Sunday, 19 February 2012

Pengembangan Ilmu pengetahuan

1) Kebanyakan sejarah melayu, tidak dicatit. Sejarah ini turun temurun secara lisan.

2) Jadinya, kita kurang rujukan bertulis yang hakikatnya lebih panjang unurnya secara zamani. Antara rujukan yang paling penting tentang sejarah melayu melaka ialah Sejarah Melayu, karya  Tun Muhammad bin Tun Ahmad atau dikenali sebagai Tun Seri Lanang.

3) Buku ini menjadi rujukan sejarah yang penting, kebanyakan rujukan yang berbentuk lisan selalunya tidak akan tahan lama dan menjadi kurang tepat.

4) Sebagai contoh;

Si A mempunyai 100% maklumat, kemudian si A bercerita kepada si B, si B pula tidak serius semasa mendengar, lalu si B hanya mendapat 80%.

Kemudian masa berlalu;

Tiba masa si B bercerita kepada si C, namun maklumat yang sebenarnya ada 100% telah berkurang menjadi 80%, si B pun bercerita kepada si C, sekiranya si C main-main ketika mendengar, si C akan mengurangkan peratus ketepatan maklumat. Namun, jika si C serius mendengar pun, beliau masih mendapat maklumat yang kurang tepat dari 100% akibat si B dahulu.

5) Melalui kejadian ini, kita dapat melihat perkembangan maklumat semakin lama semakin cair apabila rujukannya hanyalah lisan yang terdapat banyak kemungkinan untuk ketidaktepatan.

6) Ini hanyalah contoh(muqaddimah) he he , apa yang saya ingin maksudkan ialah;
Apabila kita mendapat sesebuah maklumat, hendaklah kita catat maklumat tersebut dan kembangkan maklumat tersebut dengan rujukan-rujukan yang banyak pada masa kini.

7) Untuk mengembangkan  maklumat tersebut, bahan-bahan rujukan tidak akan datang kepada kta secara adsorption technique, iaitu kita letak buku di dada atau kepala, ilmu tersebut akan  masuk. Namun, kita perlu MEMBACA bahan rujukan tersebut dan hadam sebaiknya.

8) Mendengar recording adalah tidak salah, namun selalunya sifat manusia tidak akan terlepas dari lupa dan hanya menyampaikan bahagian mana yang dirasakan penting atau pendek kata, bahagian mana yang kita rasa applicable(dan dianggap penting), bahagian itulah yang kita ingat dan cerita., dan neraca pertimbangan manusia pada keutamaan pada sesuatu benda  dalam hidupnya adalah berbeza.

9) Contohnya, penceramah menyampaikan bahan yang bertajuk Fiqh Awlawiyat, iaitu Fiqh keutamaan. Sebuah buku yang tebalnya 355 mukasurat. Namun masa yang ada untuk berceramah hanyalah 2 jam. Jadinya, penyampai akan menyampaikan point-point yang dirasakan penting sahaja.

10) Jangan salahkan penyampai apabila satu masa, anda menjadi fanatik terhadap point-point itu sahaja dan sukar untuk melihat pada suatu sudut dengan lebih mencapah. Namun salahkan diri sendiri kerana tiada usaha untuk mengembangkan maklumat yang telah didapati.

11) Ya, saya setuju dengan post ini apabila terdapat segelintir pihak yang sukar menerima makluamt baru apabila pihak ini telah mengigit maklumat yang didapati itu dengan kuat hingga sukar untuk menerima pendapat baru.  Inilah yang dinamakan taksub hingga mencapai tahap kejumudan dalam berfikir. Kurang menggunakan minda fikir, namun banyak menggunakan minda tabiat.

12) Ok, post ini agak panjang dan macam sukar difahami. namun take home mesejnya, janganlah terlalu fanatik, banyakkan sumber rujukan yang sahih.

13) Lapangkan dada dan akal fikiran, lapanglah hidup kita, andai kita sempitkan dada dan fikiran, maka sempitlah dunia kita.



2 comments:

U.T said...

Salam..

membaca tak salah...
mendengar recording pun tak salah..
yang salah bila kedua-duanya tanpa guru..
tanpa guru we will probably end up jadi B.
suka bila seorang akh tu ckp...antum dah baca belum buku ni before nk dgr pengisian ana?

nmpk tak the point dr scene ni?

nk menjadi murabbi yang hebat bukan sekadar menjadi alim tp menjadi alim mujahid..both ways membantu meningkatkan diri kearah matlamat ni..

sifat bacaan: membaca sebelum fzham..after baca, dh dpt fhm sikit and more bigger picture.
sifat mendengar recording: menambah kefahaman selepas pernah mendapat pengisian tu, refresh kefahaman and got the gist of the thick book we HAD read.

And paling penting sekali, bukan dua ni je cara/wasilahnya utk fhm n apply sesuatu benda...e.g, share dgn org waktu daurah hence we get a variety of view about certain topics...

Wallahualam.
tak hebat/tahu byk tp nk share apa yg sy fhm and observe..:)

Hidayah Bani said...

salam wrm.. betul apa yang yang dikomen tu, sekurang-kurangnya mengimbangi post ana yang serba kekurangan ni. kira blh tambah lagi point yang baik, iaitu ingin menambah ilmu & beramal perlulah berguru. jzkk :)