Hampir 6 bulan saya tidak mencerap(koof). Kali terakhir saya sempat mencerap adalah ketika bulan Mac tahun ini. Mungkin kerana persekitaran rumah saya yang lama menyukarkan untuk saya mencerap. Sekitar jam 6 petang, saya berjalan-jalan sekitar kawasan perumahan dan dengan izin Allah, saya dapat melihat bulan yang terbit agak awal ketika ekuinoks musim luruh.
sekitar jam enam petang. Bulan sudah kelihatan. Keadaan langit agak berawan. |
Alhamdulillah, pada malam ini(07102011) saya berjaya mencerapp bulan dilokasi lain, iaitu selang beberapa buah rumah dari rumah lama saya. Rumah tersebut terletak di corner lot dan berpagar . Memudahkan kerja saya memilih tempat yang bagus untuk meletakkan teleskop dengan baik.
Rasa hendak mencerap muncul pada jam 8 malam, semasa menunggu Isya' saya mencapai binokular Celestron 20x50 yang telah saya beli pada musim panas yang lepas. Bulan yang saya lihat melalui binokular ini agak memuaskan hati, pada waktu ini bulan berada jelas, tidak terlindung dek awan dan ranting pokok.
kedudukan bulan pada jam 8 malam. Menggunakan Binokular Celestron 20x50. |
Celestron upclose 20x50 FOV 3.2 degree |
Akibat dari melihat bulan yang agak menggembirakan hati menggunakan binokular, saya akhirnya membuat keputusan untuk mencerap sekitar jam 10 malam. Malangnya keadaan langit pada waktu tersebut agak berawan dan kedudukan bulan ketika itu agak terlindung dengan ranting -ranting pokok, mujurlah sekarang musim luruh, tidaklah daun pokok tersebut menutup bulan juga=D. [ terima kasih pada sahabat-sahabat yang membantu!]
Buat kali pertama, saya telah menggunakan eyepiece 10mm dan juga moon filter(penapis cahaya bulan). Melalui lens dan moon filter , permukaan bulan akan dilihat dengan lebih jelas dan tidak menyakitkan mata saya. [terima kasih pada yang menolong membelikan filter!]
1) eyepiece 25 mm (lens panjang) 2)eyepiece 10 mm(lens pendek) 3) moon filter(dalam bekas lutsinar) 4) kotak moon filter(25% transmission) |
Keadaan malam yang sejuk menyebabkan saya tidak sempat menangkap gambar bulan yang saya kira sangat cantik. Namun begitu, tidak elok juga saya salahkan malam yang sejuk. Sebenarnya, saya masih sangat amatur dalam merakam imej melalui teleskop walaupun hati saya sangat-sangat nak berkongsi apa yang saya nampak dengan anda.
ps: insyaAllah, ingin menulis mengenai alatan mencerap yang saya miliki.
Birmingham
0027
08102011
Birmingham
0027
08102011
12 comments:
cool!! tahniah sebab dah bjaya mencerap setelah 6 bulan..actually ak pun ada satu eyepiece xpernah guna lagi..beli bulan 2 hari 2..crater apa boleh nampak melalui binocular? 20x50 sama saiz ngn ak,tp magnification lg besar..fov kecil 3.2, puas hati?btw, beli kat mana bino..siap dengan tripod..huhu..bino lg senang nak guna..klu ada masa free2 pun 10min observe pun ok!+ ko xterburu2 ngn astrofotografi, keputusan y baek..well done
+ gambar bino mengadap bulan mcm familar je kawasan (kedudukan bulan+papan kenyataan church kat depan)..
memang familiar pun, aku tahun lepas duduk kat belah kiri church, sekarang kat belah kanan church. heh. ye la, mmg familiar, rumah ko dulu lah
btw, FOV tu apa benda?. aku dah lama beli bino. bino tu berat, cepat lenguh kalau aku yg angkat, jadi ak beli tripod. elok sikit, tak bergegar n tak lenguh tangan. ( magnification besar kan senang bergegar)
astrofotografi-ada try, tp still tak memuaskan. btw, ak pun belum kaji apa exosure, setting n mode yang sesuai unk astrophotografi. kalau ada rezki lebih, boleh la beli benda yg ko tunjuk hari tu. insyaAllah
eyepice brapa dia pya mm? klu nak kirim pape kat ak, kirimlah. masih belum terlambat.
eyepiece ak yang 35mm 2inch eyepiece, 70degree fov tu..xpakai lg..untuk deepskyobject..
wat masa ni xda benda ak nak pesan..ak rasa benda2 basic dah cukup dah..klu ada pun, ak xda bajet, kerja xdapat lg..haha..
keputusan ko tuk guna tripod tu tepat lah sbnrnya, sbb bino klu xstabil xnampak detail bulan..ko pakai bino adapter lah kan??
rumah 81 tu kalau bilik ko kat atas, belah kiri y katil menghadap tingkap tu mmg best..sbb kadang2 sambil baring2 nak tido leh tengok bulan dari tingkap..ak observe kadang2 dari tingkap je..
pasal setup tu, setiap kali ko nak ambil gambar bulan, jgn letak filter, then..set kan compact camera tu kepada 'sunset'..sun set tu shutter speed dia laju..bulan objek terang (xperlu exposure lama/shutter speed plahan), klu shutter laju, begegar pun xeffect..
good luck..n well done..untuk 3rd year pun good luck jugak!
fov= field of view, berapa luas kita nampak melalui eyepiece/bino..eyepiece 25mm ko tu fov dia 50 degree.. ada formula lg untuk TFOV=true fov..ak pun xbrapa fham sngt.. untuk bino, fov 7 keatas bagus..actually lg better klu ko beli 10x50, tp since ko dah ada 20x50, gunakan saja sepenuhnya!..reason sebab 10x50 better ialah fov dia 7 degree..itu pun orang kata cukup2 je.. magnification 10 so kecil, sesuai untuk objek2 yang xterang mcm star cluster globular cluster etc.. next time klu ko berkesempatan, nak juga ak bca report 20x50..maybe list crater apa y ko lihat.planet etc..
bino: ha ah, mmg aku cari terus adapter dia. ingat kalau ada rezki nak tambah bino n adapter unk tangkap gambar. teleskop maybe tak.
list crater tu, insyaAllah. cuma planet ni ha, yang aku pun agak teruja jgk nak cerap. tapi malam tadi pun tak nampak bintang. bulan je.
ko pun sama, semoga ko and kakak2 yg len cepat dapat kerja!
bino: ha ah, mmg aku cari terus adapter dia. ingat kalau ada rezki nak tambah bino n adapter unk tangkap gambar. teleskop maybe tak.
list crater tu, insyaAllah. cuma planet ni ha, yang aku pun agak teruja jgk nak cerap. tapi malam tadi pun tak nampak bintang. bulan je.
ko pun sama, semoga ko and kakak2 yg len cepat dapat kerja!
aku usha bino kat amazon hari tu. semua kat amazon. adapter n tripod skali.
xpe relax je..insya'Allah akn datang bertemu lah ko dengan Jupiter (musim cerap jupiter sekarang).. bulan ni opposition, so jupiter ada dekat ngn bumi..ko dah tengok hasil dari 90mm ak..ko punya sekurang2nya mcm tu or even better(lebih jelas details pada jupiter)..ada masalah ke nak cari planet?
so far takde, except yang kita tak boleh lawan la, malam berawan. sekarang ni memang awan rapat-rapat dah.
best..
Post a Comment