Setiap orang Allah kurniakan masa yang sama, 24 jam. Begitu juga saya. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya kata-kata cikgu saya,
" Saya tidak boleh terima alasan tiada masa untuk tidak siap kerja sekolah yang diberikan, kerana setiap orang Allah sudah beri masa yang sama dalam sehari, 24 jam. Tiada pula yang Allah hanya beri sehari 23 jam sahaja ataupun 25 jam"
Bila di fikir semula, masa itu juga adalah makhluk Allah yang sangat menakjubkan. Bila berkata mengenai masa, boleh jadi kita akan fikir tentang bagaimana pembahagian masa dan pengurusan masa.
Pengurusan masa dan pembahagian masa adalah perkara yang berbeza. Semua orang boleh membahagikan masa, namun bukan semua orang boleh menguruskan masa dengan sebaiknya.
Ada satu bab di dalam buku karya Hilal asyraf(Fanzuru) yang amat menarik perhatian saya, iaitu bab Awlawiyat, dahulukan yang utama.
Beliau memuatkan cerita tentang seorang professor bersama dengan pelajar-pelajarnya.
Begini ceritanya:
Professor ini mengambil sebuah balang, dan mengisi balang itu dengan batu-batu yang bersaiz sederhana sehingga ke bahagian leher balang tersebut lalu menutupnya. Kemudian beliau bertanya, adakah balang itu sudah penuh? Semua pelajar menyatakan bahawa balang itu sudah penuh.
Professor itu menggelengkan kepala, lalu dia mengambil batu-batu bersaiz kecil lalu memasukkannya. Kemudian beliau bertanya lagi, adakah balang tersebut sudah penuh? Semua pelajarnya menyatakan ya.
Professor itu menggeleng, lalu beliau mengambil pasir dan mengisi balang tersebut dengan pasir. Pasir tersebut memenuhi ruang di antara batu bersaiz sederhana dan bersaiz kecil. Beliau mengulang lagi pertanyaan yang sama kepada pelajarnya, semua pelajar mengatakan balang itu sudah penuh dan mustahil untuk diisi lagi.
Professor tersebut menggeleng, lalu dia mengambil air dan memasukkan air tersebut kedalam balang. Air memenuhi ruang-ruang mikro yang terdapat di antara pasir-pasir tersebut. Ya, sekarang barulah balang tersebut sudah penuh.
Salah satu yang dapat kita lihat di sini, bagaimanakah menguruskan sesebuah ruang agar kita menggunakannya semaksima mungkin. Melalui cerita ini, kita boleh lihat bahawa saiz batu mewakili keutamaan yang kita ada.
Apabila kita mengisi ruang kita dengan benda-benda yang kecil dahulu, maka penuhlah ruang itu dan sukarlah untuk kita mengisi ruang tersebut dengan benda yang lebih besar, ataupun lebih teruk lai mustahil untuk kita mengisi ruang tersebut kerana kita sudahpun memenuhkan ruang tersebut dengan perkara-perkara kecil yang boleh jadi kurang keutamaannya.
Apabila kita dapat melihat bagaimanakah cara untuk mengisi ruang dalam hidup kita dengan sebaiknya, nampaklah kita bahawa hakikatnyadalam hidup ini, masih banyak ruang yang boleh di isi, apa yang tinggal hanyalah bagaimana kita mengurus bagaimana mahu mengisi ruang tersebut.
Dalam bab ini, penulis kemudiannya menceritakan bahawa dalam hidup ini kita ada empat situasi;
1. Utama dan penting
2. Utama tetapi tidak penting
3. Utama tetapi tidak penting
4. Tidak utama dan tidak penting.
Apabila kita meletakkan perkara pertama untuk di isi dalam ruang masa kita dahulu( bolehlah kita mewakilkannya dengan batu bersaiz sederhana), maka secara automatiknya kita mampu mengisi lagi ruang tersebut dengan perkara-perkara seterusnya. Kebiasaanya, perkara utama dan penting ini amatlah mempunyai had masa yang akan tamat bila-bila masa sahaja.
Masa adalah kita, dan ianya sangatlah berharga. Ramai orang mampu memberikan harta, tetapi tidak ramai mampu memberikan masa kerana ianya sangat berharga jika kita mengerti.
Allah bersumpah mengenai masa dalam surah Al-Asr,
“Demi MASA(1). Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian(2). Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”(3).
InsyaAllah, semoga kita tidak menjadi orang yang berada dalam kerugian dan semoga Allah membimbing kita untuk menjadi golongan manusia yang tidak rugi. Hakikatnya, kita masih bertatih lagi ataupun tidak memulakannya lagi kerana kini, masa kita sebagai seorang pelajar hanyalah untuk diri kita sahaja.
ps: Alhamdulillah, sempat tulis sikit dalam keadaan yang gelabah-gelabah nak exam. Post-post sebelum ni, rasa macam post yang patut di tweet je, haha.
NHB
Birmingham
2 comments:
tapi profsor tu lupa satu perkara. kalau balang tu mengecil sambil dia mengisi balang tu macamana?
satu sifat masa yg manusia selalu lupa; masa yg dibiarkan tanpa diisi akan berlalu begitu saja.
tersenyumlah saya apabila membaca komen anonymous, setuju dengan masa yang dibiarkan tanpa di isi akn berlalu begitu sahaja, mmg pun.
tema utama prof ni juga adalah tentang keutamaan dalam mengurus urusan, iAllah di lain cerita prof tu akan cari balang boleh mengecil sambil dia isi balang tu supaya dia boleh sampaikan bahawa masa yang dibiarkan tanpa di isi akan berlalu begitu sahaja. (^^,)
Post a Comment