Alhamdulillah, akhirnya cuti easter dah nak habis dan akan bermulalah summer term 11. [kkof-kkhoof]. But as usual, my preparation for summer exam still unsufficient. [ Tawakkal + usaha + doa yang perlu di raise up kan].
Part 1 dan part 2 dah selesai ditulis, kini tibalah part 3 pula. Part 3 ni mengenai cara mengatasai kepanasan, kemarahan dan yang sewaktu dengannya. Ok, tak nak cerita panjang, jom kita teroka satu persatu cara ni.
1) Bila marah, cuba fikir semula mengenai hadis-hadis, ayat Quran dan kisah-kisah yang menyatakan tentang kelebihan, ganjaran dan darjat orang yang menahan marah.
Ada satu riwayat daripada Ibnu Abbas, ketika zaman pemerintahan Saidina Umar r.a adalah seorang lelaki ni yang ingin menghadap saidina Umar, lalu beliau mengizinkannya. Ketika menghadap, lelaki ni telah mengkritik beliau dengan mengatakan:
"Wahai anak Al- Khattab, demi Allah, kamu tidak pernah memberi kepada kami dengan pemberian yang melimpah ruah dan kamu juga tidak pernah memutuskan hukum antara kami dengan adil".
Mendengar apa yang lelaki ini telah katakan, maka saidina Umar naik marah sehingga hampir bertindak memukul lelaki tersebut, melihat kejadian ini, al- Hurr bin Qais berkata: Wahai amirul mukminin, sesungguhnya Allah swt telah berfirman kepada Nabi saw :
Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. (QS. 7:199).
Al- Hurr berkata lagi : Sesungguhnya orang ini jahil, tidak mengetahui. Selepas kejadian ini, saidina Umar menjadi seorang yang lebih menjaga batas-batasnya apabila beliau berasa marah.
2) Mengingatkan diri akan azab Allah swt, nescaya akan menggetarkan hati dan menggerunkan jiwa. Berdialoglah dengan diri dengan berkata.
" Kekuasaan Allah kepadaku melebihi kekuasaanku ke atas orang ini. Kalau aku bertindak terhadapnya mengikut kemarahanku, pasti aku tidak akan selamat dari kemurkaanNya kepadaku pada hari kiamat kelak sedangkan ketika itu aku amat perlukan keampunanNya".
3) Mengingatkan diri terhadap apa akibat buruk yang akan kita peroleh hasil dari permusuhan dan perbuatan membalas dendam.
4) Hendaklah menggambarkan betapa buruknya wajah kita yang dah sedia cantik dan ayu ni apabila marah. Marah ni jugak akan membawa kita jauh dari akhlak para nabi dan ulamak.
5)Justifikasi, apakah sebenarnya punca kita untuk marah? adakah kerana bisikan syaitan ataupun kerana Allah swt.
Sekiranya kita berasa marah akibat termakan hasutan syaitan, bisikan ini akan bergema-gema, bergaung-gaung, berbisik-bisik dalam hati kita. Kata sang pembisik syaitonnirrojim :
" Kalau kamu tidak bertindak, ingatlah kamu ini akan dianggap sebagai seorang yang lemah lagi lembik, hina dina, keji dan kamu yang kerdil ni akan dipandang rendah oleh orang lain".
souce: URL |
Dan, kita mula lah memperoleh kekuatan untuk marah demi mempertahankan hak asasi kemanusiaan yang ada dalam diri ini.
Tapi! Tunggu sat, cuba berbisik kembali pada sang pembisik syaitonnirrojim ni, lawan semula dengan justifikasi yang lebih rasional :
" Wahai diri, janganlah kamu fragile dengan bisikan si jahat ini, adakah kamu(diri) merasa hina, jijik dan keji akibat bersabar sekarang? Apakah kamu tidak merasa hina di hari akhirat kelak dimana akibat dari perbuatanmu di dunia ini, orang itu pula yang memegang tanganmu dan bertindak keatasmu? Adakah kamu bimbang sekiranya dipandang keji dan kerdil oleh orang lain tetapi tidak bimbang dipandang hina oleh Allah Taala, para malaikat dan juga para nabi a.s !!? "
Untuk menjadikan diri ini dipandang mulia oleh Allah, perlulah kita menjaga nafsu amarah ini dengan sebaik-baiknya.
6) Mengatasi secara amali, iaitu berwudhuk, mengubah posisi kedudukan, bersikap tenang, minta berlindung dengan Allah.
Hikmat berwudhuk ketika marah ini telah diriwayat melalui sebuah cerita, begini ceritanya:
Urwah bin Muhammad sedang duduk bersama-sama sahabat-sahabatnya, tiba-tia datanglah seorang lelaki yang memperkatakan sesuatu yang tidak suka didengar. Lantas Urwah bangun lalu berwudhuk. Seyelah berwudhuk, dia menceritakan kepada sahabat-sahabatnya akan hadis berwudhuk ketika marah, katanya Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya marah itu dari Syaitan dan syaitan diciptakan dari api. Api hanya akan dapat dipadam dengan air. Oleh itu apabila seseorang kamu marah hendaklah dia berwudhuk.
(Hr : Ahmad, Abu Daud dan al-Bukhari)
source: URL |
Manakala perintah untuk mengubah posisi iaitu dari berdiri kepada duduk, dari duduk kepada berbaring adalah untuk mendekatkan diri kita untuk kita berfikir dan tenang. Untuk mengingatkan semula bahawa kita ini adalah asal dari tanah. Kita ini asalnya hina, dan kemarahan yang muncul ini adalah berpunca dari sifat takabur. Layakkah kita sebagai seorang hamba bersifat takabur?
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berfikir, merenung kembali asal kejadia kita, melihat kembali niat kita apabila kita marah dan berfikir apakah kebaikan yang kita dapat apabila marah?
Semoga berguna untuk kita semua terutamanya untuk diri saya yang marhein, serba kekurangan dan masih lagi tercemar dengan sifat marah yang tidak menentu dan justifikasi yang tidak rasional. [khhof.., flipping summer exam paper, erk..., susahnyee...]. Marah,emosi yang tidak sepatutnya juga membuatkan himmah kita terpenjara.[klik sini]
Rujukan:
1)Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi, Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin, Jil. 1, hal 361,362,363,364,365.
Wallahualam
1449
01052011
Birmingham.
No comments:
Post a Comment