Saturday, 16 October 2010

sudah 11 tahun

16.10.2010
genap 11 tahun abang aku meninggalkan dunia.
dia datang dulu,dan pergi dulu...beza umur kami 10 tahun,dia meninggalkan aku ketika aku berumur 9 tahun.
aku tidak mungkin akan berfikir,bagaimanalah keadaannya jika dia masih ada
aku percaya,ketentuan Allah adalah yang terbaik untuknya.
Allah lebih menyayanginya
meninggalkan dunia yang penuh tipu daya..
hanya yang hidup lebih lama tahu betapa hebatnya cabaran disini
umur aku pun dah 20..lebih lama hidup dari dia
umur itulah satu amanah..
apakah sepanjang hayat yang ada,aku isi dengan apa...
kerana aku juga akan mengiringi dia
tapi tidak tahu bila
segala yang berlaku di luar jangkaan ku
aku juga tidak pernah terfikir akan pergi sejauh ini
bertatih di jalan dakwah ini
hidup di jalan ini..
semoga dia ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yang soleh.
Aku masih ingat detik2 terakhir bersama arwah abangku,satu2nya abang yang aku ada.
Agak terkilan kerana satu2nya adik beradik yang tak sempat tengok arwah abang buat kali terakhir.
Tapi aku perlu redha,ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.
semoga aku dapat jumpa arwah abangku di sana.
ya Allah,rahmatilah kami dengan kasih sayangMu.

kalaulah yang pergi itu aku
sukar untuk aku bayangkan

"setiap yang bernyawa akan merasai mati......"(3:185)

hidayah bani
16.10.2010
mentari ufuk timur bersinar terang
10:15 am





No comments: