Monday 18 November 2013

[reviu] Buku-buku mengenai Pendidikan Khas (PK)

Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan dua buah buku yang berkaitan dengan special Education atau dalam bahsa melayunya disebut Pendidikan Khas.
Jika diambil kira dari pengetahuan peribadi, hakikatnya saya tidak tahu banyak mengenai pendidikan khas walaupun sekolah menengah saya dahulu mempunyai sebuah blok untuk murid-murid pendidikan khas. Apa yang saya tahu mengenai mereka , mereka di sana adalah kerana  sindrom down. Saya tidak tahu bahawa dibawah rangkaian pendidikan khas ini terdapat banyak lagi sebab mengapa mereka bersekolah berlainan blok dengan kami, mempunyai masa persekolahan dan rehat yang berbeza.

Saya ingat lagi bagaimana perbualan saya dengan rakan-rakan saya mengenai mereka yang berada di bawah Pendidikan Khas (PK) ini, sekali sekala...mestilah timbul rasa ingin tahu juga bagaimana keadaan mereka. Salah seorang dari kawan saya berkata, mereka adalah slow learner..mereka mengeja agak lambat, sekiranya mereka mengeja bola, kita sudah sempat mengambil bola. Ok, sebenarnya perbualan kami ini agak lawak dan kami ketawa dengan meriahnya, tetapi berhenti apabila kawan saya menyambung..Tetapi mereka ini ahli syurga. Secara kesimpulannya, inilah yang saya dapat mengapa ada PK di Malaysia. Kerana mereka slow learner dan syndrom down.

Buku pertama yang saya baca bertajuk : The Curious Incident of the Dog in the Nighttime karya Mark Haddon.

Kredit: Google


Buku ini menarik! Kerana penulis menulis buku ini sebagai seorang budak lelaki autisme berumur 15 tahun. Bagaimana seorang kanak-kanak autism melihat sesebuah perkara.  Buku ini menghiburkan dan secara langsung memberi pengetahuan kepada kita tentang autism. Sinopsis di sini.

Buku kedua yang saya baca adalah : Front of the Class : How Tourette Syndrome Made Me the Teacher I never Had karya  Brad Cohen dengan Lisa Wysocky.

Kredit: Google


Berbeza dengan buku pertama, buku kedua adalah bukan fikyen. Jadinya, saya menghabiskan masa lebih lama untuk menelaah buku ini. Buku ini sememangnya memberikan informasi kerana ianya ditulis oleh seorang guru yang mempunyai Tourette Syndrom. Bagaimana perjalanan hidup beliau bersama 'teman baiknya' iaitu Tourette syndrom. Tourette syndrom adalah neurological disorder yang menyebabkan seseorang tidak mampu mengawal pergerakan dan bunyi yang dikeluarkan oleh mereka.  Sinopsis di sini

Secara keseluruhannya, kedua-dua buku yang saya baca mempunyai kelebihan yang tersendiri. Buku yang pertama agak menghiburkan dan agak sesuai sebagai sebuah bacaan yang santai. Manakala buku yang kedua lebih formal. Buku yang kedua juga telah difilemkan. Namun saya belum lagi menonton filem tersebut. Sekiranya anda ingin tahu mengenai autism, Rainman adalah sebuah filem yang agak menarik untuk ditonton.

Pada pandangan saya, di Malaysia kita kurang didedahkan dengan mereka yang istimewa ini. Mungkin ada pendedahan mengenai mereka, namun ianya dalam keadaan yang formal. Mungkin juga dalam penulisan yang agak akademik. 

Sekian, reviu pendek mengenai buku-buku ini. Kini, samaada suratan atau kebetulan...saya sedang membaca buku House Rules karya Jodi Picoult. Buku ini juga mengisahkan tentang autism yang dituduh membunuh. Nampaknya, di bahagian barat dunia, Pendidikan yang diberi mengenai mereka yang istimewa ini sudah banyak caranya dab agak kreatif. Mungkin penulis novel di Malaysia yang menulis novel Love you Mr. Arrogant, Suamiku Ustaz, Playboy itu suamiku, Coke and Sundae dan sewaktu dengannya boleh menyelitkan sedikit ilmu pengetahuan yang berguna ini disamping angan-angan mempunyai teman wanita cantik/teman lelaki kacak, kisah percintaan dua darjat, halangan oleh datuk datin dan sebagainya. Jika inilah demand bahan bacaan di Malaysia.