Sunday 31 October 2010

hidayah itu

percuma bagi siapa yang Allah mahukan,tapi pengorbanan tetap perlu dilakukan,melepaskan karat jahiliah dalam diri yang sudah melekat bagaikan karat pada besi..tetapi sakitnya bagaikan mengeluarkan kaca dalam daging yang telah menusuk daging kita setelah sekian lamanya,tapi indah dan lega kan bila dapat keluarkan kaca tu..dah tak bernanah,dan dengan izinNya akan sembuh.macamtu lah kesediaan hati kita untuk berubah,Hidayah Allah itu memang urusan Allah,tapi kesediaan diri kita untuk mencari dan bersedia untuk menerimanya.aku pernah terdengar seorang kakak berbicara mengenai Hidayah Allah,bunyinya macam ni...
hidayah Allah tu umpama hujan,turun di setiap pelusuk bumi,hanya kesediaan kita untuk menyediakan wadah menadah hujan tersebut menjadi pengukur kita sama ada kita mahukan air hujan tu sebagai bekalan kita ataupun kita membiarkan air hujan tu turun,menyerap kedalam tanah dan kering...dan wadah itu umpama hati kita..
apa yang membuatkan aku ingin menyentuh mengenai Hidayah ini adalah apabila aku membaca blog seseorang mengenai rasa hatinya apabila anak2 usrah beliau berbicara mengenai perkara hiburan di hadapan beliau..aku sangat tersentuh dengan situasi yang berlaku,keadaan ini menunjukkan betapa jahiliyah itu sentiasa bertiup kencang,tetapi kebaikan itu juga sentiasa turun membasahi bumi...kadangkala manusia tahu,itu adalah kebaikan dan kebaikan itu sentiasa datang tanpa henti,tetapi apakah hatinya sudah bersedia untuk meninggalkan segala jahiliyah yang delicious tu?perkara inilah yang membuatkan aku berfikir panjang dan membuatkan aku rasa sangat kagum dengan kekuasaan Allah...aku juga teringat satu kisah di mana betapa sedihnya Rasulullah s.a.w apabila bapa saudaranya yang banyak memberi sokongan pada dakwah beliau meninggal dunia tanpa mengucapkan kalimah syahadah...perkara ini adalah sunatullah,sentiasa berulang-ulang dan berlaku agar kita menjadi manusia yang mahu berfikir...
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)(Al-Qasas:56)


berusahalah untuk mendapatkan hidayah Allah disamping menyeru manusia kepadaNya hingga....
kita mati,orang yang diseru itu mati dan matahari terbit dari barat..
wallahualam...segala yang baik itu datang dari Allah,dan yang lemah itu datang dari diri sendiri yang memang kecil,lemah dan hanya mampu berserah kepadaNya.


yang buta itu bukan mata zahir,tapi mata batin..
cahaya itu bukan cahaya zahir
tetapi cahaya yang berada di dalam hati
menerangi hati dikala suasana gelap gelita
melawan arus dunia
yang sangat bijak menghias rupa
tapi semua itu hanyalah fatamorgana.
pic from google:deviantart

Friday 29 October 2010

kekasih gelap

sebab seseorang.
dan kerana Allah
diamkan saja
jangan biar ia jadi luka
nanti kamu menderita
ok,nak buat kerja dah.
tata.
:)

total lunar eclipse

Wednesday 27 October 2010

perempuan berkalung sorban

mungkin agak tak updated
bila aku cakap pasal cerita ni
tapi cerita ni aku tengok tahun lepas
mula2 tengok emo gak
melihat kejumudan yang berlaku
but,tak boleh tengok cerita ni sekerat jalan je
kena habiskan
even ada beberapa scene yang agak tak sesuai
tapi cerita ni realiti
pada aku la
di sesetengah tempat..
try la tengok
cerita ni berunsur provokasi jugak
terutamanya pada insan bergelar wanita.
pengorbanan
aku mendung tengok cerita  ni
but each action has reason.


Tuesday 26 October 2010

Andai hati mampu berkata-kata

namun masih juga tidak terungkap
masih menahan tangis
umpama awan mendung  berat ,sarat membawa air
umpama matahari di balik awan
pucat tanpa cahaya

dan daun-daun pun berguguran
bagaikan harapan yang gugur
satu demi satu
tetapi.........
sedarlah.....

wahai diri
bersyukurlah
hari ini kamu masih boleh hidup seperti biasa
kamu masih boleh ketawa,menangis
melakukan semua pergerakan fizikal
walaupun hati kamu sarat menahan rindu
kamu perlu tahu
bahawa 
Allah lebih dekat dengan kamu
semoga apa yang kamu rindu itu keranaNya
dan semoga kita bertemu di syurga

Monday 25 October 2010

gunung...

Alhamdulillah,aku masih hidup hari ini dengan harapan mengubat apa-apa kekurangan yang lepas,Allah masih beri aku peluang,syukur...dan 2,3 minggu ni adalah minggu yang agak mencabar..dari segi rohani dan jasmani,tapi harapan kita semua di hari yang mendatang ni semakin kita siapkan diri untuk berhadapan dengan cabaran yang mendatang.
Sepotong ayat ingin dijadikan sebagai penguat diri,sebak aku mendengar ayat ni waktu solat subuh berjemaah bersama-sama ahli rumahku,aku bukanlah seorang yang dapat memahami bahasa arab satu persatu,tetapi perkataan jabal=gunung telah membuatkan aku sebak..masyaAllah,
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.(59:21)


betapa Allah membuat perbandingan dengan gunung,aku pun terbayang,alangkah hebatnya gunung,pasak bumi..tetapi boleh pecah belah kerana al-Quran dan takutkan Allah,apatah lagi kita manusia yang memang lemah,tetapi sanggup menerima al-Quran ini...
melalui ayat ni jugak,aku related kan dengan ayat yang pernah ditadabbur ketika usrah dahulu,iaitu ayat dari surah Muzammil..yang maknanya:


"atau lebih dari (seperdua)itu,dan bacalah al-Quran dengan perlahan-lahan.Sesungguhnya kami menurunkan perkataan yang berat kepadamu"(73:4-5)


sesungguhnya kalam Allah itu memang berat untuk di pikul oleh semua ciptaanNya termasuklah kita ini,iaitu manusia..bacalah dengan perlahan-lahan bermaksud,selain dengan suara yang perlahan,boleh juga kita ertikan dengan baca dengan penuh penghayatan dan mengambil kira setiap makna yang tersurat dan tersirat,,,,tambahan pula semakin lama kita berada di dunia ini,semakin kita perlu berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan,inilah pilihan kita yang telah kita janji pada Allah..andai aku ingin berhenti separuh jalan dalam memahami kalam Allah disamping mengajak manusia yang lainnya kejalan yang panjang ini,itu bukanlah pilihan yang terbaik kerana kita sebenarnya tiada pilihan melainkan deen ini iaitu Islam....dan tiada alasan untuk semua itu kerana ianya adalah amanah yang akan dipersoalkan..kuatkan dirimu dengan manual yang ada di depan mata wahai diri...ameen..


"Dan tiada alasan bagiku untuk tidak menyembah Allah yang telah menciptakanku dan hanya kepadaNyalah kamu akan dikembalikan"(36:22)


moon from my window...

Friday 22 October 2010

kisah cawan dan kopi.

Alhamdulillah,Alhamdulillah..syukur sebab masih diberi nikmat hidup hingga ke hari ini,esok belum pasti.
huhu..baru je kejap tadi aku ada tengok satu video yang aku rasa sangat menarik untuk aku jadikan renungan..
ceritanya camni...
ada la sekumpulan orang dewasa ni yang semuanya sudah berjaya,pada satu hari ni,meke plan nak lawat uni meke disamping melawat seorang prof yang merupakan lecturer mereka,masa bertemu dengan prof mereka,mereka mula bersembang dengan ramahnya,kemudian persembangan mereka ni berlarutan hinggalah masing-masing meluahkan rasa ketidak puas hatian,stress dengan kerjaya dan hidup mereka sekarang
..tiba-tiba proff meke pun bangkit dan pergi ke dapur,kemudian datang semula dengan membawa kopi dan beberapa biji cawan,pelbagai jenis cawan yang ada,ada yang dibuat dari kaca,kristal,plastik pastu corak pulak ada yang kosong,berbunga-bunga,dari segi harga ada yang mahal dan murah..kemudian proff tu pun kata,"help yourself,:)",kemudian mereka pun memilih cawan yang telah disediakan dan menuang kopi di dalamnya,bila dah masing-masing pegang cawan dan kopi,proff mereka pun berkata "lihatlah,kamu semua memilih cawan yang mahal dan bercorak,yang tinggal sekarang hanyalah cawan yang plastik,kosong dan murah,kemudian kamu semua pasti akan melihat sesama sendiri untuk membandingkan,siapakah yang menggunakan cawan yang paling grand..lalu proff tersebut menyambung lagi.."cawan yang pelbagai darjat dan status ini diibaratkan seperti wang,status hidup,kerjaya dan pelbagai material manakala kopi adalah hidup kita,kita bekerja keras untuk  mendapatkan yang terbaik dari segi appearance luaran,siapa yang dapat cawan paling cantik,paling mahal,paling best akan dipandang,tapi purpose kita mendapatkan cawan tu adalah untuk minum kopi sahaja sebenarnya tidak kisahla apa jenis cawan pun yang kamu guna,murah atau mahal kamu tetap boleh minum,tapi manusia cenderung untuk memilih cawan yang mahal dan menarik sehingga melupakan apakah tujuan asalnya mencari cawan",setelah penat proff tersebut membebel,mereka diam dan kelihatan masing-masing berfikir apa yang tersirat di sebalik peristiwa yang berlaku tadi...inilah sifat kita semua,memandang pada appearance luaran iaitu manakah cawan yang paling grand,hingga lupa apa yang kita mahukan sepatutnya adalah rasa kopi yang terbaik,cawan umpama dunia,manakala kopi itu umpama hidup kita..huhu..
aku pun agak terkesan tengok video tu,memang ada benarnya,tak salah kita berusaha,memang Allah galakkan kita berusaha untuk capai sesuatu,tapi benda tu akan jadi tak muntij bila kita berusaha hanya untuk mendapatkan segala appearance dunia yang bagaikan fatamorgana ini,tapi kita lupa untuk berusaha mendapatkan hidup kita yang merupakan aset kita di akhirat kelak.¬_¬


Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. (15)
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan. (16)(surah Hud:15-16)


Thursday 21 October 2010

semua bukan milikku

apa yang aku ada kini sangat banyak
apa yang aku syukuri sangat sikit
aku sayang pada nikmat yang banyak
tapi sukarnya untuk ku ucapkan syukur pada pemberi nikmat yang banyak itu
akhirnya
yang Maha Pengasih itu
memberikan aku..satu pengalaman yang hebat
nikmat yang ada
boleh hilang bila-bila masa
aku berkata :ia milikku...itu hanya omongan orang yang lemah seperti aku
tapi Allah maha Esa..
sudah tertulis,walaupun ia ada dalam genggaman ku
ia bukan milikku
Allah maha Esa
memberikan pengajaran yang sangat berharga...
ingin menjadi hamba Yang Maha Pengasih...
layakkah aku.¬_¬.
Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.(QS. 16:96)
uhibbuki fillah pada seseorang yang share ayat ni dengan saya pada suatu masa..
seindah tulip di musim bunga...
seindah itulah hati ini berbunga ceria
andainya.....


Tuesday 19 October 2010

bunga itu

menjadi saksi tragedi 17 Oktober..
semakin hari semakin layu
menandakan tragedi itu telah berlalu
dan bila bunga berguguran~~
¬_¬
mampukah bisa rindu menjadi madu...
oh..terlebih sudah.

tanggung dan jawab..

atau tangungjawab, 2 perkataan yang  berbeza apabila digabungkan menjadi satu,akan dapatlah satu perkataan yang ringan disebut lisan,tetapi berat untuk dipraktikkan.
tanggal 17 oktober menjadi saksi....
rasa kecintaan itu datang dan pergi..
andai ditakdirkan sejak azali,harta itu bukan milik aku
ia akan pergi,tanpa di pinta dan di paksa.
ingin lari diri
dari sesuatu yang sangat kecil nilainya
maka,Allah yang maha Besar temukan dengan yang besar nilainya
nilai yang mungkin menguji setiap manusia
setakat mana kepercayaannya pada sesuatu nilai
yang akan hilang dalam sekelip mata.
andai Allah mahu
boleh saja ditariknya semua yang aku ada..
maka,inilah tanggungjawab yang patut ku hadapi..
harta itu bukan milik aku
tapi milik Allah yang maha Esa
dapat ku bayangkan bagaimana perasaan Abu Bakar r.a
menyumbang semua hartanya ketika perang Tabuk
kerana dia percaya
dia sebenarnya tidak punya apa-apa
hanya Allah dan Rasul sahaja.
syurga dijanjikan disana
jauh dari jangkauan mata.
hehe..sempat jugak berpuisi,biarlah..asal ada rhyme sudah..rhyme yang aku je kot yang tau...petang tu je,balik2 baca entry dari Langit Ilahi pasal sedih...bagi semangat jugakla sebab kata orang mukmin takkan bersedih lama,iAllah..:)

Sunday 17 October 2010

dan tentang seseorang

tak semestinya kita dapat dekati dia
mungkin hanya boleh tengok dari jauh
dia bersama-sama kawannya yang lain
mungkin juga kedatanganku untuk mendekati dia
tidak dialu-alukan....
aku bukan siapa-siapa
hanya melihat dari jauh....
bersama kasih sayang
dariNya segala itu datang
dan pulang...
biarlah doa dan rahmat Allah bersama dia.
itu lebih baik dari ku mendekati dia..
jauh.....

melihat langit,seolah-olah resah yang ada dibawa oleh awan yang berarak..
bebaskan diri dari belunggu di sini
melihat jauh tepat kehidupan di 'sana'
credit to deviant art gallery

Saturday 16 October 2010

sudah 11 tahun

16.10.2010
genap 11 tahun abang aku meninggalkan dunia.
dia datang dulu,dan pergi dulu...beza umur kami 10 tahun,dia meninggalkan aku ketika aku berumur 9 tahun.
aku tidak mungkin akan berfikir,bagaimanalah keadaannya jika dia masih ada
aku percaya,ketentuan Allah adalah yang terbaik untuknya.
Allah lebih menyayanginya
meninggalkan dunia yang penuh tipu daya..
hanya yang hidup lebih lama tahu betapa hebatnya cabaran disini
umur aku pun dah 20..lebih lama hidup dari dia
umur itulah satu amanah..
apakah sepanjang hayat yang ada,aku isi dengan apa...
kerana aku juga akan mengiringi dia
tapi tidak tahu bila
segala yang berlaku di luar jangkaan ku
aku juga tidak pernah terfikir akan pergi sejauh ini
bertatih di jalan dakwah ini
hidup di jalan ini..
semoga dia ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yang soleh.
Aku masih ingat detik2 terakhir bersama arwah abangku,satu2nya abang yang aku ada.
Agak terkilan kerana satu2nya adik beradik yang tak sempat tengok arwah abang buat kali terakhir.
Tapi aku perlu redha,ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.
semoga aku dapat jumpa arwah abangku di sana.
ya Allah,rahmatilah kami dengan kasih sayangMu.

kalaulah yang pergi itu aku
sukar untuk aku bayangkan

"setiap yang bernyawa akan merasai mati......"(3:185)

hidayah bani
16.10.2010
mentari ufuk timur bersinar terang
10:15 am





Tuesday 12 October 2010

my second family

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah..untuk permulaan ni adalah sesuatu yang sukar untuk aku mengorak langkah,terkejutnya aku pada keadaan baru,begitulah terkejutnya aku bila aku fikir balik aku dah tersilap step lab semalam,cuai sikit sebab aku tinggalkan benda tu dalam seminit je and aku terus tak dapat product unk trans.:(
Semoga Allah permudahkan aku untuk tulis pro forma nanti.ameen.
Hari ini aku takde kelas,tapi still menjadi hectic day sebab banyak benda yang aku kena setelkan,betul kata kakak2 senior,berbeza sangat rasanya 1st yer and 2nd yer...
Hari ni aku and familiku akan ada usrah yang pertama,aku ditugaskan untuk mencari isu semasa dan sirah,btw aku memang suka sirah,rasa rindu pada buku Raheequl Makhtum,bukan apa,kat rumah dulu..tu la buku pebret aku and kadang2 aku akan bacakan story yang best pada mak aku.sooob....

aku ambil masa hampir 3 bulan untuk habiskan buku ni memandangkan aku jarang ada kat rumah dan membaca buku2 yang lain jugak..tapi yang paling best buku ni la,pastu sinergi.hehe..
waktu summer hari tu pun banyak yang aku dapat,cuma tggu untuk apply je.hu..harap2 aku akan apply semata2 kerana Allah.beberapa minggu yang berlalu ni banyak mengajar aku,apa yang berlaku semua aku tak pernah rasa lagi,peer pressure yang hebat,rumah yang memang macam apa je n suasana pembelajaran yang makin strict.Harap2 semua yang berlaku ni akan menjadikan aku lebih matang dan tak menoleh ke belakang lagi,aku pun tak nak jatuh pada masa lampau....semoga Allah memberi jalan keampunan dan memudahkan segalanya..benda yang berlaku jugak mengajar aku mengimani ayat yang aku baca hampir setiap hari,iaitu


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.(al-Baqarah:286)
dan juga ayat ini...
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(Al-Tallaq:2&3)


ayat ni pun buat aku berfikir,Allah tak beri kita jalan penyelesaian dengan mudahnya,kita perlulah memuhasabah diri kita semula dan fikir apa yang telah kita lakukan,adakah kita telah lakukan sebagaimana yang Allah inginkan untuk kita menempuh jalan keluar daripada masalah ni,sebenarnya apa yang aku lakukan ialah aku cuba lari dari masalah,tapi setelah dikaunseling oleh naqibahku,aku tahu jalan keluar dari masalah bukanlah denga lari sebab masalah tu akan kejar jugak aku,tapi aku kena hadapi dengan  apa yang Allah sudah sampaikan melalui kitab suci Quran,iaitu bertaqwalah kepadaNya...


sebaiknya manusia KAU ciptakan,
hinanya angkara diri sendiri
sedegup jantung terleka dibuai arus dunia
selangkah kau menghampiri,
kehancuran....
yang hanya ku pinta harapan keampunan
hati ini telah ku lukai...

pagi ni tersentuh baca blog mengenai kasih sayangNYA yang luas...

Sunday 10 October 2010

year of changing

itulah kata-kata yang diutarakan oleh seorang penulis cerpen yang bertajuk 4kuntum bunga.Aku suka mendengar kata2nya,bagaikan menghibur hatiku kala aku mengalami kecelaruan yang telah lama aku simpan hingga aku tidak tertahan menanggungnya.Tindakan aku semalam mungkin tidak nampak di mana matangnya aku sampai tegar bertindak macam tu...sengaja ku tahan penulis tersebut dari beredar dari bilikku,aku ingin mendengar setiap bait kata2nya.Aku akui,apa yang aku rasa adalah salah,tapi pada aku..aku memerlukan masa untuk bekerjasama dengan seseorang.Aku tahu,tarbiyah bukan untuk menyeragamkan manusia,setiap manusia mempunyai karektor yang tersendiri.Allah yang mencorakkannya.Aku tahu semua tu,tapi aku masih belum dapat memahaminya dengan hati menyebabkan aku kecundang.
seribu kemaafan aku pinta pada dia,
Jalan menuju keredhaan Allah itu banyak durinya,banyak dugaannya..pengorbanan..mudah untuk aku tulis,tapi bukan mudah untuk aku lakukan.keadaan diri yang sejak dari kecil jarang menerima arahan menyebabkan aku bungkam apabila aku menerima arahan.. inilah perubahan yang aku akan hadapi,kerja secara amal jamaie,aku perlu meluruskan niat,mencari keredhaan dan perlu mujahadah dalam bekerjasama.tapi apa yang aku terima diasampaikan melalui . orang kedua,mengapa perlu disampaikan melalui orang lain?mengapa tidak sampaikan sendiri padaku?adakah aku ini terlalu kecil untuk terus bercakap dengan aku?
perubahan yang berlaku juga aku tahu melalui orang kedua.mengapa aku tidak diberitahu oleh orang yang sepatutnya?setiap orang karektornya berbeza,mungkin ada yang boleh menerima dari orang lain..tapi pada aku,benda yang besar seperti itu,aku mahu mendengarnya sendiri.....
semasa di Malaysia,seorang kakak yang sangat aku hormati bertanya padaku,sudikah aku kalau aku di hantar ke sana?lantas aku berfikir mengatakan ya..mungkin waktu itu aku bersama dengan semangat,tetapi bukan dengan kefahaman dan persiapan menghadapinya,tidak pernah aku terfikir dengan siapa aku akan berkerjasama?bagaimanakah karakternya..apakah niatku?
aku sangat tertekan bila mendengar perkataan2 itu,pada aku,kejayaan bukan terletak pada kehebatan aku mengumpulkan manusia yang kosong,tetapi bagaimana aku meniatkannya untuk keredhaan Allah.Andai aku terus pergi tanpa mendengar kata2 dari penulis,mungkin aku hanya pergi kerana tugas,mana keredhaan Allah akan ku dapat?tanpa niat yang sebenar2nya.
hari ini aku berfikir,
aku perlu muhasabah diri..mencari dimana titik hitam yang menyebabkan aku kecundang,memperbaikinya agar apa yan aku akan lakukan aku fahami.aku tidak mahu hanya mengejar mad'u..mendf,mengorbankan masaku,apa yang ada padaku,mengumpulkan orang,tetapi keredhaan Allah itu jauh sekali.
berikan aku masa memuhasabah diri..
maafkan aku kakak yang saya hormati.
saya hanya tidak mahu di dominasi.
tapi akan saya atasi perasaan ini,walaupun memakan diri.
maafkan saya kakak yang saya kasihi..
kerana disaat akhir baru saya memahami..
maafkan aku penulis,kerana mengambil masa kamu untuk bersama aku.
maafkan saya kakak yang saya sayangi,kerana kamu menggantikan saya di saat akhir.

Thursday 7 October 2010

golongan manusia yang di doakan malaikat

salam alaik..
Alhamdulillah,aku dikurniakan housemate yang baik yang bagi pinjam laptop ni unk update blog,hehe...
Usai menunaikan solat maghrib semalam,salah seorang housemate yang merupakan seorang kakak,wanita berkerjaya dan daie  ada bagitau mengenai 11 golongan yang didioakan malaikat..tapi dia bagitahu 2 je,menyebabkan rasa nak tahu..hehe.disebabkan rasa nak tahu,aku pun menggogle..:)la..and 11 golongan tu adalah:

1)orang yang tidur dalam keadaan suci
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dan tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hambaMu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2)orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: “Ya Allah, ampunilah ia,sayangilah ia.”
3)Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf hadapan."
4)Orang yang menyambung saf pada solat jemaah(tdak membiarkan saf kosong)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jika seorang imam membaca( ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘amin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar sacara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari(hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hambaKu?”
Mereka menjawab: “Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.”
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya: “Doa orang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dimakbulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,malaikat itu berkata ‘amin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: “Ya Allah,berikanlah ganti bagi orang yang berinfak….”
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang menjenguk(melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
MasyaAllah,tulah sebelas golongan yang d dioakan malaikat,iAllah..bagi aku sebagai seorang pelajar,11 point ni adalah sangat luas dan berkaitan dengan kehidupan seharian,lagi2 yang mengimarahkan solat  jemaah,and hubungan dengan manusia di sekeliling..huhu..walaupun tak dapat buat 11 point n,sekurang2nya kta berusaha sehabis mampu.
source:google:blog orang:artikel kat harian metro.

Wednesday 6 October 2010

terasing

salam,

Terasing,novel pertama yang aku baca kat Uk untuk tahun ni..hehe..erm,pada aku cerita dia tak berapa menarik sebab aku dah boleh jangka apa yang berlaku,even pada aku jalan cerita yang bosan,tapi values yang ada sangat bagus lah untuk kita jadikan darah daging.Tema values yang diketengahkan ialah ukhuwah,persahabatan yang berlandaskan keimanan.cerita ni pasal saif dan zaman dimana saif ni telah menyetujui untuk sentiasa mengingati Zaman di dalam doa dan juga apabila zaman ni jatuh,dia akan hulurkan tangan untuk menaikkan semula.Konflik bermula bila masing2 melanjutkan pelajaran dan setelah hampir 4 tahun berpisah,zaman tidak dapat dihubungi....konflik yang berlaku adalah __________dan apa yang berlaku pada zaman _____.Akhirnya Zaman pulang semula dengan dendam  pada saif kerana janji saif yang kedua iaitu menghulurkan tangan apabila dia terjatuh baginya tidak ditunaikan,zaman rasa terasing..by the way rasa tersentuh jugak  melihat kesungguhan saif untuk menunaikan janji tersebut,padahal semuanya adalah berpunca dari salah faham dan juga pra sangka buruk...novel ini adalah yang terawal Hilal asyraf yang dipublish..pada aku still tak boleh menandingi sinergi,environment novel2 beliau adalah berbeza,tapi apa yang diketengahkan adalah sama iaitu ukhuwah,persaudaraan dalam Islam.hurm..lagi satu buku dia yang aku tengah baca adalah Fanzuru,langit ilahi 3,buku ni memang lebih meninggalkan kesan berbanding langit ilahi dan kembara hamba mencari cahaya..btw aku belum habis baca fanzuru,tapi sampai apa yang aku baca,semua cerita yang beliau coretkan aku akui,takde yang non sense..kadang2 aku terfikir,pekanya dia pada kehidupan seharian,motivasi2 yang dia dapat  tu adalah dari kehidupan beliau,melalui kuliah,pengisian yang takde pun bertemakan kursus motivasi macam kat Malaysia an...maknanya motivasi tu kita boleh dapat dari kehidupan,bukan dari ceramah motivasi yang merapik2 kat luar sana,(bagi org yang pandai grab apaa yang berlaku pada sekeliling dia and related dengan kehidupan ).satu perkara lagi,pada aku dia mempraktikkan apa yang dia tulis lagi2 mengenai ukhuwah kerana,aku perasan benda ni bila dia merakam ucapan and kata2 sahabat sekeliling beliau dengan menulis nama penuh orang tu.Memang best kalau dapat ingat nama orang and muka orang tu dengan cepat kan..sebab aku ni memang lambatla nak ingat nama orang,apatah lagi nama penuh:(,dan selalunya orang yang tegur aku dulu dengan kata:"macam pernah nampak,ni Hidayah kan",pastu aku mula la buat kering je and otak aku pun mengrefresh memori sapeee la orang tu..huhu..jadi,mulai hari ni,aku pun perlu peka pada sekeliling..sebab motivasi and inspirasi tu dapat dari sekeliling kalau kita peka,Hilal juga manusia,aku juga manusia..yang membezakan adalah bagaimana kita melihat &mengambil pengajaran pap yang berlaku di sekeliling kita....

salam ukhuwah
-hidayah bani-
birmingham 2010
syawal 27 1431
Terasing
pic from google
fanzuru
pic from google

Tuesday 5 October 2010

updated pakai phone.

huhu,lama tak updated blog or blogging sebab laptop tak boleh guna unk online.Dah hantar untuk format balik,tapi still has old prob.rasa cam nak beli someting.kalau dah ada tu,maknanya dah beli la..huhu..tp baik aku pikr dlu...nti lari bajet lak,gpun langit waktu malam buat masa sekarang tak slalu cerah.

merindui online di laptop
hidayah bani
22:34pm,5/10/10
via blogger for iphone.

Monday 4 October 2010

hari ini

bermulalah lecture&class unk 2nd year.
hope permulaan yang baik akan menghasilkan pengakhiran yang cemerlang.
ya Allah,bantu aku..semoga segala pilihanku tak memberi kesan buruk pada hidupku,kematianku,dakwah,Islam,imanku...
ameen.


with love
hidayah
syawal 25 1431
4 oct 2010

Saturday 2 October 2010

kisah si burung

Alhamdulillah..akhirnya sampai jugak aku ke UK setelah 101 hari kat Malaysia.huhu..walaupun berat hati nak tinggalkan malaysia yang simpan 100001 kenangan,tapi hidup kena diteruskan jugak..sobb2...mind set2..niat ke UK&blajar jejauh ni kerana Allah.
sepanjang cuti hari tu aku sempat g Sarawak,rumah kak jue selaku naqibahku,sepanjang g jaulah tu,banyak la mengimbas balik benda2 yang aku buat waktu kecik2 dulu..waktu selalu je duduk ngan nenek aku sampai nangis2 tanak balik umah.he.antaranya mancing ikan kat parit,waktu kat sarawak tu pun..mancing g..guna umpan cacing,alhamdulillah aku still tak kekok letak cacing kat mata kail..:)sayangnya,kail tak megena..aku rasa sebab masa tak kena kut untuk mengail waktu tu.
selain tu jugak,ayah kak jue ada ajak kami menangkap burung wak-wak.aku penah dah makan daging burung tu.;).btw dua malam kami keluar untuk mencuba nasib mana tahu boleh dapat an tangkap burung tu,sayangnya dua2 kali kami keluar untuk tangkap burung tu,kami tak dapat pun tangkap burung tu,tapi aku bersyukur sebab baru la tau camne nak tangkap burung tu..dengan ada condition dia,kalau nak burung tu keluar,selalunya timing kena waktu bulan gelap..waktu malam first kami keluarbulan terang and hujan renyai2,ayah kak jue pun pasangla rakaman suara burung and dalam masa 10 minit tu dah dengar ada burung yang menyahut...tapi besa la,burung berpelajaran....he,pastu bila satu tempat tu kami rasa macam burung tu tak mau je,kami pun menukar location untuk tangkap burung tu..tapi still takde rezeki.
benda yang buatkan aku teringat nak cakap pasal burung ni..adalah sebab subuh tadi,aku terbaa satu ayat ni,dalam surah Al-Waqiah..mengenai keadaan dalam syurga and makanannya.

"dan daging burung apa pun yang mereka inginkan,(56:21)

disebabkan ayat ni,membuatkan aku anggap yang burung ni adalah satu benda yang istimewa hingga menjadi hidangan di syurga,pada aku la..kat dunia ni memang payah nak dapat benda2 macam ni,cam ayam hutan,burung..benda yang rare la untuk orang makan.berdasarkan pengalaman aku,memang vip2 ni suka makan ayam hutan and burung(yang aku tau n penah makan wak2 je),sebab jiran aku ni memang teree tangkap ayam hutan ngan burung wak2 and demand untuk haiwan yang payah nak dapat ni adalah tinggi di kalangan orang-orang atasan,mungkin seetengah orang tak tahu,apa yang menyebabkan haiwan ni menjadi kegilaan adalah sebab rasanya yang natural,even liat tapi rasa daging haiwan ni memang sedap.(dapat makan sebab jiran aku ada bagi:P).tapi,apa yang ada kat dunia ni memang tak boleh terbanding dengan rasa kat syurga nanti,huhu..
ps:mahu rasa daging burung dalam syurga gak..ameen.

-hidayah bani-
syawal 1431.