Wednesday, 7 September 2011

dendang

Pejuang tak didendang
Biar Allah sahaja yang membalas budimu
Berjuang
Berjuang
Kerana ingin Islam, maruah, keamanan sampai kepada anak cucu
Melalui darah dan air mata
Tidak mahu kamu melihat anak cucumu hidup dalam cengkaman imperialis
Cukuplah.

1)Fenomena Malaysia, hangat. Bertelingkah kerana statement sejarah.
2) Ianya boleh dikatakan umpama, 'sudah terhantuk, baru terngadah'
3) Media mula mengsensasikan segala jenis khabar dengan susunan metafora, anafora dan hyperbola yang berlebihan, umpama 'indah khabar dari berita'(baca: berita sebenar)
4) Anak muda pula mula menyalahkan pihak itu dan ini,antaranya: Ada pihak cuba sebunyikan sejarah, pihak ini buta sejarah dan macam-macam lagi.. Namun, lihat  pada diri, sekiranya bahan bacaan hanya buku teks sejarah tingkatan 1-5 dan baca setakat nak lepas ataupun tak baca, jangan salahkan pihak lain, pengetahuan umpama sagu. Takle asyik disuap 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya'.
5) Dalam sejarah melaka, saya lebih suka pepatah Hang Jebat: "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar sampai basah". Manakala pepatah Hang Tuah :" Kita bagaikan mentimun dengan durian, digolek kita hancur kena golek pun kita akan hancur."



3 comments:

Yusri Yusop said...

buku sejarah sekolah pun xbaca masalahnya..komen punya kuat kat msiakini/tmi/youtube etc.. nama2 ahmad boestamam, shamsiah fakeh, dr burhanudin helmi (ejaan xsure), rashid maidin, semua ak kenal dari buku sejarah sekolah,lagi pasal hartal, AMCJA Putera, perlembagaan rakyat..semua blajar kot..xtaw la kalau2 mungkin xcukup tara mana lg..

Hidayah Bani said...

aku gelak+geram je baca komen-komen tu. moralnya:
"janganlah kita rasa nak menyalahkan orang, padahal kita yang salah"
benda tu kebanyakan sejarah form3. cuma memang tak banyak pasal haluan kiri. kalau form 2, hampir separuh silibus pasal pejuang melayu mcm tok janggut, abdul rahman limbong and perkembangan golongan pemikir orang muda yang dari upsi/sitc.bukan ke kalau blajo banyak-banyak nanti deme jugak merungut? tu yang perlu bahan bacaan tambahan.(ni la bngsa yang asyik nak cari salah orang, hehe)

Yusri Yusop said...

sekarang dah jd trend orang depend ngn politician untuk tahu sejarah..hancur negara..silap juga budaya pendidikan kita... budak bijak2 semua hantar amek sains, engineering, medic..kurang social scientist..ak ingt ak blajar time form 5 sikit2 pasal left wing, hartal..xbnyak..cukup2 je nak timbulkan bnyak persoalan..