Tuesday, 28 September 2010

keranaNya.

Assalamualaikum...dengan lafaz Bismillah..
Hari ni hatiku tergerak untuk meng'klik' pada profile sahabatku ,my coursemate,yang banyak bantu aku...rupa2nya dia ada blog yang baru di bikin...aku membaca satu persatu entry dia..hatiku tersentuh..seakan2 boleh berkaca mata aku membacanya..tapi tak sempat nangis kerana mengenangkan barang tak pack lagi:(..
entry yang paling membuatkan aku tersentuh adalah mengenai persahabatan..kami tak ramai..siapa lagi hendak kami kawan&sayang di sana,melainkan sahabat2 yang ada..kepada dia,aku juga ingin meminta maaf dan ingin sangat mengucapkan terima kasih kerana dikala sesuatu menimpa diriku,selain Allah,sahabat2 yang lain,dia juga  bersamaku..aku berharap agar dia dapat bersamaku di jalan ini,semoga persahabatan yang terjalin antara aku dengannya di kekalkan atas dasar keimanan,bukan atas dasar dia coursemateku,jiranku,rakan seuni dan yang lain2 kerana dasar yang lain akan roboh..hya berdasarkan keimanan&ketaqwaan sahaja yang kekal hingga kesyurgaNya..iAllah.
situasi ini sangat bertepatan dengan ayat Quran yang menyentuh hatiku malam tadi(7:151)..ketika hatiku sedang sedih mengenangkan bakal meninggalkan keluarga dan apa yang bakal kulalui di hadapan yang mendatang,ku terbaca ayat ini..ayat ini terkandung di dalam surah al-'Araf,diantara ayat2 sekitarnya menceritakan tentang nabi Musa yang pergi bermunajat ke gunung Sinai selama 40 hari,diamanahkan kaum bani Israel kepada saudaranya iaitu nabi Harun  semasa ketiadaannya.sungguh,dugaan itu tetap ada,betapa sedihnya hati nabi Musa apabila pulang dari gunung Sinai dia mendapati bahawa kaumnya telah mengikut Samiri menyembah patung anak sapi..kisah ini diabadikan di surah ini..mafhumnya:

Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: “Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu?” Dan ia meletakkan Lauh-lauh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadanya. Nabi Harun berkata: “Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku, dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim”.(150)
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani”.(151)

melalui kisah yang diabadikan dalam Quran ini,apa yang aku faham ialah ternyata di dalam persaudaraan kita sebagai manusia tidak pernah terlepas dari perasaan marah,sedih,kecewa..kadangkala marah dan kecewa tanpa mendengar penjelasan dari sahabat kita,kerapkali kita mudah terasa,kecewa dan memandang luarannya sahaja..tetapi adakah kita cuba memahami hatinya,mendengar penjelasannya..kadangkala ego itu yang menguasai diri kita?huhu...aku juga mengakui betapa sukarnya untuk berlapang dada atas segala yang berlaku,tapi untuk membina ukhuwah berlapang dada itulah dasarnya.. apabila kita meng'ignite' api permusuhan,pergaduhan..betapa riuhnya sorak musuh2 kita iaitu iblis laknatullah,betapa gembiranya mereka apabila melihat tahap terendah ukhuwah iaitu berlapang dada dapat di runtuhkan temboknya..andai tahap yang paling bawah sekali sukar untuk kita laksanakan,bagaimanakah ukhuwah itu dapat di bina?aku menghela nafas lagi..melihat pada diri yang serba kekurangan.
ayat 151 pula adalah doa yang menyentuh hati aku...selepas keadaan mula reda,nabi Musa pun berdoa..apa yang aku dapat adalah......Baginda tidak hanya berdoa untuk dirinya,malah untuk saudaranya dalam meminta keampunan dari al-Rahman.....
selalukah aku berdoa untuk saudara2 ku yang merupakan ahli keluargaku, sahabatku juga?
semoga soalan ini dapat ku jawab dengan amalanku ya Allah.
terima kasih Allah...kerana kurniakan diriku ini nyawa untukku dapat merenung kembali&mengambil iktibar dari kisah2 terdahulu dalam peluang memperbaiki diriku sendiri..
semoga tahun2 yang akan mendatang akan lebih memperbaiki perhubungan kami hendaknya..

di perantauan..ya Allah,berikan kami rasa kasih  tanpa sebab kecuali keranaMu.

No comments: