Sunday 30 January 2011

21

segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian Alam,yang selalu memberi dan memberi walaupun hamba2nya Alpa.
Kasih sayangNya melebihi segala-galanya...
Perjalanan hidup ini,terasa sangat pendek
tatkala setiap minit,jam,hari,bulan dan tahun berlalu
apakah ku sedari saat2 itu?
untuk ILAHku?atau duniaku...
ku sedari,kini umurku telah meningkat kian laju.
dunia semakin jauh dari pandanganku
masa lampau menjadi perjalanan yang paling jauh untuk dituju.
apakah hidupku punyai destinasi yang satu?
ya jawabku,suatu ketika dahulu..
sebelum ku lahir,melihat dunia...
aku bersaksi bahawa Tuhanku satu.
hampir luruh jantungku,
apabila ku sedar perjanjianku,termaktub dalam Quran.
kitab yang terpelihara,kitab untuk semua.
bukan direka,tetapi kalam Allah yang maha ESA.
mengandungi segala cerita suka,duka & derita,dari dulu,kini dan selamanya.
kata mereka di sini,21 itu kunci kebebasan.
tetapi itulah mereka,tiadalah beza aku dengan mereka andai aku mempunyai mentaliti yang sama.
21 itu..
menunjukkan padaku..
akan setiap detik yang berlalu..
aku tinggalkan dunia dan hampiri akhiratku
destinasi yang di tuju, adalah ianya menuju ILAHKU?
atau.....ku diam membisu..masih berdiri di persimpangan waktu?
rugilah dirimu...
mahu yang kanan?atau yang kiri?
mahu yang berduri,atau yang indahnya sekadar fatamorgana?
mahu yang seketika atau selama-lamanya.
sajak buat diriku juga dirimu...
yang semakin melangkah jauh meninggalkan dunia...
terima kasih Tuhanku,
terima kasih ibu bapaku.....
terima kasih ahli keluargaku...
terima kasih sahabat2ku...
aku cintakan kalian keranaNYA,
kerana aku mahu cintaku hingga keSyurga
bukan hiasan dunia sahaja...
terima kasih blogku,
sedari sudah 3 tahun kamu menjadi saksi perjalanan hidupku
di tanah yang jauh dari tempat kelahiranku
siapa sangka aku sedar akan janjiku
di temapt yang jauh dari asalku
syukur pada Allah
tiada percaturan yang lebih baik dari percaturanMu.
 Alhamdulillah......

0733
30011990-30012011
jannatul huda
Birmingham
United Kingdom.

rindu pada famili di sana~







Saturday 29 January 2011

Penonton,penyorak atau pendukung?

Al-Jazeera news
ok,yang ini PERLU lah ambil tahu,jangan hanya melopong kerana kita SIBUK dengan siapa PEMENANG JUARA LAGU??(ok,ni topik basi..hehe)apa MOVIE YANG LATEST?=.=,so.. kerana apa kita PERLU TAHU? kerana MEREKA adalah SAUDARA SEAQIDAH KITA,dimana BUMI dipijak,di situ AGAMA ALLAH dijunjung.
masih MUDA untuk fikir pasal POLITIK DUNIA& ISLAM?PERKEMBANGAN DUNIA?
kita adalah pemuda
tetapi mahukah kita menjadi PEMUDA LEBIHAN?
yang diakhirat nanti,tidak berganjak kakinya dari mahkamah Allah.
kita ingin menjadi pemuda& pemudi yang menyumbang pada
agama ALLAh
 NAMA2 PEMUDA CONTOH.
SUlTAN MUHAMMAD AL-FATIH
USAMAH BIN ZAID
ALI BIN ABI TALIB
n banyak lagi,siapa yang mendukung ISLAM pada ketika dahulu?
pastilah para SAHABAT BAGINDA s.a.w...
siapa SAHABAT?
mereka adalah MUKMIN YANG HIDUP SEZAMAN DENGAN RASULULLAH DAN PERNAH BERJUMPA RASULULLAH.
dan mereka adalah PEMUDA.
hence,WAHAI PEMUDA,lihatlah dengan MATA HATIMU,apa yang KITA ada KINI?

just short entry kerana kita adalah PEMUDA...
credited to tweet pic

the egypt picture form dslr.

Thursday 27 January 2011

andainya aku berada di Jalan ini kerana dia,dan bukan kerana DIA..

tentu saja aku akan putus asa
kerana janji manusia yang selalu mengundang derita
kerana kita tidak punya apa-apa

betulkan niatku ya Allah
agar segalanya tidak sia-sia
lebur menjadi debu yang berterbangan.
sebenarnya
dunia ini untuk Allah semata
kerana ia seketika
Akhirat itu untuk kita
kerana ia kekal selamanya.
jauhkanlah aku dari memilih dunia yang maya
dan hanya memandang akhirat dengan ekor mata
hanya keranaMu ya Allah
agar hati ini tidak mengeluh resah
bertambah gelisah
tatkala badai datang melanda.
jauhkan aku dari berputus asa dari rahmatMu.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(39:53)
janji tuhanku yang Maha Pengasih.
gunung~pasak bumi juga tidak mampu~
pics:google
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.(59:21)


want to shift my life to equilibrium.
0724/27-1-11



Monday 24 January 2011

dear myself~change ur gear please...=.=

picS:google

Setiap hari kamu berjalan jauh meninggalkan dunia dan menuju ke akhirat,tapi mengapa dunia ini engkau kejar?
"Bagaimana rasanya seorang yang berjalan setiap hari menuju ke akhirat?" Muhammad bin Wasi'al-Adzli

BismillahirRahmanirRahim


Demi Masa!

[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(Al-Asr:1-3)


t_t...masyaAllah,I need to change my gear..
so,dear myself,let be more organize as a FT Hamba Allah & student..

1718/24-1-10
Jannatul Huda
melawan tidur petang..hiyark!

Tuesday 18 January 2011

786 Alhamdulillah syukur...

dulu...
aku sangat suka lagu ni..
waktu form2.(2004)
tapi aku dengar balik lagu ni...
baru2 ni...still suka
tapi melalui cara dengar yang berbeza
pandangan dan perspektif yang lain.
owh...pantasnya masa berlalu.=.=
*cough2...

Monday 17 January 2011

Richard Feynman kata...

"I think I can safely say that nobody understand quantum mechanics...EXCEPT ALLAH"
                                                                                                 (Richard Feynman+hamba Allah yang kerdil)
huhu..hu..T_T,astaghfirullah,subhanallah,masyaAllah..kecilnya hambamu ini,limitednya medan pengetahuan kami,tidak tercapai akal ini untuk seluruh kerajaanMU..

Sunday 16 January 2011

andai aku....

Jam menunjukkan jam 2340 pm
letih...itu perasaanku kini,mp3 dibunyikan...
Al-Mathurat Sugra ku dengar perlahan...
lampu dipadam...
tiba-tiba  terpancar satu cahaya....
berkelip-kelip......
 diiringi bunyi helikopter yang berlegar di udara
aku masih baring,membiarkan sahaja....letih keluh jasadku....
tiba-tiba...rohku bersuara..hatiku minta aku berfikir..
andai aku pelarian dibumi sendiri...apakah aku bisa biarkan bunyi itu berlegar?
kemudian diselang seli dengan bunyi peluru buta
tanpa mengira nasib...mencari mangsa
sebagaimana saudara seaqidahku di sana...
Palestin,Pakistan,Afghanistan....Iran.Iraq..di mana sahaja..
dalam kesejukan malam,di buru mereka yang tamakkan dunia
tanpa belas,tanpa ihsan..tanpa mengira jantina dan umur..
kamu kanak2?kamu warga tua?
aaah...peduli apa.....
itulah mereka...
asalkan misi mereka berjaya...(2:120)
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (120)
tanpa duvet,tanpa heater,tanpa makanan,tanpa hiburan..
saudaraku berlindung,hanya Allah menjadi pengharapan
di muka bumi Allah yang di mana bumi di pijak,di situ kalimah Lailahaillallah di junjung
bukan di hati sahaja,tapi dilidah dan amal
itulah mereka...saudara seaqidahmu wahai diriku.
aku........?....malu tunduk sendiri...
kuatkan aku di Jalan Ini wahai yang MahaPenyayang
berikan aku kekuatan berpegang teguh di taliMU,menjadi celupanMu....andai ini terbaik buatku....aku mahu menyumbang pada agamaMu.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (2:155)
saudaraku...bersabarlah,janji Allah itu pasti.
andai aku..
di beri pilihan
aku tidak mahu menjadi
robot tanpa ruh
di programkan oleh mereka
di ikat tangan
dibelenggu anggota badan
di butakan mata dipekakkan telinga
dari mendengar,membantu saudaraku..
leka dengan 'halwa mereka'
aku mahu manjadi pemuda
yang bangkit bersama
Allah
bantu hambaMu ini..
picture:credited to deviant art.

Tuesday 11 January 2011

dialog antara amirul mukminin dengan Abu Hazim(Salamah b Dinar)

salam wrm..
Alhamdulillah,time cuti ni sy mendapat kelebihan dari segi masa untuk update blog ni,iAllah..kalau tak mungkin nasibnya akan jadi seperti bulan2 lain yang berabuk je,nak buat 1 entry pun payah.huhu..
yep,baru2 ni sy ada membaca sebuah buku mengenai kisah para tabiin,jadi ada satu part yang sangat saya suka dan tak bolehla sekadar suka,tapi kenalah di extract iktibar dan pengajaran dari part tersebut,iAllah:)
perbualan yang sy kongsikan ini berlaku antara khalifah Bani Umaiyah iaitu Sulaiman bin Abdul Malik dengan Salamah b Dinar atau lebih di kenali dengan panggilan Abu Hazim,perbualan ini berlaku apabila amirul mukminin meminta nasihat dari para ulama ketika beliau berkunjung ke Madinah..
khalifah:wahai Abu Hazim,bagaimanakah saya boleh menjadi manusia yang baik?
abu Hazim:buangkan segala rasa takabur dan semailah akhlak yang baik.
khalifah:siapakah manusia yang paling mulia?
abu hazim:manusia yang berpegang teguh dengan maruah dan akhlak serta bertaqwa.
khalifah:apakah kata-kata yang paling baik?
abu Hazim:kata-kata yang di ucapkan oleh seseorang di hadapan orang yang ditakutinya dan di hadapan orang yang di sukainya.
khalifah:Wahai abu hazim,apakah doa yang paling cepat di perkenankan?
Abu hazim:doa orang yang melakukan kebaikan kepada orang-orang yang baik.
khalifah:apakah pula sedekah yang baik?
Abu Hazim:sedekah daripada orang yang kurang berada kepada orang yang terlalu miskin dan di berikan tanpa disertai kata-kata yang menyakitkan hati.
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. (2:263)
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (2:264)


khalifah:siapakah orang yang paling pintar?
Abu Hazim:orang yang mengetahui cara mentaati Allah kemudian dia mengamalkannya dan kemudian dia membimbing orang lain untuk mengamalkannya.
khalifah:siapakah pula orang yang paling bodoh?
Abu Hazim:orang yang menurut kemahuan sahabatnya sedangkan sahabatnya itu zalim.Dia mempertaruhkan akhiratnya semata-mata demi dunia orang lain.
begitulah sedikit perbualan antara amirul mukmin dengan Abu Hazim,semoga isi perbualan ini menjadi nasihat dan pengajaran buat diri saya terutamanya dan yang lain.
wallahualam


2130
110111
jannatulhuda



logam terpilih.

http://www.youtube.com/watch?v=EPpw3c81UZA

Sunday 9 January 2011

kisah dari Spain~Granada saksi keruntuhan kota terakhir Islam di Andalus

salam wrm....
setelah penat menengok2 soalan tutorial dan rasa mata dah krem melihat reactive intermediate yang berkeliaran,akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyambung kisah dari spain iaitu dari Granada.

Kubu pertahanan Islam yang terakhir di andalus,di Granada saya melawat Al-Hambra yang membawa maksud Istana Merah,tempat ini merupakan sebuah masjid,kompleks pentadbiran dan juga istana kerajaan Moor Granada.Kerajaan Islam ini bertahan hampir ~200 tahun,raja yang terakhir menetap di istana ini adalah Abu Abdullah IX.

Kekuasaan islam yang terakhir ini jatuh adalah kerana perebutan kuasa antara bapa dan bapa saudara,Abu Abdullah pada mulanya memberontak dan akhirnya ayah dia pun terbunuh,kemudian takhta dinaiki oleh Muhammad ibn Sa'ad,bapa saudara beliau.Lastly Abu Abdullah pun mintaklah bantuan dari dua penguasa kristian iaitu Ferdinand dan Isabella untuk jatuhkan bapa saudara dia plak..tapi memang dasar orang2 kafir yang tidak akan berpuas hati dengan Islam(2:120).

Akhirnya  Abu Abdullah ni pulak yang dimakan oleh mereka,setelah tak tahan dengan serangan pihak kristian,dia pun menyerahkan kunci kota kepada pihak kristian,(gambar penyerahan kunci kota ini telah dilakar dan dipamerkan di Plaza Espana)pastu yang lebih dramatiknya,apabila Abu Abdullah ni melarikan diri,dari tempat tinggi dia dapat melihat Al Hambra yang menjadi kebanggaannya dahulu lalu menangis,pastu mak dia pun berkata:

"nangislah kamu seperti perempuan,kerana negaramu telah hilang...kamu dahulu tidak menjaganya seperti seorang lelaki"

Inilah benteng pertahanan Islam yang terakhir di andalus,selepas kekalahan ini,umat Islam diseksa dan di murtadkan beramai-ramai. Mereka di pastikan menjd kristian atau keluar dari Andalus,pihak Kristian berusaha sedaya upaya membersihkan darah penduduk Andalusia daripada mengalirnya darah Islam.Tanggal 2 januari 1492 menjadi saksi pemurtadan besar-besaran yang terjadi dalam sejarah...

Semoga dari kisah ini,kita semua dapat mengambil pengajaran dari apa yang berlaku,Islam pernah naik,mempunyai kerajaan,menguasai 2/3 dunia,mempunyai khalifah,saintis,ahli falsafah,doktor yang sangat hebat,dan pernah turun hingga umat Islam di seksa,tiada khalifah,tiada empayar,tiada negara,Allah tinggalkan bukti2 untuk kita ambil iktibar walaupun sebenarnya Allah boleh musnahkan segala yang ada tanpa apa pun sisa yang tinggal,tetapi Allah masih pelihara apa yang perlu kita lihat,fikir dan ambil pengajaran walaupun tinggalan itu hanyalah sisa runtuhan ataupun istana yang masih tersergam indah.

Tindakan kita bukanlah sekadar melihat dan menunding jari pada kelemahan sistem pemerintahan yang terdahulu ataupun sifat tamak yang sukar dikawal di dalam diri manusia,kita perlulah membina semula dari apa yang ada walaupun mungkin ketika Islam naik nanti kita sudah tiada,tetapi pastilah kita tidak mahu menjadi penonton atau penyorak,kita mahu menjadi salah seorang pendukung yang menggunakan kudrat pinjaman Allah untuk berbuat sesuatu pada Islam.
wallahualam..

di tempat beli tiket,harga tiket adalah 13 euro dan tiket adalah terhad.
Kalau nak pergi, beli online sebab kalau beli kat kaunter kena bariss panjang dan susah nak dapat.
Nasrid palace
ukiran yang sangat halus
Nasrid Palace,kompleks pemerintahan.
masih gah berdiri mengharungi zaman
menjadi saksi.
masjid,pemandangan seluruh Granada boleh dilihat dari watch tower,
kegunaan watch tower ialah untuk melihat sejauh mana tentera salib menghampiri.
di generalife garden yang sangat cantik.


2321
09012011
jannatul huda
selagi diri ini bernafas.

cerita dari Spain~Cordoba

salam wrm....
Alhamdulillah,Cordoba adalah tempat yang ke3 yang saya ziarah semasa berada di Spain,Cordoba adalah tempat di mana terukirnya kegemilangan Islam,tempat yang saya lawati ialah Medina al Zahra dan juga Mezquita Cathedral. Perjalanan dari Malaga menuju ke Cordoba memakan masa hampir 2jam30minit.
Medina al Zahra di bina oleh Abdul Rahman III,pembinaan tempat ini memakan masa hampir 10 tahun dan hanya bertahan selama ~70 tahun,kemudiannya tempat ini telah di musnahkan oleh puak murabitun..
untuk maklumat lanjut,sila layari Medina al Zahra. :)

Kemudian,selepas puas kami melihat excavation site Medina al Zahra yang telah terkambus kemudian di jumpai semula kami pun bergerak ke tempat seterusnya iaitu Mezquita Cathedral.Mezquita Cathedral ialah masjid yang telah di murtadkan menjadi gereja.OTW nak ke Mezquita,pemandu pelancong kami pun tiba-tiba berkata..

"nanti,bila korg nak masuk,diaorang akan pesan NO praying inside,tapi boleh je solat,cuma kena tawan balik la.."

aduih,simple je dia cakap,tapi sangat mendalam.

Maka,saya pun memulakan langkah untuk masuk ke masjid yang telah di ubah menjadi gereja..Ironinya tempat ini...saya melangkah tanpa apa-apa expectation,kerana hati  sudah cukup terluka dengan apa yang telah saya dengar,kini Allah berikan saya peluang untuk melihat,hati  terguris apabila melihat masjid yang dahulunya di imarahkan dengan  solat&pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang lainnya,menjadi saksi kegemilangan Islam itu sendiri kini menjerit,menderita menanti ia dibebaskan,rimas. Tubuhnya dihakis,seni kelahirannya digantikan dengan berhala-berhala, dahulunya berkumandang bunyi azan, kini di hujani bunyi loceng....

saya seolah-olah terimbas kembali keadaan kaabah yang pernah di kelilingi hampir ~360 berhala...Mezquita itu menanti dirinya dibebaskan...


Medina Al Zahra excavation site pya map.

hanya tinggal runtuhan...
adakah kemewahan itu dapat dikekalkan?
apakah kemegahan membantu kita?
bersederhanalah..

pintu gerbang yang masih gah berdiri
tak silap pintu gerbang nak ke office PM.


tapak masjid,merupakan masjid pertama yang betul kiblatnya.
mengapakah tapak masjid yang paling teruk kemusnahan?
adakah ini kebetulan atau Allah mahu kita menjadi
hamba yang berfikir?
masih gah berdiri,menjadi gambaran betapa hebatnya
architecture pada zaman tersebut.
lokasi selepas Medina Al Zahra,
kota lama Cordoba
sehingga kini di huni oleh kebanyakannya orang yahudi
di dalam kota inilah terdapatnya Mezquita Cathedral
inside the Mezquita cathedral
architecture yang sangat hebat
tanpa PA system yang gempak,suara khatib boleh dengar hingga saf yang hujung sekali dan orang yang paling hujung sekali. Inilah kegunaan tiang dan arc.
outside the Mezquita


1547
jannatul huda




Saturday 8 January 2011

ibrah dari jaulah spain~Gibraltar


Assalamualaikum wrm....

singgah sebentar di kawasan tanah tinggi(spain)sebelum sampai ke Gibraltar,
di kawasan ini terdapat rumah-rumah yang dibina rapat2,berwarna putih,berdinding tebal dan  bertingkap kecil ,mengapa rumah-rumah tersebut dibina macamtu adalah kerana kawasan di sini mempunyai suhu yang agak tinggi.

Alhamdulillah..Alhamdulillah,setelah beberapa kali menulis entry pasal spain,pastu saved dalam draf,pastu delete.Allah beri lagi saya peluang untuk menulis kembali entry mengenai jaulah spain yang baru sahaja saya lalui dari 1/1-6/1/11.(ok,yang ni betul2 nak post :P)

Jaulah yang berlangsung selama 6 hari 5 malam membawa saya ke beberapa buah tempat yang agak significant untuk dikenang dan diambil pengajaran pada setiap yang berlaku,antara tempat yang kami lawati ialah Malaga,Gibraltar,Cordoba,Granada.Kata pemandu pelancong kami iaitu encik Hairul,tempat2 yang kami lawati adalah mengikut sekuen sejarah Islam iaitu

Gibraltar yang merupakan pintu masuk tentera Islam semasa  mahu menakluk Andalusia,dalam bahasa arab,Gibraltar dipanggil Jabal Tariq yang membawa maksud Gunung Tariq,diambil sempena nama panglima yang mengetuai misi menawan Andalusia iaitu Tariq bin Ziyad.Kini,Gibraltar merupakan tanah jajahan UK dan menggunakan nilai matawang GBP..Gibraltar menjadi antara punca keretakan hubungan UK dan Spain dari segi diplomatik sehingga kini.

Disini,kami mengambil tour untuk menaiki Rock of Gibraltar,sebanyak 4 tempat perhentian yang kami lewati,tapi saya tidak rasa puas hati kerana di sebalik apa yang tercatat pada sejarah Gibraltar,kisah Tariq b Ziyad bersama orang Islam yang lain seolah-olah dipadamkan,sepanjang perjalanan saya hanya menemui satu sahaja perhentian yang ada menyebut tentang Tariq b Ziyad.

Pemandangan dari batu Gibraltar sangat menarik,seolah-olah saya terimbas kembali bagaimana tentera Islam mempunya tekad yang sangat tinggi untuk menawan Andalusia,berbekalkan tawakkal pada Allah dan usaha hanya keranaNya,kapal-kapal yang mereka naiki telah dibakar,kiranya tak bley la nak balik.....juz mati syahid ataupun menang,masyaAllah..sangat inspired dgn kisah ni,untuk mengetahui lebih lanjut,anda bolehla membaca buku sejarah Islam di andalus,novel Tariq b Ziyad jugak agak menarik,novel keluaran PTS,novel inilah novel pertama yang saya baca semasa datang ke UK dulu..Alhamdulillah,setelah saya baca,Allah izinkan saya berpijak di bumi bersejarah Gibraltar

Some fact pasal Gibraltar,ia merupakan end point of Europe,selat Gibraltar pula adalah selat yang ,memisahkan antara benua Afrika dan benua Eropah.Anda juga boleh melihat satu garisan panjang sepanjang selat kerana terdapat dua buah lautan disini yang berbeza ketumpatan,warna,maka bolehla nampak satu laut tu terang dan satu laut tu gelap,both of laut tu iailah lautan Mediterranean dan laut Atlantik,lagipun fact ni memang dah terbukti kan dalam Quran yang diturunkan ~1400 tahun yang lepas..memang Quran ni best kan..:)


Dia biarkan air dua laut  mengalir, sedang keduanya pula bertemu. (55:18)


signboard yang guna both languages(waktu kat sempadan)

salah satu signboard yang terdapat dalam St Micheal's Cave...

Gibraltar pya airport,yang jalan raya tu.:)
pemandangan dari atas rock of Gibraltar

Gibraltar dari Spain



1550
8012011
jannatul huda




Friday 7 January 2011

2010 yang telah berlalu..

Alhamdulillah..alhamdulillah,Allah izinkan lagi untuk jariku menari-nari di atas keyboard untuk mengepost entry sulung di tahun 2011 ni.semoga tahun 2011 menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya..ameen..ameen.
2010 memang banyak la mencatat memori yang mengajar aku erti hidup,kenangan manis,tawar,pahit silih berganti..hari terakhir aku pada tahun 2010 tidaklah senormal biasa,Tapi Alhamdulillah nikmat iman dan Islam tu masih ada,even di uji dengan duit yang mengalir keluar secara tidak disangka-sangka,ianya mengajar aku bahawa harta yang ada pada diri ini semuanya hanyalah pinjaman semata-mata atau dengan kata lainnya singgah sekejap pada diri kita ni,benda tu pun mengajar aku pasal penyucian harta,ye la..duduk sini pakai bank yang konvensional(betulke ni?)..ok la dgn kata lain bukan sistem islam,hence ada la interest2 yang masuk secara senyap2 which is kita tak boleh la guna interest tu untuk kegunaan diri sendiri.
Lalu,setelah seminggu kejadia itu berlaku,barulah aku cerita kat mak aku...wah,rupa2nya mak memang bagi motivation pada aku instead memberi nasihat yang panjang berjela-jela.
antaranya...takpelah,duit yang hilang,kalau mata hilang sebelah sanggup tak?kalau orang bagi 10000 paun nak mata sebelah nak bagi tak?,camna kalau tiba2 Allah hentikan O2,n mintak kita bayar untuk setiap hela nafas?(petikan dari nasihat mak yang panjang..)..zas..maka,aku pun mula rasa terkedu dengan apa yang mak aku cakap..ada betulnya...maka,apa yang ada pada kita ni,kecill sangat kalau nak dibandingan dengan apa yang Allah beri...macam mata kita,tak boleh di renew,tapi kalau duit,ic,pasport,iAllah boleh dapat balik,boleh di buat semula kan..huhu..jadinya hari ni dan seterusnya kena lebih semangat la walaupun apa yang berlaku...
ha..kena lebih semangat untuk pergi ke uni,amek result H NMR untuk experiment lepas:),semoga dapat spectrum cantik..ameen..ameen.


sesudah snow turun
0941
07012011