Berlaku pada bulan Muharram tahun ke7 hijrah,sebab berlakunya peperangan adalah untuk melemahkan kaum yahudi yang merupakan antara 3 sayap terkuat dalam menentang penyebaran dakwah Rasulullah saw.Alhamdulillah,hari ni terbukak jugak buku Raheeq al-Makhtum selepas lama off..(lama sangat la..).
peristiwa yang telah diabadikan dalam buku ini telah membuatkan sy tersenyum ketika membaca,bajet penuh emosi..peristiwa pertama adalah ketika perkahwinan Rasulullah dengan Sofiah,adapun si Sofiah ini telah dijadikan tawanan perang Khaibar,setelah suaminya dibunuh kerana mengkhianat(kinanah b Abi al-Haqiq),semua tawanan telah dikumpulkan,kemudian datanglah Duhaiyah bin Khalifah al-Kalabi pada Rasulullah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan salah seorang tawanan perang,maka Rasulullah saw pun membenarkan lalu beliau telah memilih Sofiah binti Huyai.
Setelah beliau memilih,maka datanglah seorang lagi pada Rsulullah dengan berkata,:"wahai nabi Allah,apakah tuan hamba memberikan Sofiah binti Huyai puteri penghulu Bani Quraizah dan Bani Nadhir kepada Duhaiyah?sebenarnya Sofiah tidak baik dan sesuai kecuali untuk Rasulullah".
kata Baginda:"Jemputlah beliau bersama perempuan itu ke sini",lalu beliau pun datang bersama Sofiah,setelah baginda melihat Sofiah lalu Rasulullah berkata pada Duhaiyah:"Ambillah perempuan tawanan selain darinya".
Setelah Sofiyah menerima tawaran memeluk Islam,beliau telah dibebaskan sebagai mahar perkahwinan beliau dengan Rasulullah saw.Setelah sy bercerita sedikit panjang,apa yang lebih menariknya adalah mengenai mimpi Sofiyah sebelum berlakunya perang Khaibar,mimpi yang indah pada pandangan sy,Setelah beliau berkahwin dengan Rasulullah,baginda bertanya tentang lebam yang terdapat pada wajah beliau,lalu beliau menceritakan yang lebam itu adalah kesan dari tamparan bekas suaminya.Beliau menjawab,"ya Rasulullah,sebelum ketibaan Rasulullah ke sini,saya telah bermimpi melihat bulan sudah tiada di tempatnya dan tiba-tiba ia jatuh ke ribaku,demi Allah sedikitpun saya tidak tahu perihal tuan hamba,daku pun menceritakan pada suami,beliau(suami yang lalu) pun menempeleng muka saya lantas berkata:Jadi kau bercita-cita hendak berkahwin dengan raja di Madinah itu",
inilah salah satu cerita mengenai ummul mukminin:D,suka sebab Rasulullah diumpamakan sebagai Bulan dalam mimpi tersebut and banyak dalam sirah Rasulullah dimana Baginda dikaitkan dengan bulan antaranya mukjizat baginda dan kata2 baginda ketika Abu Talib memujuk baginda untuk meninggalkan dakwah,kata Baginda:"Wahai pak cik.demi Allah(swt),seandainya mereka sanggup meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku,supaya ku tinggalkan urusan ini,tak akan ku tinggalkannya hinggalah Allah swt menzahirkannya atau aku musnah kerananya",dengan itu berlinanganlah air mata Rasulullah saw.T_T(sedih bila baca part ni),betapa tegasnya beliau dengan dakwah menyebarkan Islam..terharu...
sumber:Al Raheeq-Al Makhtum
karya Shaikh Sofiy Al-Rahman Al Mubarakfuri.

No comments:
Post a Comment