huhu..baru je kejap tadi aku ada tengok satu video yang aku rasa sangat menarik untuk aku jadikan renungan..
ceritanya camni...
ada la sekumpulan orang dewasa ni yang semuanya sudah berjaya,pada satu hari ni,meke plan nak lawat uni meke disamping melawat seorang prof yang merupakan lecturer mereka,masa bertemu dengan prof mereka,mereka mula bersembang dengan ramahnya,kemudian persembangan mereka ni berlarutan hinggalah masing-masing meluahkan rasa ketidak puas hatian,stress dengan kerjaya dan hidup mereka sekarang
..tiba-tiba proff meke pun bangkit dan pergi ke dapur,kemudian datang semula dengan membawa kopi dan beberapa biji cawan,pelbagai jenis cawan yang ada,ada yang dibuat dari kaca,kristal,plastik pastu corak pulak ada yang kosong,berbunga-bunga,dari segi harga ada yang mahal dan murah..kemudian proff tu pun kata,"help yourself,:)",kemudian mereka pun memilih cawan yang telah disediakan dan menuang kopi di dalamnya,bila dah masing-masing pegang cawan dan kopi,proff mereka pun berkata "lihatlah,kamu semua memilih cawan yang mahal dan bercorak,yang tinggal sekarang hanyalah cawan yang plastik,kosong dan murah,kemudian kamu semua pasti akan melihat sesama sendiri untuk membandingkan,siapakah yang menggunakan cawan yang paling grand..lalu proff tersebut menyambung lagi.."cawan yang pelbagai darjat dan status ini diibaratkan seperti wang,status hidup,kerjaya dan pelbagai material manakala kopi adalah hidup kita,kita bekerja keras untuk mendapatkan yang terbaik dari segi appearance luaran,siapa yang dapat cawan paling cantik,paling mahal,paling best akan dipandang,tapi purpose kita mendapatkan cawan tu adalah untuk minum kopi sahaja sebenarnya tidak kisahla apa jenis cawan pun yang kamu guna,murah atau mahal kamu tetap boleh minum,tapi manusia cenderung untuk memilih cawan yang mahal dan menarik sehingga melupakan apakah tujuan asalnya mencari cawan",setelah penat proff tersebut membebel,mereka diam dan kelihatan masing-masing berfikir apa yang tersirat di sebalik peristiwa yang berlaku tadi...inilah sifat kita semua,memandang pada appearance luaran iaitu manakah cawan yang paling grand,hingga lupa apa yang kita mahukan sepatutnya adalah rasa kopi yang terbaik,cawan umpama dunia,manakala kopi itu umpama hidup kita..huhu..
aku pun agak terkesan tengok video tu,memang ada benarnya,tak salah kita berusaha,memang Allah galakkan kita berusaha untuk capai sesuatu,tapi benda tu akan jadi tak muntij bila kita berusaha hanya untuk mendapatkan segala appearance dunia yang bagaikan fatamorgana ini,tapi kita lupa untuk berusaha mendapatkan hidup kita yang merupakan aset kita di akhirat kelak.¬_¬
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. (15)
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan. (16)(surah Hud:15-16)
No comments:
Post a Comment