Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

Monday, 18 November 2013

[reviu] Buku-buku mengenai Pendidikan Khas (PK)

Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan dua buah buku yang berkaitan dengan special Education atau dalam bahsa melayunya disebut Pendidikan Khas.
Jika diambil kira dari pengetahuan peribadi, hakikatnya saya tidak tahu banyak mengenai pendidikan khas walaupun sekolah menengah saya dahulu mempunyai sebuah blok untuk murid-murid pendidikan khas. Apa yang saya tahu mengenai mereka , mereka di sana adalah kerana  sindrom down. Saya tidak tahu bahawa dibawah rangkaian pendidikan khas ini terdapat banyak lagi sebab mengapa mereka bersekolah berlainan blok dengan kami, mempunyai masa persekolahan dan rehat yang berbeza.

Saya ingat lagi bagaimana perbualan saya dengan rakan-rakan saya mengenai mereka yang berada di bawah Pendidikan Khas (PK) ini, sekali sekala...mestilah timbul rasa ingin tahu juga bagaimana keadaan mereka. Salah seorang dari kawan saya berkata, mereka adalah slow learner..mereka mengeja agak lambat, sekiranya mereka mengeja bola, kita sudah sempat mengambil bola. Ok, sebenarnya perbualan kami ini agak lawak dan kami ketawa dengan meriahnya, tetapi berhenti apabila kawan saya menyambung..Tetapi mereka ini ahli syurga. Secara kesimpulannya, inilah yang saya dapat mengapa ada PK di Malaysia. Kerana mereka slow learner dan syndrom down.

Buku pertama yang saya baca bertajuk : The Curious Incident of the Dog in the Nighttime karya Mark Haddon.

Kredit: Google


Buku ini menarik! Kerana penulis menulis buku ini sebagai seorang budak lelaki autisme berumur 15 tahun. Bagaimana seorang kanak-kanak autism melihat sesebuah perkara.  Buku ini menghiburkan dan secara langsung memberi pengetahuan kepada kita tentang autism. Sinopsis di sini.

Buku kedua yang saya baca adalah : Front of the Class : How Tourette Syndrome Made Me the Teacher I never Had karya  Brad Cohen dengan Lisa Wysocky.

Kredit: Google


Berbeza dengan buku pertama, buku kedua adalah bukan fikyen. Jadinya, saya menghabiskan masa lebih lama untuk menelaah buku ini. Buku ini sememangnya memberikan informasi kerana ianya ditulis oleh seorang guru yang mempunyai Tourette Syndrom. Bagaimana perjalanan hidup beliau bersama 'teman baiknya' iaitu Tourette syndrom. Tourette syndrom adalah neurological disorder yang menyebabkan seseorang tidak mampu mengawal pergerakan dan bunyi yang dikeluarkan oleh mereka.  Sinopsis di sini

Secara keseluruhannya, kedua-dua buku yang saya baca mempunyai kelebihan yang tersendiri. Buku yang pertama agak menghiburkan dan agak sesuai sebagai sebuah bacaan yang santai. Manakala buku yang kedua lebih formal. Buku yang kedua juga telah difilemkan. Namun saya belum lagi menonton filem tersebut. Sekiranya anda ingin tahu mengenai autism, Rainman adalah sebuah filem yang agak menarik untuk ditonton.

Pada pandangan saya, di Malaysia kita kurang didedahkan dengan mereka yang istimewa ini. Mungkin ada pendedahan mengenai mereka, namun ianya dalam keadaan yang formal. Mungkin juga dalam penulisan yang agak akademik. 

Sekian, reviu pendek mengenai buku-buku ini. Kini, samaada suratan atau kebetulan...saya sedang membaca buku House Rules karya Jodi Picoult. Buku ini juga mengisahkan tentang autism yang dituduh membunuh. Nampaknya, di bahagian barat dunia, Pendidikan yang diberi mengenai mereka yang istimewa ini sudah banyak caranya dab agak kreatif. Mungkin penulis novel di Malaysia yang menulis novel Love you Mr. Arrogant, Suamiku Ustaz, Playboy itu suamiku, Coke and Sundae dan sewaktu dengannya boleh menyelitkan sedikit ilmu pengetahuan yang berguna ini disamping angan-angan mempunyai teman wanita cantik/teman lelaki kacak, kisah percintaan dua darjat, halangan oleh datuk datin dan sebagainya. Jika inilah demand bahan bacaan di Malaysia.

Saturday, 4 May 2013

[catatan] Every Child Matter ke?

Sebelum ini saya menulis mengenai apa yang berlaku pada anak-anak muda sekarang adalah produk dari orang dewasa.

Dan orang dewasa pula rasa pelik! Kenapalah generasi muda macamni. Makin teruk! Zaman kita dulu, takde pun macam ni. 

Orang dewasa pelik...' tak cukupkah kasih sayang yang aku beri?';' Apa yang anak-anak nak...semua mak/abah beri'.

Ini fenomena sekarang. Ada beberapa perkara tersembunyi diantara baris-baris ayat di atas.

Hakikatnya, hubungan dalam sebuah keluarga, masyarakat...amat memerlukan hubungan tersirat. Hubungan yang tidak nampak melalui mata kasar, namun boleh dirasa dengan hati.

Tidak dapat dinafikan, masa kini...tuntutan kemajuan, hidup kesan dari sistem yang ada menyebabkan lelaki dan perempuan terpaksa bekerja keras. Kadangkala, bukan untuk puaskan hati. Tetapi untuk hidup.

Semua harga naik, barang naik, minyak naik, gula naik!

harga kasih sayang & masa juga naik!

Kini, orang dewasa sibuk. Jadi, antara cara memanifestasi kasih sayang adala melalui material. Smartphone, tablet, sony psp. Jika ada masa melepak bersama-sama...mata mungkin akan pandang kepada skrin. Bukan pada wajah.

Nak masak untuk makan malam sekeluarga juga, perlu curi-curi masa. Maka, kasih sayang melalui air tangan juga sangatlah mahal harganya berbanding makanan dikedai mamak.

Ah...Kita perlu fikirkan cara untuk menjalin semula kasih sayang...setiap orang ada language of love yang tersendiri. :)


Wednesday, 1 May 2013

Every Child Matter?

Ya... sejak-sejak ni, banyak dengar mengenai kes-kes buli di sekolah. Ada yang dibuli, ada pula si pembuli dan ada pula si penonton.

Yang dewasa pula, sebarkan video buli tersebut. Hukum mereka. Maki mereka. Mula cari salah siapa?

Ah..cikgu salah, tak jaga anak murid.

Ah..ibu bapa salah..tak beri perhatian kepada anak

Ah..ibu bapa salah, terlebih manjakan anak

Ah..budak-budak zaman sekarang memang macam ni. Waktu zaman kita, takde pun macam ni..


Ya, salah tetap salah...namun mereka masih lagi kanak-kanak. Hakikatnya mereka produk orang dewasa. Ini adalah penyakit masyarakat, bukan penyakit anak tersebut. Kita mungkin lupa hadis ini:


sementara itu, hadis Rasulullah SAWyang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)



Monday, 17 December 2012

[reviu] Di bawah Lindungan Kaabah 1




Saya sudah mendengar tajuk cerita ini sejak awal tahun lagi, namun keinginan untuk melihat cerita ini hingga ke hujungnya hanya diizinkan baru-baru ini sahaja. Alhamdulillah.

Tanpa berlengah, memang saya akui cerita ini sangat bermakna dan menyentuh perasaan. Hasil karya Buya Hamka tidak pernah mengecewakan, sama seperti karyanya yang bertajuk Tenggelamnya Kapak Van Der Wijck. Buya Hamka, seorang cendikiawan nusantara yang mempertangahkan kisah realiti masyarakat, dengan cita dan cinta yang memang menjadi asam garam kehidupan manusia.

Berlatarkan era 1920-an, di Padang, Indonesia,

Cerita ini mengisahkan Hamid, anak pembantu rumah kepada Engku Jaafar. Hamid mencintai anak Engku Jaafar iaitu Zainab, apabila zainab bertanya kepada Hamid, apakah citanya yang paling tinggi, jawab Hamid; dia ingin menunaikan haji. Ya, satu cita yang sangat tinggi dan juga pada Zainab satu penantian yang akan dihadapi.  Mana tidaknya, di era berkenaan menunaikan haji merupakan satu ibadat yang  memerlukan satu perjalanan yang panjang, hingga digarapkan dalam cerita ini;

" Aku kagum dengan mereka yang daat menunaikan haji, menabung bertahun-tahun, kemudian bermudik berbulan-bulan menuju ke Tanah Suci, boleh sahaja ketika mudik, mereka pergi dan tidak akan kembali"



 Kisah cinta mereka dengan beberapa halangan dan dugaan yang mereka hadapi dan juga cita-cita Hamid yang ingin dikecapi. Halangan yang  berkisarkan  latar belakang sosial pada ketika itu, taraf ekonomi, pendidikan dan juga cara fikir masyarakat terhadap sesebuah isu. Pendek kata ini adalah kisah cinta yang terhalang kerana perbezaan darjat.


Untuk melewati badai, kita harus terus berjalan, bukan berhenti.
Dan untuk terus berjalan, hanya ada dua hal yang harus kita bawa..
KEYAKINAN dan CINTA...






Terdapat beberapa perkara yang mencuit saya untuk saya kongsi bersama, antaranya ialah

1) Pendidikan
2) Sosioekonomi setempat
3)Cara fikir & penerimaan masyarakat terhadap sesebuah isu
4) Keadilan Sosial


Akan disambung,


Friday, 16 November 2012

[Reviu] Filem: Laskar Pelangi


Filem: Laskar Pelangi

Durasi : 2 jam 30 minit

Pengarah : Riri Riza, merupakan adaptasi dari novel Laskar Pelangi
                karya Andrea Hirata











sebuah filem yang diadaptasi dari novel Laskar Pelangi, malangnya saya belum membaca novel tersebut, jadi saya tidak mampu menilai adakah filem ini benar-benar membangkitkan roh yang dicoret oleh Andrea Hirata dengan baik.

Telah banyak cubaan yang saya lakukan untuk fokus melihat filem ini, sejak dari tahun pertama pengajian saya di universiti, hinggalah ke tahun akhir, semua cubaan berakhir dengan saya hanya melihat suku dari filem ini. Seolah-olah saya tidak apat merasai apa yang ingin disampaikan melalui filem ini atau kata mudahnya saya tidak faham apakah mesejnya.

Akhirnya, ketika saya di tahun empat pengajian, tergerak juga hati saya untuk menonton semula filem ini, bukan apa.. hanya perasaan ingin tahu. Filem ini  menjadi buah mulut orang dan  novelnya juga mendapat sambutan. Perasaan ingin tahu membawa saya untuk cuba menonton kembali filem ini.

Setelah beberapa kali cubaan, barulah saya faham apakah mesej filem ini. Ternyata filem ini mampu meninggalkan kesan kepada penonton. Saya kira tulang belakang filem ini adalah kepentingan pendidikan tanpa mengira kelas sosial,semangat dalam menuntut ilmu dan juga semangat murabbi dalam usaha menyampaikan ilmu dalam keadaan yang holistik, syumul dengan mengambil kira aspek duniawi dan ukhrawi. Saya kira filem ini baik untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat terutamanya golongan pendidik.



Filem ini adalah filem yang realistik, berlatarbelakangkan zaman 80-an, ketika mana Malaysia dan Indonesia gigih dan bergantung kepada perusahaan bijih timah. Namun, lewat 80-an, harga bijih timah menjunam jatuh di pasaran, menyebabkan Indonesia dan Malaysia rugi besar. Latar belakang sosial pula adalah kelas sosial yang rendah, dimana murid-murid di SD Muhammadiyah adalah anak nelayan, buruh bijih timah. Mereka bukan anak kelas pertengahan apatah lagi golongan elit. Lihat muka sahaja, semuanya comot-comot belaka. Pada saya antara mesej filem ini juga adalah hak kesamaan dalam pendidikan masih belum tercapai lagi.

Pendek kata, filem ini adalah filem yang sarat dengan mesej mengenai kepentingan memperjuangkan pendidikan yang holistik, mengambil kira aspek dunia dan ukhrawi dan juga hak mendapatkan pendidikan tanpa mengira kelas sosial supaya kita tidak mengabaikan setiap unit modal insan yang hakikatnya mampu memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat, negara dan agama. Sebagai seorang guru pelatih, cerita ini sangat menyentuh perasaan. Besar mesej yang disampaikan jika dibandingkan dengan filem SAM, Hanya Tiga Hari, Ombak Rindu dan sebagainya.


Hidayah Bani
Nottingham




Saturday, 19 November 2011

Guru.

Jika difikir-fkir semula, cita-cita saya bukanlah guru. Namun, Allah lebih mengetahui kelebihan dan kelemahan hambaNya. InsyaAllah, apa yang Allah aturkan, itulah yang terbaik bagi saya. Tanpa saya sedari, saya sudah semakin jauh terjebak ke kancah perguruan.

Alhamdulillah, hari ini Allah izinkan saya untuk menjadi salah seorang fasilitator untuk kem solat. Kem solat merupakan kerjasama antara postgraduate dan undergraduate Birmingham dalam usaha mendidik golongan cilik ini cara bersolat. Sejujurnya, saya pergi untuk diri saya sendiri. Instead of niat ingin menyampaikan ilmu yang tidak seberapa ini, saya juga ingin belajar untuk diri saya.

Kedatangan kami disambut oleh kak Fina, terkejut juga saya apabila dia menggelarkan kami sebagai teacher di hadapan mereka.

Saya dan rakan yang lain cuba memecah kesunyian dengan sesi berkenalan. Terasa kekoknya apabila saya cuba memancing perhatian kanak-kanak tersebut, wajah mereka masih lagi kosong. Tiada perubahan! Laju otak saya berfikir, bagaimana ingin memecah kesunyian.

Akhirnya, kami kumpulkan sahaja mereka dalam satu kelompok dan mengadakan sesi soal jawab, nampak sepert berjaya kerana mereka sudah mula berlumba-lumba mengangkat tangan. Hurm..mereka sudah berasimilasi dengan sistem di sini dimana mereka berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang diaju, mungkin juga jika di Malaysia, soalan saya dbiarkan sunyi...jika sudah terdesak, mungkin akan adalah pelajar yang kiasu akan mengangkat tangan cuba menjawab, itu pun dengan perasaan takut jika salah.

Apa yang menarik perhatian saya adalah akhlak kanak-kanak ini. Ada sepasang adik beradik yang turut menjadi peserta kem solat. Sorang kakak dan adik. Ketika saya bertanya soalan pada si adik, si kakak lantas memberi sokongan pada si adik untuk menjawab dan cara si kakak memberi sokongan pada si adik, sungguh menawan hati saya. Boleh dikatakan cara bercakap dan riak manis wajah si kakak pada adiknya membuatkan saya terfikir, siapakah ibu bapa mereka. Sungguh terdidik cara bertutur dan akhlak sesama adik beradik. Hal ini membuatkan saya teringat sebuah hadis Rasulullah saw.

Daripada riwayat Ayyub b Musa daripada ayahnya daripada datuknya bahawasanya Rasulullah saw bersabnda, " tiada ibu bapa  dapat memberikan hadiah yang lebih baik melainkan akhlak yang indah". 
Riwayat Ahmad dan Tirmizi.


Benarlah kata-kata Rasulullah yang sememangnya baginda tidak bertutur mengikut hawa nafsu bahkan semuanya dari Allah swt.

Namun, sama jugalah hakikatnya apabila kita melihat golongan muda yang berakhlak kurang baik, pasti terfikir juga.. apakah ibu bapa mereka tidak memberikan didikan kepada mereka? bak kata pepatah melayu..
 " jika si bapa kencing berdiri, anak pula kencing berlari".
Bukanlah kita bersangka-sangka, namun inilah naluri semulajadi manusia yang melihat perkembangan anak-anak kecil ini berdasarkan siapa ibu bapa mereka kerana pada tahap ini mereka masih lagi bersama ibu bapa, majoriti keadaan mereka adalah di rumah.

Keadaan yang berlaku juga menyebabkan saya sedar betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam perkembangan kanak-kanak terutamanya dari segi adab mereka. Tentulah, ini kerana kelak kita juga akan menjadi guru. Jika bukan guru di sekolah, kita masih menjadi guru kepada anak-anak kita. InsyaAllah.

Kemudian, kami pun meneruskan sesi pembelajaran. Setelah melihat saya tidak berjaya mengubah wajah kosong anak-anak kecil ini menjadi satu, kami pun membuat keputusan untuk memecahkan mereka kepada dua kumpulan. Akhirnya saya ditempatkan dengan mereka yang sudah berada di sekolah menegah, antara umur 11-13 tahun.

Ringanlah sedikit cabaran saya apabila bersama dengan peserta yang lebih besar. Kumpulan yang lagi satu, umur mereka adalah dari 5-9 tahun. Sempat juga saya menjenguk bagaimana sahabat saya mengajar kumpulan lagi satu ni. Kreatif! detik hati saya, manakan tidak, bermain hangman untuk belajar cara solat.

Alhamdulillah, sessi yang berjalan selama dua jam sangat memberi banyak pengalaman kepada saya, terutamanya bagaimana hendak berkomunikasi dengan golongan yang lebih muda dan juga kanak-kanak. Bagaiman ingin menarik perhatian mereka supaya pembelajaran akan nampak lebih nteraktif. Serius, memang mencabar. -.-".

Tanpa diduga, kami menerima sagu hati daripada persatuan wanita Birmingham. Alhamdulillah, apa yang saya perolehi lebh daripada saguhati tersebut!

Kem Solat 2011
19.11.2011


NHB
19112011
20:06
Birmingham, Uk