Tajuk: Doktor Umum
Penulis : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Bil. ms: 982
Harga: MYR 59.00
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Alhamdulillah, saya selamat menghabiskan buku ini dalam masa tiga minggu. Mungkin pada anda yang ulat buku merasakan waktu ini agak lama. Namun, 3 minggu inilah yang saya termampu untuk membacanya. Kadangkala ada hari yang saya tidak membaca langsung, ada hari yang saya mampu menelaah berbab-bab, umpama membaca novel. Namun, di bulan Ramadhan ini, di samping menggunakan masa dengan membaca, perlulah juga kita bersama-sama lebih menggunakan masa untuk membaca dan menghayati kitab suci Al-Quran.
Mengapa saya memilih buku ini?
Saya sudah bercita-cita untuk membaca memoir Tun. Mahathir sejak tahun lepas lagi(2011), ketika pelancaran buku ini versi bahasa inggeris. Saya masih ingat lagi ketika saya di kedai buku, hampir mencapai buku ini (versi bahasa inggeris), namun pantas pekedai tersebut mengatakan buku ini akan dicetak dalam versi bahasa melayu. Lalu, saya pun meletakkannya semula.
Secara jujurnya, saya ingin sangat membaca buku ini adalah untuk mengetahui dengan mendalam pemikiran, idea, latar belakang, susur galur politik dan pengurusan kehidupan peribadi beliau sebagai orang yang paling lama menyandang jawatan sebagai perdana menteri Malaysia seterusnya mengenal sendiri negara Malaysia.
Saya masih ingat lagi bagaimana cabaran yang dihadapi oleh beliau, beliau digelar firaun, maha zalim dan paling popular diktator, apatah lagi apabila terdengar rancak perbualan mengenai krisis beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelbagai lagi label yang dikeluarkan untuk mengecop beliau. Mungkin kerana lamanya beliau di tampuk pemerintahan, maka pengalaman beliau umpama mutiara bagi sesetengah pihak dan sebaliknya bagi pihak yang lain. Sebagai generasi muda, amat rugi sekiranya kita tidak mahu mengutip pengalaman yang beliau sendiri lakarkan tidak kira kita di pihak yang mana. Sebelum ini, apa yang saya baca, dengar mengenai beliau kebanyakannya dari akhbar dan juga khabar-khabar sekeliling. Keluar sahaja memoir ini, ianya umpama satu pencerahan buat saya kerana beliau sendiri menceritakan apa yang berlaku sepanjang perkhidmatannya sebagai doktor dan juga ahli politik di Malaysia.
Bacalah dalam konteks ilmu
Bacalah buku ini dalam konteks ilmu, sekiranya anda ada pemikiran anda. Anda berpegang sahajalah. Namun apa yang saya dapat melalui buki ini sangat banyak. Apa pun, anda sendiri menilainya saat anda membaca buku ini, apa yang anda ingin dapat melalui buku ini.
Apa yang menarik
Secara peribadinya, banyak bab yang menarik. Antara bab yang menjadi kegemaran saya adalah kisah beliau semasa zaman peperangan, bagaimana beliau mensustain kehidupan dan pemikirannya yang pro-barat pada waktu tersebut. Bab tentang krisis ekonomi Malaysia, tentang undang-undang dan juga tentang Tun Daim. Sejak kecil lagi saya sudah mendengar akan kehebatan Tun Daim dan pada waktu tersebut saya telah memasang cita-cita ingin menjadi seorang ahli ekonomi. Namun, masa telah berlalu dan kini apabila membaca apa yang Dr. M coretkan megenai Tun Daim saya semakin kagum dengan beliau. Bab mengenai krisis beliau dengan timbalannya sudah tentu antara perkara yang saya ingin tahu.
Saya tersenyum apabila beliau bercerita mengenai cita-cita beliau ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam jurusan undang-undang. Antara sebab beliau memasang cita-cita tersebut adalah kerana beliau suka melihat perbahasan/perdebatan. Saya juga pernah mempunyai perasaan yang sama mungkin. Kebanyakan cita-cita saya sewaktu zaman persekolahan adalah berpaksikan sains sosial. Namun Allah lebih tahu dan kini saya adalah graduan sains tulen. Masa berlalu, minat kita pada sesebuah bidang tidak akan hanya tersekat dengan jurusan yang di ambil ketika di universiti , dimana ada kemahuan disitu ada jalan, saya kerapkali berkata kepada diri saya sendiri agar tidak berputus asa dalam bidang sains tulen dan pada masa yang sama menjauhi bidang sains sosial. Jangan menjumudkan diri pada satu dimensi sahaja.
Buku yang tebalnya hampir 1000 mukasurat ini pada saya sarat dengan kisah suka dan duka. Sudah menjadi kebiasaan saya untuk lebih tersentuh ketika membaca buku puisi dan juga buku sejarah. Namun bukan novel cinta. Kadangkala saya baca juga novel cinta kerana buku tersebut menghiasi rak buku di dalam bilik, namun saya tahu yang cerita di dalam novel tersebut adalah bohong dan terlalu ideal. Tetapi, sejarah adalah perkara benar yang telah berlaku dan pengalaman seseorang yang amat berharga. Ianya mungkin tidak ideal, namun pernah berlaku. Pragmatik.
Pendapat peribadi yang lain?
Ketika saya membaca buku ini, terlintas juga di fikiran saya untuk membaca memoir pemimpin-pemimpin Malaysia yang lain dan saya rasa buku ini adalah salah satu buku yang paling menarik pernah saya baca. Mungkin kerana apabila meyelak, menelaah buku ini..saya terus membayangkan negara kita Malaysia dan ternyata buku ini bagaikan isi dengan kuku apabila dikaitkan dengan pembangunan Malaysia.
Apapun, ternyata beliau disegani dalam dan luar negara. Ketika saya berada di luar negara, sekiranya saya memberitahu yang saya berasal dari Malaysia, kebanyakan mereka hanya akan mengenal Dr. M. Pada waktu itu, saya terfikir juga, mngapa mereka (kebanyakannya adalah penduduk Britain yang berasal dari Bangladesh, Pakistan, Arab, Palestin dan negara timur tengah) begitu menyanjung Dr. M dan apabila saya sebut pemimpin lain, mereka tidak kenal. Akhirnya buku ini memberi jawapan kepada persoalan tersebut.
Akhir kata, jika anda berminat, silalah jangan segan silu membaca memoir ini. Mungkin saya agak terlambat dalam me'reviu' buku ini kerana ianya sudah berada di pasaran setahun yang lepas.
Hidayah

1 comment:
Good one.
Post a Comment