Thursday 18 February 2010

fikir balik..

Assalamualaikum....
teringat satu kisah tg terjadi kat ak baru2 ni yg buat ak rasa .....*ta tau nk kata apa....
Al kisah,di suatu pagi yang indah...ak terasa unk makan rooster..lalu pergilah ak ke rooster unk membeli apa2 yg boleh dimakan...setelah mengorder apa yg ak nk tu,kena la tggu jap...dia nk goreng fries n so on..*tak makan pun fries tu..tb2 pkerja rooster tu tya,"apa course awak stadi?",lalu ak pun jawab, "chemistry'',pastu dia pun buat muka ala2 terkejut..fuh..pastu dia tya lg..'kenapa awak stadi?''...ak terdiam,tp dalam hati ak dah spare jwpan unk kata "unk mengejar cita2 ak",tp Allah tak benarkan jawapan tu keluar dlu dari mulut ak,so pkrja rooster ni ptong line ak nk ckp..dia pun kata..''of couse Lailahaillalah''.........jwapan dia buat ak terdiam..dan membuatkan ak berfikir..........mmg tu la jawapan paling tepat,sbb tu lah tiap2 hari kita renew janji kita pada Allah,sehari 5X,(dlm doa iftitah)...

Wednesday 3 February 2010

susahnya..liatnya..uish..nak sambung balik lah....

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah kerana Allah masih mengizinkan saya unk hidup di dunia ini,unk bersama2 kita memperbaiki diri masing2,...Subhanallah..

 Bismillahirrahmanirahim,

"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; Maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir'' (39:42)

Setelah sekian lama tidak menulis entri baru,akhirnya tergerak jugaklah nk tulis,ayat tentang waktu solat ini sangat menarik perhatian saya unk berkongsi dgn sahabat2 yg lain,

" Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuh . Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)",(17:78)

Alangkah mendalamnya makna ayat ini pada kita semua..ayat ini mengisahkan tentang waktu panduan unk kita menunaikan solat 5 waktu dan bahagian akhir ayat ini amat tertusuk jugak maknanya iaitu mengenai wktu solat subuh.Saya sendiri akui bukan mudah unk kita melaksanakan solat subuh diawal waktu,kadang2 solat subuh pun dah mmg dekat2 subuh gajah,teringat sekejap entry blog yg saya baca dr blog ustaz saifulIslam yg membuat mengatakan bahawa waktu subuh mempengaruhi mood kita seharian,andainya kita bangun n tunaikan solat pada waktu subuh gajah,macam tu lah mood kita seharian,turun naik minyak macam gajah ulasnya...sungguh,melalui ayat ini dapat saya simpulkan bahawa waktu subuh adalah waktu yg sangat istimewa hinggakan diceritakan dalam ayat ini yang solat subuh disaksikan oleh malaikat..subhanallah,tp itulah solat yg kebanyakan manusia mudah unk melewatkan atas alasan tidur lambat,akibatnya bangun lambat,.bila bangun lambat adalah sebab tidak sedarkan diri ,jadi blh la solat pada waktu yg agak lewat.saya juga pernah dgr hujah yg mengatakan boleh solat subuh lewat andainya kita tidak sedarkan diri dan terlepas waktu  subuh,tp kita  renung kembali,apakah sebab kita bangun lewat lantas menunaikan solat lewat?adakah sebab kita tidur lewat unk sebab yg baik atau kita tidur lewat atas sebab nk habiskan movie2 atau menonoton perlawanan bola sepak?adakah itu sebab yg baik unk kita jawab pada Allah apabila ditanya di mahkamah tertinggi di hari pengakhiran kelak?bersama2 lah kita renungkan...sungguh,waktu subuh itu sangat menggoda unk tidur~~~


Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam

Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi
Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Ny
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari
lirik lagu:peristiwa subuh,raihan