Thursday, 31 March 2011

Kisah lalu, jauh beribu batu

Tatkala ku buka jendela
Angin menderu nyaman bersama- sama suara
suara anak-anak kecil di luar sana
mereka keriangan
jelas terpancar dari intonasi mereka
menjerit, bergelak ketawa tanpa hiba.
Bunyi itu membawa aku terbang beribu batu
Membawa pada satu rasa suatu ketika dahulu.


Ah, sudah luput rupanya
Luput sudah masaku dizaman kanak -kanak dahulu
Aku juga pernah begitu
Bermain buaian, papan gelongsor, layang-layang, guli dan sebagainya
langit pecah merah tidak aku hiraukan
 mula terganggu apabila suara emak memanggilku

Aku pulang,
Emak sentiasa bersamaku,
Mengarahkan aku mandi, bersiap-siap solat dan mengaji,
Makan malam bersama keluarga
Menyediakan tempat tidur,
Tiada hiba, emak ada bersama terasa gembira.
Sebelum tidur, akan emak pastikan segalanya cukup
sudah baca doa tidurkah? selesakah aku tidur?

Masa berlalu,
Kini aku jauh beribu batu
Dari emak yang sentiasa menyayangiku
Pabila sesekali pulang, emak masih sama bersama  kasih sayangnya
Tidak berubah.
Namun, kudrat emak semakin kurang
Emak mengadu sakit sana dan sini
Kedutan diwajah emak makin tersingkap,
Aku semakin dewasa, emak semakin senja.
Itu tandanya, masa itu tetap berlalu.
Emak, walaupun aku jauh beribu batu,
Doa dariku sentiasa menemanimu

Emak, terima kasih atas segalanya.
Walaupun dulu rasa marah apabila dipulas telinga,
Kini terasa rindu pula.
emak, ingin aku hidup bersama emak, abah dan adik beradik.
Selama-lamanya di syurga sana.
Ya Allah, makbulkanlah permintaan hambaMu ini..
Ameen..Ameen Ya Rahman, Ya Rahim

Saya sudah mengarang entri ini pada minggu lepas, namun Allah mengizinkan saya untuk post entri pada hari ini. [he he].. kepada sesiapa yang senasib dengan saya, jauh beribu batu dari emak dan abah, jom kita dekatkan diri dengan mereka melalui doa yang wireless dan mudah-mudahan andai saat ini kita tidak mampu berada lama disamping emak dan abah, semoga dapat bersama selamanya di syurga nanti, insyaAllah. :)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (17:24)


kredit gambar







Tuesday, 29 March 2011

Siyes, ini lebih menakutkan dari biasa (T______T)

Bila terbaca ayat ni, tiba-tiba rasa meremang bulu roma.
Lebih meremang dari melihat cerita pontianak Malaysia mahupun Indonesia
Lebih menakutkan dari cerita khurafat
Lebih panas dari artis-artis hot di tanah air.

Begini ceritanya, 


Bismillahhirrahmanirrahim,


Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya(neraka); (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.(19:71)


Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.(19:72)


Mengapa cerita ini lebih menakutkan, hot dan seram? Kerana ini kisah benar dari Yang Maha Esa. Diturunkan kepada kita 1400 tahun yang lepas, namun kisah ini pasti berlaku, tetapi Allah itu Maha Penyayang, akan ada golongan yang akan diselamatkan Allah, iaitu orang-orang yang berTaqwa, takutkan Allah , dan sentiasa merasa muroqabah(dalam pemerhatian) Allah. Semuanya adalah untuk peringatan manusia bagi mereka yang mahu berfikir, tidak perlu hurai banyak ayat diatas. Cukup saja bayangkan keadaan kita berseorangan di Mahsyar kelak. Allah...(T___T), [resah gelisah]

kalau rasa nak buat jahat, boleh cuit-cuit sikit api kat dapur
yang kecik tu, takpun panas saterika.
[kredit gambar]







Saturday, 26 March 2011

=]

Selepas keluarnya keputusan SPM 2010, macam-macam situasi, perasaan, status facebook yang saya saksikan. Ada yang berbentuk frust dan tidak kurang juga yang berbentuk bangga.[wahaha]. Namun begitu, tiada apa yang ingin saya banggakan untuk update distatus saya seperti orang lain kerana sekolah saya hanya ada seorang sahaja yang dapat A lurus pembaris[menangis terharu].

Okla, SPM bukan segala-galanya dan bukan penamat kepada perjalanan hidup, jadi pada yang dapat keputusan yang tak berapa cemerlang, saya bukanlah nak bagi tips macamana untuk cemerlang sebab saya rasa sebelum korang SPM pun dah bertimba-timba cikgu bagi kan?, ha jangan nak ngelat.[hoho]..Cuma nak kata perjalanan hidup perlu diteruskan dan jangan nak down-down dah.

Saya masih ingat lagi dan memang simpan rekod kemajuan pelajar waktu saya sekolah rendah nun.  Saya tak pernah la dapat nombor1 dalam darjah. sebab saya asyik dapatt no. lepas 1 je.huhu,hampir dari darjah 1-->6 ..soob..soob. Cikgu selalu kata saya ni budak lembik, oh cikgu, saya ingat lagi detik-detik itu!.Saya pun masih ingat pensil saya dibaling sebab pakai pensil pendek.[sampai sekarang pun aku tertanya-tanya asal cikgu tu baling?]Saya tak tahu apa logiknya, takpela cikgu, saya dah maafkan. Tapi kalau saya nampak student saya pakai pensil pendek lepas ni, saya akan tanya dulu baru baling.[erk, buat pa nak baling?]haha.ok, hampir satu perenggan cerita pasal pensil dan baling. Masa keputusan UPSR diumumkan, waktu tu saya ada kat kantin sekolah, tengah makan-makan, tiba- tiba datangla seorang cikgu ni mencium saya.[dalam hati:eh, asal cikgu ni] kemudian dia pun bagitahu aku yang aku dapat keputusan cemerlang. Oh, begitu rupanya.

Namun keputusan yang cemerlang tidak menjanjikan apa yang saya impikan, saya direjek asrama penuh dan juga mrsm(ok, waktu ni aku menangis teresak-esak). Lalu saya pun teruskan belajar di sekolah harian biasa-biasa sahaja. Wah, waktu kat sekolah menengah ni pun, saya bukanlah pelajar yang top, selalu tidur dalam kelas sampai cikgu kata[waktu tingkatan satu], "saya rasa kamu takkan kekalkan prestasi kamu", amboi cikgu, doa tu..isk..isk.., akhirnya saya sedar siapalah diri saya ni, dahla lembik, kuat tidur plak tu. akhirnya saya hanya berjaya kekalkan prestasi saya dengan dapat no.1 dalam kelas.[hoho]. Akhirnya keputusan PMR diumumkan, keputusan peperiksaan saya ok-ok je lah, mrsm accept jugak la, saya p kejap je, lepas tu saya rejek balik mrsm.[ho..sapa suruh rejek aku waktu dulu].

selepas merejek mrsm dengan tragisnya, saya pulang ke pangkuan sekolah biasa, semua cikgu tanya apasl keluar,sekolah punya bagus dan bla..bla..bla...saya malas nak jawab, saya diam je. Disebabkan diam je, keputusan periksa saya memang merosot habis, dalam kelas saya dapat no.26. waktu tu saya cuma fikir kat mana laaaa aku nak sambung balajar pasni. Cikgu -cikgi pun panggil, tanya. Ada jugak cikgu yang kata "kamu ni nak jadi sampah masyarakat ke?", doa tu cikgu..amboi. Tu kisah waktu saya down masa tingkatan 4, waktu nak SPM saya pun mula la rasa nak insaf setelah fikir- fikir saya taknak jadi posmen atau penganggur ataupun minah kilang.[ok, tu motivasi saya waktu tu]. Yang penting saya tak nak kerja kilang[namun saya tak kata kerja kilang itu tak mulia:)].. Lalu saya pun mula menyetat enjin SPM dengan majunya. Prestasi berjaya ditingkatkan, dari sampah masyarakan ke modal insan masyarakat.haha. Cikgu-cikgi pun dah mula nampak saya yang menyinar di arena sekolah, dari dipanggil untuk ditanya masalah terus ditawarkan menjadi wakil sekolah[tapi aku tak penah menang].. Apa-apapun akhirnya saya berjaya menghabiskan SPM dengan jayanya dengan keputusan SPM yang rahsia.

Akhirnya, saya pun menyambung ke KMK, kolej yang banyak la ajar saya. Masa mula-mula masuk macam down jugak sebab kelas saya semua budak top-top, SBP. saya je la yang terkulat-kulat lagi waktu tu. No.of moles pun terkulat-kulat nak kira, adeh kes parah.[menangis]. Jadinya takkan la saya nak menangis selalu atau nak resign dari metrik,oh saya memang tak nak diploma. Jadi sebab tak nak diploma dan juga tak nak nangis dah, saya pun belajar dengan lebih maju dan sering bertanya guru.[haha]. dan berjaya jugakla saya menghabiskan programvmatrikulasi setahun dengan majunya dan keputusan yang rahasia.

Perjalanan hidup kita sangat panjang,
sekiranya terjatuh, bangunlah kembali.
Allah tidak suka orang yang berputus asa.
Jangan bunuh diri! nanti masuk neraka
T____T
kredit gambar
Dan, macam ni lah saya sekarang, setelah direjek, dilemparkan kata-kata pedih, dibaling pensil(ok, ni memang ada bunyi tak puas hati) dan juga dikatakan sampah masyatakat saya bangkit. Bukan saya nak ajar kerana dendam nak bangkit, tu kisah saya dan saya insap, patutnya kerana Allah kan. Cuma walau apa pun yang terjadi kena bangkit la, jangan terus menangis tanpa apa-apa tindakan dan jugak jangan terlalu rasa rendah diri[tapi jangan riak, padahal satu apa pun takdak.]. SPM bukan segalanya. Saya jugak bersyukur sangat sebab dengan izin Allah saya ada di bumi asing ni, bukan dengan keputusan peperiksaan saya yang. XXXX tu. =_+. Anyway, selamat memulakan hidup baru selepas SPM. Kehidupan yang lebih mencabar, penuh perlumbaan dan takkan tinggalkan orang yang lembik dan kuat tidur macam saya ni.erk...Kepada cikgu-cikgu dan bakal guru, janganlah underestimate kebolehan anak murid anda, mereka ada prestasi yang perlu digilap dengan kasih sayang, bukan dengan denda yang tidak pernah ditanya sebab apa mereka melakukannya!. Kalau anda masih berbuat begitu, banyak-banyak istighfar dan kalau tak boleh jugak bersabar, maknanya anda ada masalah mental. Walaupun anak-anak murid anda tidak bijak, namun pasti ada kualiti diri yang baik, gilaplah kualitinya, janganlah terlalu mementingkan prestasi akademik sehingga sahsiah terabai jauh.

Apa yang saya tulis adalah untuk peringatan diri sendiri terutamanya.

ps: Walaupun cerita ni nampak sedikit berbunyi riak, namun bukanlah niat saya untuk meriak,itu adalah sebahagian dari jalan cerita,ambil yang baik dari kisah ini, cth: jikalau kita dilabel sebagai apa ataupun  apa, ataupun pensil anda dibaling cikgu, ataupun di rejek oleh mana-mana institusi, teruskan usaha dan perbaiki usaha tersebut, lihat balik mana silapnya usaha kita, walaupun dalam tangisan.InsyaAllah, tentu akan ada yang terbaik.

Wednesday, 23 March 2011

Penawar hati



Ulamak Akhirat.

Salah satu sifatnya adalah lebih cenderung pada ilmu yang bermanfaat untuk akhirat dan menjauhkan diri daripada ilmu yang tidak bermanfaat.

Diriwayatkan daripada Syaqiq al-Balkhi r.h.m yang telah bertanya kepada Hatim: "kamu telah bersamaku selama beberapa tempoh, apakah yang telah kamu pelajari.?" Hatim menjawab, "aku telah pelajari lapan perkara."

1) Apabila aku memerhatikan manusia, aku dapati setiap seorang daripada mereka ada kekasih, tetapi kekasihnya akan meninggalkannya apabila dia dibawa ke ke kubur. Justeru aku jadikan kekasihku hanyalah amal kebaikanku agar ia kekal bersamaku ketika di dalam kubur.

2) Apabila aku merenung kembali firman Allah:
.....serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu(An-Nazi'at:40)
  
  lalu aku bermujahadah melawan kehendak nafsu sehingga ia akur untuk taat kepada Allah.

3) Aku dapati setiap orang ada barang yang bernilai, lalu dia menjaganya dengan baik. Kemudian aku perhatikan pula firman Allah:

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (An-Nahl:96)


Justeru setiap kali aku memiliki barang bernilai, aku belanjakannya pada jalan Allah agar ia kekal menjadi milikku disisi Allah taala.

4) Aku dapati manusia meletakkan (kemuliaan diri mereka) kepada harta, kemegahan, kemuliaan sedangkan ia tidak bernilai apa pun. Lalu aku membaca firman Allah Taala

...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)...(Al-Hujurat:13)


Oleh itu aku beramal ke arah ketaqwaan agar aku menjadi seorang yang mulia.

5) Aku melihat manusia saling berhasad dengki, kemudian aku perhatikan firman Allah Taala:

...Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita)..( Az-Zukhruf: 32)


lalu aku tinggalkan sifat hasad dengki.

6)Aku perhatikan manusia saling bermusuhan. Kemudian aku perhatikan firman Allah Taala:

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka.( Fatir:6)


Lalu aku tinggalkan sifat permusuhan dengan mereka dan aku jadikan syaitan itu satu-satunya musuh aku.

7) Aku dapati manusia sanggup menghina diri kerana mencari rezeki, lalu aku melihat firman Allah:

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)(Hud:6)

lalu aku menumpukan sepenuh perhatianku untuk melaksanakan tanggungjawabku kepada Allah dan aku tinggalkan apa yang menjadi hak aku disisinya.[1]
 [1]-iaitu rezeki ada di mana dia tidak perlu bimbang kerana itu adalah haknya yang Allah akan berikan kepadanya.

8) Aku melihat manusia leih bergantung kepada perniagaan, perusahaan dan kesihatan tubuh badan mereka. Lalu aku bergantung dan tawakkal hanya kepada Allah.

Sumber: Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi, Ringkasan Kitab Jalan Mereka yang Menuju Allah, Jilid 1, bab1, hal. 43,44.

Saya tujukan apa yang saya ingin kongsikan ini pada anda semuanya terutamanya adik saya, saya harap adik akan lebih kuat dan niatkan segala usaha hanya pada Allah. Hasil itu telah tertulis, [ pena telah diangkat, lembaran telahpun kering..-hadis 19,hadis Arba'in), apa yang Allah mahu ganjarkan pada kita adalah apa yang tersurat dan tersirat disebalik usaha kita. Teruskan berusaha dan niatkan kerana Allah. 
Untuk adik, buat penawar hati yang lara. 

dengan mengingati Allah, hati kan menjadi tenang(13:28)
[kredit gambar]


Tuesday, 22 March 2011

'Idola Bintang Kecil' saya.

    Idola Bintang Kecil, semasa saya berada di tingkatan empat, rajinlah saya menonton rancangan realiti TV ini, mungkin pada waktu itu saya masih fikirkan hiburan berbanding mesej. Kini sedar-sedar saya sudah melangkah jauh dari tahun 2006 dan rancangan Idola Kecil masih lagi ditayangkan.:)

  Menarik sebenarnay Bintang Kecil ni dan kerana Menariklah rancangan ini mampu menyemai benih ideologi pada kanak-kanak untuk memilih bagaimana dia ingin mencorakkan masa remajanya. Kalau rancangan tersebut mengajar kanak-kanak pada benih hedonisme, bolehla kita menuai hasilnya suatu hari nanti. Gembira bukan, lihat hasilnya anak remaja hanya tertumpu pada hiburan, keseronokan dan sebagainya. Kini kita semua digemparkan dengan pelbagai masalah sosial, kesemuanya mencari jalan penyelesaian. Ada yang memandang hanya pada permukaan, ada yang mengkaji hingga ke akar umbi.

   Akar? dimana? analoginya seperti pokok lah. Kuat akarnya, kuatlah dahannya, pokonya, daunnya. Kalau pokok layu, kita menyiram daunnya sahaja, samalah seperti anda menunggu masa pokok itu meninggalkan kita, namun jika kita merawat akarnya, insyaAllah akar tersebut mampu bangkit semula.  Apa- apa pun prevention is better than cure kata orang-orang kampung saya.

     Melihat video kanak- kanak ini menyanyi buat bulu roma saya meremang, waah baru setahun jagung, tetapi lagu yang dinyanyikan berisi, mesej perjuangan, realiti kehidupan. Tidaklah layak untuk saya mengkritik mana-mana rancangan realiti yang ada, siapalah saya. Tiada Ph.D dalam bidang teater atau drama ataupun mass communication. Tetapi saya hanya beri pendapat saya  dalam memerhatikan masyarakat melalui kacamata di sini.


Saya pun tidak lah berapa faham lagu ni, tetapi interpretasi melalui video dan beberapa ayat dalam bahasa arab ini membuatkan saya tersentuh, kanak-kanak ini IDOLA KECIL hati saya. =].Comel bukan.
   ps: jangan ajar anak kecil mesej perjuangan& kehidupan, nanti bila besar jadi ekstrimis, kita kan mahu sederhana je, chill..

Monday, 21 March 2011

Moon Perigee on 19 March 2011-

Alhamdulillah, tajuk bahasa inggeris, tapi entri bahasa melayu. Kira ok la kan.:]
  
 Pada 11 Mac yang lepas, kita digemparkan dengan Tsunami yang melanda Jepun, kemudian kebocoran reaktor nuklear, sama-samalah kita ambil iktibar dan menghulurkan bantuan semampu yang mungkin pada mereka yang di uji, sekarang adalah masa mereka, kita? hanya Allah yang tahu. Kemudian, pada 19 Mac pada tahun yang sama, penduduk dunia dikhabarkan dengan fenomena jarak bulan yang paling dekat dengan bumi sepanjang 2 dekad ataupun lebih spesifik 18 tahun. Dalam bahasa inggerisnya, fenomena ini dikenali dengan nama perigee.


    Fenomena ini boleh dikesan dengan mata kasar kerana pada waktu itu bulan akan kelihatan lebih 30% terang dan 3% lebih besar dari saiz asal. Kejadian ini juga dikaitkan dengan kejadian Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini, ini kerana kejadian pasang surut sangat berkait rapat dengan graviti bulan.

  Pada malam tersebut, saya sempat merakam beberapa gambar yang pada saya memang tidak berapa jelas berikutan cahaya bulan yang lebih terang dari biasa dan juga skill lunar photography saya yang agak amatur.
19032011
22:00
Gambar ini agak terang, tetapi saya telah mengurangkan brightness dan menaikkan contrast objek .

19032011
22:04


Gambar yang tidak diedit.
19032011
2207
sakit mata tak?
Moon's surface.






Nhb.
1459
210311


Sumber: Yahoo UK  18 March
NasaScience

Wednesday, 16 March 2011

[Reviu] Emak Ingin Naik Haji


“Raga emak mungkin enggak mampu buat melewati samudera yang luas begitu  untuk pergi ke Tanah Suci, tapi mak yakin, Allah pasti tahu….Hati mak sudah lama disitu, sudah lama…”

Dialog ini membuatkan saya bertambah sebak, terkesan.
Walaupun filem ini tidak menggunakan pelakon-pelakon yang cantik dan kacak, latar belakang yang agak hebat, namun sentuhan  karyawan yang menghasilkan filem ini pada saya agak berisi. Mesej yang  disampaikan ringkas, jelas, menarik perhatian penonton untuk terus melihat hingga akhir cerita dan menampakkan realiti masyarakat akan hasrat suci seorang wanita  lanjut usia   untuk menunaikan haji di Tanah Suci Mekah.  
Kredit Gambar: Google
    Pada awal cerita lagi saya sudah terasa sebak, melihat halangan dan cabaran yang dihadapi oleh wanita tersebut untuk menunaikan haji. Beliau bukanlah seorang yang kaya, hanyalah seorang penjual kuih- muih dan juga ibu pada seorang pelukis yang bernama Zein. Saya sangat tertarik dengan sikap dan  perwatakan wanita tersebut, perwatakan beliau yang sabar, tulus dan penuh kebaikan dalam kehidupan membuatkan saya mudah terkesan dengan apa yang disampaikan melalui watak tersebut. Filem ini agak sederhana, latar belakang filem juga hanyalah masyarakat biasa ataupun boleh dikatakan masyarakat yang  kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Segala pergantungan diletakkan pada Allah.

Melihat kesungguhan ibunya mengumpul wang, Zein juga turut mencuba pelbagai cara untuk membantu ibunya antara usaha beliau yang agak mendebarkan adah  mencuri, namun begitu matlamat tidak menghalalkan cara, Allah Maha Berkuasa. Jalan kehidupan ini memang tidak akan lekang dengan cabaran, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh mereka berdua, anak Zein jatuh sakit sakit, bekas isteri zein yang datang menganggu dan juga masalah kewangan yang sentiasa membelenggu. Namun begitu ibu Zein tidak merasa itu masalah kewangan yang membebankan kerana hatinya yang tulus ingin membiayai kos pembedahan cucunya, membantu jiran tetangganya hingga mengorbankan wang tabung haji yang telah lama dikumpul oleh beliau. Di sebalik watak ibu Zein yang murni ini pasti terdapat watak yang agak kontras dengan watak utama. Kehidupan mereka yang berbeza telah digarap oleh pembikin filem ini, tipikal tetapi itulah yang sebenar.

Ya, cerita ini agak biasa, simple, tidak perlu latar belakang hijau, biru ataupun unsur-unsur mistik untuk menginsafkan penonton,kos yang berjuta- juta untuk membuat penonton membuka mata, ataupun aksi yang menjolok mata agar penonton faham apa yang ingin disampaikan[baca: faham untuk praktikkan, bukan untuk  kesan]. Saya masih suka membandingkan filem Indonesia dengan filem di tempat saya. Bukan saya terlalu menyanjung karya luar, cuma kadangkala kita perlu memandang ke arah lain untuk menilai dimanakah tahap kematangan kita membuat pilihan dalam mengisi senarai hiburan kita.


Pada saya, bagaiman filemnya begitulah penontonnya, mana mungkin prosuder filem di tempat saya ingin membuat filem sebegini rupa sekiranya tidak akan mendapat kutipan yang tinggi. Tanpa permintaan, sesuatu perkara tidak akan berlaku dengan sendirinya. Filem di tempat saya masih lagi mementingkan aktor dan aktress yang cantik dan popular, latar belakang yang mewah, unsur mistik yang berlebihan ataupun lawak jenaka hingga keluar air mata apabila menonton, aduh  semua itu kosong walaupun zahirnya menghiburkan, sukar sungguh untuk saya menggarap nilai-nilai murni melalui filem di negeri sendiri, ada juga filem yang menginsafkan, namun seram yang berlebihan membuatkan saya terlupa mesej yang disampaikan. Ada juga filem yang ingin menunjukkan realiti masyarakat, namun realiti negative yang ditunjukkan agak berlebihan hingga yang sampai pada penonton adalah ‘buatlah benda ni’, bukan ‘jangan buat benda ni’.

Filem yang memakan masa selama  1 jam 25 minit  nuansa adaptasi dari novel yang mempunyai tajuk yang sama iaitu  Emak Ingin Naik Haji karya Asma Nadia ini tidak membuatkan saya menguap, malah filem ini memanggil-manggil saya supaya mengingati Allah, menunaikan Rukun Islam yang ke lima iaitu menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu. Tidaklah mampu untuk saya mencoret keseluruhan jalan cerita,(baca:tengok sendiri) kerana nilai- nilai murninya terdapat pada setiap sudut. Anda lihatlah dengan mata hati akan sikap manusia dipentas ciptaanNya iaitu dunia. Saya asyik juga teringatkan ibu saya di kampung yang masih belum berpeluang untuk menunaikan haji, cerita ini menaikkan semangat untuk saya bersedia membantu ibu dan bapa saya untuk menunaikan haji.
.
Saya? Rindu pada Tanah Suci itu, bersedia? hanya Allah yang tahu.





Monday, 14 March 2011

Observation on 13/3/2011

Alhamdulillah, langit semalam cerah. Saya berkesempatan mencerap bulan. Berbekalkan teleskop Orion XT4.5 dan juga kamera Panansonic Lumix, saya menfokuskan teleskop tersebut pada encik bulan. Pada malam, bulan berada dalam fasa separa penuh.
Berikut adalah beberapa gambar hasil dari cerapan saya.
Using eyepice 25mm.
36x magnification.
Bulan separa penuh
Kelihatan kawah dan beberapa 'sea' yang terdapat pada permukaan bulan.



gambar bulan yang agak tak penuh, tapi kelihatan permukaan bulan.
Rasanya teknik tangkap gambar dan setting yang tak berapa betul=.="

Short Video: Moon.

Masa saya ambil video dan gambar-gambar di atas, memang lebih banyak gambar yang hanya nampak cahaya(silau). Waktu tu saya dah mula terfikir, "aiseh, kena pakai DSLR ni", setelah mencuba beberapa setting yang bersesuaian dengan komposisi cahaya, akhirnya dapatlah beberapa gambar yang memnuaskan hati saya. Jadinya, apa yang saya dapat, dalam ambil gambar ni kena la pandai set up kamera supaya bersesuaian dengan komposisi cahaya objek.=].
Kalau sebelum ni saya ada letak satu gambar bintang yang tak bulat[klik], tapi macam berbentuk2 kat tepi. Saya agak risau jugak, esoknya saya meneliti gambar tersebut dan lihat rumah yang terletak di belakang rumah saya, ye rumah tu ada aerial tv dan corong asap, patut la tak bulat, terhalang rupanya.=.=".

Oleh itu, sebutlah Alhamdulillah, Subhanallah=]

HB.

Sunday, 13 March 2011

Breaking News!

  salam wrm
 Usai sahaja usrah, ada sesi qadhaya bersama mereka^^,. Apa yang kami bincangkan ialah mengenai medium antara rakyat dengan dunia  iaitu 'akhbar'.

Akhbar, lihat sahajalah apa berita utama akhbar itu.
kredit gambar

Wah, pelbagai komen yang saya dengar, ada yang senaraikan ranking akhbar yang tak best, ada yang kata tak menarik dan banyak lagi. Saya mendengar sahaja. Personally(baca:secara peribadinya) saya suka dengan ranking akhbar yang mereka tidak sukai, ramai yang sudah nampak 'kemuakan' berita didada-dada akhbar dewasa ini. Ahah, termasuklah saya sendiri.
    Bukanlah tujuan saya untuk menyalahkan akhbar, mungkin juga  permintaan daripada pembaca yang membuatkan akhbar hanya menurut kata lalu hilanglah rasa. Saya kesal, baru- baru ini saya membaca sebuah akhbar yang dikatakan pencetus minda rakyat, tajuk berita tersebut juga malu untuk saya sebutkan, mungkin juga anda tahu.(ala, yang kes liwat tu), inilah transparensi yang dihidangkan pada rakyat, transperansi atas katil, transperansi seluar dalam dan sebagainya. Saya cuba berfikir, bagaimanakah perasaan kanak- kanak apabila membaca keratan akhbar ini? adakah baik untuk perkembangan akalnya? hatinya? bukan sahaja kanak- kanak, tetapi seluruh lapisan masyarakat. Inikah transperansi yang dimahukan oleh rakyat? saya juga tidak tahu, tetapi jika ditanya pada saya, saya lebih berminat untuk mengetahui transperansi perbelanjaan negara, harta setiap wakil rakyat, gaji mereka dan dimana harta-harta rakyat dibelanjakan ataupun banyak lagi benda-banda yang boleh ditransparensikan.
tansparensi?
kredit gambar
   Saya dapat rasakan, di dada- dada akhbar tabloid pula terutamanya di muka hadapan pasti yang menjadi penghias atau berita utama adalah yang berhubung kait dengan jenayah seksual, antaranya bapa rogol anak, guru raba anak murid, apakah impaknya pada pemikiran rakyat jika hampir setiap hari dihidang berita yang sebegitu rupa? adakah akan menjadi alah bisa, tegal biasa? mungkin saya boleh analogikan dengan sejenis ubat pain killer(baca:pembunuh sakit) iaitu aspirin, ubat ini sangat jarang diambil dan merupakan ubat kawalan yang mempunyai efek yang hebat pada pengambilnya, tetapi jika pengambil ubat itu mengambil ubat tersebut secara berterusan, pada suatu masa nanti ubat tersebut sudah tidak mempunyai apa-apa kesan pada tubuh pengmbil ubat tersebut. Begitulah juga minda kita, bagaimana jika berita tersebut adalah berita biasa, adakah ianya akan memberi kesan pada sensitiviti kita.
    Saya kagum dengan akhbar tabloid di UK yang diberi secara percuma iaitu Metro, akhbar tersebut mempunyai input untuk outside learning, setiap hari  memang kolum tersebut dipenuhi dengan fakta sains yang setiap lapisan masyarakat boleh membacanya, tidaklah khas untuk siapa-siapa yang ingin mengambil GCSE atau peperiksaan yang lainnya. Saya tersenyum sinis apabila membaca sebuah akhbar tabloid yang membuka cerita mengenai pokok petai menangis, wah apabila tajuknya juga sudah mistik bagaimana pula isinya? adakah mempunyai sebab yang saintifik? Bagaimana kita hendak menjadi negara maju sekiranya medium umum ini masih menyebarkan dakyah-dakyah yang kekurangan unsur saintifik, mistik overshadow fakta saintifik.(=.=!)..
      Bicara mengenai overshadow, baru-baru ini saya melihat sebuah filem yang pada saya hebatlah tahap seramnya hingga saya mampu lihat part 1 sahaja, kemudian saya biarkan laptop saya terbuka hingga part 1 itu habis. Pada mulanya saya suka dengan cerita tersebut kerana banyak menggunakan ayat Quran yang pada saya sangat bagus dan bermotif, tetapi saya sudah lupa apa mesej yang hendak disampaikan apabila aksi seram overshadow mesej keagamaan yang hendak disampaikan. ( ye, saya takut nak habiskan part1.haha)
     Ini hanya pandangan saya, tidak perlulah hendak menyalahkan mana-mana pihak kerana negara kita negara demokrasi (DARI rakyat KEPADA rakyat), negara yang bebas membuat pilihan, . Andai ingin salahkan kerajaan, mungkin boleh lihat semula itulah kerajaan pilihan rakyat, jadi saya lihat pada diri saya sendiri  sebagai seorang pendidik. Ini bermakna saya sudah mempunyai tanggungjawab yang cukup besar., ya masa muda saya memang berharga, tetapi saya tidak mampu menjawab dihadapan Allah kelak yang saya gunakan waktu itu untuk berfoya-foya.

Thursday, 10 March 2011

Belajarlah....

salam wrm,

Belajarlah,

Banyakkanlah membaca, banyakkanlah mengarang.
Lahirlah kamu sebagai seorang cendikiawan,
Membaca itu input, mengarang itu output.
Tidak minta lebih, tidak minta kurang,
Hanya mahu pendapat kalian,
Maka, apa yang ditugaskan, laksanakanlah.
Dia menjawab, aku tiada masa, aku tiada bakat..
Kamu tahu mengapa?
Kerana kamu mahu simpan input kamu.
Dakwah itu lahirkan cendikiawan, lahirkan ilmuwan.
Kalau tidak, manakan lahir kitab-kitab yang kamu guna hingga kini?
Belajarlah,berlatihlah..
supaya kamu mempersoalkan sesuatu dengan ilmu,
dan mengikuti sesuatu dengan ilmu,
insyaAllah, pasti ada manfaat,
ini nasihat untuk diriku,
ini nasihat untuk keluargaku,
ini nasihat untuk sahabat-sahabatku,


Wednesday, 9 March 2011

Gambar -gambar.

Bismillah,
Usai sahaja saya solat subuh, saya membuka beg merah saya yang menyimpan segala gajet-gajet saya, barulah saya perasan rupa- rupanya saya mempunyai sebuah kamera(bukan DSLR) yang boleh tahan kualitinya, mungkin tidak sehebat Canon, Nikon. Akhirnya di pagi hari itulah saya mencuba-cuba merakam gambar, mana lah tahu saya ada bakat mengambil gambar.

orion XT 4.5


0627
penghujung subuh.

Gambar- gambar dirakam melalui kamera Panasonic, Lumix DMC-FS10

alam berbicara

Salam wrm..
Alhamdulillah, 2, 3 hari ni langit Birmingham cerah, aku dapat melihat bintang walaupun tiada bulan penemannya.
salah satu bintang yang berjaya dirakam.
tak tau nama apa,
tak sempat nak cari sebab main tuju je kan.
apa-apa pun bintang tu bulat dan jauh.


Monday, 7 March 2011

 Pada suatu pagi,ketika hujan renyai-renyai membasahi bumi.

X : Misha, payung rumah tertinggal kat rumah Sopan la.
Misha: payung yang mana pulak ni?
 X: ala, yang kaler lutsinar tu, berbentuk hemisphere, aku terlupa nak bawak balik waktu ada usrah hari tu.

pic:google.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
hari lainnya.

X : eh, hujan lagi. Misha, ko pernah dengar tak sapa-sapa yang demam sebab kena hujan kat UK?
misha: ntahla.
X: tu lah, tapi aku tak pernah lagi la demam sebab kena hujan kat UK ni, kira ok lah tak pakai     payung,(sambil  berjalan laju-laju ke universiti).
    kalau kat Malaysia, tiap- tiap kali aku balik rumah, pastu kena hujan, tentu mak aku suruh mandi dulu.
Misha: mak aku pun sama.
X : tu la, aku kat sini kalau balik pastu hujan, takdenye aku rajin nak mandi.
Misha: aku pon.
maka, si X pun berjalan dengan bajet kebal ke Uni.=.=
alaa, lek aaa, hujan renyai-renyai je.
pic:google


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Beberapa hari selepas perbualan tersebut berlangsung, maka si X di timpa demam selsema selepas terdedah pada hujan dan angin kencang tanpa apa-apa protection ditambah dengan makan aiskrim dan air ais dimalam hari,. Beliau memang berani(berani cari penyakit.), tahniah. (TT______TT). Apa- apa pun, doakan Xcepat sembuh kerana apabila demam kerja X hanyalah tidur je.(TT_____TT). X, pasni jangan cakap bukan-bukan dah ok.
wajah x selepas makan aiskrin dan minum air ais.
pics:Google.


moral of the story: Allah lah yang memberi kesihatan dan kesakitan dalam sekelip mata, jadinya jom bersyukur atas segala kurniaan Allah.
ergh..dalam keadaan demam.
pics: google.

Sunday, 6 March 2011

apa beza

Gambar 70-an, free hair, skirt labuh, duduk  sopan sahaja, masih mempunyai budaya kesopanan gadis melayu.gambar ditangkap, kemudian menjadi koleksi peribadi.
Gambar kini : Bertudung paras atas dada, baju yang agak ketat , membuat gaya kembung pipi, membulatkan              mata dan menjelir lidah dengan harapan bajet menggoda, gambar diupload untuk ditunjukkan ke satu dunia.

Apa beza ye? mungkin dari segi Islam tiadalah sangat bezanya, tapi dari segi adat kesopanan, silalah kita bersama-sama menjaga tatasusila gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatnaik supaya gambar-gambar itu tidak menjadi fitnah kaum hawa dan tidak melanggar hukum syarak, jom kawan- kawan!:).

Fisabilillah.

Wanita sebaik-baik hiasan di dunia, andai taatnya disalurkan hanya kerana yang Esa, dialah ketua wanita di syurga.

Wednesday, 2 March 2011

[reviu] Alangkah lucunya negeri ini.

pics:Google



salam wrm...
 Usai sahaja saya menonton filem ini, memang tangan saya meronta-ronta ingin menulis apa yang hati &akal saya cerna. Tetapi............Hormon-hormon ngantuk lebih pantas bertindak, lantas action yang sepatutnya, (duk kat meja stadi, stadiiiiii sambil menulis entry ) bertukar berpandukan rotation pada C2 axis kepada menarik duvet dan ZzzZZzzZzz..(tamatlah riwayat saya untuk hari semalam). Alhamdulillah, Allah beri izin pada diri saya untuk beroperasi hari ni, hu hu.. dan semoga operasi-operasi saya pada hari ini lebih baik dari semalam...ameen.

Alangkah lucunya negeri ini, keseluruhan cerita ini punya mesej yang tajam dan berani, filem ini lebih kepada membuka mata pembesar, rakyat dan makhluk-makhluk yang lain akan realiti di negeri tersebut. Watak- watak yang diketengahkan adalah penganggur yang mempunyai sarjana, pencopet-pencopet (pick pocket,penyeluk saku) haa..pencopet-pencopet ini adalah kanak- kanak ye, masyarakat kampung: tok imam, ibu bapa, rakan sebaya. Berlatarbelakangkan konflik rakyat dalam mencari sesuap nasi di samping ingin mengaplikasi apa yang telah dipelajari, cerita ini pada saya terus memberi mesej tanpa perlu berselindung lagi.
satu lagi mesej yang ada ialah kepentingan pendidikan, kepentingan pendidikan telah di terapkan secara santai dalam filem ini. Rasa mahu cerita lebih, tapi..lebih baik jika anda sendiri menilainya.:)

Apa perbandingan filem ini dengan filem di Malaysia?
waaah, bagai langit dengan bumi dari segi penyampaian mesejnya, bagai hantu kak Limah dan juga si Muluk(nama watak utama), pada saya, watak Muluk dalam cerita ini memang memberi impak yang besar, mungkin agak keterlaluan andai saya membuat perbandingan filem ini dengan hanya satu sahaja filem di Malaysia, ok, sekarang selak balik file-file lama, cerita Malaysia baru-baru ini dan lama-lama ini yang saya lihat adalah pisau cukur, aku masih dara dan apa lagi ntah, semua saya tak larat nak habiskan..ha, mat semp-it, apa lagi-lagi la...ok, jika anda sudah tengok cerita-cerita ini, sila buat perbandingan dengan cerita Alangkah lucunya negeri ini . Saya rasa rekemenkan anda membuat perbezaan dari segi motif dan juga mesej.=.=.

Baru-baru ini, sahabat saya ada memberitahu pada saya, ada artis yang marah pada TV islamik di negara kita, syarikat chanel yang baru iaitu tv..jeng..jeng..,ok, artis tu agak berang dan menyatakan : bagaimana hendak berlakun kalau tak boleh pegang-pegang,penting kotttt,habis tu kalau jadi suami isteri macamana?(ok,ini ayat saya,tapi ayatnye mungkin lebih kurang)kamoon,pliss lakukan perubahan yang lebih diredhai,ok(malas nak ulas panjang-panjang),berbalik pada ALNI,..apa yang saya lihat dari filem ALNI ini, tanpa adegan pegang-pegang ataupun adegan berunsurkan seksual,ataupun pelakun-pelakon yang MENJOLOK MATA, cerita ini masih boleh hidup..masih boleh bernafas, andai filem ini tidak boleh pecah panggung pun. tetapi filem ini memberi satu MESEJ yang sangat MENDALAM dan berunsurkan REALITI.

saya hampir menangis melihat filem ini.ataaau mungkin ramai yang menangis apabila melihat filem lagenda  budak setan ke?(lupa..tapi ada setan-setan tu),tapi pada saya,lagenda budak setan tu, waktu part pertama, saya dah selamat buat kerja lain iaitu ZzzzZZZZzzz,
sayang seribu sayang,
 habiskan duit berjuta- juta,
menaja cerita yang tidak menjana minda,
 biarkan anak muda leka
hanyut dalam dunia yang dicipta.





HB,
revolusi sederhana?apa tu?