Sunday, 26 February 2012

Harta dari emak

Salam wrm

Lama tak update.

Tiba-tiba teringat zaman kecik-kecik dulu,

Waktu tu saya darjah 2 atau 3, tak pasti. Tapi lagi kuat darjah dua.

Rasa macam selalu kena buli-.-''

Maybe sebab halus je kot.


Bila balik, mengadu kat mak.-.-''

dan emak saya ajar saya satu doa, dan memang saya ingat sampai sekarang(Alhamdulillah)........Kadangkala hampir menitiskan air mata tiap kali membaca doa ini, terkenangkan wajah tua emak saya.
“Allahumma inni auzubika minal hammi wal huzni wa auzubika min al ijzi wal kasal wa auzubika min al bukhli wal jubni wa auzubika min ghalibatid daeni wa qahrir rijal” (dua 38)

O Allah! Indeed I seek refuge in You from worry and grief, and I seek refuge in You from helplessness and laziness, and from miserliness and cowardice, and I seek refuge in You from the overpowering of debt and domination of others.




Kini, baru saya faham.......

Duit, kemewahan, ipad, ipod, iphone, ipaid adalah harta...harta yang nampak...dan boleh sahaja harta ini rosak dimamah zaman atau hilang sekelip mata.

Namun doa, yang emak ajar pada saya..bagaikan satu harta yang tidak nampak, namun kekalnya hingga hari ini. Boleh jadi inilah antara saham emak saya.

Harta yang diberi pada anaknya, yang si anak boleh apply bila-bila masa. Wireless.

insyaAllah...

Madrasah pertama ialah rumah~ dan murabbinya adalah kedua ibu bapa.




5 comments:

Anonymous said...

hahaha aku dlu pun selalu buli ko.. sampai bila cuti mk anta ak kt umah atok.bila dh jauh, xde kwn nk gduh dh.. tpon ko tiap2 ari suruh abah anta ko kt kg. (aah)

Hidayah Bani said...

tu la, ak rasa ada certain cases mmg kena ddk jauh, baru tak gaduh kan.hahahahahaha.... ko mmg sll je cari pasal dengan ak.

mesti sekarang mak boring kan sebab dah takde anak-anak yang rajin gaduh. anyway, nanti ko dah ada anak, ajar la doa-doa dari kecik, mmg ingat la smapai besar(iAllah). aku mcm banyak ingat benda-benda baik yang mak ajar. semoga jadi penerang kubur mak n abah nanti.
anak~salah satu harta yang boleh tarik kta ke syurga atau neraka.

ps: mesti ko boring kan sekarang. harap-harap cepatla ko dapat kerja.

Anonymous said...

tu la..borring duk umh tu xdelah sgt. sbb aku leh rehat2 lg time ni.tp yg x bestnye duit x msuk la.. nsb la ak ada ajr bdk tusyen. sbuln dpt la dlm rm200. msuk la jg wt smpnn dlm bank. kalo dh kje ni dpt gj sdiri leh la belikan/bg duit kt mk n abh. bntu dorang sikit2. ak doa2 la agr ank aku ni ikut mcm kita. nk ajo dia idup susah.bg dia tau sikit erti syukur.

Hidayah Bani said...

- sekarang ni banyak dah dengar cerita anak derhaka. sedih jugak bila ada terbaca/ tgk video. rasa mcm bukan real pulak.
-tapi itulah salah satu tanda-tanda kiamat bila si ibu melahirkan tuan.
-memang kita kena didik diri dengan sebaiknya supaya kita dapat didik anak dgn baik( sama ada student or anak sendiri)
-antaranya adalah Al-Quran dan hadis, sebab itulah sumber panduan manusia yang tidak akan tercemar dan dipengaruhi oleh faktor luaran seperti persekitaran.
-walaupun famili kita dulu tak kaya or senang mcm org lain( ada percutian famili la, bla3), tp mak n abah bg harta lain iaitu akhlak.( cth; solat dan bc Quran selalu)
-aku kagum jugak tengok mak jaga arwah atuk dulu. kadang-kadang terfikir, mampu ke aku jaga mak nanti macm mak jaga atuk.
-harap-harap kita semua dikurniakan keSABARan dalam menjaga kedua ibu bapa sekiranya Allah izinkan.

Anonymous said...

ms ak blik kg baru2 ni,sedih je nk tgglkan mk n abh.tgk dari raut wjh tua dorg.. tdetik kt ati cpt je ms blalu.. dorg pn dh mkin tua.. kalo ak ada kete sdiri nk je ak blik kg slalu sbb wt ms ni kurg komitmen lg.xde kje n ank. jd tgjwb tu kurg la skit.kdg2 risau jg tgk dorg duk bdua je.sakit pening kdg2 xde sapa nk bww p klnk sgt.ble ak nk blk s.alam mcm2 mk bg kt ak wlaupn ak duk bdua je.jenuh ak nk hbskn mkn.dlu slalu mrh2 mk.ble k dh mgndung ni br la ak tau pgorbnn ibu tu mcmana.