berlakunya hijrah umat  dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Baginda dan Saidina Abu Bakar berhijrah pada akhir bulan Safar dari Mekah, kemudian tiba di Quba pada 8 Rabiulawal. Baginda menetap di situ selama 4 hari dan tiba di Madinah pada 12 Rabiulawal.

Rujukan: Raheequl Makhtum


Saturday, 19 November 2011

Guru.

Jika difikir-fkir semula, cita-cita saya bukanlah guru. Namun, Allah lebih mengetahui kelebihan dan kelemahan hambaNya. InsyaAllah, apa yang Allah aturkan, itulah yang terbaik bagi saya. Tanpa saya sedari, saya sudah semakin jauh terjebak ke kancah perguruan.

Alhamdulillah, hari ini Allah izinkan saya untuk menjadi salah seorang fasilitator untuk kem solat. Kem solat merupakan kerjasama antara postgraduate dan undergraduate Birmingham dalam usaha mendidik golongan cilik ini cara bersolat. Sejujurnya, saya pergi untuk diri saya sendiri. Instead of niat ingin menyampaikan ilmu yang tidak seberapa ini, saya juga ingin belajar untuk diri saya.

Kedatangan kami disambut oleh kak Fina, terkejut juga saya apabila dia menggelarkan kami sebagai teacher di hadapan mereka.

Saya dan rakan yang lain cuba memecah kesunyian dengan sesi berkenalan. Terasa kekoknya apabila saya cuba memancing perhatian kanak-kanak tersebut, wajah mereka masih lagi kosong. Tiada perubahan! Laju otak saya berfikir, bagaimana ingin memecah kesunyian.

Akhirnya, kami kumpulkan sahaja mereka dalam satu kelompok dan mengadakan sesi soal jawab, nampak sepert berjaya kerana mereka sudah mula berlumba-lumba mengangkat tangan. Hurm..mereka sudah berasimilasi dengan sistem di sini dimana mereka berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang diaju, mungkin juga jika di Malaysia, soalan saya dbiarkan sunyi...jika sudah terdesak, mungkin akan adalah pelajar yang kiasu akan mengangkat tangan cuba menjawab, itu pun dengan perasaan takut jika salah.

Apa yang menarik perhatian saya adalah akhlak kanak-kanak ini. Ada sepasang adik beradik yang turut menjadi peserta kem solat. Sorang kakak dan adik. Ketika saya bertanya soalan pada si adik, si kakak lantas memberi sokongan pada si adik untuk menjawab dan cara si kakak memberi sokongan pada si adik, sungguh menawan hati saya. Boleh dikatakan cara bercakap dan riak manis wajah si kakak pada adiknya membuatkan saya terfikir, siapakah ibu bapa mereka. Sungguh terdidik cara bertutur dan akhlak sesama adik beradik. Hal ini membuatkan saya teringat sebuah hadis Rasulullah saw.

Daripada riwayat Ayyub b Musa daripada ayahnya daripada datuknya bahawasanya Rasulullah saw bersabnda, " tiada ibu bapa  dapat memberikan hadiah yang lebih baik melainkan akhlak yang indah". 
Riwayat Ahmad dan Tirmizi.


Benarlah kata-kata Rasulullah yang sememangnya baginda tidak bertutur mengikut hawa nafsu bahkan semuanya dari Allah swt.

Namun, sama jugalah hakikatnya apabila kita melihat golongan muda yang berakhlak kurang baik, pasti terfikir juga.. apakah ibu bapa mereka tidak memberikan didikan kepada mereka? bak kata pepatah melayu..
 " jika si bapa kencing berdiri, anak pula kencing berlari".
Bukanlah kita bersangka-sangka, namun inilah naluri semulajadi manusia yang melihat perkembangan anak-anak kecil ini berdasarkan siapa ibu bapa mereka kerana pada tahap ini mereka masih lagi bersama ibu bapa, majoriti keadaan mereka adalah di rumah.

Keadaan yang berlaku juga menyebabkan saya sedar betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam perkembangan kanak-kanak terutamanya dari segi adab mereka. Tentulah, ini kerana kelak kita juga akan menjadi guru. Jika bukan guru di sekolah, kita masih menjadi guru kepada anak-anak kita. InsyaAllah.

Kemudian, kami pun meneruskan sesi pembelajaran. Setelah melihat saya tidak berjaya mengubah wajah kosong anak-anak kecil ini menjadi satu, kami pun membuat keputusan untuk memecahkan mereka kepada dua kumpulan. Akhirnya saya ditempatkan dengan mereka yang sudah berada di sekolah menegah, antara umur 11-13 tahun.

Ringanlah sedikit cabaran saya apabila bersama dengan peserta yang lebih besar. Kumpulan yang lagi satu, umur mereka adalah dari 5-9 tahun. Sempat juga saya menjenguk bagaimana sahabat saya mengajar kumpulan lagi satu ni. Kreatif! detik hati saya, manakan tidak, bermain hangman untuk belajar cara solat.

Alhamdulillah, sessi yang berjalan selama dua jam sangat memberi banyak pengalaman kepada saya, terutamanya bagaimana hendak berkomunikasi dengan golongan yang lebih muda dan juga kanak-kanak. Bagaiman ingin menarik perhatian mereka supaya pembelajaran akan nampak lebih nteraktif. Serius, memang mencabar. -.-".

Tanpa diduga, kami menerima sagu hati daripada persatuan wanita Birmingham. Alhamdulillah, apa yang saya perolehi lebh daripada saguhati tersebut!

Kem Solat 2011
19.11.2011


NHB
19112011
20:06
Birmingham, Uk








Wednesday, 16 November 2011

syukur dari seorang raja. [bahagan 1]


    Alhamdulillah, laptop saya akhirnya dapat berfungsi semula dengan izin Allah. Oleh yang demikian, tidak perlulah saya melarikan bajet untuk membeli laptop baru. Berkata tentang syukur, menyebabkan saya teringat kisah nabi Sulaiman, pewaris takhta Nabi Daud a.s.

Kalau anda rajin, bolehla  selak Quran, surah An-Naml dari ayat 14-44.

Kisah nabi Sulaiman dimana kedaulatanya tidak pernah dimilik oleh mana-mana manusia pun.

Katanya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya. (30:35) 

Baginda boleh bercakap dengan angin, burung dan juga semut. Jika hendak dibandingkan dengan kedaulatan mana-mana raja, kedaulatan mereka hanyalah tertakluk pada manusia, itupun ada juga manusia yang memberontak. Bala tentera baginda pula adalah manusia, binatang dan jin.

Baginda adalah 'phophet king'. Antara pengajaran yang dapat saya garap dari kisah baginda adalah:

1) Baginda ingin sentiasa bersyukur dengan kelebihan yang ada, baginda juga tidak melupakan kedua ibu bapa dan berharap supaya diredhai Allah. Sifat ini Allah ceritakan semula pada kita apabila Nabi Sulaiman dan bala tenteranya berarak hinggalah sampai ke lembah semut, kemudian, ketua semut pun mengarahkan semua semut-semut berlindung, risau diapa-apakan oleh Nabi Sulaiman berserta bala tenteranya.

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (27:19)

bak kata pepatah melayu, " Di mana ada gula, di situlah adanya semut".
oh, pepatah ni hanya hiasan.

2) Baginda seorang yang berdisiplin dan teliti dalam memeriksa bala tenteranya, apabila baginda mendapati Burung Hud-hud tiada, baginda bertanya dimana burung tersebut, kemudian barulah baginda akan hukum sekiranya burung hud-hud lewat tanpa sebab. 

Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah dia dari mereka yang tidak hadir? (20) Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali dia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab dia tidak hadir). (21) Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya dan aku datang kepadamu dari negeri Saba` dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. (22)

Akhirnya burung Hud-hud pun tiba dengan membawa berita akan sebuah negeri dimana permaisuri serta rakyatnya menyembah matahari. Mengikut ibnu Kathir, tugas burung Hud-hud adalah mencari air di kawasan padang pasir, kemudian, apabila si hud-hud jumpa bekalan air, tentera-tentera baginda akan menggali tempat tersebut. Boleh juga masa hari tu, waktu tengah ronda-ronda, si Hud-hud nampak sebuah negeri yang dimana penduduknya masih lagi kafir. Namun, hud-hud tidak membiarkan sahaja penduduk negeri tersebut, bahkan terlewat ke perhimpunan kerana menyiasat perkara tersebut untuk dilaporkan kepada Nabi Sulaiman.

insyaAllah, dah ngantuk. 

To be continue.......
References: 
1)Al-Quran (27: 14-44).
2) Ibnu Kathir, Stories of the prophets.





Wednesday, 9 November 2011

penyakit

Penyakit hati adalah penyakit yang tersembunyi. Sukar untuk disedari oleh penghidapnya. Ini menyebabkan penghidap lalai akan penyakit ini, boleh jadi ia akan menular dari fasa satu hinggalah ke fasa kritikal. 


Sekiranya disedari, sukar baginya untuk terus bertahan mengawalnya. Ini kerana ubatnya adalah pahit. Ubat ini ialah melawan keinginan hawa nafsunya sendiri.


Saya agak memilih buku untuk dibaca mengikut tempoh yang ada. Selalunya, buku berbentuk sirah nabi, kisah para sahabat, sejarah, biography dan fiksyen saya akan habiskan secepat mungkin. Namun, buku seperti Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin ataupun buku yang mengajak kita melakukan amali(haraki).., saya lebih selesa membacanya sedikit demi sedikit. saya membaca buku ini sejak bulan dua yang lepas(bukan dua bulan yang lepas). Masih tidak habis lagi? mengapa?

Jawapan yang lain saya simpan sendiri. Apa yang saya perasan, selalunya buku ini amat bersesuaian dengan apa yang saya rasa. Saya juga mahu habis membaca, namun saya tidak mahu segalanya hanyalah teori, bukan amali.

Untuk diri saya khasnya, terlalu banyak yang perlu diperbaiki dalam jalan menuju Allah.

Rujukan:
Imam Ahmad b Qudamah al-maqdisi, Mukhtasar MInhaj al-Qasidin, bab 18, hal.308

Saturday, 5 November 2011

pengorbanan

Ku lihat bintang aku lihat  bulan
Ku dongakkan wajah ke  langit
Leka mengimbau masa
Akan pengorbanan seorang wanita
Sanggup kerana perintah Tuhannya


Wanita mana yang sanggup ditinggalkan,
Bersama anak yang masih kecil,
Di padang pasir yang penuh gersang,
Tandus, umpama tiada harapan.

Dia memanggil suaminya,
Memanggil dan bertanya,
Adakah ini perintahNya
Angguk, tanda taat pada Yang Maha Esa,
Akur mereka pada Maha Pencinta,
Pengorbanan yang penuh bermakna,
Tanpa menoleh
Ibrahim  meninggalkan buah hatinya
Kerana tahu
Allah bersama kita,

Siti Hajar,
Di amuk fatamorgana,
Rengekan tangis si kecil,
Mengusik hati ibu, membuatkan hati gundah gulana,
Safa Marwah, Marwah Safa
Cekal dia berlari, letih bukan penghalang diri
Sepenuh kudrat, menguras tenaga,
Mencari air penghilang dahaga.

Kasih Allah tiada penghujungnya
Lantas hentakan kaki kecil Ismail
Pemberi cahaya
Terpancar air jernih
Hadiah Allah, penawar hiba
Hingga kini, mengalir laju..
Terus mengubati dahaga hambaNya
Air inilah menjadi saksi
Buat Ismail, Hajar, Ibrahim hinggalah junjungan kita
Muhammad tercinta.

Masa terus berlalu
Kini, bumi pengorbanan
berubah sudah wajahnya
Dari padang pasir gersang, tandus tiada harapan
Hingga kini menjadi tumpuan
Berjuta-juta jiwa...
Hadirkan diri,hadirkan hati
Buat menjadi tetamu yang Maha Menguasai

Aku di sini
Hanya  dapat menghadirkan hati
Kepada Rabb ku, Yang Maha Mengasihani
Ampuni aku
Ya Allah....aku manusia lemah,
Kadangkala, masih menimbang tara erti pengorbanan
Didik aku Ya Rahman,
Apakah dia erti pengorbanan
Aku takut jatuh cinta,
aku takut jatuh cinta pada dunia dan seisinya
Hingga aku menjadi alpa
Rupanya akhirat aku tidak punya apa..
Jauhkan aku ya Allah, dari dunia yang sentiasa mengejarku
Tanpa penat lelah dia mengekoriku

Aku Rindu
Pada bumi kaabahMu
Bumi yang menjadi saksi dakwah kekasihMu
Izinkan aku Ya Allah
Hadirkan hati, hadirkan diri
Menghirup udara yang menghidupkan kekasihMu
Meneguk air yang menghilangkan dahaga buah hatiMu
Semoga lambaian ku, bukanlah lambaian terakhir...

Aku rindu.

kredit



9 Zulhijjah 
5.11.11





Thursday, 3 November 2011

asyik

"Aku terlalu asyik mengasah pedang hingga hampir terlupa apa tujuanku mengasahnya".

Jangan sampai aku tertinggal jauh ke belakang.



Aku rindu zaman kita bersama.

Tuesday, 1 November 2011

seronoknya membasuh

Bangun pagi, bersiap ke kelas, tidak lupa  untuk membasuh baju. Maklumlah, kalau tak basuh baju, bila  pakai pun tak selesa, bau pun macam tak best je dan yang paling penting kita sendiri annoyed tengok kotoran-kotoran yang mengannoyingkan.

Basuh baju pun bukan senang, bukan main sumbat je dalam mesin basuh. Akan asing dulu baju yang banyak kotoran dan yang tak banyak kotoran. Baju yang banyak kotoran akan dibasuh tangan dahulu.

Huh, sibuk bercerita cara aku basuh baju.

Cuma aku harap, keseronokan basuh baju dan lihat baju kembali bersih dapat aku rasa dalam proses membasuh, meneliti kotoran hati dan berusaha menanggalkannya.

Kadangkala kita leka, cintakan dunia.

Namun, aku rasa bersyukur. Allah tak pernah tinggalkan aku. Kerana Allah maha Kuat.

Hari-hari awal bulan Zulhijjah. Banyak-banyak zikir. Banyak kan doa.

Semoga Allah berikan aku kekuatan, kefahaman, pulihkan semangat yang hilang kerana kecelaruan.

Namun, sebagai manusia, adab jangan di lupa.

Ok, coretan sempat di pagi hari.


" ku  ingin merasakan kesan membasuh hati iaitu, memakai hati yang bersih, wangi, bebas dari daki-daki yang mengannoyingkan, hati yang lembut mengingati penciptanya, hati yang menyantuni ciptaanNya, hati yang menyantuni makhlukNya hanya keranaNya..aku mahu kesan ini lebih daripada rasa gembira memakai baju yang siap dibasuh, wangi dan bersih".

0826
1/11/11
Birmingham, Selly Oak
Susun buku sebelum ke kelas,
Susun hati untuk hari mendatang.

Saturday, 29 October 2011

Mulia

Aku risau sekiranya seseorang memuliakan orang lain kerana pangkatnya, bukan kerana ilmu. Maka dunia diletakkan di atas, ilmu hanya dijadikan alas. Kesannya amat besar, manusia akan mengejar pangkat. Oleh itu, selain menyusun manusia, susunlah hati-hati ini agar lebih menyintai ilmu keranaNya dan bukan menyintai pangkat dan kedudukan.

Be humble, merendah diri


Pangkat akan hilang di bawa pergi. Ilmu yang berguna akan menjadi saham di kubur& akhirat nanti.

Wallahualam.


Thursday, 27 October 2011

kamu guru

Kamu guru
kamu kental mengajarnya
Kamu sabar menghadap kerenahnya
Kamu tidak betah menjawab soalannya
kadangkala kamu marah
Namun kemarahanmu kerana masa depannya
Kerana sayangmu padanya

Kamu guru
Kamu ajar dia dari ABC, 123
Kamu lihat dia dari bersikat tepi, bertocang dua
Hingga kini dia cantik, kacak bergaya
Kamu lihat dia dari tidak tahu apa
Mengesat hingus yang terpalit di muka
Hingga kini kamu dengar dia berjaya

Kini dia,
berbekalkan ABC, 123
berbekalkan apa yang dipelajari dari gurunya
Melangkah jauh mencipta nama
Ada yang jauh di persada dunia
Ini kisah muridmu yang berjaya
Ada juga yang melakar nama
jauh entah tidak tahu ke mana
Ini kisah muridmu yang kandas hilang dari pandangan mata

ini kisah muridmu yang berjaya
mereka semakin berjaya
kamu pula semakin tua
masih lagi sebagai seorang guru yang setia
sedang dia,
seorang jurutera, doktor, juruterbang, angkasawan dan sebagainya
hati kamu mulia
kamu melihat kejayaanya tanpa meminta apa-apa
walhal gajimu tidaklah hebat mana
jauh dalam lubuk hatimu
kamu lakukan bukan kerana gaji yang tidak berapa
namun kasih sayang pada agama dan anak bangsa
 kamulah yang mendidiknya
Hingga dia mampu
membuka mata
melihat dunia


Terima kasih guru
kamu murabbi sejati.
Sudah berapa kali hatimu dilukai
Tetapi amanah yang telah Allah beri
Akan kamu pikul dengan rela hati.
Semoga Allah membalasnya di akhirat nanti.

0930
271011
Selly Oak, Birmingham
Hujan renyai-renyai
Padamkan api dalam hati.

Monday, 24 October 2011

" Approach people through their interests rather than your own." - Robert Barras,Scientist must write, (2002), pg. 85.

Saturday, 22 October 2011

kegilaan

Ada beberapa kegilaan yang perlu kita risau.

1) Kegilaan pada hiburan, hingga lebih mengetahui berita mengenai artis berbanding berita mengenai umat, negara dan dunia.

2)Kegilaan pada teknologi hingga bangun pagi, facebook dan twitter dibelek dahulu berbanding mengambil wudhuk untuk solat subuh.

3)Kegilaan pada 'cinta pra-matang', hasil dari 'cinta' ini, pelbagai kisah sensasi yang menjadi penghias di dada akhbar tabloid. Kegilaan pada cinta ini juga membuatkan remaja buta, merasakan pilihannya adalah pilihan yang paling tepat.




Thursday, 20 October 2011

Hak Kita.

" kita juga berhak mengembalikan Empayar Islam yang pernah dibina atas prinsip keadilan, kesaksamaan, menyinar serta membimbing seluruh manusia". Imam Syahid Hasan al Bana, Buat Pemuda, khasnya Mahasiswa, Himpunan risalah Imam Hasan Al Bana/ Majmuk Rasail, hal. 138.

Hak kita, bukan hanya hak ahli politik, imam muda, ustazah pilihan, dan sebagainya. Hak kita, potensi kita..

Wednesday, 12 October 2011

Timelapse: Beautiful relation of Allah Creatures.




Taken using : iphone 3Gs.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.  (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka(3:190-191)

Monday, 10 October 2011

Inikah seksaan

Apabila aku lemas dalam pelukan malam
Lena dengan hembusan angin kencang yang menyejukkan malam
Hingga tewas untuk bangun bermunajat pada Maha Pencipta.
Mengadu nasib hanya padaNya

Saturday, 8 October 2011

Beloved

You are the light of my eyes
You are the answer to my cries
You are the dawn that chased away
My darkest night

[log cerapan] Bulan musim luruh

Hampir 6 bulan saya tidak mencerap(koof). Kali terakhir saya sempat mencerap adalah ketika bulan Mac tahun ini. Mungkin kerana persekitaran rumah saya yang lama menyukarkan untuk saya mencerap. Sekitar jam 6 petang, saya berjalan-jalan sekitar kawasan perumahan dan dengan izin Allah, saya dapat melihat bulan yang terbit agak awal ketika ekuinoks musim luruh.
sekitar jam enam petang. Bulan sudah kelihatan. Keadaan langit agak berawan.


Alhamdulillah, pada malam ini(07102011) saya berjaya mencerapp bulan dilokasi lain, iaitu selang beberapa buah rumah dari rumah lama saya. Rumah tersebut terletak di corner lot dan berpagar . Memudahkan kerja saya memilih tempat yang bagus untuk meletakkan teleskop dengan baik.

Rasa hendak mencerap muncul  pada jam 8 malam, semasa menunggu Isya' saya mencapai binokular Celestron 20x50 yang telah saya beli pada musim panas yang lepas. Bulan yang saya lihat melalui binokular ini agak memuaskan hati, pada waktu ini bulan berada jelas, tidak terlindung dek awan dan ranting pokok.
kedudukan bulan pada jam 8 malam.
Menggunakan Binokular  Celestron 20x50.

Celestron upclose 20x50
FOV 3.2 degree

Akibat dari melihat bulan yang agak menggembirakan hati menggunakan binokular, saya akhirnya membuat keputusan untuk mencerap sekitar jam 10 malam. Malangnya keadaan langit pada waktu tersebut agak berawan dan kedudukan bulan ketika itu agak terlindung dengan ranting -ranting pokok, mujurlah sekarang musim luruh, tidaklah daun pokok tersebut menutup bulan juga=D. [ terima kasih pada sahabat-sahabat yang membantu!]

Buat kali pertama, saya telah menggunakan eyepiece 10mm dan juga moon filter(penapis cahaya bulan). Melalui lens dan moon filter , permukaan bulan akan dilihat dengan lebih jelas dan tidak menyakitkan mata saya. [terima kasih pada yang menolong membelikan filter!]
1) eyepiece 25 mm (lens panjang)
2)eyepiece 10 mm(lens pendek)
3) moon filter(dalam bekas lutsinar)
4) kotak moon filter(25% transmission)


Keadaan malam yang sejuk menyebabkan saya tidak sempat menangkap gambar bulan yang saya kira sangat cantik. Namun begitu, tidak elok juga saya salahkan malam yang sejuk. Sebenarnya, saya masih sangat amatur dalam merakam imej melalui teleskop walaupun hati saya sangat-sangat nak berkongsi apa yang saya nampak dengan anda.




ps: insyaAllah, ingin menulis mengenai alatan mencerap yang saya miliki.

Birmingham
0027
08102011

Monday, 3 October 2011

Perasaan

Menangis.

1 bahagian adalah air mata, 9 bahagian adalah perasaan.

Birmingham
Poynting Physics

Wednesday, 28 September 2011

Air mata darah

Pagi yang indah
Ku selak tirai kamarku
Menerpa sang mentari menyinari wajahku
Langit biru bumi inggeris senyum padaku

Aku ingat kampungku
Di lakarkan dalam sejarah, terpahat hingga kini
Felda namnya
Bumiputra majoritinya

Aku risau
Majoriti ini umpama anak kecil
Perlu diberi perhatian
perlu diberi susu
Perlu dilebihkan melebihi yang lain

Aku risau
Apabila satu hari mereka dewasa
Tiada lebih perhatian
Tiada susu
Tidak dilebihkan melebihi yang lain
anak kecil ini akan kandas dalam kehidupan

aku jadi saksi
pada Felda kelahiranku
dimana anak kecil ini
Seakan tidak mahu menjadi dewasa
Diberi pendidikan
Ponteng menjadi pilihan
Boleh sahaja kerja dengan ayah
Menghabiskan masa didalam gelung menjadi pilihan
Diberi kenderaan khas untuk anakku mudahkan pergerakan
Namun lumba haram menjadi jalan

Apakah kamu mahu hidup selama-lamanya dengan kuota?
Namun kamu lemas diapitnya
Padahal mereka yang lain jauh mengemudi hidup
Walalupun mereka baru datang menghuni suwarna bumi
Sebagai pekerja lombong, buroh ladang
Beusahalah, sedarlah.
Ini tanah kita
Kita penghuni nusantara,
Kita menjunjung aqidah yang Maha Esa.

Aku berdoa pada yang Maha Esa

Puisi ini ditulis selepas membaca sendiri kenyataan Perdana Menteri mengenai kuota bumiputra. Pada saya kuota ini ada kelebihan, ada kekurangannya. Namun, pada masa kini golongan yang diberi kuota seakan sukar untuk mengemudi hidup sendiri. Inilah realiti felda kini. Mungkin kawsan kampung, taman perumahan juga mempunyai situasi yang hampir sama. Bersama-samalah kita berdoa pada Allah dan berusaha sehabisnya jika sayangkan bangsa dan agama.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Birmingham
0803
28092011

Sunday, 25 September 2011

[sajak]Perindu bulan

Aku juga begitu
Bukan mudah untuk menangkan diri
Aku umpama perindu bulan
Menanti damai, menyapu lara

Tiada salam tiada pesan
Kadangkala kamu hilang
Umpama bulan dibalik awan
Terus gelap malam tanpa paduan
Namun hati kecil terus berdoa
agar DIA terus memadu malamku
Mengembalikan rembulan yang hilang dalam hatiku
Kembalikan lirih senyuman di wajah kamu

Hembusan angin mengeringi tangis hiba
Berharap hanya padaNya

Aku masih aku
Aku serahkan padaNya siapa aku
Kamu umpama hijau
Ditengah lautan manusia biru

Terlalu banyak yang kita lalui bersama
Kamu racun kamu penawar

Padaku 'patah tumbuh hilang berganti' tiada pada kamu
Kamu tumbuh,hilang tiada terganti
Di sisi aku, kamu ada

Thursday, 15 September 2011

La Tahzan


" True love is likes ghosts, which everybody talks about, but few have seen"
- Francois Duc de La Rochefocauld-

Sunday, 11 September 2011

yang paling kuat akan menang

Besi itu kuat
tetapi api dapat mencairkannya

Api itu kuat
tetapi air mampu memadamkannya

Air itu kuat
Tetapi matahari bisa mengalahkannya

Matahari itu kuat
Tetapi awan bisa menghalanginya

Awan itu kuat
tetapi angin bisa memindahkannya

Manusia itu kuat
Tetapi ketakutan bisa melemahkannya

Ketakutan itu kuat
tetapi tidur bisa mengatasinya

Tidur itu kuat
Tetapi mati ternyata lebih kuat

Yang terkuat adalah kebaikan
ia takkan hilang setelah mati

Dipetik dari: The way to win, hal:25

Saturday, 10 September 2011

Realiti

Ada satu realiti, tak pasti ianya hanya berlaku di Malaysia, ataupun di seluruh dunia.

Ini situasi tipikal
1) Bila kahwin muda
Orang akan kata: "ai, cepatnya kahwin, gatai bebenor".
2)Bila lambat kahwin
Orang akan kata : "ai, lambat bebenor die kawin, awak rase la, takde orang nak ke die"
3)Bila dah kawin
Orang akan tanya : "Bilanya kamu nak dapat anak ni?"
4) Bila ramai anak
Orang akan kata: " waah, ramainya anak, tak rancang keluarga ke?"
5)Bila dah ada anak
Orang akan tanya: "kat mana anak kamu belajo sekarang ni?"
6)Bila anak dah habis belajar
Orang akan tanya: "kat mane anak kamu kerje sekarang ni, pakai kereta apa?"

Macam semua serba tak kena kan?

Dan pertanyaan dari no.1(atau banyak lagi) akan berulang pada si anak semula. Apabila pertanyaan ataupun cakap-cakap ini subur dikalangan masyarakat, seseorang akan sangat mementingkan penampilan dan maruah untuk menghentikan cakap-cakap negatif pada dirinya supaya digantikan dengan kata-kata puji-pujian ataupun bodek-bodekan. Tetapi, kalau sedar, manusia sentiasa akan cari yang tak kena. Kadangkala bila sudah buat 9 kebaikan, tiba-tiba lahir satu kecacatan maka yang cacat itulah yang diriuhkan. Seperti tidak mensyukuri 9 kebaikan.

Ini adalah realiti masyarakat kini. Bukan kini, mungkin sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi. Kadangkala sesuatu itu bukannya lahir dari keperluan, tapi dari kemahuan. Kemahuan yang kuat supaya orang sekeliling memandangnya hebat.

Lalu, lahirlah budaya menunjuk-nunjuk hasil dari masyarakat sekeliling yang serba tak kena. Muncullah fenomena 'guna dulu, bayar kemudian', 'biar papa, asal bergaya' dikalangan masyarakat kita. Saya juga, tipulah kalau saya katakan saya terkecuali dari rasa macam tu. Kalau ikutkan hati, nak je kereta yang grand, rumah yang besar. Tapi, fikir balik, adakah nanti gaji saya mencukupi? Adakah itu satu keperluan atau kemahuan yang melebihi kemampuan? Apa niat nak ada kereta grand, rumah besar?

Itulah perlunya diri kita bermujahadah. Melawan  kemahuan yang selalunya lebih dari keperluan. Jangan hingga pahala untuk keperluan itu hilang ditelan kemahuan ingin menunjuk-nunjuk. Menunjuk-nunjuk kepada masyarakat yang tidak pernah rasa cukup. Tetapi, masyarakat juga adalah saya. Oleh itu, cubalah saya juga menstop memandang orang serba tak kena.-.-'' (nasihat untuk diri )

Percayalah, apa yang Allah beri, itulah yang terbaik.

ps: Puasa menahan lapar dan dahaga itu lebih mudah berbanding puasa hati dan lidah. -.-''

Mitsubishi Lancer sedan
VS
Proton Inspira
-.-''
copy and paste
then label yours hehe.




Wednesday, 7 September 2011

dendang

Pejuang tak didendang
Biar Allah sahaja yang membalas budimu
Berjuang
Berjuang
Kerana ingin Islam, maruah, keamanan sampai kepada anak cucu
Melalui darah dan air mata
Tidak mahu kamu melihat anak cucumu hidup dalam cengkaman imperialis
Cukuplah.

1)Fenomena Malaysia, hangat. Bertelingkah kerana statement sejarah.
2) Ianya boleh dikatakan umpama, 'sudah terhantuk, baru terngadah'
3) Media mula mengsensasikan segala jenis khabar dengan susunan metafora, anafora dan hyperbola yang berlebihan, umpama 'indah khabar dari berita'(baca: berita sebenar)
4) Anak muda pula mula menyalahkan pihak itu dan ini,antaranya: Ada pihak cuba sebunyikan sejarah, pihak ini buta sejarah dan macam-macam lagi.. Namun, lihat  pada diri, sekiranya bahan bacaan hanya buku teks sejarah tingkatan 1-5 dan baca setakat nak lepas ataupun tak baca, jangan salahkan pihak lain, pengetahuan umpama sagu. Takle asyik disuap 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya'.
5) Dalam sejarah melaka, saya lebih suka pepatah Hang Jebat: "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar sampai basah". Manakala pepatah Hang Tuah :" Kita bagaikan mentimun dengan durian, digolek kita hancur kena golek pun kita akan hancur."



Saturday, 3 September 2011

Handkerchief

" Handkerchief Saad b Muadz di syurga lebih cantik daripada mantel ini"

Kata Rasulullah saw. sewaktu sahabat-sahabat semua kagum dan ternganga melihat keindahan mantel yang kainnya dari sutera, bertatahkan emas yang dihadiahi oleh seorang raja kepada baginda.

fuh~ Rasululla benar belaka.
sekadar hiasan:P





Monday, 29 August 2011

Kehendak & Kemampuan-2

Part 1
Ada pula yang mampu, tetapi tidak mahu. Ianya tipikal secara umumnya. Contoh luas lagi, kes Lynas. Berapa ramai saintis yang ada di Malaysia, namun sukar sungguh untuk mencari saintis yang berani tampil menjelaskan pada umum apa itu Lyna. Balik-balik rakyat Malaysia yang bukan semua ada pengetahuan am pening. Ahli politik/saintis ni kata ok. Lagi sebelah pihak kata tak ok. Saya yang bukan pakar(cewaah) juga dah pening kepala.

Ada juga yang mahu, tetapi tidak mampu. Contoh pun banyak dan jelas. Ada contoh yang baik, dan ada yang tidak. Bak kata pepatah melayu: yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan _________. (baca: lupa dah)

Jadinya, kemahuan dan kemampuan perlu ada. Saling melengkapi untuk membuat tugasan. Bagaimana untuk kita memberi £1 pada orang lain padahal kita hanya ada £1 sahaja? Habislah kita. Ataupun kita mampu, ada £100, tapi £1 pun tak nak bagi. Sama je. Itulah sebab kita kena ada kemahuan dan kemampuan.

Sewaktu Perang Tabuk, ada sahabat Rasulullah yang ingin turut serta ke Tabuk, mereka ini mahu, namun tiada kenderaan. Maka bercucuranlah air mata mereka kerana tidak dapat ikut serta ke Tabuk. Punya kemahuan, namun tiada kemampuan.

 Ada pula yang mampu, kaya raya. Punya kenderaan. Namun jauh sekali mahu turut serta. Perjalanan ke Tabuk itu jauh, panas, walhal duduk-duduk sahaja di Madinah lebih senang. Kurma sudahla berbuah dengan meriahnya. Inilah golongan Munafik yang disebut dalam Quran. Ini pula punya kemampuan, namun tidak punya kemahuan.

Rujukan : Buletin Utama TV3
               Raheequl Makhtum
               Surah At- Taubah

Akhir sekali, selamat hari raya aidilfitri,
Salam Aidilfitri!
Maaf Zahir Batin
Kalau ada salah silap,
ForGIVE & forGET itu lebih baik:)
insyaAllah
Semoga Allah terus terangi hati kita dengan Nur Ilahi.



Cuak menanti 17 sept
nhb
Jauh, Rimbunan pohon sawit, Malaysia


Saturday, 27 August 2011

Kehendak & Kemampuan


Ramai yang memiliki kemampuan, namun tak ramai yang memiliki kemahuan. Jika kita belum jelas,  sebagai contoh kita boleh lihat secara umumnya, berapa ramai di kalangan kita mempunyai lesen kereta(baca: mampu bawa kereta) tapi berapa ramai yang mahu membawa kereta?

Sama juga dalam melakukan beberpa tugasaan, ramai yang mampu. Tapi tak ramai yang mahu. Lagi-lagi tugasan yang berat ini, namun ganjarannya adalah lebih baik dari seluruh isi bumi. Ramai yang tahu akan ganjarannya, namun berapa ramai yang mampu, lalu ditapis lagi berapa ramai yang mahu.

Untuk yang mahu pula, perlu jelas hala tuju, perlu jelas metode perlaksanaannya.

Ini juga untuk aku.


UK

Salam wrm, rasa macam kejap pulak masa berlalu. Pejam celik, dah dua tahun aku jadi Brummies. Tahun lepas macam tak rasa sangat, mungkin sebab tak berapa communicate dengan junior yang nak fly rasanya. Tahun ni, banyak juga pertanyaan yang di ajukan. Jadinya, bila banyak tanya pasal preparation, barang apa nak bawak, camna nak survive kat sana, tersingkaplah kenangan   dua tahun yang lepas...fiu~~

Visa itu perit
Pada semua orang yang nak g UK untuk belajar, tentu kena buat visa kan....Jadinya, inilah antara part yang agak perit, terkejar-kejar dan macam-macam lah! kalau waktu tahun saya, boleh pulak surat tawaran MIA. jadi, visa dibuat agak super lewat dan saya walk in je untuk mensetelkan visa. Alhamdulillah, waktu saya walk in, orang tak ramai dan visa saya siap dalam masa empat hari. XD. Apa yang saya lihat dari pertanyaan junior-junior saya, nampaknya proses buat visa makin susah. fuh~nasib baik saya dua tahun yang lepas.
tadaaa.. visa bila dah siap

Luggage.
Kecuali private. Mereka ni mungkin akan naik flight selain dari MAS. Scholars akan naik MAS selalunya. Jadi pada siapa yang akan naik mas, bolehla anda apply grads card. Tempat untuk apply adalah dekat KL sentral ataupun dekat pejabat MAS,  Wisma KFC(tak tahu ada lagi ke tak). Faedah Grads card adalah: apabila anda naik MAS, anda hanya boleh check in luggage sebanyak 20kg, tetapi jika anda mempunyai Grads card, anda boleh check in sebanyak 30 kg. Berfaedah bukan? :). Untuk cabin luggage, beg laptop tak dikira sebagai check in luggage, jadi anda boleh bawa beg check in dan juga beg lappy anda.
bentuk Grads card


Electrics appliances
Saya dulu bawak rice cooker. Agak ok untuk bawak sebabnya dekat UK rice cooker macam tak banyak pilihan. Tapi kalau nak beli pun ok, kira optional. Untuk barang letrik yang lain, rasanya tak payah bawak pun takpe. Anda boleh dapat barang-barang letrik dekat Argos dengan harga yang berpatutan. Bolehla anda isi beg anda dengan barang-barang lain ya! Laptop, untuk benda ini, sangat-sangat diasihatkan untuk membeli siap-siap dari Malaysia memandangkan kat Malaysia lagi murah dan boleh dapat free bis lagi tuh Kat UK, jika anda membeli laptop, anda akan dapat laptoptu seketul je. *Also apply on other electric appliances.
bawak yang kecil-kecilan pun boleh. optional, harga rice cooker kat UK macam agak mahal

Accomodation
Untuk Uni. of Birmingham, harga hall sangat-sangat-sangat lah mahal. Pada saya yang KPM ni, tak mampu rasanya untuk duduk hall sebab masa zaman saya(baca: 2 tahun lepas) hall paling murah adalah £346. Ok, ramai jugak yang curious, kalau tak duduk hall, tak dapat lah nak mingle around dengan local, so what purpose blaja kat UK? huhu, pada saya personally benda tu depends la pada orang tersebut, kalau saya nak rapat dengan local, tak la sampai kamcing. Just rapat yang bertegur sapa, bersembang-sembang dan kalau dah kena satu group, berdiscuss-discuss la.
Mason Hall yang super mahai

   Pada saya, untuk mingle kenal diorang tak lah sangat sebab kebanyakan diorang mempunyai life yang sangat berbeza dengan saya. Life dengan drinking, clubbing and so on adalah budaya mereka. Kadangkala ada juga ajak berdiscuss di pub. Inilah masanya untuk kita membuktikan yang kita adalah anak timur. hehe. Tolak dengan cara yang baik, dan terangkan bagaimana budaya kita. InsyaAllah, after that, diorang akan hormat. Jika anda nak mingle around juga, banyak lagi cara yang lain, boleh  sembang-sembang dan banyak lagi. Tak perlu sampai nak masuk budaya mereka(baca:pandai-pandai jaga diri). Cukuplah dengan cara yang berhikmah. Dah dua tahun ni, kenal la jugak camna perangai coursemate-coursemate saya. kkof...
inilah mereka waktu membantah kenaikan tution fees. nak tak nak, naik jugak. huf.

Course: Chemistry
 Anyway, sepanjang dua tahun belajar benda ni, semuanya ok. :D. Mengenai slang brit, agak pekat kalau diorang sembang-sembang ja, tapi kalau lecturer tu bagi lecture, bahasa dia akan standard. Jadinya, kalau anda tak tidur, bagi tumpuan sepenuhnya, insyaAllah tahulah apa yang pensyarah cakap walaupun pada waktu tersebut anda tak faham. At least anda boleh rekod apa yang pensyarah cakap dan simpan dalam kepala anda. Mungkin ianya boleh jadi restore points bila sesak.-.-
  Bila anda tak faham, jangan simpan lama-lama ataupun membiarkan diri anda terus tak faham sampai time exam! *applicable untuk mana-mana orang. Anda bolehla mengemel pensyarah tersebut, cuba untuk membuat temujanji dengan beliau. Kemudian datanglah berjumpa dengan pensyarah tersebut dan cuba explain apa yang anda tak faham. kkof. (selalunya saya buat time dah dekat exam-.- hehe)
Bloody haworth


Survive
Kita adalah duta kecil pada negara kita dan agama kita sendiri. Jadinya, wajiblah kita mingle around dengan diorang bukan hanya untuk mendalami culture diorang, tapi untuk menunjukkan juga apa values and faith yang kita ada. Pasal kita ni Malaysian, rasanya dia boleh google tengok camna orang Malaysia. Tapi as a muslim, banyak sangat kan sekarang berita-berita tak bagus pasal muslim, jadi...kita lah yang patut tunjukkan apa yang ada dalam hot-hot news pasal Muslim=terrorist tu bukanlah muslim yang sebenar haaa...nampak dah big picture betapa besarnya tanggungjawab kita as a muslim:).
Islam itu Indah :)

Shopping
 Bulan 12 akan ada boxing day, tapi saya selalunya akan ambil langkah berboxing kat internet memandangkan saya bukanlah seorang yang suka keadaan yang sesak. Kalau kat Birm, Bullring adalah tempat popular untuk bershopping. Jarak bullring dari rumah saya adalah 10 minit by train. -.-,
Bullring yang dibangga-banggakan.



Travel
Efisen. keretapi laju dan kerap. But, money also can be a prob kalau tak pandai manage. Usually, kat sinila peluang untuk travel dalam negara ataupun luar negara nak ke luar negara. XD
Kat sini la nak travel, g Ireland, Spain . mana-mana negara eu



Ok, sekian. selamat berbuka. :)