Friday, 25 November 2011

cukuplah

jangan salahkan diri kita, tidak kisahlah 10 tahun yang lepas, 20 tahun yang lepas.
kita jahil? bodoh? buta?
Apa lagi?
Tanpa kita rasa semua tu, 
mungkin tiada kita kini
Jika kita sempurna
Mana mungkin kita boleh memahami perasaan tidak sempurna
dan sekarang, memang kita sebenarnya masih lagi tidak sempurna
Mana mungkin kita boleh melabel manusia
Hidup ini terlalu panjang
untuk kita salahkan masa silam
Namun jangan padam
Kerana  dengan menoleh ke belakang
titik-titik kehidupan ini dapat disambung
untuk melengkapkan lukisan hidup kita

Kamu kata, kamu baru jumpai hidup
setelah lama kamu hidup
Namun, maksudnya bukan begitu
Tidakkah kamu tahu Allah telah mengatur yang terbaik buatmu
Ibu bapa telah berperanan mendidikmu
pada masa yang lalu
Kita masih belajar
Setiap tahap adalah belajar
Tanpa masa silam
Tiada kita hari ini



Better late than never.

As I get older
The priorities have changed
Commitments become doubled perhaps more
I know, people around me have the same sense too
And yet, this is because we are getting older 
and we have the same destination
that is Allah

This is my personal opinion
You can choose to take it, or just ignore it.

Salam Maal Hijrah
1433H

ps: Hijrah tidak berlaku semasa bulan Muharram, hanya tahun 1 hijrah diambil dari tahun berlakunya hijrah umat  dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Baginda dan Saidina Abu Bakar berhijrah pada akhir bulan Safar dari Mekah, kemudian tiba di Quba pada 8 Rabiulawal. Baginda menetap di situ selama 4 hari dan tiba di Madinah pada 12 Rabiulawal.

Rujukan: Raheequl Makhtum


2 comments:

nurulhusnazubir said...

jangan kita menghina kenangan pahit yang lalu, kerana setiap itu adalah takdir, meski mungkin kita yang memilihnya. MilikNya segala di hadapan, di belakang, dan diantara kedua nya. Tuhanmu, tidak pernah lupa.(19:64) kita jatuh, untuk belajar tidak erti tidak jatuh di kemudian hari :)

Hidayah Bani said...

Barakallah fik Husna. betul tu. tak semestinya kta perlu mengungkit-ungkit lagi zaman silam kita. andai ada keaiban, sekiranya Allah sudah tutup. biarkan sahaja. Namun jangan dipadam kerana Allah tidak pernah lupa. Pandanglah zaman silam itu secara sederhana supaya kita dapat menyambung titik-titik yang menjadi lukisan dalam hidup kita. :)