hidayah Allah tu umpama hujan,turun di setiap pelusuk bumi,hanya kesediaan kita untuk menyediakan wadah menadah hujan tersebut menjadi pengukur kita sama ada kita mahukan air hujan tu sebagai bekalan kita ataupun kita membiarkan air hujan tu turun,menyerap kedalam tanah dan kering...dan wadah itu umpama hati kita..
apa yang membuatkan aku ingin menyentuh mengenai Hidayah ini adalah apabila aku membaca blog seseorang mengenai rasa hatinya apabila anak2 usrah beliau berbicara mengenai perkara hiburan di hadapan beliau..aku sangat tersentuh dengan situasi yang berlaku,keadaan ini menunjukkan betapa jahiliyah itu sentiasa bertiup kencang,tetapi kebaikan itu juga sentiasa turun membasahi bumi...kadangkala manusia tahu,itu adalah kebaikan dan kebaikan itu sentiasa datang tanpa henti,tetapi apakah hatinya sudah bersedia untuk meninggalkan segala jahiliyah yang delicious tu?perkara inilah yang membuatkan aku berfikir panjang dan membuatkan aku rasa sangat kagum dengan kekuasaan Allah...aku juga teringat satu kisah di mana betapa sedihnya Rasulullah s.a.w apabila bapa saudaranya yang banyak memberi sokongan pada dakwah beliau meninggal dunia tanpa mengucapkan kalimah syahadah...perkara ini adalah sunatullah,sentiasa berulang-ulang dan berlaku agar kita menjadi manusia yang mahu berfikir...
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)(Al-Qasas:56)

berusahalah untuk mendapatkan hidayah Allah disamping menyeru manusia kepadaNya hingga....
kita mati,orang yang diseru itu mati dan matahari terbit dari barat..
wallahualam...segala yang baik itu datang dari Allah,dan yang lemah itu datang dari diri sendiri yang memang kecil,lemah dan hanya mampu berserah kepadaNya.
wallahualam...segala yang baik itu datang dari Allah,dan yang lemah itu datang dari diri sendiri yang memang kecil,lemah dan hanya mampu berserah kepadaNya.
No comments:
Post a Comment