Sepotong ayat ingin dijadikan sebagai penguat diri,sebak aku mendengar ayat ni waktu solat subuh berjemaah bersama-sama ahli rumahku,aku bukanlah seorang yang dapat memahami bahasa arab satu persatu,tetapi perkataan jabal=gunung telah membuatkan aku sebak..masyaAllah,
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.(59:21)
betapa Allah membuat perbandingan dengan gunung,aku pun terbayang,alangkah hebatnya gunung,pasak bumi..tetapi boleh pecah belah kerana al-Quran dan takutkan Allah,apatah lagi kita manusia yang memang lemah,tetapi sanggup menerima al-Quran ini...
melalui ayat ni jugak,aku related kan dengan ayat yang pernah ditadabbur ketika usrah dahulu,iaitu ayat dari surah Muzammil..yang maknanya:
"atau lebih dari (seperdua)itu,dan bacalah al-Quran dengan perlahan-lahan.Sesungguhnya kami menurunkan perkataan yang berat kepadamu"(73:4-5)
sesungguhnya kalam Allah itu memang berat untuk di pikul oleh semua ciptaanNya termasuklah kita ini,iaitu manusia..bacalah dengan perlahan-lahan bermaksud,selain dengan suara yang perlahan,boleh juga kita ertikan dengan baca dengan penuh penghayatan dan mengambil kira setiap makna yang tersurat dan tersirat,,,,tambahan pula semakin lama kita berada di dunia ini,semakin kita perlu berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan,inilah pilihan kita yang telah kita janji pada Allah..andai aku ingin berhenti separuh jalan dalam memahami kalam Allah disamping mengajak manusia yang lainnya kejalan yang panjang ini,itu bukanlah pilihan yang terbaik kerana kita sebenarnya tiada pilihan melainkan deen ini iaitu Islam....dan tiada alasan untuk semua itu kerana ianya adalah amanah yang akan dipersoalkan..kuatkan dirimu dengan manual yang ada di depan mata wahai diri...ameen..
"Dan tiada alasan bagiku untuk tidak menyembah Allah yang telah menciptakanku dan hanya kepadaNyalah kamu akan dikembalikan"(36:22)
moon from my window... |
No comments:
Post a Comment