Tuesday, 19 April 2011

susah payah

Dari kekurangan itulah terbinanya kekuatan diri
hati
akal
iman
jasmani
rohani
kalau tiada kekurangan, mampukah kamu bersyukur?
Syukur itu lebih sukar dari sabar.
kita sabar seandainya tiada pilihan.
kita sabar apabila rasa itu yang kita mampu
namun syukur itu adalah pilihan
kamu senang?
kamu susah?
Kalau kamu tidak kesempitan wang, kamu tidak tahu apa itu nikmat berwang.
kalau kamu tidak sakit, kamu tidak tahu apa itu nikmat sihat
kalau kamu tidak jatuh, kamu tidak tahu apa itu ertinya berdiri
kalau kamu tidak bergelap, kamu tidak tahu apa itu cahaya
kalau kamu tidak diduga, kamu akan alpa untuk ingat padaNya

aku tidak mengata siapa-siapa.
aku ingatkan diriku dahulu
namun aku tidak mahu ingat seorang
aku mahu kita ingat bersama
supaya sekiranya aku lupa
kamu hadir mengingatkanku
sekiranya kamu lupa
aku sedaya cuba mengingatkanmu

aku buka lembaran agung
aku ingatkan keadaan susah payah ini adalah hipotesisku semata
rupa-rupanya
itulah suratan takdir kita
yang telah ditentukan olehNya
susah payah
serba kekurangan
untuk apa?
supaya hambaNya sentiasa ingat padaNya.
mencari kekuatan melaluiNya,
hanya PadaNya.


 Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya).(84:6)

No comments: