Ada satu realiti, tak pasti ianya hanya berlaku di Malaysia, ataupun di seluruh dunia.
Ini situasi tipikal
1) Bila kahwin muda
Orang akan kata: "ai, cepatnya kahwin, gatai bebenor".
2)Bila lambat kahwin
Orang akan kata : "ai, lambat bebenor die kawin, awak rase la, takde orang nak ke die"
3)Bila dah kawin
Orang akan tanya : "Bilanya kamu nak dapat anak ni?"
4) Bila ramai anak
Orang akan kata: " waah, ramainya anak, tak rancang keluarga ke?"
5)Bila dah ada anak
Orang akan tanya: "kat mana anak kamu belajo sekarang ni?"
6)Bila anak dah habis belajar
Orang akan tanya: "kat mane anak kamu kerje sekarang ni, pakai kereta apa?"
Macam semua serba tak kena kan?
Dan pertanyaan dari no.1(atau banyak lagi) akan berulang pada si anak semula. Apabila pertanyaan ataupun cakap-cakap ini subur dikalangan masyarakat, seseorang akan sangat mementingkan penampilan dan maruah untuk menghentikan cakap-cakap negatif pada dirinya supaya digantikan dengan kata-kata puji-pujian ataupun bodek-bodekan. Tetapi, kalau sedar, manusia sentiasa akan cari yang tak kena. Kadangkala bila sudah buat 9 kebaikan, tiba-tiba lahir satu kecacatan maka yang cacat itulah yang diriuhkan. Seperti tidak mensyukuri 9 kebaikan.
Ini adalah realiti masyarakat kini. Bukan kini, mungkin sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi. Kadangkala sesuatu itu bukannya lahir dari keperluan, tapi dari kemahuan. Kemahuan yang kuat supaya orang sekeliling memandangnya hebat.
Lalu, lahirlah budaya menunjuk-nunjuk hasil dari masyarakat sekeliling yang serba tak kena. Muncullah fenomena 'guna dulu, bayar kemudian', 'biar papa, asal bergaya' dikalangan masyarakat kita. Saya juga, tipulah kalau saya katakan saya terkecuali dari rasa macam tu. Kalau ikutkan hati, nak je kereta yang grand, rumah yang besar. Tapi, fikir balik, adakah nanti gaji saya mencukupi? Adakah itu satu keperluan atau kemahuan yang melebihi kemampuan? Apa niat nak ada kereta grand, rumah besar?
Itulah perlunya diri kita bermujahadah. Melawan kemahuan yang selalunya lebih dari keperluan. Jangan hingga pahala untuk keperluan itu hilang ditelan kemahuan ingin menunjuk-nunjuk. Menunjuk-nunjuk kepada masyarakat yang tidak pernah rasa cukup. Tetapi, masyarakat juga adalah saya. Oleh itu, cubalah saya juga menstop memandang orang serba tak kena.-.-'' (nasihat untuk diri )
Percayalah, apa yang Allah beri, itulah yang terbaik.
ps: Puasa menahan lapar dan dahaga itu lebih mudah berbanding puasa hati dan lidah. -.-''

Mitsubishi Lancer sedan VS |
Proton Inspira -.-'' copy and paste then label yours hehe. |
No comments:
Post a Comment