Adalah dakwah penggerak dan penyelamat.
a) Tanggungjawab yang besar
Memartabatkan kalimahNya, mendokong syariatnya dan menegakkan semula negaraNya.
Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Al- Hajj:40)
b) Matlamat utama kita
Negeri akhirat
i) Membebaskan dunia Islam dari cengkaman negara asing.
ii)Menegakkan semula negara Islam yang bebas dimuka bumi ini.
Bebas dalam kontek ini adalah bebas mengamalkan segala hukum Allah dan sistem sosial Islam. Bukan hanya berlabelkan negara Islam, tetapi disekat dari melaksanakan hukum Allah sebagai sesuatu yang syumul.
c)Wahana atau wasilah utama kita:
Ceramah,ucapan, buku, pengajian, menganalis penyakit, mencari ubat masih belum mencukupi. Sebagaimana matlamat menghalalkan cara, seperti itulah kita mahu cara menghalalkan matlamat. Perlu menggunakan segala wahana dan yang paling utama adalah tiga perkara berikut:
a) Iman yang mantapi
b) Pembentukan yang kemas (Organisasi,strategi. Tidak caca marba, pemikiran jangka panjang dan pendek)
c)Usaha yang berterusan.
Terdapat wahana tambahan perlu disuaikan dengan keadaan. Ada yang bersifat ofensif dan defensif. Ada yang mengikut arus norma masyarakat, ada yang perlu kita menongkahnya. Sememangnya dakwah ini sebenarnya ialah menongkah kebiasaan dan mengubah adat dan budaya.
d)Cabaran
1)Krisis
2) Fikrah yang disuntik syaitan
e)Rintangan sepanjang jalan
Sekatan oleh orang-orang atasan yang irihati.
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
(At-Taubah:32)
f)Faktor kejayaan
Tidak melakukannya kerana tujuan peribadi. Apa yang dilakukan hanya untuk mengharap Keredhaan Allah dan untuk kebaikan manusia.
Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf:21)
Sumber: Himpunan Risalah Imam Hasan Al-bana, Antara Semalam dan Hari Ini, hal: 214, 215, 216-220.
No comments:
Post a Comment