Thursday 9 June 2011

Tajdid Sang Pencerah

Dalam cerita Sang Pencerah, KH Dahlan agak kurang melawan kaum tua yang meletakkan tuduhan kepadanya melalui kata-kata, melalui hujah. Bukan beliau mengalah, tetapi beliau mahu tajdid itu diteruskan tanpa menghiraukan cacian dan makian yang hanya apabila dilawan, umpama menyiram petrol pada api. Walaupun pada mulanya beliau hampir putus asa apabila mereka meruntuhkan pesantren tempat beliau mencurahkan ilmu.

Beliau terus melakukan pembaharuan. Pembaharuan itu bukanlah di bawa-bawa, tetapi memang perlu dibawa memandangkan budaya kampung di mana agama terlalu diritualkan hingga membebankan kehidupan. Mereka tidak merasakan kesyumulan Islam. Islam itu apabila kenduri kahwin perlu dibuat besar-besar ataupun kenduri tahlil perlu ada pulut kuning dan kuih. Bagi orang yang tiada duit, akan mula berfikir, bagaimana aku mahu melakukan ibadat ini, aku tiada duit.

Fenomena ini tidak berlaku pada zaman KH Dahlan sahaja. Namun ianya masih berlaku di zaman ini.

Babak ini merupakan babak yang paling saya suka apabila KH Dahlan secara berhikmah memberikan pendapatnya pada kaum tua.



Jangan mudah menuduh manusia lain kafir. Kaji dahulu apa tindakannya.

Orang kafir dahulu pun mengambil peradaban Islam terutamanya ketika di Baghdad, kalau benar mereka tidak mengambil peradaban kita, perlukah wujudnya University Oxford untuk  menterjemah kitab-kitab dari bahasa arab?. Apakah salah kita yang pernah terjatuh ini berlapang dada mengambil semula ilmu kita dahulu?.

Yang perlu diambil adalah budaya ilmu. Bukan budaya yang lainnya.

Apa yang di lihat kini, memang ada dari kita mencedok budaya barat, tetapi yang dicedok budaya negatifnya hingga yang mengikut lebih teruk dari yang diikut.



Wallahualam

3 comments:

Unknown said...

hihi, best kan movie nh?
kami hari tu buat bedah movie ni ..
heheh ..

^^

Hidayah Bani said...

masyaAllah..sangat~..saya rasa certa ni membuka mata la. macam tak hanya menerima je. tapi buatkan kita kena berfikir. setiap orang ada peranannya. ^^, izzati nanti g summer camp tak?

Unknown said...

insyaAllah g kak .. jumpa di sana! =)