Saturday, 26 March 2011

=]

Selepas keluarnya keputusan SPM 2010, macam-macam situasi, perasaan, status facebook yang saya saksikan. Ada yang berbentuk frust dan tidak kurang juga yang berbentuk bangga.[wahaha]. Namun begitu, tiada apa yang ingin saya banggakan untuk update distatus saya seperti orang lain kerana sekolah saya hanya ada seorang sahaja yang dapat A lurus pembaris[menangis terharu].

Okla, SPM bukan segala-galanya dan bukan penamat kepada perjalanan hidup, jadi pada yang dapat keputusan yang tak berapa cemerlang, saya bukanlah nak bagi tips macamana untuk cemerlang sebab saya rasa sebelum korang SPM pun dah bertimba-timba cikgu bagi kan?, ha jangan nak ngelat.[hoho]..Cuma nak kata perjalanan hidup perlu diteruskan dan jangan nak down-down dah.

Saya masih ingat lagi dan memang simpan rekod kemajuan pelajar waktu saya sekolah rendah nun.  Saya tak pernah la dapat nombor1 dalam darjah. sebab saya asyik dapatt no. lepas 1 je.huhu,hampir dari darjah 1-->6 ..soob..soob. Cikgu selalu kata saya ni budak lembik, oh cikgu, saya ingat lagi detik-detik itu!.Saya pun masih ingat pensil saya dibaling sebab pakai pensil pendek.[sampai sekarang pun aku tertanya-tanya asal cikgu tu baling?]Saya tak tahu apa logiknya, takpela cikgu, saya dah maafkan. Tapi kalau saya nampak student saya pakai pensil pendek lepas ni, saya akan tanya dulu baru baling.[erk, buat pa nak baling?]haha.ok, hampir satu perenggan cerita pasal pensil dan baling. Masa keputusan UPSR diumumkan, waktu tu saya ada kat kantin sekolah, tengah makan-makan, tiba- tiba datangla seorang cikgu ni mencium saya.[dalam hati:eh, asal cikgu ni] kemudian dia pun bagitahu aku yang aku dapat keputusan cemerlang. Oh, begitu rupanya.

Namun keputusan yang cemerlang tidak menjanjikan apa yang saya impikan, saya direjek asrama penuh dan juga mrsm(ok, waktu ni aku menangis teresak-esak). Lalu saya pun teruskan belajar di sekolah harian biasa-biasa sahaja. Wah, waktu kat sekolah menengah ni pun, saya bukanlah pelajar yang top, selalu tidur dalam kelas sampai cikgu kata[waktu tingkatan satu], "saya rasa kamu takkan kekalkan prestasi kamu", amboi cikgu, doa tu..isk..isk.., akhirnya saya sedar siapalah diri saya ni, dahla lembik, kuat tidur plak tu. akhirnya saya hanya berjaya kekalkan prestasi saya dengan dapat no.1 dalam kelas.[hoho]. Akhirnya keputusan PMR diumumkan, keputusan peperiksaan saya ok-ok je lah, mrsm accept jugak la, saya p kejap je, lepas tu saya rejek balik mrsm.[ho..sapa suruh rejek aku waktu dulu].

selepas merejek mrsm dengan tragisnya, saya pulang ke pangkuan sekolah biasa, semua cikgu tanya apasl keluar,sekolah punya bagus dan bla..bla..bla...saya malas nak jawab, saya diam je. Disebabkan diam je, keputusan periksa saya memang merosot habis, dalam kelas saya dapat no.26. waktu tu saya cuma fikir kat mana laaaa aku nak sambung balajar pasni. Cikgu -cikgi pun panggil, tanya. Ada jugak cikgu yang kata "kamu ni nak jadi sampah masyarakat ke?", doa tu cikgu..amboi. Tu kisah waktu saya down masa tingkatan 4, waktu nak SPM saya pun mula la rasa nak insaf setelah fikir- fikir saya taknak jadi posmen atau penganggur ataupun minah kilang.[ok, tu motivasi saya waktu tu]. Yang penting saya tak nak kerja kilang[namun saya tak kata kerja kilang itu tak mulia:)].. Lalu saya pun mula menyetat enjin SPM dengan majunya. Prestasi berjaya ditingkatkan, dari sampah masyarakan ke modal insan masyarakat.haha. Cikgu-cikgi pun dah mula nampak saya yang menyinar di arena sekolah, dari dipanggil untuk ditanya masalah terus ditawarkan menjadi wakil sekolah[tapi aku tak penah menang].. Apa-apapun akhirnya saya berjaya menghabiskan SPM dengan jayanya dengan keputusan SPM yang rahsia.

Akhirnya, saya pun menyambung ke KMK, kolej yang banyak la ajar saya. Masa mula-mula masuk macam down jugak sebab kelas saya semua budak top-top, SBP. saya je la yang terkulat-kulat lagi waktu tu. No.of moles pun terkulat-kulat nak kira, adeh kes parah.[menangis]. Jadinya takkan la saya nak menangis selalu atau nak resign dari metrik,oh saya memang tak nak diploma. Jadi sebab tak nak diploma dan juga tak nak nangis dah, saya pun belajar dengan lebih maju dan sering bertanya guru.[haha]. dan berjaya jugakla saya menghabiskan programvmatrikulasi setahun dengan majunya dan keputusan yang rahasia.

Perjalanan hidup kita sangat panjang,
sekiranya terjatuh, bangunlah kembali.
Allah tidak suka orang yang berputus asa.
Jangan bunuh diri! nanti masuk neraka
T____T
kredit gambar
Dan, macam ni lah saya sekarang, setelah direjek, dilemparkan kata-kata pedih, dibaling pensil(ok, ni memang ada bunyi tak puas hati) dan juga dikatakan sampah masyatakat saya bangkit. Bukan saya nak ajar kerana dendam nak bangkit, tu kisah saya dan saya insap, patutnya kerana Allah kan. Cuma walau apa pun yang terjadi kena bangkit la, jangan terus menangis tanpa apa-apa tindakan dan jugak jangan terlalu rasa rendah diri[tapi jangan riak, padahal satu apa pun takdak.]. SPM bukan segalanya. Saya jugak bersyukur sangat sebab dengan izin Allah saya ada di bumi asing ni, bukan dengan keputusan peperiksaan saya yang. XXXX tu. =_+. Anyway, selamat memulakan hidup baru selepas SPM. Kehidupan yang lebih mencabar, penuh perlumbaan dan takkan tinggalkan orang yang lembik dan kuat tidur macam saya ni.erk...Kepada cikgu-cikgu dan bakal guru, janganlah underestimate kebolehan anak murid anda, mereka ada prestasi yang perlu digilap dengan kasih sayang, bukan dengan denda yang tidak pernah ditanya sebab apa mereka melakukannya!. Kalau anda masih berbuat begitu, banyak-banyak istighfar dan kalau tak boleh jugak bersabar, maknanya anda ada masalah mental. Walaupun anak-anak murid anda tidak bijak, namun pasti ada kualiti diri yang baik, gilaplah kualitinya, janganlah terlalu mementingkan prestasi akademik sehingga sahsiah terabai jauh.

Apa yang saya tulis adalah untuk peringatan diri sendiri terutamanya.

ps: Walaupun cerita ni nampak sedikit berbunyi riak, namun bukanlah niat saya untuk meriak,itu adalah sebahagian dari jalan cerita,ambil yang baik dari kisah ini, cth: jikalau kita dilabel sebagai apa ataupun  apa, ataupun pensil anda dibaling cikgu, ataupun di rejek oleh mana-mana institusi, teruskan usaha dan perbaiki usaha tersebut, lihat balik mana silapnya usaha kita, walaupun dalam tangisan.InsyaAllah, tentu akan ada yang terbaik.

7 comments:

Cid said...

perh..bleh jadi cerita motivasi ni..aku pun skang memerlukan motivasi gak ni...haha
serius ke cikgu hg ckp psl sampah masyarakat tu...kasarnya..
cikgu aku semua baik2..tak penah cakap macam tu...
result matrik rahsia?
dah pecah dah pun..haha

Hidayah Bani said...

hoho, bkn nak ngate ckgu taw, cm nak kata bnda tu tak elok. secara generalnya tak elok la kata camtu sbb anak murid pun manusia jugak even tak pandai. huhu.. ye la, hg dulu sekolah mana, ak skolah mana...anyway apa2 yg ckgu penah buat kat kita dulu takkan kita nak buat balik kat org lain. jdnya kita la yg kena ubah. wahaha..(penuh semangat kental seorang guru.)

a.i.s.y.a.h. i.s.m.a.i.l said...

this is funny.

and inspiring!

keep it up! (i mean the post and ur study!) hehe

insyaallah may allah make ease of everything :)

p/s: jd ckg nnt.. ajar anak murid.. tarbiyyah bukan sgala2nya.. tp sgala2nya bermula dgn tarbiyyah :))

Cid said...

bertuah sapa yang dapat jadi anak murid cikgu ni..haha

Hidayah Bani said...

kak aisyah:iAllah...=]

Aizuddin Abdul Hamid said...

perkongsian yang bermannfaat ^^
semoga dapat menjadi guru yang berjaya kelak, yang berguna mendidik anak bangsa kelak, insyaallah. ^^
hmm, lepasan matrix stahun je kan, jd anda ni, ambik spm thun 2007 or 2008? sama progrm jgak la kan, kat uk, cuma xpyh buat a level dua thun (lma tu, huhu)

Hidayah Bani said...

aizuddin: SPM 2007, metrik 08/09, pastu fly tahun 09. skrg 2nd yer.
iAllah..ppc via metrik,kalau A-level?pasti sy direjek.hoho.

subaili:iAllah, doakan la agar apa yg aku tulis ni aku buat dan sama2 semua orang buat sebab semua org pun guru, kalau tak jadi guru sekolah, jadi guru masyarakat, tak jadi guru masyarakat, jadi guru pada famili.^^

ps: tengok result SPM 11 ramai yang pandai, namun ramaikah yang berguna?huhu..=.=,iAllah..doakan agar ramai pandai dan berguna:)