salam alaik..
Alhamdulillah,aku dikurniakan housemate yang baik yang bagi pinjam laptop ni unk update blog,hehe...
Usai menunaikan solat maghrib semalam,salah seorang housemate yang merupakan seorang kakak,wanita berkerjaya dan daie ada bagitau mengenai 11 golongan yang didioakan malaikat..tapi dia bagitahu 2 je,menyebabkan rasa nak tahu..hehe.disebabkan rasa nak tahu,aku pun menggogle..:)la..and 11 golongan tu adalah:
1)orang yang tidur dalam keadaan suci
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dan tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hambaMu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2)orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: “Ya Allah, ampunilah ia,sayangilah ia.”
3)Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf hadapan."
4)Orang yang menyambung saf pada solat jemaah(tdak membiarkan saf kosong)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jika seorang imam membaca( ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘amin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar sacara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari(hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hambaKu?”
Mereka menjawab: “Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.”
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya: “Doa orang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dimakbulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,malaikat itu berkata ‘amin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: “Ya Allah,berikanlah ganti bagi orang yang berinfak….”
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang menjenguk(melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
MasyaAllah,tulah sebelas golongan yang d dioakan malaikat,iAllah..bagi aku sebagai seorang pelajar,11 point ni adalah sangat luas dan berkaitan dengan kehidupan seharian,lagi2 yang mengimarahkan solat jemaah,and hubungan dengan manusia di sekeliling..huhu..walaupun tak dapat buat 11 point n,sekurang2nya kta berusaha sehabis mampu.
source:google:blog orang:artikel kat harian metro.
No comments:
Post a Comment