Sunday, 3 April 2011

Tarian Poco-poco

 Assalamualaikum, rasa terpanggil untuk menulis mengenai hal ini apabila saya mula membaca dan mengikuti rentetan-rentetan kisah ini, pelbagai komen yang saya baca, yang saya dengar. Kisah ini juga mendapat perhatian junior saya apabila dia senang mengutarakan hal ini sebagai isu semasa semasa kami berhalaqah bersama.

Baru-baru ini Mufti Negeri Perak iaitu Datuk Seri Harussani Zakaria telah mengeluarkan fatwa bahawa tarian poco-poco adalah haram, manakala menteri besar negeri Perak iaitu Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyahut fatwa tersebut dengan lapang hati. Apa yang junior saya katakan mengenai hal ini agak bernas dan saya juga menyetujuinya. Kata dia, Allah lah yang menggerakkan hati Mufti Perak untuk mengeluarkan fatwa sebegitu rupa, beliau adalah seorang yang berilmu, mengkaji Al-Quran dan hadis, maka adalah sebab yang kukuh mengapa beliau mengeluarkan fatwa sebegitu rupa. Siapa kita untuk mempertikaikannya sekiranya kita hanya berhujahkan emosi semata-mata?

Dia (jr) juga kesal apabila melihat komen sesetengah pihak yang memaki hamun ataupun memperlekeh-lekehkan fatwa ini, mereka memperlekeh-lekehkan, memaki hamun, namun mereka tidak menyertakan hujah yang bernas sebab mengapa mereka menentang fatwa tersebut. Inilah yang dikatakan, sudahlah jahil, tidak mahu bertanya. Bahkan lagi menunjukkan kejahilan diri. Keadaan ini sangat berbeza apabila mereka yang  berilmu turut serta menyusun kata, mengeluarkan pendapat mengenai hal ini. Prof. Madya Dr. Mohd Zainal Abidin menggunakan hujah-hujah dan kata-kata yang lembut lagi berhikmah untuk mengeluarkan pendapat beliau akan hal ini. klik sini. 

Pada saya, saya menghormati fatwa yang telah dikeluarkan dan berbesar hati kerana Mufti negeri saya bertegas akan fatwa ini. Ada juga pihak yang mula membangkitkan dengan mengatakan, " Habis tu, kita tak boleh la guna huruf T, tiang seri rumah melayu kalau begitu perlulah dirobohkan kerana menyerupai bentuk salib". Aduh, banyak sungguh persoalan ya. Cubalah lihat dan baca kaji betul-betul apakah sebab mereka ini mengeluarkan fatwa sebegitu rupa, jangan hanya tahu melatah sahaja.

Akhir kata pada, umumnya tanpa kira mana-mana negeri, tidaklah saya tahu apa hukumnya menari poco-poco dirumah bersama anak-anak dan suami ataupun seorang diri. Tetapi sudah terang lagi bersuluh haram sekiranya menari dikhalayak ramai dengan pakaian yang menjolok mata dengan pergerakan tarian poco-poco yang saya rasa tidaklah sopan untuk wanita menari sebegitu rupa di khalayak umum. Kita juga perlu fikir-fikirkan dan selamat beramal=]


No comments: