About Me


Nurul Hidayah Bani, berasal dari Felda Gunung Besout 4, Sungkai Perak Darul Ridzuan. Anak ke-lima dari enam orang adik beradik. Merupakan anak seorang peneroka felda dan juga suri rumah.

Pendidikan
Pendidikan awal; Sekolah Kebangsaan Besout 4, kemudian bersekolah menengah di Sek. Men. Keb. Khir Johari, Tg. Malim dan juga MRSM Kem Terendak, Melaka. Selepas SPM, melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Kedah(KMK) dalam pengkhuhusan Sains Hayat. Kemudian, masih melanjutkan pelajaran peringkat ijazah Sarjana Muda Sains Kimia di University of Birmingham, UK, tahun ketiga. 

Hobi
Antara perkara yang sering dilakukan ketika waktu lapang adalah membaca dan menulis. Namun, membaca lebih mendominasi masa lapang. Gemar membaca buku sejarah Islam, dunia, kisah benar dan juga jurnal sosial. Mula membaca sejak sekolah rendah lagi, meminjam buku dari perpustakaan awam dan perpustakaan sekolah. Menjadi pustakawan ketika sekolah rendah dan menengah sebagai medium untuk membaca memandangkan saya berasal dari keluarga yang sederhana. Alhamdulillah, sekarang membeli buku bukan lagi masalah  . Amat meminati subjek sejarah, bahasa dan Pendidikan Islam, mempunyai minat dalam bidang seni lukis, namun tidak pandai melukis. Ketika di matrikulasi, saya tinggalkan seketika hobi membaca buku lain selain buku pelajaran.

Antara hobi lain adalah mencerap. Hobi ini sangat jarang diminati ramai berbanding fotografi. Mula meminati bidang astronomi apabila mengambil subjek cosmic connection sebagai Module Outside Main Discipline.
Antara kelengkapan yang dimiliki ialah;

Orion  Skyquest Classic Dobsonian  Telescope XT 4.5


Celestron Binocular 20x50,
3.2 degree f.o.v

Moon Filter with 25mm and 10 mm eyepiece
Binocular with stand
Koleksi Gambar


Dari segi astrofotografi, saya bukanlah seorang yang cekap. Masih sangat amatur. Beriku adalah beberapa gambar yang sempat dirakam;

Bulan separa penuh


setting kamera yang baik ketika menangkap gambar


setting kamera yang tidak berapa baik dan juga kesuntukan masa menyebabkan kualti imej kurang memuaskan





Alam Sekitar

Loch Lomond, Scotland

Loch Lomond, Scotland
Donard Sleeve, Belfast, Northern Ireland

Tulip flower near Aston Webb, now this site has been demolished, no more red Tulip


Mezquita, Cordoba

Tapak Masjid, Medina-Az-Zahra

Medan Uhud, Gambar dirakam dari bukit pemanah, Jabal Rumat

Masjik dua kiblat, Masjid Kiblatain. Turunnya Wahyu penukaran arah  kiblat


Video


Antara video yang berjaya dirakam.

Selain dari mencerap, saya juga gemar memerhatikan alam sekitar,

Beberapa timelapse awan yang  berjaya dirakam.






Sekian buat masa ini;

Nurul Hidayah Bani
Third Year Chemist
University Of Birmingham
UK.