Idola Bintang Kecil, semasa saya berada di tingkatan empat, rajinlah saya menonton rancangan realiti TV ini, mungkin pada waktu itu saya masih fikirkan hiburan berbanding mesej. Kini sedar-sedar saya sudah melangkah jauh dari tahun 2006 dan rancangan Idola Kecil masih lagi ditayangkan.:)
Menarik sebenarnay Bintang Kecil ni dan kerana Menariklah rancangan ini mampu menyemai benih ideologi pada kanak-kanak untuk memilih bagaimana dia ingin mencorakkan masa remajanya. Kalau rancangan tersebut mengajar kanak-kanak pada benih hedonisme, bolehla kita menuai hasilnya suatu hari nanti. Gembira bukan, lihat hasilnya anak remaja hanya tertumpu pada hiburan, keseronokan dan sebagainya. Kini kita semua digemparkan dengan pelbagai masalah sosial, kesemuanya mencari jalan penyelesaian. Ada yang memandang hanya pada permukaan, ada yang mengkaji hingga ke akar umbi.
Akar? dimana? analoginya seperti pokok lah. Kuat akarnya, kuatlah dahannya, pokonya, daunnya. Kalau pokok layu, kita menyiram daunnya sahaja, samalah seperti anda menunggu masa pokok itu meninggalkan kita, namun jika kita merawat akarnya, insyaAllah akar tersebut mampu bangkit semula. Apa- apa pun prevention is better than cure kata orang-orang kampung saya.
Melihat video kanak- kanak ini menyanyi buat bulu roma saya meremang, waah baru setahun jagung, tetapi lagu yang dinyanyikan berisi, mesej perjuangan, realiti kehidupan. Tidaklah layak untuk saya mengkritik mana-mana rancangan realiti yang ada, siapalah saya. Tiada Ph.D dalam bidang teater atau drama ataupun mass communication. Tetapi saya hanya beri pendapat saya dalam memerhatikan masyarakat melalui kacamata di sini.
Saya pun tidak lah berapa faham lagu ni, tetapi interpretasi melalui video dan beberapa ayat dalam bahasa arab ini membuatkan saya tersentuh, kanak-kanak ini IDOLA KECIL hati saya. =].Comel bukan.
ps: jangan ajar anak kecil mesej perjuangan& kehidupan, nanti bila besar jadi ekstrimis, kita kan mahu sederhana je, chill..

2 comments:
aku x berapa suka idola kecil...maybe sebab x senang ngan budak2 yang terkejar-kejar nak jadi artis
ha ah, setuju. sepatutnya kita kejar-kejarkan generasi muda jadi ilmuwan dan pakar pemikir. ..kita perlukan perubahan:)
Post a Comment