namun masih juga tidak terungkap
masih menahan tangis
umpama awan mendung berat ,sarat membawa air
umpama matahari di balik awan
pucat tanpa cahaya
dan daun-daun pun berguguran
bagaikan harapan yang gugur
satu demi satu
tetapi.........
sedarlah.....
wahai diri
bersyukurlah
hari ini kamu masih boleh hidup seperti biasa
kamu masih boleh ketawa,menangis
melakukan semua pergerakan fizikal
walaupun hati kamu sarat menahan rindu
kamu perlu tahu
bahawa
Allah lebih dekat dengan kamu
semoga apa yang kamu rindu itu keranaNya
dan semoga kita bertemu di syurga
No comments:
Post a Comment