Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
niat paling penting,supaya apa yang kita buat tidak hangus.
menjadi abu
lepas tu ditiup angin,terbang begitu je
tapi,kita rasa dah buat yang terbaik,pengorbanan paling hebat
hanya di zahir mata manusia
hati???masih bermain-main semata2 keredhaan manusia
biar jatuh seribu kali
asal boleh bangkit tegap berdiri.
demi mencari keredhaan Ilahi
mainan hati,hanya diri dengan Allah menjadi saksi.
“Katakanlah, mahukah Kami beritahukan kepadamu mengenai orang yang paling merugi perbuatannya? Iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” (Surah al-Kahfi ayat 103-104).
tidak mahu menjadi hamba Allah yang rugi,
ya Allah,kurniakanlah aku hati yang sentiasa mengingatiMu
berbuat sesuatu keranaMu
berlapang dada keranaMu
aku ingin tunaikan ikrarku..
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,tuhan seluruh alam (6:162)
yang takut akan diri sendiritak nak jadi orang yang rugihanya Allah yang ku harapkan agar mentsabatkan hati inihanya keranaNyatiada yang lain.
07:05cahaya petunjuk itu harta paling bernilaibirmingham,ukhttp://laskarmentari.wordpress.com![]() |
| photo credit to deviant art |

No comments:
Post a Comment