Tuesday 18 June 2013

[Reviu] Reclaim Your Heart





Salam wrm. 

Reviu buku bulan ini adalah Reclaim your Heart karya Yasmin Mogahed. 

Saya tertarik untuk membaca buku ini apabila melihat ramai kawan saya di sekitar UK dan Ireland membaca buku ini. Baru-baru ini pun, terserempak dengan seorang kawan yang nak balik Malaysia, kemas sebelah tangannya memegang buku ini. Ya, buku ini memang ramai pembacanya, lagi-lagi dari kalangan kaum Hawa.

Buku ini merupakan kompilasi entri blog penulis. Saya akui, gaya penulisannya agak menarik. Dan secara peribadi, saya agak lambat membaca buku ini. Mungkin sahaja kerana isinya bukan sekadar untuk dinikmati dengan membaca, tetapi perlu dinikmati dengan berfikir dan memuhasabah diri.

Saya kira saya suka semua bahagian yang ditulis, dan yang paling saya suka adalah pada bahagian Attachment, Love dan juga Women's Status. Untuk menulis entri-entri sebegini, saya yakin penulis adalah seorang yang kuat berfikir, teliti dan seorang yang cuba memerhati sesuatu peristiwa yang berlaku dengan kacamata yang berbeza. Mungkin boleh saya panggil kacamata Islam. Banyak peristiwa yang saya kira biasa sahaja, namun kretiviti penulis mengupas peristiwa tersebut mencetuskan satu pandangan yang agak bernas untuk difikirkan. Ini tidak bermaksud apabila kita membaca kita perlu bersetuju dengan apa yang beliau fikirkan, namun kita juga perlu berfikir dahulu sebelum bersetuju. Bacalah dengan kritikal.

Di bahagian Women's status, saya amat tertarik dengan entri yang bertajuk : The Empowerment of Women, ada beberapa perenggan yang amat menarik perhatian saya. Tentang femisim, apabila wanita cuba meletakkan statusnya adalah pada lelaki. Ya, benar apa yang penulis nukilkan.

Given our privilege as women, we only degrade ourselves by trying to be something we’re not–and in all honesty–don’t want to be: a man. As women, we will never reach true liberation until we stop trying to mimic men, and value the beauty in our own God-given distinctiveness.
And yet, in society, there is another prevalent “master” which has defined for women their worth. And that is the so-called standard of beauty. Since the time we were little, we as women, have been taught a very clear message by society. And that message is: “Be thin. Be sexy. Be attractive. Or…be nothing.”
So we were told to put on their make-up and wear their short skirts. Instructed to give our lives, our bodies, our dignity for the cause of being pretty. We came to believe that no matter what we did, we were worthy only to the degree that we could please and be beautiful for men. So we spent our lives on the cover of Cosmo and we gave our bodies for advertisers to sell.
We were slaves, but they taught us we were free. We were their object, but they swore it was success. Because they taught you that the purpose of your life was to be on display, to attract and be beautiful for men. They had you believe that your body was created to market their cars.
Bacaan penuh: Klik disini

 Memang inilah yang terjadi sekiranya wanita mengejar status dan standardnya supaya sama dengan lelaki. Walhal, lelaki dan perempuan adalah berbeza. Inilah yang berlaku di masa ini. Secara teknikal, kelemahan buku ini adalah kualiti cetakan kurang memuaskan, saiz tulisan agak kecil dan harga buku ini agak mahal. Jika di Malaysia, harga buku ini mungkin sekitar RM 75 ke atas. Jika anda ingin benar memiliki buku ini, saya sarankan agar anda membaca terlebih dahulu entri-entri blog penulis. 

1800
Nottingham, UK
18/06/2013

Cerita 2, 3 hari lepas. Konflik di Syria.


Dua tiga hari lepas, gempar pula dengan kejadian yang berlaku di Jordan, jiran Syria apabila berita mengenai women abuse meletup. Dan Malaysia pula, didinding facebook tersebar pula 'ikhwan mesir' mengiklankan tawaran untuk berkahwin dengan gadis Syria. Bagi aku, wanita...ini bukan berita lawak dan ini tidak sama sekali bukan cara untuk menolong mereka. Ya, berita tersebut ternyata palsu, namun berita mengenai women abuse sama sekali tidak palsu.

 Pengalaman di Lubnan beberapa hari, walaupun singkat. Aku kira bernilai untuk memberi sedikit gambaran tentang apa yang berlaku di sana. Melalui perbualanku bersama dengan sis Maryam, ternyata suasana ini agak rumit. Timur tengah, tidak pernah lekang dari peperangan dimasa ini. Sunatullah berulang kembali.

Ketika berada didalam van, aku melihat wanita tua, wanita meminta sedekah. Kami dikhabarkan kebanyakan mereka ini adalah pelarian dari Syria. Lubnan saya kira penduduknya agak mampu, agak kaya. Alangkah sedihnya hati ini melihat wajah tua meminta sedekah. 

Apa yang boleh aku lakukan? 

Doa, bantuan berbentuk wang yang disalurkan ke NGO/badan yang dipercayai, demo, flashmob...banyak...

Namun tanpa kefahaman dan cuba mendidik kefahaman ke generasi seterusnya, bantuan ini ternyata hanyalah bantuan. Bantuan seperti memberi seekor ikan dan kemudiannya habis dimakan. Kemudian bantuan lagi.

 Giving aids, but no developments

Apa kefahaman yang perlu?

Kefahaman mengapa kita perlu membantu mereka. Bagi kita umat Islam, Aqidah adalah yang pertama dan kemanusiaan juga yang pertama. Aqidah dan kemanusiaan adalah satu. 

Kemudian, jauhkan diri dari mentalili,
'Ah, bukannya berlaku di negara aku pun, Syria tu jauh'
Sekiranya sibuk membaca novel cinta anak datuk kahwin anak tan sri, anak tan sri kahwin dengan anak kak Ton kemudian ditentang. Tentulah terasa jauh sangat konflik ini dengan kita. Sibuk mengejar cinta. Aku katakan begini bukan kerana aku tidak punya perasaan cinta. Namun, janganlah terlalu hanyut sangat dengan 'cinta illusi' yang tidak membawa kemana pun. Bahan bacaan agak penting dalam membentuk cara berfikir seseorang. frasa  you are what you eat, you are what you read juga relevan.

Wanita, dimana-mana pun tunjangnya kuat, lengkapkanlah diri dengan ilmu pengetahuan. Bukan hanya dengan angan-angan mengejar cinta yang tidak pasti dimana pengakhiran.

Aku tidak mampu merasai kesakitan, keperitanmu wanita Syria, Palestin, Rohingya, Somalia dan dimana-mana di serata dunia yang sedang menderita dengan keganasan, kerakusan, peperangan. Kesakitan, keperitan dengan kekejaman yang berlaku. Kesedihan kehilangan ahli keluarga. Namun, hidup tetap perlu diteruskan. Ku kirimkan doa.. kau lah wanita yang Allah takdirkan mendapat lebih keistimewaan. Semoga Allah merahmati kalian. 

ps : Jom Boikot! Boikot tanpa kefahaman akan membuatkan anda ketagih dengan barang yang diboikot. Boikotlah dengan kefahaman, hati, perasaan, kemanusiaan dan semuanya dibawah payung aqidah. Jika kita tidak faham mengapa perlu boikot, jangan tunggu untuk difahami, namun carilah cara bagaimana untuk memahami.