Sunday, 8 May 2011

Kebebasan memilih.

Zaid b Harith
Beliau merupakan seorang anak dari keluarga yang agak baik-baik juga. Pada suatu hari, dia telah ditangkap. Dijual sebagai hamba, akhirnya dimiliki oleh Khadijah binti Khuwailid bersama suaminya Muhammad ibn Abdullah.

Setelah lama tinggal bersama Rasulullah, kasih sayang antara Zaid dan baginda umpama ayah dan anak. Pada suatu hari, datanglah ayah kandung Zaid b Harith. Beliau ingin mengambil Zaid. Beliau berunding dengan rasulullah dan menawarkan pelbagai tawaran kepada baginda.

Namun, baginda jauh lebih bijak. Baginda meminta agar tidak perlulah ditawarkan tawaran sebegitu rupa, cukuplah kita memanggil Zaid dan bertanya padanya, siapakah pilihannya.

Lalu Zaid dipanggil, setelah diaju pertanyaan, tanpa berfikir panjang beliau ingin tinggal bersama Rasulullah. Alangkah terkejutnya bapa beliau apabila anaknya memilih mahu teruskan perhambaan bersama keluarga Rasulullah berbanding pulang bersama keluarga tercinta.

Melalui secarik sirah nabi ini, dapat kita lihat baginda meraikan kebebasan memilih. Hatta anak kecil sekalipun. Diraikannya. Dapat juga kita lihat, apabila kita menjadi ibu bapa kita juga perlu meraikan pilihan anak kita selagi ianya tidak melanggar syarak. Fenomena ini sering dilihat apabila ibu bapa lebih menginginkan anak menjadi apa yang mereka harapkan berbanding melihat sendiri apa yang anak itu boleh kerjakan melalui pilihan si anak itu sendiri.

Sumber : Raheequl Makhtum, Safiur Rahman Al- Mubarakpuri, pg:74, Footnote[1].

No comments: