Alhamdulillah, Allah beri saya kesempatan untuk menulis khas peringatan untuk diri sendiri dan berkongsi bersama kita semua. Dalam kita bersama arus dakwah ini, mengikut usrah dan sebagainya, orang lain sering mengobserved mereka yang terlibat dalam kerja dakwah ini, mencari kelemahan lalu mula menutup kebaikan. Kadangkala dari 10 benda, hanya satu sahaja yang buruk, namun orang lain suka memandang luas benda yang buruk itu, maka sembilan lagi kebaikan ditutup oleh keburukan. Mereka memandang orang yang mengikuti usrah, dakwah ini adalah sempurna. Namun begitu, manusia semuanya adalah tidak sempurna, bukan malaikat. Tentu ada titik-titik kelemahan yang ada.
Di dunia ini, susuk tubuh yang sempurna peribadinya, akhlaknya adalah Al-Quran, tutur katanya adalah wahyu hanyalah Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Oleh yang demikian, tidak kiralah siapa kita, ikut usrah atau tidak, menghadiri daurah, jaulah, etc atau tidak perlulah kita mengambil Nabi Muhammad sebagai suri teladan kita yang terbaik, selain daripada hanya mengobserved peribadi manusia lain, tetapi jika kita tidak menegurnya atau menahsihatinya sama sahaja kita dengan orang tersebut kerana tidak berusaha mencegah keemungkaran.
Manusia itu sama sahaja semuanya, dari A-Z, datuk, datin, doktor, cikgu semuanya akan menghadap Allah Rabbul Jalil secara sendirian berhad. Apa yang membezakan kita disisi Allah?
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(49:13)
Hanya ini lah yang membezakan kita sesama manusia, sama ada yang ikut usrah atau tak, atau yang lain-lain lagilah semuanya sama. taqwa yang tidak boleh nampak melalui mata kasar yang membezakan kita. Jadinya jika mereka(yang mengikuti usrah etc) ini berkelakuan kurang menyenangkan, tegurlah juga secara berhikmah. Mereka juga manusia, bukan malaikat. Keadaan ini boleh dianalogikan apabila kita memakai tudung,
A : B, rambut awak terkeluarlah
B: Owh, yeke.. tak nampak pula.( lalu B pun membetulkan tudungnya), eh, A.. rambut awak pun terkeluarlah jugaklah.
A : ye ke, (lalu si A pun membetulkan tudungnya dan menyematkan rambutnya).
Jelas melalui situasi ini, dikala A memberi nasihat pada si B, si A juga mempunyai masalah yang sama. Tetapi si A tidak nampak rambutnya yang terkeluar. Lalu dia menegur si B dahulu. Apabila si B nampak juga kesalahan yang sama pada si A, dia menegur juga kerana tahu si A tidak boleh nampak rambutnya sendiri. Tidaklah si B mengatakan " hek eleh, tegur aku, dia pun sama, bajet baik la tu". Seorang muslim itu cermin kepada muslim yang lain..
Wallahualam

No comments:
Post a Comment