jam kat notebook:2.45 a.m
mata masih degil2 untuk memejamkan diri.
hati rasa bersalah,takut,malu...
pada siapa?
pada yang Maha Melihat
yang Maha Mengetahui.
teringat perbualan antara siti dan mia.
mereka rakan seperjuangan.
kisah mereka begini.
mia adalah anak kebanggaan kedua ibu bapanya merangkap kebanggaan kampung beliau.Beliau sangat disanjung kerana kehebatannya dalam acara balapan.Apa yang menariknya pada mia,dia adalah seorang anak yang sangat manja dan berusaha menjaga imej baik di depan kedua ibu bapanya.Pada suatu hari,selepas tushen,mia terasa hendak berjumpa dengan buah hatinya,mia meminta siti mencoverline dari parentsnya yang rajin berkeliaran di sekitar bandar.
mia:siti,aku rasa nak dating dengan Abu la hari ni.....
siti:ish ko ni,kan mak ko dah pesan kat aku supaya escot ko.(siti sangat skema)
mia:ko ni,tak spoting langsung la siti,kamon la..kita kena maju..wawasan 2020 beb.
mia mentertawakan siti yang skema. |
siti:tak bolehla mia...aku kena pegang amanah.
mia:lantak ko la,walaupun ko skema,aku tetap nak jumpa abu.
akhirnya,mia berlalu pergi. |
maka,mia pun mengagahkan diri untuk berdating juga walaupun telah ditegah oleh sahabatnya sendiri.siti telah menegahnya dengan kuasa yang ada,lalu dia merepot pada ketua bandar.siti teringat akan hadis yang pernah dibincangkan dengan kak naqibahnya ketika usrah dua hari yang lepas.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya ; “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman.”
[Hadis Riwayat Muslim]
[Hadis Riwayat Muslim]
sedang mia rancak melakukan aktiviti ikhtilat yang dilarang,tiba2 beliau ditangkap oleh pak Bakar,ketua bandar.
pak Bakar:ha,mia...awak dan Abu dah ditangkap untuk kali ke 180.bila nak insap?
mia:tolongla pak Bakar,jangan bagitau mak ayah saya....saya malu pak bakar..malu dengan mak ayah saya,dengan orang kampung..habislah prestasi saya sebagai ratu balapan.
mendengar kata2 mia,tiba2 pak Abu terasa perlu mentarbiyah mia dan Abu yang hanya mendiamkan diri.
pak Bakar:ha,takut kantoi dengan parents ye,dengan Allah macamana?
lalu pak bakar pun membaca ayat Quran yang bermaksud:
Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (2:284)
tiba2 mia terasa sangat terkesan dengan kata2 dan ayat Quran yang telah dibaca oleh pak Bakar....beliau sangat malu pada dirinya dan sangat malu yang berjuta kali ganda pada Allah.Mia memandang pak Bakar dengan mata berkaca,
mia:terima kasih pak Bakar,setelah 180 kali pak Bakar tangkap saya,kali ni saya betul2 terasa.tahniah.penangkapan Pak Bakar berjaya.saya rasa malu sangat.PAk Bakar,saya nak balik dulu..saya nak minta maaf pada ibu bapa saya.saya nak bertaubat.saya bersyukur saya ditangkap hari ni....Alhamdulillah.
selain dari itu,mia juga berjumpa dengan siti dan meminta maaf,kemudian mereka belajar rajin2 dan masuk universiti terkemuka di benua eropah,mereka juga turut membuat usrah di lokaliti masing2 dan harap2 mereka tsabat dijalan dakwah.nasib Abu tidak diketahui.
apa yang aku dapat dari cerita ni,ialah mia yang ditangkap dan malu,tapi pada ketika itu dia tidak mempunyai kefahaman.
siti yang sudah mempunyai sedikit kefahaman,berusaha sebaik mungkin menyelamatkan sahabatnya.inilah contoh persahabatan yang dibina atas dasar keimanan,menarik sahabat ke syurga,bukan menolak sahabat ke neraka..soooooobs.
tetapi Allah lah yang mengurniakan hidayah pada siapa yang dimahukan.
lagi,perasaan malu pada manusia ketika kantoi melakukan dosa.
tetapi tidak terfikirkah bahawa Allah itulah yang berhak untuk kita merasa malu kerana Allah maha Melihat apa yang kita lakukan.
cerita siti ni,sangat terkesan untuk aku ingat.....=[
jazakillah siti.
with love,
3.47 a.m
15 september 2010
syawal 1431
No comments:
Post a Comment