Tuesday 31 May 2011

Takabur.

[amaran: agak panjang]


Sifat ini sudah ada sejak dari zaman penciptaan Adam a.s lagi. Ianya telah diceritakan oleh Allah s.w.t dalam surah al-Isra' ayat 61-62.


Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)? (17:61)


Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya). (17:62)


Sifat ini senyap-senyap bersarang di dalam hati, sampai satu masa akan terserlah jua. Sifat ini lah yang menyebabkan Iblis iaitu Azazil dikeluarkan dari syurga.


Sifat ini boleh didefinisikan sebagai merasakan diri mulia lebih dari makhluk lain. Padahal, apa yang kita perhatikan tidaklah Allah mengisytiharkan mana satu lebih mulia. Api ataupun tanah. Namun, dari sifat takabbur ini telah membuatkan diri merasa lebih tinggi, lebih mulia dan hebat dari yang lain.


Penyakit ini apabila dilihat dari perspektif kisah-kisah nabi terdahulu, kita dapat melihat ianya ada pada Firaun yang merasa dirinya hebat. Dirinya adalah tuhan hingga beliau sanggup membina bangunan yang luas pasaknya, tinggi puncaknya untuk melihat Tuhan Musa iaitu Allah yang Maha Esa. 


Dan Firaun pula berkata: Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu) dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta. (28:38)


Begitu juga Namrud. Namrud merupakan salah seorang dari empat insan yang Allah kurniakan kelebihan untuk memerintah timur dan barat bumi ini. Asalnya dia hanyalah seorang insan biasa. Namun apabila diberi kelebihan seperti ini, hanyut dirinya bersama kuasa yang ada. Akhirnya, sehebat-hebat beliau, mati juga kerana seekor nyamuk yang masuk ke kepala beliau melalui telinganya. 


Dua kisah tersebut adalah dari segi apabila seseorang itu telah diberi kuasa. Bagaimana dengan kita pula? Yang pastinya kita tidaklah sehebat Firaun yang memerintah Mesir dan juga Namrud. Alangkah ruginya sekiranya kita membela juga sifat takabur.


Tidak perlu melihat jauh ataupun menunding jari ke arah manusia lain. kita lihat pada diri kita dahulu. Kadangkala sifat ini memang ada dan bila kita menyedarinya, tidak patut kita membelanya kerana ianya hanya akan membuatkan diri kita menderita. 


Sifat ini dapat dirasai apabila kita merasakan diri kita lebih hebat berbanding orang lain. Akibatnya rasa ego menguasai diri. Rasa inilah yang melahirkan rasa tidak boleh kalah dengan orang lain dan mudah rasa terhina. Sentiasa mengejar dunia melebihi keperluan kita hanya kerana tidak mahu rasa terhina apabila ada seseorang yang mengatasi kita. Takabur ini juga membuatkan seseorang boleh menganggap orang sekelilingnya adalah lawan. Sukar menerima kritikan dan juga sukar untuk memaafkan orang lain.


Hakikatnya, apa yang tersembunyi dari sifat takabur ialah  inferior. Sifat ini dipupuk untuk menutup rasa inferior. Risau sekiranya si polan mengatasi kita. Tidak kiralah dari segi apa pun. Dan yang paling menakutkan apabila risau si Polah mengatasi dalam hal-hal kebajikan hingga diri merasa tercabar lalu membuat lebih apa yang si Polan sudah lakukan. Memanglah kita sudah lakukan lebih, tetapi sekiranya kita melakukan hanya kerana tidak mahu diatasi, apakah ianya masih lagi di landasan yang betul iaitu beramal hanya kerana Allah?


Dari segi perspektif seorang Daie, perlunya berhati-hati apabila memberi nasihat pada seseorang. Jangan hingga seorang daie itu merasakan dirinya mulia akibat ilmu yang dimiliki ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang lain. Disebabkan merasa dirinya mulia, dia memandang pada orang yang dinasihatinya itu sebagai seorang yang hina disebabkan kejahilan yang ada pada orang tersebut.


Perumpamaan dari situasi ini adalah umpama orang yang mencampakkan diri sendiri kedalam api demi menyelamatkan orang lain. Ini merupakan kemuncak kejahilan, kehinaan dan terpengaruh dengan hasutan syaitan yang telah berjanji untuk menganggu anak Adam hingga hari kiamat.( Rujuk surah al-Isra' ayat 63-65). Jadinya betapa pentingnya pada kita sebagai insan yang lemah memohon perlindungan dari Allah swt. dari sifat ini. Ibu segala kejahatan hati. Air yang jernih, tidak semestinya berbau wangi. Janganlah hanya kerana inginkan kemuliaan di dunia namun hati penuh dengan sifat takabur ini.


Saya akhiri entri panjang ini dengan sebuah kisah:


Pernah dikatakan kepada Daud at- Tho'ie : Apakah pendapat kamu berkenaan seorang lelaki berjumpa dengan golongan pemerintah lalu dia menyuruh mereka kepada perkara makruf dan mencegah dari perkara munkar?
Daud at- Tho'ie berkata : Aku bimbang dia dihukum sebat.
Dikatakan lagi : Dia boleh tahan dan bersabar dengan sebatan.
Daud at-Tho'ie berkata : Aku takut dia akan dipancung.
Diaktakan lagi: Dia mampu bersabar dengannya.
Daud pun berkata: Aku bimbang dia akan menghidapi penyakit yang tersembunyi iaitu ujub[1].




Glosari:
[1] ujub: Seseorang yang merasa kagum akan diri sendiri.


Rujukan:
1) Surah Al-Isra (61-65)
2) Mukhtasar Minhaj Al- Qasidin, Imam Ahmad bin Qudamah al-Maqdisi, bab 14, hal. 248,249.







Saturday 28 May 2011

Kadang-kadang

kadangkala aku rasa

Tidak akan mati
Apabila sibuk mengejar hasil dunia, seperti akulah yang menetapkan natijahnya.

-.-

Alangkah ruginya aku andai aku terus begini

Sepanjang kehidupanku, aku tidur.

Mata aku tutup, telinga aku pekakkan, hati aku keraskan.

Hingga apabila kematian menjelma, baru aku tersedar dari lena.

Oh No!..=.=

Alangkah ruginya aku

Andai lidahku basah dengan lagu-lagu laghaku

Telingaku sibuk mendengar segala jenis muzik pilihanku

Hingga aku terlupa bahawa

Satu hari nanti aku perlu lancar untuk mengucapkan kalimah ini

Lailahaillallah...

Untuk menghadap mautku

Mampukah aku menghadapinya sekiranya sepanjang hidup lidahku sibuk akan kalimah duniaku?

Hingga lupa membasahkan bibir dengan kalimahMu

Oh! Damn. alangkah celakanya aku

Apabila saat mati itu tiba

Aku hanya terngiang lagu-lagu penyanyi pujaanku!

Bukan alunan ayat-ayatMu!

Makanya, perlu aku sedia dari saat ini

Wahai diri, basahkan lidahmu dengan zikir

buka matamu untuk melihat keEsaanNya

lembutkan hatimu untuk selalu merintih padaNya

Halakan telingamu untuk mendengar ayat-ayatNya.

Gosh!..

apakah aku lupa?

Apabila sibuk memilih baju kegemaranku

Hingga berbelanja berlebihan melebihi keperluanku.

Bahawa, satu hari nanti, hanya kain kapan yang menyulubungi diriku.

Wahai diri, berjimatlah

Banyakkan sedekah, bersederhanalah pada segalanya.

22;28
280511
Birmingham,UK.




Friday 27 May 2011

[sirah] Syamail Muhammad s.a.w

Aisyah r.a meriwayatkan:

Maksudnya: " Rasulullah s.a.w mendatangi saya dan berkata, 'apakah engkau memiliki makanan?' Saya menjawab, 'Tidak'. Beliau berkata lagi, 'kalau begitu aku berpuasa'. Pada hari yang lain, Rasulullah saw. datang kembali. Saya pun berkata kepada beliau, 'Ada yang memberikan hadiah kepada kita.' Beliau bertanya.'Apa hadiah itu?' Saya menjawab, 'Hays(makanan yang terbuat dari kurma, mentega dan tepung).' Rasulullah saw. berkata, 'Aku sebenarnya berniat untuk berpuasa pagi ini'. Lalu beliau memakan (hadiah tadi)."

(Riwayat Tirmidzi, Muslim) Mutafaqqun 'Alaih.

Sumber: Imam al- Tirmizi, Syamail Muhammad s.a.w, bab lauk pauk Rasulullah, hal 109.

Setiap kali hadis yang saya baca dalam buku ini, iaitu keperibadian Nabi Muhammad. Semuanya membuatkan saya kagum. Rasa bertuah dapat jadi umat Nabi Muhammad.Secara peribadinya terasa nak kongsi sama-sama hadis ni kerana:

1) Sikap Rasulullah yang penyabar. Bila tiada makanan, berniat untuk puasa. Kalau saya lah, bila takde makanan rasa bad mood je. (reflek diriT_T)

2) Berpuasa sunat. Boleh berniat di pagi hari, contohnya turun-turun dapur, cari benda nak sarapan takde, sangat dialu-alukan, tapi, dikala summer ni, kekuatan untuk berpuasa sunat sangat diperlukan hiyark!.

3) Menerima hadiah. Secara ringkasnya Rasulullah tidak menghampakan pemberi hadiah walaupun sudah berniat puasa sunat sebelumnya. Baiknya Rasulullah. Suka sangat part ni, Rasulullah menerima pemberian hadiah, rasa macam nak beri hadiah juga pada Rasulullah. insyaAllah, mari kita beri melalui selawat.:)

4) Silalah kongsi apa yang anda rasa.

Nak tahu juga.

Tuesday 24 May 2011

[beautiful song]


Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini
We have been through many things together and I hope every times we passed it, we are moving forward...
Allah lebih mengetahui segalanya:)
this post is copycat from my emel. Not my handmade.

Cinta & Bahagia

Pernah tak terjadi pada kita?

Tiba-tiba rasa phone hilang, punyalah cari dan cari. Sampai kita rasa letih. Tapi bila jumpa balik, rupa-rupanya phone tu ada dalam poket kita je.

Ataupun, mana-mana barang lain, macam pen ke. Cari punya cari dalam beg, dalam fail rupa-rupanya ada dekat atas meja. Tempat kita duduk menghadap studi dari tadi.

Tak perasan kan. Tapi letih jugak mencari.

Pada aku, macam tu lah bahagia dan cinta

Ada di hadapan mata,
Namun bila kita masih cemari rasa, jiwa, anggota
Bahagia rasa jauh dari pandangan mata
Padahal, ianya amat dekat
Rasa bahagia itu perlu dicipta, dicari
Kerana ianya dekat
Bersihkan jiwa, basahkan lidah dengan zikir
Tenangkan hati
Hilangkan rasa syak wasangka pada manusia
kerana syak wasangka itu meletihkan
Jangan hingga kawan disangka lawan
Jangan hingga ibu bapa disangka halangan
Itulah terjadi apabila prasangka bersarang dihati
Membuat diri merana tiada henti
Cukuplah wahai diri
Bangkit kamu dari mimpi ngeri ini
Basuh wajahmu, bersihkan hatimu
Basahkan lidahmu dengan kalimah-kalimah Yang Maha Satu.

Cinta itu dekat
Cinta itu sentiasa ada
Cinta itu dari Yang Maha Esa
Kerana dia Maha Pencinta
Seandainya manusia seringkali membuat kita terluka
Cinta Allah sentiasa menyapa
Namun sukar dirasa
Apabila kita tidak perasan nikmatnya
Menagih cinta dari manusia
Umpama mengundang hiba
Andai asasnya bukan dari Yang Maha Esa.

Again, Suddenly feel this is personal entry.
T_T.
I m not ina good mood now.

Kadangkala rasa, manusia ini bongkak
Apabila begitu sukar menerima maaf seseorang..
Rasa hampir menangis, bila baca hadis mengenai Allah tetap ampunkan dosa hambaNya walaupun banyak mana pun. (except dosa syirik. wallahualam).
Mulia sangatkah kita? Untuk menghukum seseorang. T___T
Manusia ni, memang tak sempurna. T_T, Sering buat kesalahan. Itu sifat semulajadi manusia, Fitrah.
Tapi dosa dengan Allah, sekiranya kita bertaubat. Bukan sahaja Allah ampunkan, malah beri lebih dari tu.
Rasa takut pada Allah. Bila rasa takut pada Allah, takut juga nak berbuat dosa pada manusia.
Sebab tak terampun selagi dia tak ampunkan.
Semoga Allah lembutkan hati kita, lunturkan ego kita.
Semoga Allah pimpin gerak geri kita.
Supaya tidak ulang kesalahan yang sama.

Hadis tu: Hadis 42, Hadis Arba'in.

Jangan kerana kita, sahabat kita tertutup pintu untuk ke syurga.
Untuk muhasabah diri terutamanya.

T____T





Sunday 22 May 2011

[Doa] Semoga Hati Tenang, Allah permudahkan.













"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;(20:25)

"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;(20:26)

"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,(20:27)

"Supaya mereka faham perkataanku;(20:28)






Seindah Mawar.

Summer Rose
Birmingham Uni

Di balik dedaunan rimbun

Dibalik keterikan mentari

Ada sekuntum mawar berduri

Warnanya cantik, redup terasa apabila memandangnya

Baunya sedarhana, cukup untuk menyegarkan suasana

Tidak perlu menonjol, namun tetap  tampak cantiknya

Kerana ? Kecantikannya tetap tidak mampu disembunyikan

Biarpun di celahan dedaunan rimbun, biarpun semak pantas menutupinya.

Cantik, lantas jari jemari bergerak ingin menyentuhnya

Namun, terhenti jari jemari ini

Apabila meyedari duri-duri sebagai perisainya




Seindah hari ini

Tidak menutup keindahan mawar berduri


Friday 20 May 2011

Can't focus

Esok exam, exam yang carry marks tak balance. XD(apa kejadahnya hepi?).

Nampak macam dah sedikit tensi, tiba-tiba ada seorang sahabat beri kata-kata semangat.

" Allah dah tetapkan keputusan tu untuk kita, apa yang kita perlu adalah berusaha dengan Ihsan".

MasyaAllah, sebenarnya dah tau dah pasal benda ni, tapi lupa T_T. Jazakillah pada yang ingatkan, rasa ingin kejar pahala berusaha dengan ihsan! sebab.....

Keputusan sudah ditanganNya dan saya tidak mahu menjadi orang yang rugi

i ll never-never answer dr. Fossey question. T__T.

1610
20052011
tarikh ni, macam ada tarikh bday seseorang?
sapa? dah lupa.

Wednesday 18 May 2011

[secebis buku] Ukhuwah

Wah. sempat lagi saya mencuri masa mengupdate blog yang macam lama tak update. Alhamdulillah, 2 paper telah ditumbangkan dengan pelbagai perasaan. Ada yang susah, takde yang senang. Natijahnya, semua itu adalah ujian untuk kita. Samaada ingin terus mensyukuri nikmat dengan redha akan ujiannya, ataupun terus hilang kepercayaan. Lalu mengalah.

Baru-baru ini, saya sempat mengselang-selikan bacaan nota dengan sebuah buku yang dari awal permulaan lagi sudah banyak menghentam, mengetuk, menumbuk, jiwa, hati dan segalanya yang ada pada saya. Terasa banyaknya kekurangan dan pada saya janganlah terus demotivated dengan kekurangan tu, kena cuba bangkit dan berusaha betulkan apa yang salah. TT____TT.

Antaranya adalah mengenai Ukhuwah. Didalam buku Jalan mereka yang menuju Allah, ada menyebut tentang adab kita sesama saudara, prasangka dan sikap mencari kesalahan orang lain.

Hak-hak yang wajib ditunaikan terhadap saudara, didalam bab Adab-adab persahabatan, persaudaraan dan pergaulan.

Hak ketiga:
antara ringkasan,


Ibnu Mubarak berkata: Orang Mukmin sentiasa mencari keuzuran sahabatnya atau alasan untuk dia memaafkannya, sedangkan orang munafik akan mencari kesalahan orang lain(bagi menyalahkannya).


Al-Fudhail : Kemuliaan itu ialah memaafkan kesalahan sahabat-sahabatnya.


Kemudian, antara hak yang wajib adalah meninggalkan sikap berburuk sangka, bahkan kita hendaklah berusaha untuk berbaik sangka.  


Jauhilah kamu daripada berprasangka buruk kerana prasangka buruk itu adalah percakapan yang paling dusta. (Mutafaqqun Alaih)


i) Iman seorang tidak akan sempurna sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Ayat ini adalah hadis, salah satu hadis dari hadis 40. Rasanya hadis 13. Lihatlah betapa tingginya nilai persaudaraan dalam Islam apabila ianya dikaitkan dengan iman.


ii) Serendah-rendah persaudaraan adalah bersangka baik, iaitu bergaul dengan sahabat dengan cara yang dia sukai dan kita juga akan suka sekiranya sahabat kita bergaul dengan kita dengan cara yang kita senangi.


sekiranya kita sudah berprasangka buruk, apakah lagi yang tinggal untuk tahap persaudaraan antara kita? T_T


iii) Bagaimana kita inginkan persahabatan ataupun keadilan buat diri kita sekiranya kita sendiri tidak adil dengan orang lain?


iv) Punca irihati, dengki dan mendedahkan keaiban saudara sendiri adalah berpunca dari perasaan hasad dengki. Perkara ini terdorong apabila seseorang itu tidak mahu mengalah, ingin menonjolkan keistimewaan, kelebihan dan kepandaian dirinya di samping  memandang hina terhadap lawannya. Melalui perkara ini lah timbulnya rasa tidak puas hati, sering berprasangka, mengintip perbuatan lawan dan sebagainya.


Sumber: Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi, Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin, jil.1, bab 11, hal 195-197.
Jika anda tertanya-tanya bagaimana bukunya,
inilah dia.:)
Sangat merekemenkan anda-anda membacanya.
Berat, namun inilah kenyataannya sebagai seorang hamba.
melalui buku ini, beberapa entri dihasilkan.
[marah part1] [marah part2] [marah part3]

Pertama sekali saya tujukan ringkasan isi ini untuk diri sendiri, dan kemudiannya untuk kita bermuhasabah kerana tidak semua manusia lepas daripada berbuat kesalahan. Namun, apabila kita sudah mengetahui apakah kesalahan tersebut, marilah kita bersama-sama mengubahnya secara perlahan-lahan. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu masih terbuka peluan untuk mencapai  rahmat Allah yang sangat luas.

Naluri manusia, sukar untuk menerima sesuatu itu adalah kesalahan yang sebenarnya datang dari diri sendiri, terasa sakit. Namun apabila kita menerima kesalahan itu kerana Allah dan dengan berlapang dada, akan ternampaklah sinar kebahagiaan dari Yang Maha Esa. Kadangkala Allah langkahkan hati dan kaki ini untuk berbuat kesalahan supaya apabila kita menyedarinya kita sedar bahawa kita ini hamba, kerdil lagi hina dan hanya mengharap kepada ampunan yang maha Esa.

Sakit kepala, hujan renyai-renyai.
1313 after tumbangkan physical paper.
Allahuakhbar, Subhanallah, Alhamdulillah, Astaghfirullah.
Hinanya diri, kotornya hati, lesunya jiwa.T_T
Mari sama-sama kita naikkan taqwa, bersihkan hati, kuatkan jiwa.
Masih merangkak,perlu banyak belajar.T_T

Sunday 15 May 2011

Exam

Sehari lagi.
Firstly, nak minta maaf pada semua.
Salah silap yang disengajakan dan tidak disengajakan.
Terasa dengan sikap saya atau apa saja
Halalkan semuanya ya

Ada 6 modul yang saya kena jatuhkan(baca:down)
ada 1 paper yang gabung dua modul.

Monday 16/5/11
Synthesis and Mechanism ii

Wednesday 18/5/11
Thermodynamic, quantum mechanics, electrochemistry, atom and diatomic spectroscopy

Saturday 22/5/11
Determination of structure, symmetry group theory, vibrational spectroscopy , XRD

Thursday 9/6/11
Chem. elements ii, P-block and d-block

Friday 10/6/11
Analytical Chemistry
Biochemistry

23/24/6/11
Get Result

25-27/6/11
Summer Camp, insyaAllah

Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ya Allah, ajarkan kami apa yang kami tidak ketahui.:)

Saturday 14 May 2011

aku tidak tahu, kerana itu aku berusaha

Walaupun Allah tahu segala-galanya.

Kehidupan, sama sahaja seperti menghadapi peperiksaan.
Tidak tahu pun soalan yang keluar
Namun tetap berusaha
Gentar, risau, semua rasa bercampur
Padahal keputusan itu sudah ada ditentukan Allah
Mengapa berusaha?
Kerana aku tidak tahu apa kesudahanku
Apa yang aku tahu, aku ingin membuat yang terbaik

2 Days more.
Ya Allah, Engkau penentu segalanya
Berikanlah aku keputusan yang 'terbaik'.
iaitu keputusan yang lebih mendekatkan diriku padaMu
bukan keputusan yang membuatkan aku jauh dariMu.
sudoku =.=
hehe


Allah...
1552
14052011



Thursday 12 May 2011

Kapitalisme

 ialah perusahaan ataupun perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan pada pengeluar modal tanpa mempedulikan kemaslahatan yang berlaku akibat dari perusahaan tersebut.

Bagaimana:
Semua cara adalah halal. Rasuah, riba, perjanjian yang tidak adil dan sebagainya. Perdagangan manusia juga adalah halal kerana konsep kapitalisma itu sendiri, iaitu asal untung.

Contoh kejadian:
Lihat semula sejarah tingkatan dua. Pihak British telah mengeksploitasi ekonomi negara kita sehabis-habisnya. Dari Perlis sampailah ke Sabah. Perkara ini tidak berlaku pada negara kita sahaja. Banyak lagi negara timur yang menjadi mangsa.


Kesan jangkan panjang
Sekularisme. Ibadah hanya ritual. Kehidupan adalah apa yang anda ada. Meningkatnya gejala sosial. Menuntut hak kebebasan hingga ingin bebas dari hukum tuhan. Idologi ini mempunya kesan domino yang sangat hebat pada kehidupan manusia di abad ini. Ideologi ini disebarkan pada zaman modenisme dan menjadi semakin teruk pada zaman ini iaitu pasca-modenisme.

Bagaimana ideologi ini disebarkan:
Zaman modenisma: Disebarkan melalui kolonolisme iaitu penjajahan. Pada ketika itu, kuasa Islam mula lemah akibat dari kalahnya perang dunia pertama. Negara Islam mula dipecahkan oleh pihak eeropah. Negara yang tunduk pada Kerajaan Uthmaniah juga keluar. Antara negara tersebut adalah Greece dan Balkan.
Zaman pasca modenisme: Sudah tidak perlukan tentera, cukup dengan kolonolisme melalui pemikiran. Senjata paling ampuh adalah hedonisme yang berlebihan. Pendek kata: Serangan pemikiran.


Jadi, apakah ideologi yang digubal oleh manusia mampu mengamankan dunia?

Mengapa mengantuk belajar sejarah zaman sekolah dulu?
Kerana objektifnya  adalah semangat kekitaan, semangat patriotisme, nasionalisme. Sejarah tidak menjadi satu subjek yang mampu membuka mata . Caranya tidak menimbulkan kesedaran pada keadaan kita sekarang hasil dari peristiwa sejarah yang berlaku. Sejarah banyak dipadam.






Berita Hairan dan seangkatan dengannya memang

melampau.
Merekalah syarikat akhbar yang paling dilanggan.
dibeli secara universal.(kira pihak sekolah, institut pun jual. harakah sekolah tak boleh langgan)
tapi isi memang kurang memuaskan
antara tajuk hari ini: Padah berasmara dengan isteri orang.
'berita' camni hangat la untuk orang dewasa
tapi macamana dengan generasi muda
yang masih dibangku sekolah.
apa mereka pandang pada dunia luar
inilah yang mereka tahu.



muak baca berita hairan, utusang, baik baca al-jazeera, bbc. lagi-lagi BBC learning. banyak sih blajar=).

ergh.. unlike berita hairan!
Ps: tiada unsur politik, yang saya nak adalah media yang telus, berpendidikan, fikrah yang jelas untuk saya dan generasi akan datang.

Wednesday 11 May 2011

Dakwah kita

Adalah dakwah penggerak dan penyelamat.

a) Tanggungjawab yang besar
Memartabatkan kalimahNya, mendokong syariatnya dan menegakkan semula negaraNya. 
Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Al- Hajj:40)

b) Matlamat utama kita
Negeri akhirat
i) Membebaskan dunia Islam dari cengkaman negara asing.
ii)Menegakkan semula negara Islam yang bebas dimuka bumi ini.
  Bebas dalam kontek ini adalah bebas mengamalkan segala hukum Allah dan sistem sosial Islam. Bukan     hanya berlabelkan negara Islam, tetapi disekat dari melaksanakan hukum Allah sebagai sesuatu yang syumul.

c)Wahana atau wasilah utama kita:
Ceramah,ucapan, buku, pengajian, menganalis penyakit, mencari ubat masih belum mencukupi. Sebagaimana matlamat menghalalkan cara, seperti itulah kita mahu cara menghalalkan matlamat. Perlu menggunakan segala wahana dan yang paling utama adalah tiga perkara berikut:
a) Iman yang mantapi
b) Pembentukan yang kemas (Organisasi,strategi. Tidak caca marba, pemikiran jangka panjang dan pendek)
c)Usaha yang berterusan.
Terdapat wahana tambahan perlu disuaikan  dengan keadaan. Ada yang bersifat ofensif dan defensif. Ada yang mengikut arus norma masyarakat, ada yang perlu kita menongkahnya. Sememangnya dakwah ini sebenarnya ialah menongkah kebiasaan dan mengubah adat dan budaya.

d)Cabaran
1)Krisis
2) Fikrah yang disuntik syaitan

e)Rintangan sepanjang jalan
Sekatan oleh orang-orang atasan yang irihati.
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). 
(At-Taubah:32)

f)Faktor kejayaan
Tidak melakukannya kerana tujuan peribadi. Apa yang dilakukan hanya untuk mengharap Keredhaan Allah dan untuk kebaikan manusia.
Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf:21)

Sumber: Himpunan Risalah Imam Hasan Al-bana, Antara Semalam dan Hari Ini, hal: 214, 215, 216-220.



Sunday 8 May 2011

Kebebasan memilih.

Zaid b Harith
Beliau merupakan seorang anak dari keluarga yang agak baik-baik juga. Pada suatu hari, dia telah ditangkap. Dijual sebagai hamba, akhirnya dimiliki oleh Khadijah binti Khuwailid bersama suaminya Muhammad ibn Abdullah.

Setelah lama tinggal bersama Rasulullah, kasih sayang antara Zaid dan baginda umpama ayah dan anak. Pada suatu hari, datanglah ayah kandung Zaid b Harith. Beliau ingin mengambil Zaid. Beliau berunding dengan rasulullah dan menawarkan pelbagai tawaran kepada baginda.

Namun, baginda jauh lebih bijak. Baginda meminta agar tidak perlulah ditawarkan tawaran sebegitu rupa, cukuplah kita memanggil Zaid dan bertanya padanya, siapakah pilihannya.

Lalu Zaid dipanggil, setelah diaju pertanyaan, tanpa berfikir panjang beliau ingin tinggal bersama Rasulullah. Alangkah terkejutnya bapa beliau apabila anaknya memilih mahu teruskan perhambaan bersama keluarga Rasulullah berbanding pulang bersama keluarga tercinta.

Melalui secarik sirah nabi ini, dapat kita lihat baginda meraikan kebebasan memilih. Hatta anak kecil sekalipun. Diraikannya. Dapat juga kita lihat, apabila kita menjadi ibu bapa kita juga perlu meraikan pilihan anak kita selagi ianya tidak melanggar syarak. Fenomena ini sering dilihat apabila ibu bapa lebih menginginkan anak menjadi apa yang mereka harapkan berbanding melihat sendiri apa yang anak itu boleh kerjakan melalui pilihan si anak itu sendiri.

Sumber : Raheequl Makhtum, Safiur Rahman Al- Mubarakpuri, pg:74, Footnote[1].

Saturday 7 May 2011

Motivasi pagi.

Pernah tak main pondok-pondok ke, cikgu-cikgu ke waktu kecik dulu?

Kita akan bagi gelaran kan kat kawan kita.

Ok, Abu. Ko jadi doktor.

Aku jadi Datuk, aku kan wakil rakyat.

Ali, ko jadi Prof, okeh.

Lepas tu kita main, bila mak panggil balik, habisla permainan tu.

Sama je situasinya sekarang.

Dapat gelaran.

Dr. ,Datuk, Dato' ,Prof , Datin Wan Abe, maharaja lawak, bintang paling popular berita hairan.

Sampai masa Allah panggil

Kita tinggal je gelaran tu. Apa yang kita bawak hanyalah amalan. Jadi, dunia ini hanyalah permainan. Pemain yang terbaik, mampu bermujahadah, memahami strategi dunia, berhati-hati dengan perangkap dunia akan menang.  Ini kerana sewaktu permainan dunia, dia berhati-hati.

Umpama Taqwa : Berhati-hati apabila melalui jalan yang berduri kerana sedar di kiri dan kanannya, sekelilingnya ada benda yang akan memusnahkan dirinya.

Jadi, bila di dunia ini kita ada pangkat atau lebih tinggi dari orang lain. Janganlah ego. Kerana semasa kita lahir, semua sama. Tiada ijazah, sijil ataupun apa-apa pengiktirafan. Masa pulang semula pun sama, hanya kain kapan yang melekat.

Perbezaan antara kita hanyalah taqwa.

Sumber: Radio Ikim.

Terjaga dari tidur. Allah beri izin dengar something yang inspired. Terima kasih Allah.

This is life.
You choose what you want.
and you will get it.


Sejak bila UK ada bunyi guruh?

0121 am
07052011


Friday 6 May 2011

Baju Kotor.

Sepasang suami isteri berpindah ke rumah baru. Mereka sibuk mengenas rumah baru tersebut. Esoknya, sedarnya si isteri dari tidur, dia melihat rumah sebelah melalui tingkap rumahnya. Dilihat seorang wanita tua sedang minyidai kain di ampaian, kain yang disidai di ampaian tersebut kelihatan kotor. Terlintas dalam hatinya, mengapakah wanita tua ini tidak membasuh baju sehingga bersih.

Hari kedua, si isteri terasa ingin melihat keluar lagi. Diwaktu yang sama, dia memandang ke luar melalui tingkap yang sama. Apa yang dilihat wanita tua itu menyidai pakaian, pakaian yang disidai masih kotor. Terdetik dalam hatinya, bagaiman wanita yang sudah tua dan berpengalaman ini membasuh baju. Dia memberitahu suaminya akan hal itu, namun suaminya diam sahaja,(buat kering).

Hari ketiga, si isteri ini bangun lagi, dia melihat keluar rumah melalui tingkap yang sama. Dilihat wanita tua itu sedang minyidai baju, tetapi kali ini baju itu bersih! Terdetik dalam hatinya, tentu wanita ini sudah mempunyai skills membasuh baju yang betul, ataupun menggunakan sabun yang betul-betul berkesan.

"Bang, sayang tengok mak cik tu dah basuh baju dengan bersihnya la, dah tiga hari sayang perhatikan, bersih jugak akhirnya, hoho".

Suaminya dengan selamba menjawab,

" Erm, takdela sayang, pagi tadi abang bangun awal sikit, cuci tingkap yang sayang guna untuk tengok mak cik tu".

si isteri

"erk...."

Moral : Mengadili seseuatu dengan menggunakan alat yang kotor. Akan nampak lah yang kotor itu walaupun yang kotor itu datangnya dari tuan punya pengadil.

Rehat seketika.




Wednesday 4 May 2011

sayang duit, sayang alam sekitar.

Cashier : Do you need a bag? it worth 3p.

Me : errr, no thanks.
..*sambil(terpaksa) memasukkan barang ke dalam beg sekolah*


Perbualan yang saya dah selalu terbual bersama mak cik/kakak cashier. Waktu mula-mula sampai sini, rasa kekok jugak, lama-lama alert dan rasa bagus jugak macam ni.

Simple je caranya, jual beg plastik berbanding tidak sediakan langsung(kalau tak sediakan, kesian pulak pada yang beli banyak barang, tapi lupa bawak beg) untuk menyelamatkan alam sekitar . Kira macam denda la pada orang yang tak bawak beg plastik@reusable beg sendiri.
Plastics bag, take more than hundred years to decomposed.
kredit gambar


Maka, berkuranglah penggunaan dan pengeluaran beg plastik. Lalu, sayang duit, sayang juga alam sekitar.
(Ok la, 3p boleh derma pada Aqsa Syarif ke, Viva Palestine ke, Islamic Relief ke). Sungguh, 3p itu sangat berharga.
sekali keluar beli barang lebih satu plastik,
balik umah, simpan.
dah penuh lemari rumah, buang. erk..
(tercucuk diri)
[kredit gambar]

Masa saya kat matrik dulu, saya ada belajar pasal warna tong sampah kitar semula, siap buat presentension lagi. Rupa-rupanya, mengenal warna tong kitar semula tu tak penting( bukan tak penting, cuma kuraaang penting), yang lebih penting adalah praktikaliti bagaimana hendak mengitar semula. Hoho.


Rindu metrik :P
[kredit gambar]
Anyway, Miss Melissa Benidict Solution, a lorry of thanks to you. :), miss you teacher..
 *ok, solution tu takde sebenarnya.



Monday 2 May 2011

Musim Panas sudah tiba


Musim panas sudah tiba

Semua bekerja keras, 
Ramai yang sanggup berjaga malam untuk peperiksaan dunia
Namun, berapa ramai yang sanggup berjaga malam untuk peperiksaan akhirat.

Musim Panas sudah tiba

Ya Allah, semoga setiap detik yang berlalu merupakan ibadah dan tidak sia-sia.



Sunday 1 May 2011

Panas, Panas, Menggelegak...grrr...[part 3]

Assalamualaikum

Alhamdulillah, akhirnya cuti easter dah nak habis dan akan bermulalah summer term 11. [kkof-kkhoof]. But as usual, my preparation for summer exam still unsufficient. [ Tawakkal + usaha + doa yang perlu di raise up kan].

Part 1 dan part 2 dah selesai ditulis, kini tibalah part 3 pula. Part 3 ni mengenai cara mengatasai kepanasan, kemarahan dan yang sewaktu dengannya. Ok, tak nak cerita panjang, jom kita teroka satu persatu cara ni.

1) Bila marah, cuba fikir semula mengenai hadis-hadis, ayat Quran dan kisah-kisah yang menyatakan tentang kelebihan, ganjaran dan darjat orang yang menahan marah.
Ada satu riwayat daripada Ibnu Abbas, ketika zaman pemerintahan Saidina Umar r.a adalah seorang lelaki ni yang ingin menghadap saidina Umar, lalu beliau mengizinkannya. Ketika menghadap, lelaki ni telah mengkritik beliau dengan mengatakan:

            "Wahai anak Al- Khattab, demi Allah, kamu tidak pernah memberi kepada kami dengan pemberian yang melimpah ruah dan kamu juga tidak pernah memutuskan hukum antara kami dengan adil".

Mendengar apa yang lelaki ini telah katakan, maka saidina Umar naik marah sehingga hampir bertindak memukul lelaki tersebut, melihat kejadian ini, al- Hurr bin Qais berkata: Wahai amirul mukminin, sesungguhnya Allah swt telah berfirman kepada Nabi saw :



Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. (QS. 7:199).


Al- Hurr berkata lagi : Sesungguhnya orang ini jahil, tidak mengetahui. Selepas kejadian ini, saidina Umar menjadi seorang yang lebih menjaga batas-batasnya apabila beliau berasa marah.

2) Mengingatkan diri akan azab Allah swt, nescaya akan menggetarkan hati dan menggerunkan jiwa. Berdialoglah dengan diri dengan berkata.

" Kekuasaan Allah kepadaku melebihi kekuasaanku ke atas orang ini. Kalau aku bertindak terhadapnya mengikut kemarahanku, pasti aku tidak akan selamat dari kemurkaanNya kepadaku pada hari kiamat kelak sedangkan ketika itu aku amat perlukan keampunanNya".

3) Mengingatkan diri terhadap apa akibat buruk yang akan kita peroleh hasil dari permusuhan dan perbuatan membalas dendam. 

4) Hendaklah menggambarkan betapa buruknya wajah kita yang dah sedia cantik dan ayu ni apabila marah. Marah ni jugak akan membawa kita jauh dari akhlak para nabi dan ulamak.

5)Justifikasi, apakah sebenarnya punca kita untuk marah? adakah kerana bisikan syaitan ataupun kerana Allah swt.

Sekiranya kita berasa marah akibat termakan hasutan syaitan, bisikan ini akan bergema-gema, bergaung-gaung, berbisik-bisik dalam hati kita. Kata sang pembisik syaitonnirrojim :

" Kalau kamu tidak bertindak, ingatlah kamu ini akan dianggap sebagai seorang yang lemah lagi lembik, hina dina, keji dan kamu yang kerdil ni akan dipandang rendah oleh orang lain".

souce: URL

Dan, kita mula lah memperoleh kekuatan untuk marah demi mempertahankan hak asasi kemanusiaan yang ada dalam diri ini.

 Tapi! Tunggu sat, cuba berbisik kembali pada sang pembisik syaitonnirrojim ni, lawan semula dengan justifikasi yang lebih rasional :

" Wahai diri, janganlah kamu fragile dengan bisikan si jahat ini, adakah kamu(diri) merasa hina, jijik dan keji akibat bersabar sekarang? Apakah kamu tidak merasa hina di hari akhirat kelak dimana akibat dari perbuatanmu di dunia ini, orang itu pula yang memegang tanganmu dan bertindak keatasmu? Adakah kamu bimbang sekiranya dipandang keji dan kerdil oleh orang lain tetapi tidak bimbang dipandang hina oleh Allah Taala, para malaikat dan juga para nabi a.s !!? "

Untuk menjadikan diri ini dipandang mulia oleh Allah, perlulah kita menjaga nafsu amarah ini dengan sebaik-baiknya.

6) Mengatasi secara amali, iaitu berwudhuk, mengubah posisi kedudukan, bersikap tenang, minta berlindung dengan Allah.

Hikmat berwudhuk ketika marah ini telah diriwayat melalui sebuah cerita, begini ceritanya:

Urwah bin Muhammad sedang duduk bersama-sama sahabat-sahabatnya, tiba-tia datanglah seorang lelaki yang memperkatakan sesuatu yang tidak suka didengar. Lantas Urwah bangun lalu berwudhuk. Seyelah berwudhuk, dia menceritakan kepada sahabat-sahabatnya akan hadis berwudhuk ketika marah, katanya Rasulullah saw bersabda:

Sesungguhnya marah itu dari Syaitan dan syaitan diciptakan dari api. Api hanya akan dapat dipadam dengan air. Oleh itu apabila seseorang kamu marah hendaklah dia berwudhuk.   
                                                                                                    (Hr : Ahmad, Abu Daud dan al-Bukhari)


source: URL



Manakala perintah untuk mengubah posisi iaitu dari berdiri kepada duduk, dari duduk kepada berbaring adalah untuk mendekatkan diri kita untuk kita berfikir dan tenang. Untuk mengingatkan semula bahawa kita ini adalah asal dari tanah. Kita ini asalnya hina, dan kemarahan yang muncul ini adalah berpunca dari sifat takabur. Layakkah kita sebagai seorang hamba bersifat takabur?

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berfikir, merenung kembali asal kejadia kita, melihat kembali niat kita apabila kita marah dan berfikir apakah kebaikan yang kita dapat apabila marah?


Semoga berguna untuk kita semua terutamanya untuk diri saya yang marhein, serba kekurangan dan masih lagi tercemar dengan sifat marah yang tidak menentu dan justifikasi yang tidak rasional. [khhof.., flipping summer exam paper, erk..., susahnyee...]. Marah,emosi yang tidak sepatutnya juga membuatkan himmah kita terpenjara.[klik sini]


Rujukan:

1)Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi, Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin, Jil. 1, hal 361,362,363,364,365.



Wallahualam
1449
01052011
Birmingham.