Aku mula rasa istighfar ni penting.
Of course la penting secara biasanya, tapi yang ini aku rasa penting jauh dari lubuk hati aku yang tak merah ni. Hitam kot. Tapi, insyaAllah..aku akan cuba mengmakeover hati aku dari masa ke masa.
Peristiwa ni baru je berlaku, bila aku telefon teksi tak sampai-sampai. Aku kol pemandu teksi tu lagi, dia kata lagi sepuluh minit. Aku tunggu. Tapi tengok-tengok dah 15 minit. Dengan keadaan yang hujan, sejuk memang menguji kesabaran sebagai seseorang yang particular mengenai masa. Aku mula rasa aku nak kol dia lagi sekali dan kata "in a 5 minutes, if you doesnt come i ll cancel my booking"...
Dah mula rasa bengang, tiba-tiba teringat nak beristighfar. Aku pun dalam hujan renyai-renyai, kesejukan, aku istighfar. Tiba- tiba rasa tenang, rasa bertolak ansur dan bersangka baik tu datang. Dalam fikiran aku dah mula terdetik, insyaAllah mungkin pak cik ni terperangkap dalam kesesakan jalan raya kot rather than aku menyumpah-nyumpah pak cik tu. Aku rasa tenang beristighfar sebab aku dah mula rasa ini adalah ujian dari Allah. Allah nak aku sucikan diri, mintak maaf dari dia as Bos Besar dahulu sebelum dapat apa yang aku nak.
Alhamdulillah, tak sampai lima minit aku istighfar, tenangkan diri teksi pun datang. Maka aku pun naik teksi dengan senyuman kerana rasa berjaya mengalahkan syaitan amarah. Alhamdulillah.
Cerita ni simple je, tapi sangat bermakna untuk aku. Kalau dulu, aku rasa bila naik bengang tu, macam-macam lah yang keluar. Dah la cakap benda-benda tak baik, bersangka buruk, akhirnya aku jugak yang letih. Ntah-ntah masuk akaun dosa=.=. Aku bukan hendak dedahkan keaiban aku dulu, takde sapa nak dedahkan keaiban sendiri kan. Aku rasa nak kongsi cerita ni sebab aku rasa bersyukur sangat. Rasa macam dah jumpa alternatif yang sangat baik untuk tenangkan diri. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Harap-harap perubahan ke arah kebaikan ini dilakukan secara istiqamah. Tidak terlalu laju, tidak terlalu pantas.
Wallahualam. Doakan yang terbaik untuk semua. :)
Salam Istiqamah.
Salam balik Malaysia.
Ps: Teringin nak tulis entri pasal astro dan sirah. Tapi tak sempat lagi kumpul bahan.
4 comments:
dah balik malaysia ke?
belum lagi. 15 julai ni sampai msia.
oh..2 hari lps brthday aku..bleh la bgi ole2..haha
tak tau pun...anyway, hepi bday!. :P
Post a Comment