Thursday, 31 March 2011

Kisah lalu, jauh beribu batu

Tatkala ku buka jendela
Angin menderu nyaman bersama- sama suara
suara anak-anak kecil di luar sana
mereka keriangan
jelas terpancar dari intonasi mereka
menjerit, bergelak ketawa tanpa hiba.
Bunyi itu membawa aku terbang beribu batu
Membawa pada satu rasa suatu ketika dahulu.


Ah, sudah luput rupanya
Luput sudah masaku dizaman kanak -kanak dahulu
Aku juga pernah begitu
Bermain buaian, papan gelongsor, layang-layang, guli dan sebagainya
langit pecah merah tidak aku hiraukan
 mula terganggu apabila suara emak memanggilku

Aku pulang,
Emak sentiasa bersamaku,
Mengarahkan aku mandi, bersiap-siap solat dan mengaji,
Makan malam bersama keluarga
Menyediakan tempat tidur,
Tiada hiba, emak ada bersama terasa gembira.
Sebelum tidur, akan emak pastikan segalanya cukup
sudah baca doa tidurkah? selesakah aku tidur?

Masa berlalu,
Kini aku jauh beribu batu
Dari emak yang sentiasa menyayangiku
Pabila sesekali pulang, emak masih sama bersama  kasih sayangnya
Tidak berubah.
Namun, kudrat emak semakin kurang
Emak mengadu sakit sana dan sini
Kedutan diwajah emak makin tersingkap,
Aku semakin dewasa, emak semakin senja.
Itu tandanya, masa itu tetap berlalu.
Emak, walaupun aku jauh beribu batu,
Doa dariku sentiasa menemanimu

Emak, terima kasih atas segalanya.
Walaupun dulu rasa marah apabila dipulas telinga,
Kini terasa rindu pula.
emak, ingin aku hidup bersama emak, abah dan adik beradik.
Selama-lamanya di syurga sana.
Ya Allah, makbulkanlah permintaan hambaMu ini..
Ameen..Ameen Ya Rahman, Ya Rahim

Saya sudah mengarang entri ini pada minggu lepas, namun Allah mengizinkan saya untuk post entri pada hari ini. [he he].. kepada sesiapa yang senasib dengan saya, jauh beribu batu dari emak dan abah, jom kita dekatkan diri dengan mereka melalui doa yang wireless dan mudah-mudahan andai saat ini kita tidak mampu berada lama disamping emak dan abah, semoga dapat bersama selamanya di syurga nanti, insyaAllah. :)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (17:24)


kredit gambar







No comments: