Saturday, 25 August 2012

[reviu] Travelog Impian Abadi

Tajuk : Travelog Impian abadi, itu yang tertulis

Penulis: Raudzah Roslan

Bil. Mukasurat : 257

Harga : MYR 19:00

Tahun terbitan: 2012









Buku ini telah saya baca ketika bulan puasa yang lepas, boleh saya katakan buku ini agak santai dan saya tidak mengambil masa yang lama untuk menghabiskan buku ini. Perkara pertama yang saya ingin katakan adalah, penulis bijak menimbulkan pelbagai persoalan dalam kepala membaca sehingga saya menyelak sedikit bab akhir untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang bermain di minda saya.

Mengapa saya memilih buku ini,

Saya lihat buku ini sudah tersusun di rak buku, mungkin sahaja kakak saya belikan ketika dia berkunjung ke Pesta Buku April lepas. Saya lihat juga buku-buku lain, namun memilih untuk membaca buku ini kerana kulit bukunya yang cantik. (dan ya, saya salah seorang yang melihat pada kulit buku :p). Cantik, detik hati saya apabila melihat kulit buku ini.

Sebenarnya, saya tidak kenal siapa penulisnya, maka ia juga menimbulkan pertanyaan. Maka bermulalah operasi saya mengkaji buku ini, helaian demi helaian, bab demi bab..akhirnya saya tersenyum. Boleh tahan buku ini.

Apa yang menarik

Penulis menceritakan kisahnya semasa di ITM(kini UiTM), bagaimana beliau memulakan hidup di sana, bagaimana persahabatan dan cabaran. Namun, apa yang penulis tekankan di permulaan cerita adalah kisah dahsyat minggu orientasi yang beliau hadapi! Maka, dalam kepala saya juga terbayang minggu orientasi saya di UPM yang memang dahsyat letihnya. Memang tradisi universiti di Msia agaknya.

Abang Lu'e menjadi persoalan dalam kepala saya, siapakah abang Lu'e, apakah nanti penulis akan berkahwin dengan abang Lu'e? dan inilah yang membuatkan saya menyelak sedikit ke penghujung buku. Hasilnya, ya. Penulis berkahwin dengan abang Lu'e dan saya pun puas hati.

Kemudian, penulis menceritakan cabaran yang dihadapinya selepas mendapat diploma, alam pekerjaan yang serba mencabar. Kemudian alam perkahwinan yang ada sahaja dugaannya.


Siapakah penulis?

Hakikatnya, persoalan siapalah penulis ini dan juga siapakah suami penulis bermain di fikiran saya. Hinggakan saya  terfikir-fikir sewaktu raya. Muhd Kamil b Ibrahim. Macam pernah dengar nama ni. Rupa-rupanya suami penulis adalah Prof. Kamil, penulis buku travelog haji, travelog dakwah dan buku-buku lain. Seorang ahli akademik.


Apa yang saya dapat?

Tentulah ini soalan yang bermain di kepala saya memandangkan saya tidak mahu menggunakan masa dengan sia-sia, membaca sebab hendak habiskan buku pada saya memang buang masa. Apa yang saya dapat adalah pengalaman penulis dan juga kisah hidup graduan universiti pada tahun 80-an. Pada waktu iti tidak ramai rakyat Malaysia yang dapat belajar hingga ke pengajian tinggi. Apa pun, melalui travelog ini dapat kita lihat bagaimana hidup seseorang boleh berubah.

Buku yang santai ini, lebih kepada perkongsian, pengalaman hidup. Pengalaman hidup manusia ternyata berbeza walaupun hakikatnya matlamatnya adalah sama. Mengapa matlamatnya sama? Kerana manusia, tidak kira muslim mahukan bukan muslim ingin mengecapi tiga perkara ini;

1) Ketenangan hati dan jiwa
2) Kekayaan
3) kebebasan.

Tetapi, tidak ramai yang dapat mengecapi ketiga-tiga perkara ini, apa yang kita lihat, ada yang dapat mengecapi perkara pertama dan ketiga, namun tidak perkara yang kedua, ada yang dapat mengecapi perkara kedua, namun tidak untuk yang pertama.

Inilah fitrah manusia, matlamat keinginan kita dan ianya lebih cantik apabila didasari dengan aqidah Islam. Namun, kita sebagai muslim perlu ditambah lagi satu matlamat; iatu Syurga Abadi.

Wallahualam

Hidayah Bani
25/8/12


2 comments:

Anonymous said...

Saya dh baca buku ni dan juga buku sebelum ni bertajuk Travelog Cinta Abadi serta sambungan dari buku Travelog Impian Abadi iaitu Travelog Perjalanan Abadi.cara dia menulis membuatkan kita seperti mengalami kejadian itu sendiri especially buku ketiga.teringat zaman-zaman belajar di UK dulu :)

Hidayah Bani said...

hehe, saya cuma baca buku ni sebab buku ni dah ada kat rumah. akan try cr perjalanan abadi. ada jugak nk cri buku suami dia, travelog dakwah. tp tak jumpa.