Monday 17 December 2012

[reviu] Di bawah Lindungan Kaabah 1




Saya sudah mendengar tajuk cerita ini sejak awal tahun lagi, namun keinginan untuk melihat cerita ini hingga ke hujungnya hanya diizinkan baru-baru ini sahaja. Alhamdulillah.

Tanpa berlengah, memang saya akui cerita ini sangat bermakna dan menyentuh perasaan. Hasil karya Buya Hamka tidak pernah mengecewakan, sama seperti karyanya yang bertajuk Tenggelamnya Kapak Van Der Wijck. Buya Hamka, seorang cendikiawan nusantara yang mempertangahkan kisah realiti masyarakat, dengan cita dan cinta yang memang menjadi asam garam kehidupan manusia.

Berlatarkan era 1920-an, di Padang, Indonesia,

Cerita ini mengisahkan Hamid, anak pembantu rumah kepada Engku Jaafar. Hamid mencintai anak Engku Jaafar iaitu Zainab, apabila zainab bertanya kepada Hamid, apakah citanya yang paling tinggi, jawab Hamid; dia ingin menunaikan haji. Ya, satu cita yang sangat tinggi dan juga pada Zainab satu penantian yang akan dihadapi.  Mana tidaknya, di era berkenaan menunaikan haji merupakan satu ibadat yang  memerlukan satu perjalanan yang panjang, hingga digarapkan dalam cerita ini;

" Aku kagum dengan mereka yang daat menunaikan haji, menabung bertahun-tahun, kemudian bermudik berbulan-bulan menuju ke Tanah Suci, boleh sahaja ketika mudik, mereka pergi dan tidak akan kembali"



 Kisah cinta mereka dengan beberapa halangan dan dugaan yang mereka hadapi dan juga cita-cita Hamid yang ingin dikecapi. Halangan yang  berkisarkan  latar belakang sosial pada ketika itu, taraf ekonomi, pendidikan dan juga cara fikir masyarakat terhadap sesebuah isu. Pendek kata ini adalah kisah cinta yang terhalang kerana perbezaan darjat.


Untuk melewati badai, kita harus terus berjalan, bukan berhenti.
Dan untuk terus berjalan, hanya ada dua hal yang harus kita bawa..
KEYAKINAN dan CINTA...






Terdapat beberapa perkara yang mencuit saya untuk saya kongsi bersama, antaranya ialah

1) Pendidikan
2) Sosioekonomi setempat
3)Cara fikir & penerimaan masyarakat terhadap sesebuah isu
4) Keadilan Sosial


Akan disambung,


Friday 16 November 2012

[Reviu] Filem: Laskar Pelangi


Filem: Laskar Pelangi

Durasi : 2 jam 30 minit

Pengarah : Riri Riza, merupakan adaptasi dari novel Laskar Pelangi
                karya Andrea Hirata











sebuah filem yang diadaptasi dari novel Laskar Pelangi, malangnya saya belum membaca novel tersebut, jadi saya tidak mampu menilai adakah filem ini benar-benar membangkitkan roh yang dicoret oleh Andrea Hirata dengan baik.

Telah banyak cubaan yang saya lakukan untuk fokus melihat filem ini, sejak dari tahun pertama pengajian saya di universiti, hinggalah ke tahun akhir, semua cubaan berakhir dengan saya hanya melihat suku dari filem ini. Seolah-olah saya tidak apat merasai apa yang ingin disampaikan melalui filem ini atau kata mudahnya saya tidak faham apakah mesejnya.

Akhirnya, ketika saya di tahun empat pengajian, tergerak juga hati saya untuk menonton semula filem ini, bukan apa.. hanya perasaan ingin tahu. Filem ini  menjadi buah mulut orang dan  novelnya juga mendapat sambutan. Perasaan ingin tahu membawa saya untuk cuba menonton kembali filem ini.

Setelah beberapa kali cubaan, barulah saya faham apakah mesej filem ini. Ternyata filem ini mampu meninggalkan kesan kepada penonton. Saya kira tulang belakang filem ini adalah kepentingan pendidikan tanpa mengira kelas sosial,semangat dalam menuntut ilmu dan juga semangat murabbi dalam usaha menyampaikan ilmu dalam keadaan yang holistik, syumul dengan mengambil kira aspek duniawi dan ukhrawi. Saya kira filem ini baik untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat terutamanya golongan pendidik.



Filem ini adalah filem yang realistik, berlatarbelakangkan zaman 80-an, ketika mana Malaysia dan Indonesia gigih dan bergantung kepada perusahaan bijih timah. Namun, lewat 80-an, harga bijih timah menjunam jatuh di pasaran, menyebabkan Indonesia dan Malaysia rugi besar. Latar belakang sosial pula adalah kelas sosial yang rendah, dimana murid-murid di SD Muhammadiyah adalah anak nelayan, buruh bijih timah. Mereka bukan anak kelas pertengahan apatah lagi golongan elit. Lihat muka sahaja, semuanya comot-comot belaka. Pada saya antara mesej filem ini juga adalah hak kesamaan dalam pendidikan masih belum tercapai lagi.

Pendek kata, filem ini adalah filem yang sarat dengan mesej mengenai kepentingan memperjuangkan pendidikan yang holistik, mengambil kira aspek dunia dan ukhrawi dan juga hak mendapatkan pendidikan tanpa mengira kelas sosial supaya kita tidak mengabaikan setiap unit modal insan yang hakikatnya mampu memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat, negara dan agama. Sebagai seorang guru pelatih, cerita ini sangat menyentuh perasaan. Besar mesej yang disampaikan jika dibandingkan dengan filem SAM, Hanya Tiga Hari, Ombak Rindu dan sebagainya.


Hidayah Bani
Nottingham




Monday 12 November 2012

catatan

Lama, lama sangat rasanya tak menulis di laman ini. Kalau waktu cuti dulu, habis je satu buku terus rasa nak update kat blog. Tapi sekarang, untuk fokus baca sebuah buku dalam satu masa, agak susah. Mungkin sahaja saya sendiri yang masih lagi bertatih mengurus masa.

Saya masih ingat lagi, perbualan dengan kawan-kawan satu masa dahulu, mungkin sahaja 5, 6 bulan yang lepas. Bila sahaja orang kata PGCE Nottingham sibuk, saya tidak mengiyakan, tetapi saya hanya berkata, "bukan sibuk, tapi kena pandai urus masa." Manakan tidak, ada pihak yang membanding-bandingkan antara PGCE di London dan di Nottingham. Pada waktu tersebut, belum rasa lagi apa yang dimaksudkan, jadi untuk mengiyakan macam kurang selesa sebab belum mengalaminya.

Lebih sebulan menjadi pelajar di UoN. Benarlah, bukan sibuk sangat PGCE di sini, cuma perlu pandai urus masa. Kadangkala kerjanya tidaklah banyak mana, tapi bila deadline hampir tiba, baru rasa.. eh! Mana masa aku yang lepas? Maka, terungkaplah perkataan 'sibuk' dari bibir masing-masing. Saya juga mengalaminya, tapi cuba untuk mengambil ibrah dari peristiwa yang lepas dan semoga tidak akan mengulangi pembaziran masa di masa akan datang.

Catatan kisah peribadi bukanlah pilihan pertama saya jika ingin mencoret di laman ini. Namun, kisah PGCE ini hanya timbul dari perasaan ingin berkongsi, bukan menghebah mengatakan sayalah manusia paling bizi.

Tiga tahun belajar sains tulen, namun bila tiba setahun belajar sains sosial ianya bagaikan satu kejutan. Tapi jauh di dasar hati, saya seronok belajar. Namun ada juga kelemaha-kelemahan yang ada dalam diri yang mungkin juga boleh menjadikan rasa seronok itu hilang. Iyalah, saya juga manusia biasa, kadangkala bukan kenal kehendak diri ingin macamana. Apa yang saya perasan tentang diri saya, dari kecil saya bebas membuat keputusan, apabila keputusan itu dirasa tidak tepat, mulalah saya rasa peribahasa 'sudah terhantuk baru terngadah' sesuai dengan keadaan diri. Terhantuk inilah yang banyak membuatkan diri saya belajar. Namun saya tak nak lah terlalu kerap terhantuk kerana ianya boleh memudaratkan diri, biarlah terhantuk ini membuatkan saya lebih berjaga-jaga agar tidak terhantuk lagi.

Catatan pendek, dicoret ketika menunggu. Masa menunggu juga sangat berharga. Tapi kadangkala terlalai juga, boleh jadi masa menunggu itu digunakan untuk facebook dan twitter ataupun online shopping. Sedar-sedar, bila masa menunggu sudah tamat, baru rasa, eh..apa yang aku dah buat sejam tadi? macam tak dapat apa pun .

Catatan pendek. Buat simpanan untuk dibaca apabila diri melangkah semakin dewasa. Apabila lihat kembali catatan di masa silam, senyuman mengiringi setiap patah kata-kata yang dibaca. Kadangkala tepuk dahi..wah, macamni ke aku dua tahun yang lepas. Apapun selagi catatan itu tidak memalukan diri, ianya masih bermakna untuk dirai. Jika terlalu peribadi, cukuplah kalau saya sendiri simpan dalam memori.

Catatan pendek, buat kenangan.


Hidayah Bani
Nottingham

Sunday 23 September 2012

[reviu] Mandala Dunia Kedua

Tajuk: Mandala Dunia Kedua

Penulis: Azizi Haji Abdullah

Penerbit : PTS Litera

Harga: RM 18.00


Teringat saya akan perbualan dengan seorang kawan, mungkin main-main, mungkin juga serius.

A: Eh, ko nak kahwin dengan tokey balak tak?

B: Tak nak la..

A: Kenapa taknak? kaya apa...Takpun ko tak nak sebab dia rosakkan alam sekitar.

B: Ha ah, sebab dia merosakkan alam sekitar,sebab tu la aku tak nak.

Alam Sekitar, nadi bumi. Hutan belantara, jantung penguat kehidupan di dunia. Novel terakhir Ustadz Azizi Haji Abdullah sebelum beliau meninggal dunia. Saya kira satu karya hebat. Penulis bukan sahaja mempunyai susunan kata yang menarik, bahkan penulis juga menerangkan keadaan di dalam novel dengan sungguh terperinci, hingga terdetik  hati saya, "hebatnya, penulis umpama ahli ekologi yang memang sangat memahami keadaan di dalam hutan belantara." Novel ini juga merupakan sebuah novel akidah, penuh perincian dan setiapnya dikaitkan dengan Allah Maha Pencipta.

Dua watak utama, Sima dan Jon. Seorang pensyarah dan seorang sarjana ekologi. Kedua-duanya mahu mencari dunia kedua, mahu lari dari hiruk pikuk hutan batu yang penuh dengan keserabutan, penyelewengan, jenayah dan segala-galanya sangat menyesakkan minda. Sima dan Jon, berkenalan lalu apabila menyedari mereka berdua mempunyai matlamat yang sama, iaitu mahu lari dari hutan batu, akhirnya keduanya merancang untuk meneroka Banjaran Titiwangsa, mencari dunia kedua.

Jon, berbekalkan nilai moralnya, dia tidak membawa tuhan bersama, cukuplah sekadar mempunyai nilai moral yang kukuh, masuk ke hutan belantara, untuk mengagumi dan memelihara ciptaanNya, bukan Pencipta. Sima, berbekalkan keimanannya bersama-sama Jon ke hutan belantara. lalu bermulalah kehidupan mereka berdua, bersama dalam satu khemah.

Melalui novel ini, pelbagai persoalan yang bermain di minda saya, sebagai seorang manusia yang normal, saya terfikir, apakah Sima dan Jon mampu bertahan hidup bersama, sima dengan imannya sebagai seorang muslim, jon dengan nilai moralnya. Di dalam novel ini juga, penulis sarat meletakkan elemen-elemen aqidah melalui perbualan Jon dan Sima.

Banjaran Titiwangsa, hakikatnya banjaran ini amat dekat dengan kehidupan saya. mana tidaknya, saya hidup berdekatan dengan banjaran ini. Usai membaca novel ini, apabila saya melihat banjaran Titiwangsa, unpama saya kembali semula ke dunia novel Mandala Dunia Kedua. Ustadz Azizi, cantik sekali di gambarkan keadaan banjaran titiwangsa, hebat sekali kesannya kepada saya. Apabila membaca novel ini, hati saya umpama tergores juga apabila melihat ada kesan tarahan tanah di banjaran ini. Semakin lama manusia semakin tamak, semakin rakus mencabul hutan tropika hingga lupa bahawa itulah tunjang kehidupan mereka.

Hutan, banjaran. Saya pasti anda sudah tahu apakah kegunaannya. Tanpa banjaran dan hutan, mungkin kita tidak mampu hidup dengan amannya.

Saya teringat satu point yang saya baca dari buku, Doktor Umum, karya Dr. Mahathir. Beliau menyatakan bahawa perindustrian lebih menguntungkan dan memberi peluang pekerjaan berbanding sektor pertanian. Bayangkan, seekar tanah apabila digunakan untuk pertanian, ianya hanya mampu memberi peluang pekerjaan kepada seorang petani, namun apabila seekar tanah dibangunkan untuk perindustrian, ianya mampu memberi peluang pekerjaan yang lebih banyak, boleh jadi berpuluh-puluh. Namun, apabila di fikirkan semula, bila tiba masanya, manusia tidak akan mampu hidup dengan hasil perindustrian. Manusia tidak akan mampu hidup dengan hanya ada kereta besar, telefon mudah alih yang canggih, teknologi yang hebat, namun tiada makanan. Ianya menyedarkan saya akan sehebat manapun pembangunan di masa ini, namun apabila tiada keseimbangan, hanya kerosakan yang akan berlaku. Saya tidak mengatakan pendapat Dr. M salah, pendapatnya betul dan dengan pemikiran beliaulah negara kita membangun. Namun, keseimbangan itu perlu ada supaya kita mampu meneruskan kemandirian hidup secara semula jadi. Tidak perlu meneroka planet lain untuk didiami, cukuplah dengan memakmurkan bumi yang ada ini dengan sebaiknya.

Mandala Dunia Kedua, sebuah novel yang pastinya tidak mengecewakan. Saya kira sudah hampir tiga minggu saya habis membaca novel ini, namun isinya masih bermain-main di fikiran saya. Satu karya sastera yang sarat dengan ilmu, kesedaran dan juga pasak aqidah. Semoga roh pennulis ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang soleh. Setiap yang beliau titipkan, merupakan ilmu yang sangat berguna, dunia dan akhirat.


Wallahualam

Hidayah Bani
Nottingham.

Wednesday 12 September 2012

[reviu] Memoir Seorang Guru

Judul :Memoir Seorang Guru

Penulis: Azizi Abdullah

Penerbit: Alaf 21

Harga: RM13

Bil. Mukasurat: 299





Azizi haji Abdullah. Satu nama yang tidak asing satu masa dahulu dan kini semakin luput namanya untuk dijadikan buah mulut generasi muda kini. Kunjungan saya ke kedai buku semasa cuti telah menggerakkan hati saya untuk membaca karya allahyarham Ustadz Azizi Abdullah. Akhirnya, saya mencapai karyanya yang bertajuk Memoir Seorang Guru.

Novel ini mengisahkan tentang seorang bapa yang sangat-sangat bersungguh menghalang anaknya daripada menceburi profesyen perguruan. pelik! Itulah reaksia anaknya, mengapa bapa tegar menghalang niat sucinya, ingin menjadi seorang guru. Akhirnya, tiada apa yang mampu di ungkapkan dengan kata-kata, hanyalah 'bapa tidak suka kamu menjadi guru'. Namun, hati tua si bapa, siapa yang tahu. Hanyalah memori sebagai seorang guru Pendidikan Islam menceritakan segalanya. memoir-memoir inilah yang telah membangkitkan rasa, menjadi tulang belakang kepada mesej novel ini. Memoir yang penuh seribu makna, benci, dendam, perasaan penuh bersalah dan dikejar bayang-bayang dosa. Alangkah tiada berkatnya profesyen guru padaku..inilah yang hanya mampu terluah lagi oleh seorang bapa.

Novel ini pendek, namun mesejnya sarat. Ringkas, namun bisa membuatkan pembaca muhasabah panjang. Menarik nafas...berfikir sejenak. Diri saya sendiri, sebagai seorang bakal guru. Apabila membaca novel ini, saya tidak tahu hendak letakkan diri di mana. Adakah saya ingin meletakkan diri sebagai murid yang dibenci ataupun menjadi tenaga pengajar yang penuh dengan kebencian.

'Takah Murabbi'...sering di ulang-ulang dalam novel ini. Si bapa terasa menyesal kerana sepanjang profesyennya sebagai guru, takah murabbi itu sangat jauh untuk dicapai. Saya juga bungkam apabila terbaca patah-patah perkataan ini...apakah guru ini hanyalah profesyen yang cukup bulan makan gaji ataupun menjadi murabbi kepada anak-anak harapan.

Walaupun setelah dua minggu berlalu, namun ada beberapa perkara yang sering bermain di fikiran saya. Pertamanya adalah mengenai menjadi 'guru' ataupun 'murabbi'. kedua adalah mengenai keberkatan dan ketiga adalah adakah saya mampu menyemai perasaan sayang kepada murid-murid ataupun perasaan sebaliknya, iaitu benci. Satu perasaan yang memang dibenci.

Saya menghela nafas lega apabila dapat menamatkan novel ini. Lenggok bahasanya, jalan ceritanya..mampu membuatkan saya sebak, benci, dan juga berfikir, 'benarkah ini perasaan seorang guru?'. Apapun, saya masih lagi belum berada di dunia realiti profesyen perguruan. Masa terus berlalu, mungkin sahaja sikap murid-murid yang diceritakan di dalam memoir ini adalah sikap murid-murid di zaman 60-an, 70-an dan juga 80-an. Masa berlalu, ragam semakin berubah, dunia semakin mencabar, kadangkala belajar hanya untuk pandai, budi langsung tidak tersemai. . Inilah yang saya dapat perhatikan kini, rencah kepada dunia perguruan. Namun, inilah realiti, gosoklah mata beberapa kali, dan teruskan menyusun langkah kaki.

Harga buku ini adalah RM13. Sangat berbaloi. Boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran ataupun boleh juga dibeli secara online. Bacalah! Satu bahan bacaan yang membuatkan kita memuhasabah diri, tidak kira sama ada anda bakal guru ataupun tidak, sekurang-kurangnya anda pernah menjadi anak murid kepada seorang guru.

Saturday 25 August 2012

[reviu] Travelog Impian Abadi

Tajuk : Travelog Impian abadi, itu yang tertulis

Penulis: Raudzah Roslan

Bil. Mukasurat : 257

Harga : MYR 19:00

Tahun terbitan: 2012









Buku ini telah saya baca ketika bulan puasa yang lepas, boleh saya katakan buku ini agak santai dan saya tidak mengambil masa yang lama untuk menghabiskan buku ini. Perkara pertama yang saya ingin katakan adalah, penulis bijak menimbulkan pelbagai persoalan dalam kepala membaca sehingga saya menyelak sedikit bab akhir untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang bermain di minda saya.

Mengapa saya memilih buku ini,

Saya lihat buku ini sudah tersusun di rak buku, mungkin sahaja kakak saya belikan ketika dia berkunjung ke Pesta Buku April lepas. Saya lihat juga buku-buku lain, namun memilih untuk membaca buku ini kerana kulit bukunya yang cantik. (dan ya, saya salah seorang yang melihat pada kulit buku :p). Cantik, detik hati saya apabila melihat kulit buku ini.

Sebenarnya, saya tidak kenal siapa penulisnya, maka ia juga menimbulkan pertanyaan. Maka bermulalah operasi saya mengkaji buku ini, helaian demi helaian, bab demi bab..akhirnya saya tersenyum. Boleh tahan buku ini.

Apa yang menarik

Penulis menceritakan kisahnya semasa di ITM(kini UiTM), bagaimana beliau memulakan hidup di sana, bagaimana persahabatan dan cabaran. Namun, apa yang penulis tekankan di permulaan cerita adalah kisah dahsyat minggu orientasi yang beliau hadapi! Maka, dalam kepala saya juga terbayang minggu orientasi saya di UPM yang memang dahsyat letihnya. Memang tradisi universiti di Msia agaknya.

Abang Lu'e menjadi persoalan dalam kepala saya, siapakah abang Lu'e, apakah nanti penulis akan berkahwin dengan abang Lu'e? dan inilah yang membuatkan saya menyelak sedikit ke penghujung buku. Hasilnya, ya. Penulis berkahwin dengan abang Lu'e dan saya pun puas hati.

Kemudian, penulis menceritakan cabaran yang dihadapinya selepas mendapat diploma, alam pekerjaan yang serba mencabar. Kemudian alam perkahwinan yang ada sahaja dugaannya.


Siapakah penulis?

Hakikatnya, persoalan siapalah penulis ini dan juga siapakah suami penulis bermain di fikiran saya. Hinggakan saya  terfikir-fikir sewaktu raya. Muhd Kamil b Ibrahim. Macam pernah dengar nama ni. Rupa-rupanya suami penulis adalah Prof. Kamil, penulis buku travelog haji, travelog dakwah dan buku-buku lain. Seorang ahli akademik.


Apa yang saya dapat?

Tentulah ini soalan yang bermain di kepala saya memandangkan saya tidak mahu menggunakan masa dengan sia-sia, membaca sebab hendak habiskan buku pada saya memang buang masa. Apa yang saya dapat adalah pengalaman penulis dan juga kisah hidup graduan universiti pada tahun 80-an. Pada waktu iti tidak ramai rakyat Malaysia yang dapat belajar hingga ke pengajian tinggi. Apa pun, melalui travelog ini dapat kita lihat bagaimana hidup seseorang boleh berubah.

Buku yang santai ini, lebih kepada perkongsian, pengalaman hidup. Pengalaman hidup manusia ternyata berbeza walaupun hakikatnya matlamatnya adalah sama. Mengapa matlamatnya sama? Kerana manusia, tidak kira muslim mahukan bukan muslim ingin mengecapi tiga perkara ini;

1) Ketenangan hati dan jiwa
2) Kekayaan
3) kebebasan.

Tetapi, tidak ramai yang dapat mengecapi ketiga-tiga perkara ini, apa yang kita lihat, ada yang dapat mengecapi perkara pertama dan ketiga, namun tidak perkara yang kedua, ada yang dapat mengecapi perkara kedua, namun tidak untuk yang pertama.

Inilah fitrah manusia, matlamat keinginan kita dan ianya lebih cantik apabila didasari dengan aqidah Islam. Namun, kita sebagai muslim perlu ditambah lagi satu matlamat; iatu Syurga Abadi.

Wallahualam

Hidayah Bani
25/8/12


Friday 24 August 2012

[reviu] Diari Musafir; Jangan Berhenti 'Berlari'

Tajuk : Diari Musafir Jangan Berhenti Berlari

Harga : MYR 35.00

Bil. Mukasurat: 448

Penulis : Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Genre: Motivasi











Alhamdulillah, Allah telah mengizinkan saya menghabiskan buku ini dalam masa yang singkat.

Mengapa saya memilih buku ini?

Kali pertama saya melihat buku ini adalah di KLIA, pada waktu itu saya hampir-hampir ingin membeli buku ini, memandangkan masa yang ada agak singkat, maka saya lupakan hasrat saya dan mencapai buku yang lain. Namun, keinginan saya untuk membaca buku ini masih tidak terbantut apabila saya menemui buku ini buat kali kedua. Saya amat merasakan buku ini adalah buku 'mesti baca' saya. Bukannya apa, saya kerap juga membaca blog ustadz Zaharuddin dan amat mengagumi beliau dari segi kepakarannya dalam fiqh muammalat dan kesungguhannya berjuang dalam menegakkan perbankan Islam. Beliau salah seorang ulama yang berani dalam menjawab soalan-soalan kontreversi khususnya mengenai fiqh muamalat.

Apabila kita kagum dengan seseorang, dan mengetahui beliau sudi berkongsi serba sedikit kisahnya, masakan kita tiada keinginan untuk mengambil tahu, untuk kita jadikan motivasi dan ilmu dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar.

Hampir-hampir bertemu.

Saya masih ingat ketika SESSi yang diadakan di Birmingham ketika saya di tahun satu pengajian, ada dua slot selari, slot tersebut ialah : Muamalat dan juga politik Islam, pada ketika itu, saya tidak mengenali Ustadz Zaharuddin, lalu saya memilih untuk mendengar ceramah mengenai politik Islam.

Apa yang menarik?

Buku ini mempunyai dua bahagian, bahagian pertama adalah travelog beliau ketika masih belajar dan bahagian kedua adalah travelog kerjaya. Sudah tentu saya lebih berjaya menghayati travelog bahagian pertama. Tambahab beliau juga adalah salah seorang anak Malaysia yang menyiapkan PhD di UK.
Untuk bahagian kedua, apabila membaca bahagian tersebut, sudah tentulah apa yang saya fikir, memang mencabar kehidupan selepas belajar kerana inilah medan praktikan dan tidak semuanya akan ideal!

Pada permulaan lagi beliau sudah menyuntik semangat pembaca melalui kisah beliau mengukir kejayaan, tidaklah kejayaan yang datang adalah kerana memang beliau bijak, namun kerada adanya kesungguhan dan berani mencabar diri untuk membat yang terbaik.

Kisah beliau di Jordan juga agak menarik, bagaimana kesungguhan beliau menuntut ilmu di luar universiti menampakkan beliau seorang yang tidak akan melepaskan peluang belajar dari guru-guru yang memang tersohor di sana. Ketika di UK, beliau menceritakan kisah hidupnya di sana dan juga pengalaman beliau mengembara di tempat-tempat lain seperti Jerman, Switss, Czech.

Apa yang saya dapat melalui buku ini?

Sudah tentulah semangat dan juga ilmu yang beliau garapkan melalui buku ini. Buku ini juga memberikan saya inspirasi agar memanfaatkan masa yang ada di UK untuk menghadiri simposium, ceramah yang boleh memantapkan kerjaya saya. Memanfaatkan masa yang ada untuk bertemu dengan tokoh-tokoh yang berada di UK. Melalui buku ini juga, saya lebih belajar bahawa untuk berjaya, tipulah sekiranya tiada kegagalan yang di tempuhi.

Buku ini ternyata memberi kepuasan kepada saya, jika boleh diberi rating, saya akan memberikannya 5 bintang. Buku ini juga banyak membuatkan berhenti dan berfikir, lebih membuka minda, lebih bersangka baik dalam menghadapi cabaran yang bakal mendatang.

Ahli Akademik?

Ini adalah kerjaya ustadz Zaharuddin buat masa ini, sebagai pensyarah di IIUM. Untuk menjadi ahli akademik, beliau banyak melepaskan peluang untuk menjadi CEO, vice president of syariah dan banyak lagi kerjaya yang gajinya mencecah puluh ribu sebulan. Ini kerana neracanya adalah saham akhirat dan juga kesederhanaan dunia. Bukannya kerjaya lain tidak dapat menyediakan beliau saham akhirat, namun bagi beliau, menjadi pensyarah adalah profesyen yang sesuai dengan matlamat beliau.


Akhir kata, saya amat berpuas hati dengan buku ini dan merasakan bahawa buku ini ada rohnya tersendiri. Selain itu, untuk menghabiskan buku ini tentulah perlu pada 'driving force', namun driving force ini adalah terletak pada diri kita sendiri sama ada apa neraca kita membaca sesebuah buku. Jika ingin menambah ilmu dan juga mengoreksi diri, bacalah dengan rendah diri dan kesediaan untuk belajar. Mungkin kita ada prinsip kita sendiri, namun dalam usia yang setahun jagung ini dan masih 'muda', gunakanlah masa yang ada untuk menganalisa, belajar. Jangan tergesa-gesa mengatakan itu, ini, membuat itu ini seolah-olah kitalah pakar. Dengan hanya ilmu yang sekerat-kerat, mudahlah sesat dan terjerat.


Monday 20 August 2012

Hujan

Assalamualaikum dan Salam Syawal. Alhamdulillah, Allah izinkan kita menemu Syawal setelah melalui bulan Ramadhan. 1 Syawal, hari kemenangan, raikanlah dengan takbir membesarkan Al-Rahman. Masih terbayang setiap patah kata sms sahabat saya yang berbunyi, "kemenangan yang sebenar adalah pembebasan dari api neraka". Memang benar.

2 Syawal, langit gelap. Awan yang sarat mengadungi air, berat berarak menuju tempat yang telah Allah swt  perintahkan. Tepat pada masanya, keluarlah titisan air hujan membasahi bumi, Alangkah Kasihnya Allah kepada kita, tidak pula diturunkan hujan itu dalam titisan yang besar ataupun umpama pukulan ombak dari langit. Allah turunkan hujan dalam titisan air yang kecil, yang kadangkala apabila membasahi wajah akan menyelindungi titisan air mata yang turun menggambarkan rasa. Mungkin air mata gembira, mungkin juga kecewa.

Aroma hujan yang muncul setelah membasahi bumi, kilat petir hebat bersabung membuatkan hati ini ingin menggarap puisi, mungkin jua penuh cacat celanya;





Rekahan tanah semakin keras membatu
Debu berterbangan seolah bersetuju
Kini bumi menjadi kering layu
Umpama hati yang telah berubah tandus dan keliru

Awan berarak jauh berliku
Datang bersama rahmat Ar-Razzaaq yang seribu
Bumi yang mula putus asa 
Mula bersemangat membangkit rasa

Titisan air
Basah menyuburi bumi
Asbab menghidupkan yang mati
segunung harapan untuk dinikmati
khalifah dan abid ciptaan Ilahi

Ya Rahman, Ya Fatah, Ya Quddus, Ar-Razzaaq
Telah berpesan Maha Pencipta
Serulah Ia dengan mana-mana nama
99 Asmaul Husna

Titisan hujan
Bukan sahaja membasahi bumi
Malah membasahi hati
Melembutkannya yang kian kering kian keras

Kini hujanpun berlalu
Menyuburkan taman yang kian layu
Menyegarkan mata yang telah redup dibuai lena
Meninggalkan aroma yang tiada tandingannya

Terima Kasih Ya Rahman
Hambamu lemah tiada  tautan
Kuatkan hatinya Al-Baasith
Agar sentiasa percaya
HanyaMu layaknya tertambatnya ikatan





02:38 PM
Perak Darul Ridzuan


Monday 13 August 2012

[reviu] Doktor Umum

Tajuk: Doktor Umum

Penulis : Tun Dr. Mahathir Mohamad

Bil. ms: 982

Harga: MYR 59.00










Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, saya selamat menghabiskan buku ini dalam masa tiga minggu. Mungkin pada anda yang ulat buku merasakan waktu ini agak lama. Namun, 3 minggu inilah yang saya termampu untuk membacanya. Kadangkala ada hari yang saya tidak membaca langsung, ada hari yang saya mampu menelaah berbab-bab, umpama membaca novel. Namun, di bulan Ramadhan ini, di samping menggunakan masa dengan membaca, perlulah juga kita bersama-sama lebih menggunakan masa untuk membaca dan menghayati kitab suci Al-Quran.

Mengapa saya memilih buku ini?

Saya sudah bercita-cita untuk membaca memoir Tun. Mahathir sejak tahun lepas lagi(2011), ketika pelancaran buku ini versi bahasa inggeris. Saya masih ingat lagi ketika saya di kedai buku, hampir mencapai buku ini (versi bahasa inggeris), namun pantas pekedai tersebut mengatakan  buku ini akan dicetak dalam versi bahasa melayu. Lalu, saya pun meletakkannya semula.

Secara jujurnya, saya ingin sangat membaca buku ini adalah untuk mengetahui dengan mendalam pemikiran, idea, latar belakang, susur galur politik dan pengurusan kehidupan peribadi beliau sebagai orang yang paling lama menyandang jawatan sebagai perdana menteri Malaysia seterusnya mengenal sendiri negara Malaysia.

Saya masih ingat lagi bagaimana cabaran yang dihadapi oleh beliau, beliau digelar firaun, maha zalim dan paling popular diktator, apatah lagi apabila terdengar rancak perbualan mengenai krisis beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelbagai lagi label yang dikeluarkan untuk mengecop beliau. Mungkin kerana lamanya beliau di tampuk pemerintahan, maka pengalaman beliau umpama mutiara bagi sesetengah pihak dan sebaliknya bagi pihak yang lain. Sebagai generasi muda, amat rugi sekiranya kita tidak mahu mengutip pengalaman yang beliau sendiri lakarkan tidak kira kita di pihak yang mana. Sebelum ini, apa yang saya baca, dengar mengenai beliau kebanyakannya dari akhbar dan juga khabar-khabar sekeliling. Keluar sahaja memoir ini, ianya umpama satu pencerahan buat saya kerana beliau sendiri menceritakan apa yang berlaku sepanjang perkhidmatannya sebagai doktor dan juga ahli politik di Malaysia.

Bacalah dalam konteks ilmu

Bacalah buku ini dalam konteks ilmu, sekiranya anda ada pemikiran anda. Anda berpegang sahajalah. Namun apa yang saya dapat melalui buki ini sangat banyak. Apa pun, anda sendiri menilainya saat anda membaca buku ini, apa yang anda ingin dapat melalui buku ini.

Apa yang menarik

Secara peribadinya, banyak bab yang menarik. Antara bab yang menjadi kegemaran saya adalah kisah beliau semasa zaman peperangan, bagaimana beliau mensustain kehidupan dan pemikirannya yang pro-barat pada waktu tersebut. Bab tentang krisis ekonomi Malaysia, tentang undang-undang dan juga tentang Tun Daim. Sejak kecil lagi saya sudah mendengar akan kehebatan Tun Daim dan pada waktu tersebut saya telah memasang cita-cita ingin menjadi seorang ahli ekonomi. Namun, masa telah berlalu dan kini apabila membaca apa yang Dr. M coretkan megenai Tun Daim saya semakin kagum dengan beliau. Bab mengenai krisis beliau dengan timbalannya sudah tentu antara perkara yang saya ingin tahu.

Saya tersenyum apabila beliau bercerita mengenai cita-cita beliau ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam jurusan undang-undang. Antara sebab beliau memasang cita-cita tersebut adalah kerana beliau suka melihat perbahasan/perdebatan. Saya juga pernah mempunyai perasaan yang sama mungkin. Kebanyakan cita-cita saya sewaktu zaman persekolahan adalah  berpaksikan sains sosial. Namun Allah lebih tahu dan kini saya adalah graduan sains tulen. Masa berlalu, minat kita pada sesebuah bidang tidak akan hanya tersekat dengan jurusan yang di ambil ketika di universiti , dimana ada kemahuan disitu ada jalan, saya kerapkali berkata kepada diri saya sendiri agar tidak berputus asa dalam bidang sains tulen dan pada masa yang sama menjauhi bidang sains sosial. Jangan menjumudkan diri pada satu dimensi sahaja.

Buku yang tebalnya hampir 1000 mukasurat ini pada saya sarat dengan kisah suka dan duka. Sudah menjadi kebiasaan saya untuk lebih tersentuh ketika membaca buku puisi dan juga buku sejarah. Namun bukan novel cinta. Kadangkala saya baca juga novel cinta kerana buku tersebut menghiasi rak buku di dalam bilik, namun saya tahu yang cerita di dalam novel tersebut adalah bohong dan terlalu ideal. Tetapi, sejarah adalah perkara benar yang telah berlaku dan pengalaman seseorang yang amat berharga. Ianya mungkin tidak ideal, namun pernah berlaku. Pragmatik.

Pendapat peribadi yang lain?

Ketika saya membaca buku ini, terlintas juga di fikiran saya untuk membaca memoir pemimpin-pemimpin Malaysia yang lain dan saya rasa buku ini adalah salah satu buku yang paling menarik pernah saya baca. Mungkin kerana apabila meyelak, menelaah buku ini..saya terus membayangkan negara kita Malaysia dan ternyata buku ini bagaikan isi dengan kuku apabila dikaitkan dengan pembangunan Malaysia.
Apapun, ternyata beliau disegani dalam dan luar negara. Ketika saya berada di luar negara, sekiranya saya memberitahu yang saya berasal dari Malaysia, kebanyakan mereka hanya akan mengenal Dr. M. Pada waktu itu, saya terfikir juga, mngapa mereka (kebanyakannya adalah penduduk Britain yang berasal dari Bangladesh, Pakistan, Arab, Palestin dan negara timur tengah) begitu menyanjung Dr. M dan apabila saya sebut pemimpin lain, mereka tidak kenal. Akhirnya buku ini memberi jawapan kepada persoalan tersebut.


Akhir kata, jika anda berminat, silalah jangan segan silu membaca memoir ini. Mungkin saya agak terlambat dalam me'reviu' buku ini kerana ianya sudah berada di pasaran setahun yang lepas.



Hidayah








Monday 6 August 2012

Visualisation

Visualisation amat penting bagi mereka yang mempunyai visi dan misi yang jelas akan matlamatnya. Dimana dia akan berada 5 tahun, 10 tahun akan datang. Apakah yang perlu dilakukan dari sekarang untuk merealisasikan visual yang telah dibayangkan.

Forward visualisation penting untuk cita-cita, backward visualisation iaitu yang telah berlaku, amat penting untuk dijadikan muhasabah. Apapun, melalui pengalaman sendiri, saya kerap memberitahu ibu saya yang saya masih boleh membayangkan apa yang berlaku pada saya ketika usia saya belum pun sampai 3 tahun! Saya masih ingat yang saya pernah terlibat dalam satu kemalangan kecil. Walaupun kecil, nampaknya visual tersebut penting untuk saya ingat hingga kini. Saya juga masih ingat waktu bagaimana saya menunggu dihalaman rumah, mundar-mandir menunggu ketibaan ibu saya bersama adik baru. Waktu itu umur saya masih belum 3 tahun. Namun, mungkin peristiwa dapat adik baru amat bermakna buat saya. Sebab itulah saya mampu ingat hingga kini.

Semakin usia kita berjalan merentasi ruang masa, semakin pelbagailah backward visualisation kita. Ada yang sedih, gembira, tiada perasaan , cemas dan juga yang penuh dengan provokasi! Kadangkala, dari backward visualisation inilah kita semakin takut untuk merangka forward visualisation dan mampu sahaja kita menjadi lebih teruja untuk merangka forward visualisation.

Apapun, setiap dari kita mempunyai forward visualisation masing-masing dan visualisation ini hanya akan teralisasi dengan izin Allah. Sebagai manusia, gambaran, angan-angan mampu membawa kita hanyut ke satu alam ciptaan sendiri yang memberikan kita hak seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya. Itulah sebabnya, setiap kali kita mevisualkan cita-cita kita, perlunya kita sentiasa ingat kepada Allah, penentu apa yang kita impikan.

Backward visualisation pula biarlah ia menjadi kunci untuk kita menghisab diri dan kembali kepadanya, bukannya sebagai kunci untuk kita berasa bongkak dengan apa yang telah dicapai ataupun terlalu sedih dengan apa yang telah berlaku.

Wallahualam.

ps: Perkataan forward visualisation dan backward visualisation adalah ciptaan sendiri penulis menurut definisi beliau sendiri. Jika anda google, anda tidak menjumpai definisi seperti yang dimaksudkan. heh.

Bumi Malaysia
1026 pagi.



Monday 30 July 2012

Ditipu

Ada dua golongan yang sering tertipu dengan kematian.

1) Golongan muda kerana menyangka yang akan mati dahulu adalah golongan tua.

2) Golongan sihat kerana menyangka yang akan mati dahulu adalah golongan yang sakit.

Namun, di mana-mana dahaja berlaku kematian. Umur sehari boleh meninggal, umur dua hari pun boleh meninggal. Setiap saat ada sahaja manusia yang meninggalkan dunia ini. Ini menunjukkan umur sebagai indikator waktu kematian tidaklah begitu releven, tetapi kita sang manusia tetap mahu meyakinkan diri sendiri bahawa kita masih ada pada keesokan harinya. Abang saya meninggal dahulu sebelum ayah saya, walhal abang saya lebih muda dan sihat berbanding ayah saya. Satu contoh paling dekat dengan diri sendiri.

Sihat. Ini satu lagi sebab mengapa kita begitu yakin. Namun asbab kematian itu banyak, dan malang itu tidak berbau. Berapa ramai yang sihat, namun meninggal akibat kemalangan.

Hakikatnya, kita yakin dan pasti bahawa kita akan mati. Kita tidaklah berapa takut akan kematian, namun apa yang lebih menakutkan kita adalah dimanakah kita selepas kematian. Selepas kematian, kita hanya ada dua pilihan iaitu syurga atau neraka. Selepas mati, kita sudah tidak mampu membuat pilihan kerana pilihan hanya dapat dibuat sebelum kita melangkah ke alam barzakh.


Wallahualam. Tazkirah untuk kita semua.



Friday 20 July 2012

Persoalan Antara 2 Ramadhan

Salam wrm
Lama rasanya tak update blog..
Dari bajet bz, hinggalah secara jujurnya dah hilang minat untuk menulis kat blog.
Apapun, teringat jugak macamana perasaan aku waktu nak berblog.
teruja!.
beria aku cari layout, font yang best.
Walaupun isi dia tak la sebest mana.
Aku rasa aku tulis random je la..
Sebenarnya aku banyak nak tulis pasal reviu buku,
Last-last semua tu jadi draftss!
antara buku yang aku sempat baca adalah buku-buku Tariq Ramadhan.
Dan jugak sempat g lecture dr. Azzam tamimi.

Ok, berbalik pada tajuk...
Alhamdulillah, Allah masih temukan kita dengan ramadhan yang terakhir.
Ramadhan ini memanglah yang terakhir kerana sekiranya kita masih hidup pada Ramadhan seterusnya, ianya tetap tidak sama dengan Ramadhan pada tahun ini...

Apa yang telah berlaku antara 2 ramadhan?
Kadangkala mengukir senyuman, ada kalanya bisa mengalirkan air mata
Setahun yang berlalu..
Terlalu banyak perkara yang berlaku
Yang boleh sahaja mengubah cara pandang dan fikir seseorang!
Yang bisa sahaja mengubah personaliti dan keterampilan seseorang!
Bisa sahaja mengubah dunia
Mengubah segalanya
dan semuanya berlaku atas izinNya!

Apa harapan kita untuk Ramadhan tahun ini?
Selitkan niat, ikhlas dan benarkan perbuatan...

Semoga Ramadhan ini menjadi medan transformasi diri
bukan hanya diterima sebagai adat dan bulan yang dirai.

Salam ramadhan semua!:)



Tuesday 5 June 2012

Transparency and discrepancy, there is still a long way to go. 

Flowers(2)

Selly Oak, around Hubert Road.





Flowers


Dovedale, Peak District, Derbyshire

Lets nature speaks itself.







Sunday 3 June 2012

Dah mati baru tahu?

Salam wrm semua.
Alhamdulillah, semoga kelapangan yang diberikan oleh Allah dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Sungguh, masa itu adalah makhluk Allah yang taat pada Penciptanya, kerana itulah kadangkala kita boleh merasakan sejam itu pendek dan adakalanya panjang!

Ada dua cerita yang menarik, mungkin tidak popular seperti kisah kura-kura dan arnab.

Kisah pertama adalah kisah seorang pengemis.
Seorang pengemis yang memang hari-hari mengemis, tiada rumah, tinggal di jalanan. Satu hari beliau menjumpai sehelai kot di tempat pembuangan sampah. Maka, hari-hari seterusnya, kot tersebut membaluti tubuhnya. Kot tersebutlah melindungi dirinya dari kesejukan malam, panas terik siang. Akhirnya, pengemis tersebut dijumpai mati ketika musim sejuk tiba. Kot tersebut masih membaluti tubuhnya.

Seorang petugas kebersihan telah ditugaskan untuk mengurus mayat tersebut. Setelah mayat pengemis tadi diuruskan, petugas tersebut membelek-belek kot sang pengemis tadi. Alangkah terkejutnya petugas tersebut apabila mendapati bahwa didalam poket kot tersebut terdapat 10ribu US dolar.

Mengemis sahaja? Cukup arr........


Owh.. tidak...tepuk dahi.

Kisah Kedua

Seorang yang dihormati dan sering dikunjungi orang ramai..X namanya. Beliau seorang yang tidak pernah mengenakan pakaian yang sesuai untuk dirinya. Mengapa dikatakan sebegitu rupa? kerana beliau hanya memakai kain kapas yang sudah lama tidak kira sewaktu musim sejuk mahupun panas. Namun, peliknya, ketika beliau mati, ternyata beliau meninggalkan kekayaan lebih dari pada empat ribu dinar. Satu nilai yang banyak. Kan.......

Simpan harta? Buat apa? Kerana setiap kita akan ada pengakhirannya. Namun, simpanlah secukupnya untuk kita teruskan hidup selagi hayat masih ada.


Apa yang ada disebalik dua kisah ini?

1) Dapat kita lihat persamaan antara kedua watak ini, iatu meninggalkan harta yang banyak setelah mati.

2) Namun, kita boleh melihat perbezaan antara kedua kisah ini. Sang Pengemis meninggalkan harta yang banyak tanpa dia pun tidak mengetahui, namun si X pula meninggalkan harta yang banyak dan ia sedar ia telah meningalkan harta yang banyak, tapi si X kedekut hinggalah ajal menjemput tiba.

3) Sang pengemis; Sekiranya dia berusaha lebih,berfikiran kreatif membelek-belek barang yang ada pada dirinya, tentu dia akan menjumpai duit yang banyak tu kan dan bolehla dia guna untuk memperbaiki hidupnya, namun disebabkan dalam fikirannya hanyalah...ala...cukupla aku sekarang mintak sedekah dan tak berusaha untuk berfikir lebih jauh...makanya...matilah dia dalam keadaan kelaparan dan kesejukan.

4)Manakala si X pula, mati dalam keadaan tidak bersyukur? kenapa? Kerana sewaktu hidupnya da tidak memanfaatkan kekayaan yang ada untuk digunakan dengan sebaiknya, boleh sahaja dia guna untuk sedekah, infaq, wakaf..untung-untung semua tu dilaburkan khas untuk saham hari akhirat.

5) Apakata kita aplikasikan cerita ini untuk renungan kita bersama, kekayaan/ harta yang ada dalam kisah ini kita misalkan dengan keupayaan/potensi yang ada sama ada terpendam ataupun nampak yang Allah kurniakan pada diri kita.

6) Daripada kisah pertama, ya, kadangkala memang ada potensi diri yang kita tidak nampak, namun insyaAllah ianya ada sekiranya kita BERANI mendalami potensi yang ada dengan berfikir dengan lebih jauh, kreatif. Tidak cukup dengan hanya baca, lihat dan dengar, namun perlu fikir, analisa/kaji dan praktikkan apa yang realistik.

7) Kisah kedua pula, ya..kadangkala kita tahu kita ada potensi diri, contohnya: boleh menganalisa politik dengan adil secara 360 darjah dan 3D ( dan ini adalah contoh sahaja, anda boleh ganti dengan kebolehan menjahit, mengait, memasak dan sebagainya), namun kita malasssss ataupun tidak yakin ataupun terasa inferior complex yang berlebihan....cukupla aku tengok sahaja apa yang berlaku, bio lah Parti A lawan Parti B dengan fitnah, dan Parti B pula mendowngradkan partinya dengan lawan mencari fitnah jua....akhirnya tenggelamlah negara tempat si Parti A dan B ini dengan onar dan fitnah...ptui..dengan dan kebolehan yang ada..biarlah ku simpan tanpa dimanfaatkan..

8) Jadinya, pesanan terutamanya kepada diri saya sendiri, kita perlulah yakin, insyaAllah(jangan sampai superior pulak) dalam mengembangkan fikiran kita dan berani mengorak langkah, berfikir lebih jauh. Sekiranya kita lihat kita mempunyai potensi yang boleh dimanfaatkan kearah kebaikan, maka mulakanlah langkah dalam memanfaatkan kebolehan tersebut dengan ikhlas dan benar.

9) Semoga Allah membimbing dan memberi petunjuk kepada kita semua dalam mengharungi hidup ini. Semakin meningkat umur, semakin banyak realiti kehidupan yang kita alami. Janganlah hanya alami sahaja realiti kehidupan ini, namun analisalah, fikirlah secara retrospektif akan apa yang telah berlaku supaya ianya menjadi pengajaran dalam kita menjalani kehidupan seharian yang akan mendatang hinggalah ajal menjemput kita...semoga manfaat/kebolehan yang ada pada diri kita digunakan dengan amanah, supaya ianya menjadi saham diakhirat kelak..

10) Semoga segala usaha kita diterima Allah. Ameen.




Tuesday 29 May 2012

Kisah Si Arnab dan Kura-kura

Ini kisah perlumbaan pertama,

Takpe, tak payah la cerita camane ceritanya, ramai dah tahu kan.

da di da..da di da... kura-kura pun menang, sebab dapat potong si Arnab ni di tengah jalan, waktu tu si Arnab sedang berehat, lalu tertidur.

Pengajaran dari cerita ni pun, bukanlah saya yang beria fikir, tapi dapat dari sebuah buku yang bertajuk, Nota Zikir Untuk Fikir karya Ustadz Pahrol Mohd Juoi.

Antara benda yang boleh kita analisa untuk dijadikan pengajaran;

1) Cuba kita lihat watak kura-kura dan arnab. Kita dapat melihat sifat kedua makhluk ini.
sifat arnab: Fizikal: kuat, mempunyai kaki yang lebih panjang., berlari dengan lebih laju
                 Akhlaknya: Superior, bangga, sombong, over confident.
Sifat Kura-kura: Berkaki pendek, lembab.
                 Akhlaknya: menjaga maruah dengan menerima cabaran si Arnab(supaya tidak berterusan dihina),
                 sedar akan kemampuan diri, fokus, rajin, istiqamah, jelas dengan matlamatnya.

2) Kemudian, ketika perlumbaan, Arnab yang berbekalkan kekuatannya telah mendahului si Kura-kura, namun kura-kura tetap tak DOWN, malah dengan matlamatnya yang jelas, dia terus merangkak dan merangkak.

3) Apakah trek perlumbaan ini singkat sahaja? Mungkin ya, namun jika kita teliti semula, jika benar trek tersebut pendek, tentulah di Arnab tidak berlengah, baik dia habiskan je. Namun, di lihat perjalanan untuk perlumbaan ini jauh, hinggakan si Arnab ini mula rasa letih dan keletihan ini mengaburi matlamatnya. Lalu niatnya berubah untuk berehat seketika.

4) Si Kura-kura yang istiqamah ini, konsisten, jelas dengan matlamatnya meneruskan perjalanan walaupun lambat, merangkak dan merangkak hingga akhirnya dia terlebih dahulu sampai ke garisan penamat.

5) Apa lagi pengajaran yang boleh kita lihat?  sikap? ya..sikaplah yang menentukan kejayaan kita. Bukanlah hanya kekuatan, kegeniusan dan kehebatan. Namun sikap..bagaimana kita mahu mempositifkan perjalanan kita. Dengan adanya kelebihan, tidak tentu ia akan menjamin kejayaan.

6) Banyak lagi pengajaran, namun apa yang lebih saya tekankan ialah sikap dalam mengejar sesebuah matlamat. Kejelasan kita pada matlamat tersebut dan bagaimana sikap kita dalam menghadapinya.

7) Kerap juga kan kita mendengar, dia bijak zaman sekolah dahulu, tapi mengapa kecundang di tengah jalan. Sebab pertama tentulah itu semua takdir dari Allah swt. Namun, antara sebab lain adalah sikap kita dalam menghadapi dugaan dan cabaran, terutamanya dalam hidup.

8) Ada yang memang dilahirkan dengan dikurniakan kebijaksanaan, kekuatan fizikal, ketampanan dan kecantikan..namun itu semuanya tidaklah dapat dikekalkan dan dipelihara sekiranya tiada sifat-sifat yang positif.

9) semoga kita mengambil pengajaran dari kisah ini, terutamanya dalam menghadapi dugaan dan cabaran. Kadangkala untuk stress, down, tensi, ataupun rasa over confident, superior, bongkak adalah pilihan kita.

10) Sekian, kisah arnab dan kura-kura, mungkin agak tak details, kisah perlumbaan kedua arnab dan kura-kura boleh dibaca kat Malaysia(rasanya masih lagi menjadi komponen sastera untuk murid tingkatan empat)

11) Hakikatnya,, banyak cerita-cerita masa lalu yang kita boleh jadikan pengajaran. Cerita dari Al-Quran, Sirah Nabi, Para Sahabat, Sejarah dunia dan juga cerita-cerita rakyat sebegini. Terpulanglah kepada kita bagaimana mahu menilainya.

Si Comel Arnab, kasihan kena jadi watak antagonis walaupun comel. hehe

Si Kura-kura yang mempunyai sifat positif biarpun sedar tidak mempunyai kekuatan fizikal seperti si Arnab yang comel.




Thursday 24 May 2012

Mindset

Mindset



Bila dengar lagu ni, apa yang kita rasa?

Apa yang kita fikir tentang diri kita?

Apakah kita fikir boleh melakukan? ataupun ragu-ragu?

Apakah tindakan kita berdasarkan kemampuan?

Banyak la kalau boleh kita soal diri sendiri untuk di muhasabah, mengira diri sendiri.

Kadangkala kita rasa kita nak sangat tolong orang, tapi apakah kita sudah menolong diri sendiri terlebih dahulu?

Kadangkala kita mungkin ingin bertanggungjawab atas sesuatu perkara, namun adakah kita sudah bertanggungjawab pada diri sendiri?

InsyaAllah, bertindaklah secara realistik dan lebih kepada kemampuan diri yang telah Allah berikan.

Peringatan untuk diri saya terutamanya, yang kadangkala menjadi pemerhati, bukan tidak mahu bersuara, namun aku hanya mampu memerhati.

ps: Alhamdulillah.. dah habis exam. semoga Allah permudahi, semoga apa yang kita usahakan itu Allah kira sebagai sesuatu yang ikhlas keranaNya...Ikhlas itu hanya Allah yang tahu:)

Thursday 26 April 2012

Semoga Allah merahmati

Kedua ibu bapaku


Mak, abah. Anakmu ingin memohon maaf atas segala dan silap.

Sejak kecil anakmu sudah jauh meninggalkanmu

Namun, ya Allah aku memohon, tetapkan hatiku untuk sentiasa memanjatkan doaku untuk mereka

kedua ibu bapaku

Mak, abah.

Selamat pergi dan kembali.

Cinta mak dan abah  sangat unik

bukan seperti cinta sahabat

bukan seperti cinta kekasih

kerana cinta mereka sejak ku belum lahir lagi

melihat dunia.

sedangkan kasihku pada mereka

Apabila aku sudah berakal, mampu berfikir bahawa merekalah kedua ibu bapaku

Mak abah

Selamat pergi dan kembali

Doakan anakmu

yang sentiasa belajar mengasihimu keranaNya

Mak abah

Aku minta maaf.

coretan anakmu yang jauh dimata.
dekat di dalam doa.

Nurul Hidayah Bani

Tuesday 24 April 2012

Muslim Sejati

Post ini hanyalah dari salin dan post secara bulat-bulat dari sebuah buku(rujuk pada rujukan);


Sebagai renungan kita bersama;

Muslim sejati ialah mereka yang menjadi hamba kepada Allah bukan hamba kepada dirinya. Di mana sahaja dia diletak, dia beramal. Ke mana sahaja dia diarah, dia tujui. Dia melakukannya sama ada berada di hadapan mahupun di belakang, menjadi pemimpin ataupun tentera bawahan, tanpa mengidam-idamkan pangkat ataupun dunia,

Rasulullah saw bersabda;


Binasalah hamba dinar. Binasalah hamba dirham. Binasalah hamba pakaian berbelang. Sekiranya di diberi perkara dia redha. Sekiranya dia tidak diberi dia marah. Binasa dan berterusanlah dia dirudung malang. Apabila dia terkena duri, dia tidak dapat mengeluarkannya. Beruntunglah hamba Allah yang memegang tali kekang kudanya di jalan Allah. Kepalanya kusut masai dan kakinya berdebu. Sekiranya dia ditugaskan sebagai pengawal, dia bertugas sebaga pengawal. Sekiranya dia ditempatkan di bahagian belakang ( ketumbukan tentera), dia berada di bahagian tersebut.
                                                                ( Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah)


Rujukan: Dr. Yusuf al-Qardhawi, Kebangkitan Islam (diantara perselisihan yang dibenarkan dan perpecahan yang dicela), Bab 3, (ms 227&228)


Sekadar renungan kita bersama.

nhb
birm
24032012



Wednesday 18 April 2012

Mana yang utama?


Setiap orang Allah kurniakan masa yang sama, 24 jam. Begitu juga saya. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya kata-kata cikgu saya,
" Saya tidak boleh terima alasan tiada masa untuk tidak siap kerja sekolah yang diberikan, kerana setiap orang Allah sudah beri masa yang sama dalam sehari, 24 jam. Tiada pula yang Allah hanya beri sehari 23 jam sahaja ataupun 25 jam"

Bila di fikir semula, masa itu juga adalah makhluk Allah yang sangat menakjubkan. Bila berkata mengenai masa, boleh jadi kita akan fikir tentang bagaimana pembahagian masa dan pengurusan masa.

Pengurusan masa dan pembahagian masa adalah perkara yang berbeza. Semua orang boleh membahagikan masa, namun bukan semua orang boleh menguruskan masa dengan sebaiknya.

Ada satu bab di dalam buku karya Hilal asyraf(Fanzuru) yang amat menarik perhatian saya, iaitu bab Awlawiyat, dahulukan yang utama.

Beliau memuatkan cerita tentang seorang professor bersama dengan pelajar-pelajarnya.

Begini ceritanya:

Professor ini mengambil sebuah balang, dan mengisi balang itu dengan batu-batu yang bersaiz sederhana sehingga ke bahagian leher balang tersebut lalu menutupnya. Kemudian beliau bertanya, adakah balang itu sudah penuh? Semua pelajar menyatakan bahawa balang itu sudah penuh.

Professor itu menggelengkan kepala, lalu dia mengambil batu-batu bersaiz kecil lalu memasukkannya. Kemudian beliau bertanya lagi, adakah balang tersebut sudah penuh? Semua pelajarnya menyatakan ya.

Professor itu menggeleng, lalu beliau mengambil pasir dan mengisi balang tersebut dengan pasir. Pasir tersebut memenuhi ruang di antara batu bersaiz sederhana dan bersaiz kecil. Beliau mengulang lagi pertanyaan yang sama kepada pelajarnya, semua pelajar mengatakan balang itu sudah penuh dan mustahil untuk diisi lagi.

Professor tersebut menggeleng, lalu dia mengambil air dan memasukkan air tersebut kedalam balang. Air memenuhi ruang-ruang mikro yang terdapat di antara pasir-pasir tersebut. Ya, sekarang barulah balang tersebut sudah penuh.

Salah satu yang dapat kita lihat di sini, bagaimanakah menguruskan sesebuah ruang agar kita menggunakannya semaksima mungkin. Melalui cerita ini, kita boleh lihat bahawa saiz batu mewakili keutamaan yang kita ada.

Apabila kita mengisi ruang kita dengan benda-benda yang kecil dahulu, maka penuhlah ruang itu dan sukarlah untuk kita mengisi ruang tersebut dengan benda yang lebih besar, ataupun lebih teruk lai mustahil untuk kita mengisi ruang tersebut kerana kita sudahpun memenuhkan ruang tersebut dengan perkara-perkara kecil yang boleh jadi kurang keutamaannya.

Apabila kita dapat melihat bagaimanakah cara untuk mengisi ruang dalam hidup kita dengan sebaiknya, nampaklah kita bahawa hakikatnyadalam hidup ini, masih banyak ruang yang boleh di isi, apa yang tinggal hanyalah bagaimana kita mengurus bagaimana mahu mengisi ruang tersebut.

Dalam bab ini, penulis kemudiannya menceritakan bahawa dalam hidup ini kita ada empat situasi;
1. Utama dan penting
2. Utama tetapi tidak penting
3. Utama tetapi tidak penting
4. Tidak utama dan tidak penting.

Apabila kita meletakkan perkara pertama untuk di isi dalam ruang masa kita dahulu( bolehlah kita mewakilkannya dengan batu bersaiz sederhana), maka secara automatiknya kita mampu mengisi lagi ruang tersebut dengan perkara-perkara seterusnya. Kebiasaanya, perkara utama dan penting ini amatlah mempunyai had masa yang akan tamat bila-bila masa sahaja.

Masa adalah kita, dan ianya sangatlah berharga. Ramai orang mampu memberikan harta, tetapi tidak ramai mampu memberikan masa kerana ianya sangat berharga jika kita mengerti.

Allah bersumpah mengenai masa dalam surah Al-Asr,
“Demi MASA(1). Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian(2). Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”(3).

InsyaAllah, semoga kita tidak menjadi orang yang berada dalam kerugian dan semoga Allah membimbing kita untuk menjadi golongan manusia yang tidak rugi. Hakikatnya, kita masih bertatih lagi ataupun tidak memulakannya lagi kerana kini, masa kita sebagai seorang pelajar hanyalah untuk diri kita sahaja.

ps: Alhamdulillah, sempat tulis sikit dalam keadaan yang gelabah-gelabah nak exam. Post-post sebelum ni, rasa macam post yang patut di tweet je, haha.

NHB
Birmingham

Tuesday 17 April 2012

Tidak Setuju

Ada dua jenis reaksi hasil dari tidak setuju kepada sesebuah perkara

1) Tidak setuju dengan cara yang baik, iaitu masih hormat dan juga menolak dengan cara yang berhikmah

2) Tidak setuju dengan cara yang kurang beradab, ditolak dengan cara yang  'offensive', dalam dirinya hanya dia sahaja yang betul, orang lain salah.

dan golongan yang kedua inilah yang selalunya menimbulkan masalah.





[kredit gambar]


Wednesday 11 April 2012

Rendah Diri

Rendah diri (ie: tawadhuk, namun bukan hina), akan dapat dibina sekiranya kita kerap memuhasabah diri sendiri. Jika sesuatu berlaku, semua atas izinNya. Sifat ini sukar untuk dibina sekiranya seseorang itu sibuk memuhasabah orang lain berbanding dirinya sendiri.

Cthnya: A hidup dalam masyarakat di kampung B. Dia ingin sahaja mengetahui perkembangan orang-orang kampung B, tapi apa yang dilakukan hanyalah bertanya kepada ketua kampung yang mungkin juga tidaklah hebat mana untuk menceritakan semuanya ataupun memuaskan hati si A. Kemudian si A mula rasa tidak puas hati, was-was, ragu-ragu dan oleh jadi juga meng'assume' ketua kampung B sedang menyembunyikan kebenaran.

Namun, setelah A bermuhasabah diri, barulah dia nampak gambaran lebih besar, mengapa drinya merasakan ketua kampung B tidak telus, maklumat tidak seperti dikehendaki dan sebagainya. Rupa-rupanya salah satu sebab adalah si A sendiri telah lama mengabaikan tanggungjawabnya sebagai salah seorang penduduk kampung. Si A sudah lama tidak duduk sekali mengopi bersama penduduk kampung, si A sudah lama tidak join majlis merewang, si A juga sudah lama tidak menziarahi orang-orang kampung. Si A juga sedar, hubungannya dengan ketua kampung semakin pudar.

ketua kampung B juga memuhasabah dirinya juga, barulah juga dia nampak gambaran yang lebih besar. Memanglah dia seorang ketua kampung yang berdedikasi, namun pasti ada sebabnya mengapa ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati. Puas dia mencari jawapan mengapa situasi ini berlaku. Difikirkan lagi, dia sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik, segala prosedure telah di ikuti, tetapi mengapa kejadian seperti ini berlaku? banyak kemungkinan yang muncul di fikirannya. Diktatorkah aku? memaksakah? kejamkah? cakar besi kah? akhirnya setelah diteliti..mungkin juga hubungannya dengan si A juga semakin pudar, jadinya mereka sukar untuk berkata-kata dalam bahasa yang sama.

Hubungan, hubungan inilah yang paling penting dalam usaha untuk menyebarkan maklumat. Jika hubunga keruh, walaupun apa yang difikirkan sama, namun boleh jadi sebelah pihak menunjukkan signal yang berbeza dan lagi sebelah pihak terus salah menginterpretasinya. Hubungan dengan Allah dan Maha Pencipta.  Permasalahn ini berlaku sahaja di mana-mana, bukan di kampung B sahaja, tetapi boleh jadi berlaku di kelab-kelab dan persatuan, organisasi raksasa, pihak pengurusan sekolah dsb...

ps: ini hanyalah pandangan ringkas penulis yang mungkin sahaja mempunyai pemikiran yang agak dangkal.

CP.


Saturday 24 March 2012

how to

start a discussion if you think your opinion is the best. Be humble and open your heart to hear the other opinion.

Tuesday 13 March 2012

Serius
Aku susah nak terima perkara yang dikatakan oleh seseorang kalau aku tengok dia punya perbuatan tak selari pun dengan apa yang dia cakap.

nature, actions speak louder than words.



Sunday 26 February 2012

Harta dari emak

Salam wrm

Lama tak update.

Tiba-tiba teringat zaman kecik-kecik dulu,

Waktu tu saya darjah 2 atau 3, tak pasti. Tapi lagi kuat darjah dua.

Rasa macam selalu kena buli-.-''

Maybe sebab halus je kot.


Bila balik, mengadu kat mak.-.-''

dan emak saya ajar saya satu doa, dan memang saya ingat sampai sekarang(Alhamdulillah)........Kadangkala hampir menitiskan air mata tiap kali membaca doa ini, terkenangkan wajah tua emak saya.
“Allahumma inni auzubika minal hammi wal huzni wa auzubika min al ijzi wal kasal wa auzubika min al bukhli wal jubni wa auzubika min ghalibatid daeni wa qahrir rijal” (dua 38)

O Allah! Indeed I seek refuge in You from worry and grief, and I seek refuge in You from helplessness and laziness, and from miserliness and cowardice, and I seek refuge in You from the overpowering of debt and domination of others.




Kini, baru saya faham.......

Duit, kemewahan, ipad, ipod, iphone, ipaid adalah harta...harta yang nampak...dan boleh sahaja harta ini rosak dimamah zaman atau hilang sekelip mata.

Namun doa, yang emak ajar pada saya..bagaikan satu harta yang tidak nampak, namun kekalnya hingga hari ini. Boleh jadi inilah antara saham emak saya.

Harta yang diberi pada anaknya, yang si anak boleh apply bila-bila masa. Wireless.

insyaAllah...

Madrasah pertama ialah rumah~ dan murabbinya adalah kedua ibu bapa.




Sunday 19 February 2012

Pengembangan Ilmu pengetahuan

1) Kebanyakan sejarah melayu, tidak dicatit. Sejarah ini turun temurun secara lisan.

2) Jadinya, kita kurang rujukan bertulis yang hakikatnya lebih panjang unurnya secara zamani. Antara rujukan yang paling penting tentang sejarah melayu melaka ialah Sejarah Melayu, karya  Tun Muhammad bin Tun Ahmad atau dikenali sebagai Tun Seri Lanang.

3) Buku ini menjadi rujukan sejarah yang penting, kebanyakan rujukan yang berbentuk lisan selalunya tidak akan tahan lama dan menjadi kurang tepat.

4) Sebagai contoh;

Si A mempunyai 100% maklumat, kemudian si A bercerita kepada si B, si B pula tidak serius semasa mendengar, lalu si B hanya mendapat 80%.

Kemudian masa berlalu;

Tiba masa si B bercerita kepada si C, namun maklumat yang sebenarnya ada 100% telah berkurang menjadi 80%, si B pun bercerita kepada si C, sekiranya si C main-main ketika mendengar, si C akan mengurangkan peratus ketepatan maklumat. Namun, jika si C serius mendengar pun, beliau masih mendapat maklumat yang kurang tepat dari 100% akibat si B dahulu.

5) Melalui kejadian ini, kita dapat melihat perkembangan maklumat semakin lama semakin cair apabila rujukannya hanyalah lisan yang terdapat banyak kemungkinan untuk ketidaktepatan.

6) Ini hanyalah contoh(muqaddimah) he he , apa yang saya ingin maksudkan ialah;
Apabila kita mendapat sesebuah maklumat, hendaklah kita catat maklumat tersebut dan kembangkan maklumat tersebut dengan rujukan-rujukan yang banyak pada masa kini.

7) Untuk mengembangkan  maklumat tersebut, bahan-bahan rujukan tidak akan datang kepada kta secara adsorption technique, iaitu kita letak buku di dada atau kepala, ilmu tersebut akan  masuk. Namun, kita perlu MEMBACA bahan rujukan tersebut dan hadam sebaiknya.

8) Mendengar recording adalah tidak salah, namun selalunya sifat manusia tidak akan terlepas dari lupa dan hanya menyampaikan bahagian mana yang dirasakan penting atau pendek kata, bahagian mana yang kita rasa applicable(dan dianggap penting), bahagian itulah yang kita ingat dan cerita., dan neraca pertimbangan manusia pada keutamaan pada sesuatu benda  dalam hidupnya adalah berbeza.

9) Contohnya, penceramah menyampaikan bahan yang bertajuk Fiqh Awlawiyat, iaitu Fiqh keutamaan. Sebuah buku yang tebalnya 355 mukasurat. Namun masa yang ada untuk berceramah hanyalah 2 jam. Jadinya, penyampai akan menyampaikan point-point yang dirasakan penting sahaja.

10) Jangan salahkan penyampai apabila satu masa, anda menjadi fanatik terhadap point-point itu sahaja dan sukar untuk melihat pada suatu sudut dengan lebih mencapah. Namun salahkan diri sendiri kerana tiada usaha untuk mengembangkan maklumat yang telah didapati.

11) Ya, saya setuju dengan post ini apabila terdapat segelintir pihak yang sukar menerima makluamt baru apabila pihak ini telah mengigit maklumat yang didapati itu dengan kuat hingga sukar untuk menerima pendapat baru.  Inilah yang dinamakan taksub hingga mencapai tahap kejumudan dalam berfikir. Kurang menggunakan minda fikir, namun banyak menggunakan minda tabiat.

12) Ok, post ini agak panjang dan macam sukar difahami. namun take home mesejnya, janganlah terlalu fanatik, banyakkan sumber rujukan yang sahih.

13) Lapangkan dada dan akal fikiran, lapanglah hidup kita, andai kita sempitkan dada dan fikiran, maka sempitlah dunia kita.



Saturday 18 February 2012

makan

saya: Abah dah makan?

Abah: Dah...insyaAllah, kita makan bukan untuk hidup sahaja.

Saya: Lagi untuk apa?

Abah: Untuk kesihatan, bila badan sihat semua boleh buat, ibadah pun boleh buat dengan lebih baik.

saya: owh, betul -betul.

ps: Jagalah kesihatan dengan memilih makanan yang berkhasiat. Halal lagi baik~

Monday 6 February 2012

Jangan Sampai...

" Kau la nasihat dia, aku rasa dia tak nak dengar nasihat aku.."

Jangan hingga jadi begini, hingga orang pun teragak-agak untuk menegur kesalahan kita.

Ataupun, orang terus tidak mahu menahsihati kita kerana kesombongan kita.

Hanya ingin menerima teguran dari orang-orang tertentu.

Memilih untuk mendengar nasihat..

Kerendahan itu terletak pada hati...

disisi Allah,Manusia bezanya hanyalah taqwa..

Hanya kita yang gemar meletakkan benchmark pada manusia dengan memandang pada fizikalnya.

Ingatlah, sekiranya diri tidak mampu memberi nasihat kepada orang, jadilah orang yang mampu menerima nasihat. Agama adalah nasihat.

Namun, kita juga janganlah  teragak-agak untuk memberi teguran/nasihat kepada orang lain sekiranya perbuatannya bolej memudaratkan dirinya dan orang lain.

Berilah secara berhikmah. Nasihat  tidak lahir dari perkataan sahaja, tidak..malah nasihat juga lahir melalui perbuatan.

Post pendek.

Dari ku, kepada diriku khasnya:)




Monday 16 January 2012

[reviu] Sincere Counsel To The Students of Sacred Knowledge


Sincere Counsel to the Student of Sacred Knowledge

Tajuk : Sincere Counsel To The Students of Sacred Knowledge

Penulis :Ibnu Al- Jawzi (d; 597 H)

Bil. Ms: 90

Bil Ms. (termasuk dalam bahasa arab): 160

Penerbit: Dar- as Sunnah 

Harga: £ 5.50, sekitar RM 18.00




Alhamdulillah, semasa cuti musim sejuk yang lepas, saya sempat menghabiskan sebuah buku yang saya kira agak praktikal. Buku ini bertajuk sincere counsel to the studdents of sacred knowledge karya Ibnu Al-Jawzi (d. 597AH), ulama Abbasiyah.

Sejarah buku,         

 Buku ini ditulis adalah untuk menahsihati anak lelakinya yang kedua iatu Abu-al- Qasim. Ketika itu anak sulungnya Abu Bakr ‘Abd al- ‘Aziz yang waraq lagi berpengetahuan agama telah mati diracun dan sebelum anak bongsunya iaitu Abu Muhammad Yusuf Muhyi al-Din lahir ke dunia. Rasa risau akan siapakah bakal menyambungnya dalam ilmu pengetahuan agama mendorong beliau untuk menulis buku ini kerana pada waktu tersebut Abu- Al-Qasim adalah satu-satu anak lelaki penulis.  Abu al-Qasim,pada zaman kanak-kanak adalah seorang yang bijak, mampu memberi khutbah ketika usia masih muda, namun masa yang berlalu mengubah segalanya., beliau semakin tidak serius menuntut ilmu, mula berkawan dengan kawan-kawan yang gemar berfoya-foya. Keadaan menjadi lebih teruk apabila  beliau menjual kitab-kitab yang telah ditulis oleh ayahnya dengan harga yang sangat murah sehingga digambarkan lebih murah daripada harga dakwat pen yang digunakan untuk menulis! Alangkah rungsingya Ibnu al-Jawzi pada waktu itu. Namun, buku ini masih tidak dimanfaati oleh anak keduanya. Akhirnya pada tahun 580 AH lahirlah anak bongsunya yang sangat hebat dan mengambil buku ini sebagai satu manfaat.

Sebagai seoarang yang meminati sejarah, sejarah di sebalik buku ini sahaja sudah membuatkan saya teruja. Benar, penulisan boleh memanjangkan umur seseorang, bukan dari segi hakiki, namun zamani. Anak bongsu lelaki Abu Al-Jawzi memegang jawatan sebagai seorang guru di institusi Khalifah Al- Musta’sim (640 A.H) sehinggalah beliau dibunuh dipenjara pada tahun 656 H oleh Hulagu Khan yang ketika itu  menguasai Baghdad. 

Isi kandungan buku

Alhamdulillah, nasihat yang penulis coretkan sangat mendalam maknanya. Manakan tidak, penulis adalah seorang yang sangat hebat dan tinggi dari segi ilmu hingga mampu mentajmi’ ramai orang , di dalam buku ini penulis telah mencoretkan kemampuan yang telah diberikan oleh Allah saw ;

“ He put a great deal of acceptance of me into people hearts and made the impact of my words leave them not questioning the authenticity of what I had to say. Approximately 200  zimmi have become Muslim at my hands and over 100 000 sinners have repented in my gatherings. More than 20 000 men have announced their repentance from foolish ways during my exhortations”.

Secara peribadinya, buku ini banyak membuatkan saya berfikir. Jika dikira halamannya, tidaklah banyak, namun isi setiap halaman seolah-olah sangat berkait dengan diri sendiri hinggakan ada muka surat yang saya perlu ambil masa sehari untuk merenung kembali isinya.

Jadinya, dalam reviu ini, saya sangat berminat sekiranya dapat berkongsi beberapa nasihat penulis yang saya kira sangat mendalam, praktikal dan berhikmah.

Dari bab pertama lagi pelbagai kata-kata hikmah telah menyentuh hati saya;

The time we spent in this world is short, the time we are held in our graves is long, and the punishment for following our base desires is calamitous.
People also vary in determination: not everybody who wants is wanted and not everybody who seeks finds what he is looking for. Still, everyone must strive to reach their goals because “everyone is eased towards what he is created for”.

Melalui kata-kata nasihat ini, saya menyedari bahawa pentingnya penggunaan masa, perancangan dan tahu tujuan apa kita hidup di dunia.
Melalui bab beneftting from time and oppurtunities, penulis bukan sahaja menyediakan nasihat untuk dibaca, bahkan untuk difikirkan, kemanakah perginya diri kita seiring dengan masa yang ada?

“Know my son, that days consist of hours and hours are made of breaths you take. Every breath is a treasure chest, so beware of letting a breath pass by with no benefit. You do not want to find an empty treasure chest on the day of Judgement and regret”.

Secara keseluruhan, saya kira buku ini menekankan tentang beberapa kepentingan antaranya; mengisi masa dengan sesuatu yang berfaedah, menuntut ilmu yang berfaedah, berfikir dan bersedia untuk menempuh alam yang akan datang dengan amal yang kita lakukan di dunia.


When a person thinks about the life of this world before entering it, he consider it long. Likewise, when he thinks about it after leaving it,

He sees a long period of time and knows that he stay in the grave is long.

When he thinks about the Day of Judgement, he knows that its fifty thousand years long( which  we can’t imagine)
 And when he thinks about Paradise and Hell, he knows that they will never end.
 Lets say, he goes to look back to see his life in this world. In average [1], our lifespans are 60. 

Where he allocate this time?

Thirty of it is spent sleeping.

Fifteen or so is spent in childhood

Most of what's left goes to chasing after desires, food and money.

Then, he account what is left!

He find that much of it is nothing but showing off and heedlessness.

The price of eternal life is the hours of his(in this context, we may apply ourselves) life, but what is left of them(hours, which way he spent them) for him to buy it with?!

[1] Narrated by Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w said;
“The lifespan of my nation are between 60 and 70. The minority will live beyond that."
                                                                                       (Al-Tirmidhi, Ibn Majah, Ibn Hibban)