Tuesday 28 June 2011

hectic

It have been a straight day by day of hectic days after i ve got my exam's  result.
23rd June : Got my result and in the evening i hAve travelled to Yorkshiredales to attend summer camp.
24- Summer camp, it has been so much fun when gathered with all your freind especially after exam!
25: Hiking, Subhanllah, MasyaAllah sisters, i think i cant take my eyes from the beautiful scenery. Ok, i ll update about it  later. ( the camera which i have brought still with my freind).

Limestone pavement make me wonders, sometimes a little bit of scared appear when i jump from one to the others limestone. This is because the limestones are not stable and the structure is  limestone above the other limestone. Art of the Creator.

26: Going back to birmingham with a loong journey. -.-
27: kemas-kemas bilik
28: thats today, still kemas-kemas bilik and proscastinating for a while

Anyway, the summer camp was great with a brunch of superb frends! and a beautiful, mesmerizing, awesome scenery. ( I think i still dont have any words to described the beautifulness of the place!)

29th : will go to London, iAllah.. Pray for me.


Monday 27 June 2011

Kita bukan di zaman mereka.

Semalam, sewaktu menaiki keretapi dari Leeds untuk pulang ke rumah, saya melalui sebuah stesen janakuasa yang pada saya agak misteri. Saya agak stesen tersebut adalah  stesen janakuasa elektrik. Kebetulan pada waktu itu yang duduk disebelah saya semalam adalah senior saya yang sememangnya pakar dalam bab nuklear ni. Tanpa berlengah, saya tanya.

" Kak, apa tu, _____ nuklear kan?"(dah lupa dialog, tapi ada kaitan dengan nuklear la)

Berdekatan dengan Derby.


Lalu senior saya mengiyakan.

Wah, memang betul jangkaan saya selama ini bahawa negara ini mengenerate electricity menggunakan nuklear( salah satu)..

Akhirnya saya pun bertanya pada senior saya dengan lebih lanjut, di samping itu juga saya ada kaitkan dengan  sedikit ilmu nuklear yang saya ada baca. Isu nuklear memang panas sejak-sejak ini. Tambahan lagi kemalangan nuklear yang  berlaku di Fukushima beberapa hari selepas tsunami melanda negara tersebut. Walaupun  tidak belajar mengenai nuklear tetapi rasa ingin tahu tetap ada. Tanam sifat inquiry.

Ok, ketepikan cerita diatas, ianya hanya mukaddimah sahaja. Apa yang saya ingin tambah lagi adalah tentang masyarakat di negara kita yang sensitif tentang nuklear. Tetapi sejauh mana pengetahuan mereka terhadap nuklear yang membuatkan mereka sensitif akan isu ini? Adakah kerana mereka tahu ataupun hanya dengar-dengar sahaja?, Jika dengar-dengar sahaja sudah terbukti bahawa budaya ilmu seolah-olah kurang. Masyarakat  lebih gemar dengan budaya mengeji dahulu sebelum mengkaji. Tetapi rasanya bukan sekarang, sejak zaman hang Nadim, Mahsuri, Dang Anum ataupun Hang Tuah lagi.

Masyarakat gemar mempercayai fitnah ataupun cerita karut yang disebarkan melebihi mengkaji dahulu mana sumbernya. Kini isu Lynas senyap sahaja, kerana apa? sudah ditenggelamkan dengan isu lain. Mengapa dahulu bangkang Lynas? adakah membangkang kerana ada alasan yang kukuh  ataupun hanya mengikut norma masyarakat sahaja? Lihat orang pangkah isu Lynas, ikut juga membangkang. ( saya masih juga membangkang isu Lynas)

Akhir sekali, suburkanlah budaya mengkaji(ie: membaca, bertanya pada yang pakar) sebelum kita membuat keputusan. janganlah kesimpulan yang di buat hanya sekadar melihat arus. Budaya ilmu@ mengkaji perlu disuburkan untuk mengelakkan kejadian seperti Mahsuri, hang Tuah dan pelbagai lagi berulang kembali. Jangan sinonimkan masyarakat melayu dengan fitnah tidak berasas, lalu terus menghukum. Kita bukan zaman mereka lagi. Kita mahu jadi masyarakat berilmu. Membangun tamadun menggunakan  ilmu, bukan tindakan melulu hasil dari sumber yang tidak tahu.


Kita bukan lagi di zaman mereka.

Thursday 23 June 2011

Alhamdulillah

Akhirnya secara rasminya saya telah menamatkan tahun kedua saya.  Alhamdulillah...^^,

Kalau saya bertuhankan pada USAHA, tentu saya akan jadi 'tertekan' apabila keputusan yang saya dapat tidak setara dengan usaha.
Namun, bila belajar kerana Allah, apa jua keputusan yang diterima, kita akan rasa Allah mengetahui yang terbaik. Yang penting, berusahalah kerana Allah..^^, , kita hanya mampu mengawal usaha kita, keputusan Allah sudah tetapkan,
jangan sempitkan dunia anda dengan satu gol sahaja, capahlah cahaya dunia anda agar cahaya tersebut dapat menembusi pasaran akhirat anda. (eh,  : pesanan ini terutama sekali untuk saya)

Akhir sekali,

Berusahalah kerana Allah ~..dan berdoalah agar apa jua keputusan yang kita dapat, semoga ianya mendekatkan diri kita kepada Allah, bukan menjauhkan.

Unavailable until 26th Jun. ~ off to summer training camp North Yorkshire, England.

indeed, i still love bio-organic chemistry even it sacrifies my mental during study  week.-.-

Monday 20 June 2011

Cikgu.

Pada hari Khamis lepas, saya sempat meluangkan masa menjadi sukarela untuk Masjid Jalalbad dimana murid-nurid year 2 Raddlebarn School akan melawat masjid tersebut. Lawatan ke masjid merupakan salah satu sukatan pelajaran mereka. Ianya seperti matapelajaran tatarakyat yang pernah diajar di Malaysia suatu ketika dahulu. Mereka, tidak kira agama akan diberi peluang untuk mengenal agama yang lain dari segi konsep dan juga perayaan. Objektifnya tentulah untuk mengenal dan menghormati agama lain. Apa yang menariknya, lawatan mereka ke Masjid Jalalbad menunjukkan bahawa subjek tersebut bukan hanya diajar di atas kertas, namun ada amalinya dan diberi kesempatan untuk bersoal jawab dengan penganut agama tersebut!

Ketika di masjid, saya ditemani oleh kak Ainol dan juga dua orang sisters lain yang merupakan mualaf(revert). Perkenalan dengan Gillian dan juga Sumaiyah adalah kenangan yang manis kerana banyak yang saya pelajari dari mereka, oh ya mereka berdua juga adalah guru. Mereka berdua ditugaskan untuk menjawab soalan brainstorm adik-adik year 2 tersebut. Antara soalan yang mereka ajukan adalah:

" Why do we need God?"
"Why you cover your legs?"
"Why you must pray five times a day?"

Khusyuk mendengar


Dan banyak lagi soalan yang diajukan hinggakan guru mereka terpaksa memilih siapakah yang bertuah untuk mengajukan soalan kepada sisters Gillian dan Sumaiyah.


Tanpa ada perasaan takut, bertalu-talu mereka mengajukan soalan. Nampak pada wajah mereka yang mereka mempunyai semangat inquiry yang tinggi. Selain itu, saya juga kagum dengan semangat mereka apabila diajukan soalan. Berebut-rebut ingin menjawab. Mereka tidak takut salah dan juga mempunya tahap konfiden yang tinggi. Sebagai bakal guru, selain dari melihat bagaimana behaviour murid-murid tersebut, saya juga melihat bagaimana skill guru-guru mereka.

Suasana apabila sesi QnA.


Ternyata pendekatan guru mereka membuatkan murid-murid tersebut semakin bermotivasi. Manakan tidak, setiap kali soalan yang keluar, tidak pula dijawab dengan "aish kamu ni, tak masuk periksa pun"(ok, yang ni dibahasa melayukan). ataupun setiap kali soalan yang mereka jawab tidak tepat, tidak pula guru tersebut merendah-rendahkan murid tersebut, malah memuji kerana berani menjawab.

Apabila melihat pendekatan guru disini yang jauh daripada pendekatan hukuman secara 'depan-depan', saya melihat semangat murid-murid semakin tinggi. Apa yang ingin saya tekankan adalah guru perlulah mempunyai interpersonal skill yang hebat. Manakan tidak, profesyen ini merupakan profesyen yang dimana dalam satu masa, mereka terpaksa menguruskan klien yang ramai dan berbeza-beza ragamnya.

Ternyata baru-baru ini, trend memilih perguruan sebagai pilihan terakhir untuk karier adalah sesuatu yang tidak sihat. Menjadi guru memerlukan cita-cita yang tinggi, keazamana dan juga semangat untuk memperbaiki anak bangsa yang semakin lama kita lihat semakin tenat. Jangan jadikan guru sebagai satu pilihan dimana apabila anda tiada pilihan lain, anda pun pilihlah untuk menjadi guru. Keadaan ini hanya menambahkan bilangan guru yang hanya menjadi guru kerana pekerjaan.

Guru adalah profesyen yang mulia, jadinya, sekali anda memilih untuk menjadi guru anda perlulah menanam rasa cinta untuk mendidik bukan sekadar mengajar. Jangan jadikan pendekatan hukum secara depan-depan adalah pendekatan yang pertama.  Diakhir sesi tersebut, saya hanya menjadi pendengar kepada perbualan kak ainol denagn Gillian dan Sumaiyah. Sesekali saya hanya tersenyum, mungkin saya lebih selesa mendengar pengalaman mereka. Maklumlah, mereka ni sudah berkahwin dan beranak, jadinya saya lebih selesa mendengar pendekatan mereka sebagai seorang guru dan ibu kepada objek  sasaran mereka. Sampai suatu ketika mak cik Sumaiyah berkata kepada saya:

" You are silent and so small", sekali lagi saya tersenyum. :p

Akhir sekali, sama ada pendekatan kepada murid-murid melalui sistem eropah yang mementingkan semangat inquiry, soalan secara terbuka dan sistem peperiksaan yang tidak berapa rigid mahupun pendekatan asia yang mementingkan disiplin, jumlah homework dan juga peperiksaan, kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan. Guru-guru disini juga memuji sistem asia kerana mempunya disiplin yang tinggi dalam melahirkan modal insan. Namun, sekiranya kedua-dua pendekatan ini dapat digabungkan, satu pendekatan yang agak cantik dapat diperkenalkan.

Ps: agak-agak diorang dapat tak tahan dengan kerja sekolah yang banyak dan hari-hari kena bawak buku teks bahasa Melayu macam kat sekolah rendah dulu? he..>)

Saturday 18 June 2011

salah

" Menegur kesalahan itu penting, tetapi apa yang lebih penting adalah memahamkan apa kesalahan yang telah dilakukan supaya orang yang berbuat salah tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan kesalahan itu berulang."

Jangan membisu, hanya mengatakan dia bersalah. Lalu dia meminta maaf. Namun pada masa yang sama masih lagi berbuat salah hingga anda rasa dia tidak boleh diubah.
Ini terjadi kerana dia hanya tahu dia telah berbuat salah, namun tidak faham bahagian manakah kesalahannya itu.

Skill ini juga amat penting bagi seorang guru. Kadangkala kita lebih cenderung  menegur kesalahan yang dilakukan berbanding menerangkan apa jenis kesalahan yang dilakukan.



^^,

Note for self today. 

Thursday 16 June 2011

Demokrasi berparlimen.

Demokrasi berasal dari bahasa yunani yang membawa maksud 'Pemerintahan Rakyat'

Slogan yang dilaungkan bersama demokrasi adalah 'dari rakyat, untuk rakyat'

Pemimpin dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Kemudian pemimpin tersebut akan berkhidmat untuk rakyat. Apabila pemimpin tersebut tidak menepati citarasa rakyat ataupun mengabaikan kepentingan rakyat, rakyat berhak bersuara.

Antara cara untuk rakyat bersuara apabila mengamalkan sistem demokrasi adalah:

Demonstrasi merupakan salah satu komponen demokrasi. Jika diharamkan demonstrasi, maka tidak sempurnalah sistem demokrasi yang diuar-uarkan.

Banyak demonstrasi yang telah dijalankan, antaranya ketika menentang pembentukan Malayan Union hinggalah pada masa kini.

Diharap, jika kita telah menerima sistem ini sebagai sistem pemerintahan, gunakanlah sistem ini sebaik-baiknya. Tidak kira sama ada mereka(kita) adalah daripada komponen kerajaan ataupun pembangkang. Jangan mengubahsuai sistem demokrasi untuk kepentingan sesebuah pihak. Jika ingin ubah, tidak perlu gunakan perkataan 'demokrasi'.

Jika anda masih ingat, Malaysia mempunyai hak kebebasan bersuara selagi tidak melanggar  lima perkara sensitif ini: Anda rujuk sendiri. Sejarah SPM.

Inilah kepentingan sejarah. Supaya kita menghayati apa yang telah berlaku dan mengambil pelajaran dari setiap yang berlaku.


Masih ingat gambar ini dalam buku teks tingkatan berapa?


Children Psychology.

Quote from a book entitle Enjoy Your Life,


I once delivered a lecture about the importance of prayer
to a group of children in a school. I asked them if anyone knew
of a Hadeeth concerning the importance of prayer. One of the children responded saying,

 “The Prophet has said: “Between a man and disbelief and polytheism is to abandon the prayer.’’

I was so amazed by his response and his zeal that I instantly took off
my watch and gave it to him, although, my watch wasn’t anything
special. This incident encouraged the child to study more eagerly
and memorise the Qur’an, since he had felt self-worth.
Years passed by, I went to a mosque and was astonished to
discover that the Imam of the mosque was that same child. He
had grown to become a fine young man who had graduated from
the Shari’ah College, and was now working in a court. Although,
I did not remember him, he had remembered me. Notice how
love and respect developed in his heart due to a childhood incident.


Indeed, I still remember which teacher whose throw away my short pencil without asking me why i used the short pencil. Maybe at that time my parents didnt have money to provide me a new, long pencil( Now, i m not angry with this teacher, I hope Allah blessed him. ameen).- This is a sad story for me until now(psychologycally), thats why I want to be a good teacher, insyaAllah. 
 I also still remember which teacher that gave me  present when I able to aswer her history questions. From this incident, it encouraged me to learn history more and more. Until now I still love to learn history.

Wednesday 15 June 2011

Sakit

 Ada dua kesakitan yang boleh kita rasa.

1) Kesakitan mengikut peraturan, disiplin, menahan nafsu, kehendak dan sewaktu dengannya.
2) Kesakitan kerana menyesal atas sesuatu yang telah berlaku.

Sakit yang pertama tu, kat mana-mana boleh rasa, contohnya kalau nak berjaya exam. Selalunya seseorang tu akan disiplinkan diri dia sepanjang minggu ulangkaji. Waktu tu tak boleh la dia nak pergi melancong ke, membeli-belah  ke, senang kira benda yang lagha dan best untuk dilakukan tapi membuatkan kita lupa untuk stadi.

 Ataupun paling utama dalam kehidupan kita sebagai Hamba Allah sepenuh masa, tak boleh la kita nak suka-suka nak tinggal solat, tak nak puasa, tak nak bayar zakat berbuat sesuatu ikut nafsu. Lagi-lagi dunia serba mencabar ni, banyak betul benda yang mengasyikkan di depan mata ni. Kalau memang tak jaga rapi segala pancaindera ni, boleh je main redah. Tapi kesakitan akibat main redah tu tetap ada.~

Kesimpulannya, untuk jadi Hamba Allah yang cemerlang sebagaimana kita disiplinkan diri untuk jadi pelajar cemerlang, kita kenalah ikut segala peraturan yang ditetapkan.

Sakit yang kedua ni kita akan dapat apabila kita tak nak sakit yang pertama. Kita rasa sakit yang pertama tu apa la sangat. Ala, exam nanti jawab je la apa-apa kan. Tak payah la nak ulangkaji. Akhirnya bila dapat keputusan periksa yang teruk, kita akan rasa sakit penyesalan ni bila terlintas dalam hati kita,

"Kenapalah aku tak berusaha dulu"

Ataupun,

"Padanla dengan aku yang malas ni"...sambil bercucuran air mata. T_______T

Tapi bila kita dah rasa sakit yang pertama, apabila keputusan peperiksaan tidak menyebelahi kita, insyaAlah. Kita akan rasa itulah yang terbaik Allah berikan kerana kita tidak sia-siakan masa yang lampau untuk berusaha sebaiknya.

Dari segi Hamba Allah pula, banyak yang bila kita baca dalam Quran tragedi-tragedi penyesalan yang berlaku apabila orang-orang kafir dah lihat bagaimana seksaan neraka yang selama-lamanya, mereka akan meminta pada Allah untuk pulang semula ke dunia. Padahal mustahil untuk pulang ke dunia kerana Allah sudah banyak kali mengingatkan untuk bertaubat ketika berada di dunia iaitu selagi:
1) nyawa belum sampai ke kerongkong
2) Matahari terbit dari barat.
 Pada waktu itu penyesalan sangat-sangat dirasai.
Di dunia yang fana mereka gembira mengingkari perintah Allah, bangga. Ada pepatah inggeris, yang berbunyi,

" If you dont break the rules, you cant feel the joy"..

Wah, zaman sekolah dulu, saya pegang la pepatah ni.[hehehe]. Tapi, bila kita sudah semakin dewasa, sudah terasa begitu banyak rupanya tanggungjawab kita sebagai Hamba Allah. Tentulah Allah tidak menciptakan kita secara sia-sia. Kalau kita pun selalunya tak nak buat sesuatu yang kita rasa kita pun tak dapat hasilnya.

Jadinya, untuk diri saya sendiri dan semuanya, marilah kita merasa sakit yang pertama yang hanya sekejap je untuk melepaskan diri dari kesakitan yang selama-lamanya. Semoga Rahmat Allah luas untuk kita. Ameen.
Dalam akademik pun sama juga, 'No pain, no gain'..

Petang ni plan buat BBQ, tapi gaya macam nak hujan.
Ya Allah, semoga aktiviti petang ni berjalan lancar.
Ameen!


Monday 13 June 2011

Istighfar..Istighfar..


Aku mula rasa istighfar ni penting.
Of course la penting secara biasanya, tapi yang ini aku rasa penting jauh dari lubuk hati aku yang tak merah ni. Hitam kot. Tapi, insyaAllah..aku akan cuba mengmakeover hati aku dari masa ke masa.

Peristiwa ni baru je berlaku, bila aku telefon teksi tak sampai-sampai. Aku kol pemandu teksi tu  lagi, dia kata lagi sepuluh minit. Aku tunggu. Tapi tengok-tengok dah 15 minit. Dengan keadaan yang hujan, sejuk memang menguji kesabaran sebagai seseorang yang particular mengenai masa. Aku mula rasa aku nak kol dia lagi sekali dan kata "in a 5 minutes, if you doesnt come i ll cancel my booking"...

Dah mula rasa bengang, tiba-tiba teringat nak beristighfar. Aku pun dalam hujan renyai-renyai, kesejukan, aku istighfar. Tiba- tiba rasa tenang, rasa bertolak ansur dan bersangka baik tu datang. Dalam fikiran aku dah mula terdetik, insyaAllah mungkin pak cik ni terperangkap dalam kesesakan jalan raya kot rather than aku menyumpah-nyumpah pak cik tu. Aku rasa tenang beristighfar sebab aku dah mula rasa ini adalah ujian dari Allah. Allah nak aku sucikan diri, mintak maaf dari dia as Bos Besar dahulu sebelum dapat apa yang aku nak.


Alhamdulillah, tak sampai lima minit aku istighfar, tenangkan diri teksi pun datang. Maka aku pun naik teksi dengan senyuman kerana rasa berjaya mengalahkan syaitan amarah. Alhamdulillah.

Cerita ni simple je, tapi sangat bermakna untuk aku. Kalau dulu, aku rasa bila naik bengang tu, macam-macam lah yang keluar. Dah la cakap benda-benda tak baik, bersangka buruk, akhirnya aku jugak yang letih. Ntah-ntah masuk akaun dosa=.=. Aku bukan hendak dedahkan keaiban aku dulu, takde sapa nak dedahkan keaiban sendiri kan. Aku rasa nak kongsi cerita ni sebab aku rasa  bersyukur sangat. Rasa macam dah jumpa alternatif yang sangat baik untuk tenangkan diri. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Harap-harap  perubahan ke arah kebaikan ini dilakukan secara istiqamah. Tidak terlalu laju, tidak terlalu pantas.

Wallahualam. Doakan yang terbaik untuk semua. :)

Salam Istiqamah.

Salam balik Malaysia.

Ps: Teringin nak tulis entri pasal astro dan sirah. Tapi tak sempat lagi kumpul bahan.


Thursday 9 June 2011

Tajdid Sang Pencerah

Dalam cerita Sang Pencerah, KH Dahlan agak kurang melawan kaum tua yang meletakkan tuduhan kepadanya melalui kata-kata, melalui hujah. Bukan beliau mengalah, tetapi beliau mahu tajdid itu diteruskan tanpa menghiraukan cacian dan makian yang hanya apabila dilawan, umpama menyiram petrol pada api. Walaupun pada mulanya beliau hampir putus asa apabila mereka meruntuhkan pesantren tempat beliau mencurahkan ilmu.

Beliau terus melakukan pembaharuan. Pembaharuan itu bukanlah di bawa-bawa, tetapi memang perlu dibawa memandangkan budaya kampung di mana agama terlalu diritualkan hingga membebankan kehidupan. Mereka tidak merasakan kesyumulan Islam. Islam itu apabila kenduri kahwin perlu dibuat besar-besar ataupun kenduri tahlil perlu ada pulut kuning dan kuih. Bagi orang yang tiada duit, akan mula berfikir, bagaimana aku mahu melakukan ibadat ini, aku tiada duit.

Fenomena ini tidak berlaku pada zaman KH Dahlan sahaja. Namun ianya masih berlaku di zaman ini.

Babak ini merupakan babak yang paling saya suka apabila KH Dahlan secara berhikmah memberikan pendapatnya pada kaum tua.



Jangan mudah menuduh manusia lain kafir. Kaji dahulu apa tindakannya.

Orang kafir dahulu pun mengambil peradaban Islam terutamanya ketika di Baghdad, kalau benar mereka tidak mengambil peradaban kita, perlukah wujudnya University Oxford untuk  menterjemah kitab-kitab dari bahasa arab?. Apakah salah kita yang pernah terjatuh ini berlapang dada mengambil semula ilmu kita dahulu?.

Yang perlu diambil adalah budaya ilmu. Bukan budaya yang lainnya.

Apa yang di lihat kini, memang ada dari kita mencedok budaya barat, tetapi yang dicedok budaya negatifnya hingga yang mengikut lebih teruk dari yang diikut.



Wallahualam

Monday 6 June 2011

Trust.


We offered the the Trust[1] to the heavens and the earth and the mountains, but they refused to carry it and were afraid of doing so; but man carried it. Surely he is wrong doing, ignorant ( Al-Ahzab: 72)

[1]Trust: Burden of responsibilities which Allah has placed on man after endowing him with reason as well as power and authority in the earth.

And remember. We only weak human being  because..

O people, it is you who stand in need of Allah; as for Allah, He is self -sufficient, Immensely Praiseworthy
                                                                                                                                              ( Fatir: 15)

Ref: Al- Mawdudi, Towards understanding the Quran.

Friday 3 June 2011

[reviu] Ibnu Battuta.



Behind the scene, Ibnu Batuta Journey to Mecca.


Filem dokumentari selama 45 minit ini saya tonton di I-Max, Birmingham. Bersebelahan dengan Think tank Science Museum.  Apa yang didokumentasikan adalah perjalanan haji Ibnu Battuta. Beliau berasal dari Morocco. Memulakan pengembaraan pada tahun 1325 sewaktu sebaya saya dan pulang ke kampung halamannya di Tangier selepas ~29 tahun mengembara. Fakta membanggakan dan diakui sendiri oleh orientalis barat adalah pengembaraan beliau 3 atau 4 kali lebih hebat dari Marco Polo.



Jalan ceritanya ringkas, tidak pula diceritakan sejarah hidup beliau sejak lahir ataupun apa yang berlaku selepas beliau menunaikan haji. Cukup sesuai dengan tajuk dokumentari ini iaitu Journey To Mecca. Sinopsisnya anda bolehlah mewiki ataupun menggoogle. Pengalaman melihat Journey to Mecca melalui giant screen membuatkan saya seolah-olah bukan pemerhati maya, tetapi pemerhati sebenar perjalanan haji Ibnu Batuta.


Hati mana yang tidak syahdu apabila melihat bukan mudah perjalanan merentasi padang pasir. Pada ketika itu saya terkenang semula siri-siri peperangan Rasulullah dan antara yang terjauh adalah Tabuk. Tabuk jauh dari Madinah. Mana tidaknya ia menjadi dugaan yang hebat bagi umat Islam untuk meredah padang pasir jauh beribu batu untuk pergi ke Tabuk.

Malahan, apabila rombongan Ibnu Batuta sampai ke Madinah, hati saya juga bersorak gembira apabila terbayang perjalanan hijrah Rasulullah.


Filem dokumentari arahan Ben Kingsley ini membuatkan saya sebak melihat Baitullah, terasa sungguh terpanggil untuk beribadat dan menghadapkan diri padaNya di sana. Tempat itu jugalah menjadi saksi dimana Rasulullah mula mengembangkan sayap dakwah Islam, keperitan dan kesakitan yang dialami oleh golongan assabiqun al- awwalun dalam mempertahankan Islam. Tempat dimana Allah mendidik jiwa-jiwa core group dakwah Islam.

Pada saya, filem ini adalah filem kedua yang saya lihat menggunakan latar belakang yang bersungguh-sungguh untuk menggambarkan suasana umat Islam ketika zaman dahulu selepas filem The Message. Filem ini menggambarkan suasana ketika zaman pemerintahan kerajaan Abasiah.

Harapan saya, agar filem seperti ini lebih banyak dihasilkan. Ini kerana filem seperti ini memberikan input learning yang baik dan mengembalikan rasa izzah pada Islam.

Akhir kata, bagi mereka yang terlepas untuk menonton filem ini, akan diadakan tayangan kedua pada 21 Jun ini, ataupun untuk maklumat yang lebih sahih, anda boleh menelefon sendiri I-Max. Dokumentari ini begitu mempesonakan saya sebagai seorang pengkaji sejarah tak jadi. [hehe].


Nota untuk diri: Sampai bila kita menjadi pemerhati mereka menjadi pengkaji?

Wednesday 1 June 2011

saya masih ingat lagi.

Tahun lepas, pertama kali pulang ke Malaysia dari sini. Apa yang saya bawa?:

1) Hard disk yang penuh dengan movies. Cakap je nak movie apa. Indon, inggeris, melayu dengan harapan
  dapat mengisi masa lapang di rumah. [internet kat sini laju, jadi downloadlah berbundle-bundle filems]


Misi tidak berjaya. Hard-disk dimamah virus. Akhirnya, saya tak tengok semua filem-filem yang saya bawak. Akibat mati kutu, saya beli dan baca beberapa buah buku. Alhamdulillah, buku-buku yang saya beli kini mak dengan abah saya yang baca. insyaAllah, bermanfaat.

Alangkah ruginya, kalau apa yang saya tinggalkan dirumah cerita-cerita yang lagha. Keluarga saya menonton cerita-cerita tersebut. Bukankah itu satu pelaburan yang merugikan?

Akhirnya, baru saya sedar. Sang Pencinta sangat menyayangi saya. Dimusnahkan apa yang saya rasa indah, diganti dengan yang lebih indah.

Namu begitu, saya masih tidak berputus asa, insyaAllah. Kali ni pun saya masih nak bawak balik hard-disk yang penuh dengan filem. wahaha...Antara filem-filem tersebut:

Highly recomended:

1) Sang Murabbi
2) Sang Pencerah
3) Alangkah lucunya negeri ini
4)Dalam mihrab cinta
5) Emak ingin naik haji.