Wednesday, 23 March 2011

Penawar hati



Ulamak Akhirat.

Salah satu sifatnya adalah lebih cenderung pada ilmu yang bermanfaat untuk akhirat dan menjauhkan diri daripada ilmu yang tidak bermanfaat.

Diriwayatkan daripada Syaqiq al-Balkhi r.h.m yang telah bertanya kepada Hatim: "kamu telah bersamaku selama beberapa tempoh, apakah yang telah kamu pelajari.?" Hatim menjawab, "aku telah pelajari lapan perkara."

1) Apabila aku memerhatikan manusia, aku dapati setiap seorang daripada mereka ada kekasih, tetapi kekasihnya akan meninggalkannya apabila dia dibawa ke ke kubur. Justeru aku jadikan kekasihku hanyalah amal kebaikanku agar ia kekal bersamaku ketika di dalam kubur.

2) Apabila aku merenung kembali firman Allah:
.....serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu(An-Nazi'at:40)
  
  lalu aku bermujahadah melawan kehendak nafsu sehingga ia akur untuk taat kepada Allah.

3) Aku dapati setiap orang ada barang yang bernilai, lalu dia menjaganya dengan baik. Kemudian aku perhatikan pula firman Allah:

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (An-Nahl:96)


Justeru setiap kali aku memiliki barang bernilai, aku belanjakannya pada jalan Allah agar ia kekal menjadi milikku disisi Allah taala.

4) Aku dapati manusia meletakkan (kemuliaan diri mereka) kepada harta, kemegahan, kemuliaan sedangkan ia tidak bernilai apa pun. Lalu aku membaca firman Allah Taala

...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)...(Al-Hujurat:13)


Oleh itu aku beramal ke arah ketaqwaan agar aku menjadi seorang yang mulia.

5) Aku melihat manusia saling berhasad dengki, kemudian aku perhatikan firman Allah Taala:

...Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita)..( Az-Zukhruf: 32)


lalu aku tinggalkan sifat hasad dengki.

6)Aku perhatikan manusia saling bermusuhan. Kemudian aku perhatikan firman Allah Taala:

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka.( Fatir:6)


Lalu aku tinggalkan sifat permusuhan dengan mereka dan aku jadikan syaitan itu satu-satunya musuh aku.

7) Aku dapati manusia sanggup menghina diri kerana mencari rezeki, lalu aku melihat firman Allah:

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)(Hud:6)

lalu aku menumpukan sepenuh perhatianku untuk melaksanakan tanggungjawabku kepada Allah dan aku tinggalkan apa yang menjadi hak aku disisinya.[1]
 [1]-iaitu rezeki ada di mana dia tidak perlu bimbang kerana itu adalah haknya yang Allah akan berikan kepadanya.

8) Aku melihat manusia leih bergantung kepada perniagaan, perusahaan dan kesihatan tubuh badan mereka. Lalu aku bergantung dan tawakkal hanya kepada Allah.

Sumber: Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi, Ringkasan Kitab Jalan Mereka yang Menuju Allah, Jilid 1, bab1, hal. 43,44.

Saya tujukan apa yang saya ingin kongsikan ini pada anda semuanya terutamanya adik saya, saya harap adik akan lebih kuat dan niatkan segala usaha hanya pada Allah. Hasil itu telah tertulis, [ pena telah diangkat, lembaran telahpun kering..-hadis 19,hadis Arba'in), apa yang Allah mahu ganjarkan pada kita adalah apa yang tersurat dan tersirat disebalik usaha kita. Teruskan berusaha dan niatkan kerana Allah. 
Untuk adik, buat penawar hati yang lara. 

dengan mengingati Allah, hati kan menjadi tenang(13:28)
[kredit gambar]


3 comments:

a.i.s.y.a.h. i.s.m.a.i.l said...

bila ckp ttg penawar

akak suke sangat surah al isra' ayat 82

have a check!

:)

sHeRa_ShErA said...

dayah, i want to share dis ya. tq

Hidayah Bani said...

shera:silakan, isi ni pun saya petik dari kitab jalan mereka yang menuju Allah:)

kak aisyah:iAllah, baik:)