Wah. sempat lagi saya mencuri masa mengupdate blog yang macam lama tak update. Alhamdulillah, 2 paper telah ditumbangkan dengan pelbagai perasaan. Ada yang susah, takde yang senang. Natijahnya, semua itu adalah ujian untuk kita. Samaada ingin terus mensyukuri nikmat dengan redha akan ujiannya, ataupun terus hilang kepercayaan. Lalu mengalah.
Baru-baru ini, saya sempat mengselang-selikan bacaan nota dengan sebuah buku yang dari awal permulaan lagi sudah banyak menghentam, mengetuk, menumbuk, jiwa, hati dan segalanya yang ada pada saya. Terasa banyaknya kekurangan dan pada saya janganlah terus demotivated dengan kekurangan tu, kena cuba bangkit dan berusaha betulkan apa yang salah. TT____TT.
Antaranya adalah mengenai Ukhuwah. Didalam buku Jalan mereka yang menuju Allah, ada menyebut tentang adab kita sesama saudara, prasangka dan sikap mencari kesalahan orang lain.
Hak-hak yang wajib ditunaikan terhadap saudara, didalam bab Adab-adab persahabatan, persaudaraan dan pergaulan.
Hak ketiga:
antara ringkasan,
Ibnu Mubarak berkata: Orang Mukmin sentiasa mencari keuzuran sahabatnya atau alasan untuk dia memaafkannya, sedangkan orang munafik akan mencari kesalahan orang lain(bagi menyalahkannya).
Al-Fudhail : Kemuliaan itu ialah memaafkan kesalahan sahabat-sahabatnya.
Kemudian, antara hak yang wajib adalah meninggalkan sikap berburuk sangka, bahkan kita hendaklah berusaha untuk berbaik sangka.
Jauhilah kamu daripada berprasangka buruk kerana prasangka buruk itu adalah percakapan yang paling dusta. (Mutafaqqun Alaih)
i) Iman seorang tidak akan sempurna sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Ayat ini adalah hadis, salah satu hadis dari hadis 40. Rasanya hadis 13. Lihatlah betapa tingginya nilai persaudaraan dalam Islam apabila ianya dikaitkan dengan iman.
ii) Serendah-rendah persaudaraan adalah bersangka baik, iaitu bergaul dengan sahabat dengan cara yang dia sukai dan kita juga akan suka sekiranya sahabat kita bergaul dengan kita dengan cara yang kita senangi.
sekiranya kita sudah berprasangka buruk, apakah lagi yang tinggal untuk tahap persaudaraan antara kita? T_T
iii) Bagaimana kita inginkan persahabatan ataupun keadilan buat diri kita sekiranya kita sendiri tidak adil dengan orang lain?
iv) Punca irihati, dengki dan mendedahkan keaiban saudara sendiri adalah berpunca dari perasaan hasad dengki. Perkara ini terdorong apabila seseorang itu tidak mahu mengalah, ingin menonjolkan keistimewaan, kelebihan dan kepandaian dirinya di samping memandang hina terhadap lawannya. Melalui perkara ini lah timbulnya rasa tidak puas hati, sering berprasangka, mengintip perbuatan lawan dan sebagainya.
Sumber: Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi, Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin, jil.1, bab 11, hal 195-197.
Pertama sekali saya tujukan ringkasan isi ini untuk diri sendiri, dan kemudiannya untuk kita bermuhasabah kerana tidak semua manusia lepas daripada berbuat kesalahan. Namun, apabila kita sudah mengetahui apakah kesalahan tersebut, marilah kita bersama-sama mengubahnya secara perlahan-lahan. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu masih terbuka peluan untuk mencapai rahmat Allah yang sangat luas.
Naluri manusia, sukar untuk menerima sesuatu itu adalah kesalahan yang sebenarnya datang dari diri sendiri, terasa sakit. Namun apabila kita menerima kesalahan itu kerana Allah dan dengan berlapang dada, akan ternampaklah sinar kebahagiaan dari Yang Maha Esa. Kadangkala Allah langkahkan hati dan kaki ini untuk berbuat kesalahan supaya apabila kita menyedarinya kita sedar bahawa kita ini hamba, kerdil lagi hina dan hanya mengharap kepada ampunan yang maha Esa.
Sakit kepala, hujan renyai-renyai.
1313 after tumbangkan physical paper.
Allahuakhbar, Subhanallah, Alhamdulillah, Astaghfirullah.
Hinanya diri, kotornya hati, lesunya jiwa.T_T
Mari sama-sama kita naikkan taqwa, bersihkan hati, kuatkan jiwa.
Masih merangkak,perlu banyak belajar.T_T

Jika anda tertanya-tanya bagaimana bukunya, inilah dia.:) Sangat merekemenkan anda-anda membacanya. Berat, namun inilah kenyataannya sebagai seorang hamba. melalui buku ini, beberapa entri dihasilkan. [marah part1] [marah part2] [marah part3] |
Pertama sekali saya tujukan ringkasan isi ini untuk diri sendiri, dan kemudiannya untuk kita bermuhasabah kerana tidak semua manusia lepas daripada berbuat kesalahan. Namun, apabila kita sudah mengetahui apakah kesalahan tersebut, marilah kita bersama-sama mengubahnya secara perlahan-lahan. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu masih terbuka peluan untuk mencapai rahmat Allah yang sangat luas.
Naluri manusia, sukar untuk menerima sesuatu itu adalah kesalahan yang sebenarnya datang dari diri sendiri, terasa sakit. Namun apabila kita menerima kesalahan itu kerana Allah dan dengan berlapang dada, akan ternampaklah sinar kebahagiaan dari Yang Maha Esa. Kadangkala Allah langkahkan hati dan kaki ini untuk berbuat kesalahan supaya apabila kita menyedarinya kita sedar bahawa kita ini hamba, kerdil lagi hina dan hanya mengharap kepada ampunan yang maha Esa.
Sakit kepala, hujan renyai-renyai.
1313 after tumbangkan physical paper.
Allahuakhbar, Subhanallah, Alhamdulillah, Astaghfirullah.
Hinanya diri, kotornya hati, lesunya jiwa.T_T
Mari sama-sama kita naikkan taqwa, bersihkan hati, kuatkan jiwa.
Masih merangkak,perlu banyak belajar.T_T
No comments:
Post a Comment