Alhamdulillah,segala puji bagi Allah..untuk permulaan ni adalah sesuatu yang sukar untuk aku mengorak langkah,terkejutnya aku pada keadaan baru,begitulah terkejutnya aku bila aku fikir balik aku dah tersilap step lab semalam,cuai sikit sebab aku tinggalkan benda tu dalam seminit je and aku terus tak dapat product unk trans.:(
Semoga Allah permudahkan aku untuk tulis pro forma nanti.ameen.
Hari ini aku takde kelas,tapi still menjadi hectic day sebab banyak benda yang aku kena setelkan,betul kata kakak2 senior,berbeza sangat rasanya 1st yer and 2nd yer...
Hari ni aku and familiku akan ada usrah yang pertama,aku ditugaskan untuk mencari isu semasa dan sirah,btw aku memang suka sirah,rasa rindu pada buku Raheequl Makhtum,bukan apa,kat rumah dulu..tu la buku pebret aku and kadang2 aku akan bacakan story yang best pada mak aku.sooob....
aku ambil masa hampir 3 bulan untuk habiskan buku ni memandangkan aku jarang ada kat rumah dan membaca buku2 yang lain jugak..tapi yang paling best buku ni la,pastu sinergi.hehe..
waktu summer hari tu pun banyak yang aku dapat,cuma tggu untuk apply je.hu..harap2 aku akan apply semata2 kerana Allah.beberapa minggu yang berlalu ni banyak mengajar aku,apa yang berlaku semua aku tak pernah rasa lagi,peer pressure yang hebat,rumah yang memang macam apa je n suasana pembelajaran yang makin strict.Harap2 semua yang berlaku ni akan menjadikan aku lebih matang dan tak menoleh ke belakang lagi,aku pun tak nak jatuh pada masa lampau....semoga Allah memberi jalan keampunan dan memudahkan segalanya..benda yang berlaku jugak mengajar aku mengimani ayat yang aku baca hampir setiap hari,iaitu
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.(al-Baqarah:286)
dan juga ayat ini...
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(Al-Tallaq:2&3)
ayat ni pun buat aku berfikir,Allah tak beri kita jalan penyelesaian dengan mudahnya,kita perlulah memuhasabah diri kita semula dan fikir apa yang telah kita lakukan,adakah kita telah lakukan sebagaimana yang Allah inginkan untuk kita menempuh jalan keluar daripada masalah ni,sebenarnya apa yang aku lakukan ialah aku cuba lari dari masalah,tapi setelah dikaunseling oleh naqibahku,aku tahu jalan keluar dari masalah bukanlah denga lari sebab masalah tu akan kejar jugak aku,tapi aku kena hadapi dengan apa yang Allah sudah sampaikan melalui kitab suci Quran,iaitu bertaqwalah kepadaNya...
sebaiknya manusia KAU ciptakan,
hinanya angkara diri sendiri
sedegup jantung terleka dibuai arus dunia
selangkah kau menghampiri,
kehancuran....
yang hanya ku pinta harapan keampunan
hati ini telah ku lukai...
pagi ni tersentuh baca blog mengenai kasih sayangNYA yang luas...
1 comment:
salam sis.
alaaa nk bg lagu tp xjumpe lak kt youtube. lagu tema pms 2006.
bg lirik je boleh?
http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/179/dehearty-di-hati.html
Post a Comment