Marah merupakan salah satu senjata paling hebat dan tak pernah lapuk yang dimiliki oleh Syaitonirrojim untuk mencucuk dan memusnahkan kehidupan cucu-cicit Nabi Adam a.s. Apabila kita marah, kita seperti syaiton, ini kerana kemarahan umpama nyalaan api yang marak membakar memusnahkan seluruh alam dan hutan-hutan belantara. Lepastu, syaitan pula memang dicipta daripada api. Kita pula dicipta daripada tanah yang sifat semulajadinya adalah diam dan tenang, lalu dah elok-elok dengan sifat tanah yang cool je, maka jadilah kita sifat syaiton apabila marah….grr.
Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.(Al-‘Araf:12)
Syaitan dicipta melalui api dan Allah tidak menstate pun bahawa api lebih hebat dari tanah, namun sifat perasan dan takabur telah mengaburi ahli ibadah yang paling hebat di syurga disuatu masa lalu iaitu bapa kepada segala Iblis dan syaiton iaitu Azazil. Fuh~ betapa hebatnya kuasa marah+ takabur + riak ni.
Marah itu hanya merugikan diri sendiri, kita makan hati, sengsara tidak menentu dan tidak tenang, memaafkan itu lebih indah walaupun payah. [kredit gambar] |
Selain itu juga, Rasulullah juga mencela sifat marah ni, diriwatkan ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah untuk meminta nasihat, lalu Rasulullah pun bersabda:
Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
Kesan dari sifat marah ni akan menjemput dengan segala hormatnya perasaan dendam, hasad, dan dengki. Ada satu riwayat yang sangat menarik untuk dikongsi bersama, diriwayatkan bahawa Iblis terkutuk telah menjelma kepada Nabi Musa a.s, lalu iblis membocorkan rahsia senjata senjata pemusnah yang dimilikinya.. Iblis berkata kepada Nabi Musa:
Wahai Musa, awas kamu dari sikap bengis kerana aku boleh mempermain-mainkan orang yang bengis sepertimana kanak-kanak bermain bola. Jauhilah perempuan kerana perangkap yang paling aku percayai ialah perangkap yang aku pasang melalui perempuan. Jauhilah sifat bakhil kerana dengannya aku boleh membinasakan dunia dan akhirat seseorang
Hebat betul penangan marah ni..huish..., ini kerana apabila kita marah je, syaiton dah boleh mula tekan butang play untuk mempermain-mainkan kita.( T______T). selain itu juga, perangkap yang paling berkesan adalah kaum hawa. Soob, oleh itu kepada kaum Hawa sekalian, terutamanya saya perlulah lebih berhati-hati supaya tidak menjadi ‘batu loncatan’ syaiton untuk memerangkap hamba Allah yang lain..
soobs..soobs..
waktu Asar semakin menghampiri, akan bersambung part 2 dikemudian hari. insyaAllah.
Sumber:Ringkasan Kitab Jalan Mereka yang menuju Allah, Jilid 1, bab 21, hal. 357&359, Imam Ahmad bin Qudamah Al- Maqdisi.
No comments:
Post a Comment