Wednesday, 27 April 2011

Pencuri.

Saya curi masa
Sebab saya mahu lepas segalanya
Masa saya sedikit
Tanggungjawab saya banyak
Saya janji saya curi masa sedikit sahaja

Tapi

Saya curi masa lebih dari yang sepatutnya
Saya jadi alpa
Saya jadi pelupa
Saya  menari diiringi pelangi senja
Gembira rasa tanggungjawab hilang serta merta

Saya terasa bahagia
Akibat curi masa
Saya lari, saya menari, saya gembira
Malangnya guruh menerpa , saya tersedar dari lena
Saya lihat tanggungjawab masih setia menunggu saya
Meminta untuk ditunaikan haknya.
Namun masa telah jauh tinggalkan saya
Saya terdiam seribu bahasa.

Saya menangis
Tapi saya tahu tangisan ini tidak berguna
Masa datang sekali sahaja
Tapi saya gunakan dengan sia-sia
Masa berlalu dengan pantas
Tanggungjawab mengekori saya

Saya semakin dewasa
Mereka yang sebaya  jauh sudah tinggalkan saya
Saya merangkak dalam cahaya
Saya bertatih belajar semula apa itu masa
Saya berjalan merentasi usia
Picture: Credits to Deviant Art
url
Apa yang saya ada kini
Masa yang tinggal dan tangunggjawab yang belum tertunai
Itulah harapan saya
Apa yang masih ada
Supaya saya mampu bina kekuatan dari kelemahan
Supaya saya mampu memecut laju merentasi  masa yang masih tinggal
Berbekalkan keredhaanNya
Selagi enjin nadi belum mati
Saya ingin tunaikannya




Saya agak

Jika saya berada di zaman para sahabat
Saya tidak tahu apa status saya
Sahabat yang tanpa sengaja tidak ikut angkatan Tabuk
Atau yang sudah sedia 1001 alasan mengapa tidak ikut sekali?
Tapi
Saya mahu turut serta ke angkatan jihad tersebut
Saya tidak mahu menjadi mereka yang tercicir dibelakang

Andai saya boleh pulangkan semula masa yang telah saya curi
Tentu sudah saya lakukan
Namun
Segunung emas, seluruh langit dan bumi masih tidak mampu
Menebus sesaat yang telah berlalu.



Demi Masa.(Al-Asr)
2244
27042011
Kabur mata zahir
Gilap mata hati





Sunday, 24 April 2011

noted!

Musuh dalam diri - hawa nafsu.

" Sebenarnya ada dua faktor yang menyebabkan hal ini berlaku. Pertama, kebanyakan umat Islam jahil kerana tidak mendapat suluhan ilmu. Kejahatan hawa nafsu langsung tidak diketahui apatah lagi untuk diperangi.

  Kedua bersikap eskapisme, yakni cuba lari daripada menghadapi Kenyataan. Kita sedar bahawa menentang hawa nafsu bererti menentang diri sendiri, maka tentunya ia sesuatu yang sangat memedihkan. Jadi lebih mudah menyalahkan orang lain daripada terpaksa "berperang" dengan diri sendiri. Contohnya lebih mudah mengajak orang berdemonstrasi membakar bendera Israel dan AS daripada mengejutkan diri sendiri untuk membuang selimut pada waktu dingin pagi, musim panas di sini untuk solat subuh.".

Fuh....
ps: terasa bagaikan salah seorang perajurit yang ditinggalkan batalion perang kerana tidak mampu melawan nafsu diri sendiri. T___T.

Sumber: diolah melalui. Majalah Solusi isu No. 25 , hal. 16.

Wednesday, 20 April 2011

duduk-duduk

Kalau letih,
ambil la masa dalam 10 minit
duduk-duduk
tengok balik pada diri.
kalau rasa 10 minit tak cukup
kena tambah lagi.
fikir, zikir.
cari definisi hidup.
cari definisi bahagia
cari definisi selamat
cari definisi matlamat
singkap definisi rancangan
tafsir erti kehidupan.
menangis kerana Tuhan.
sebab hidup ni macam pengembara.
yang duduk-duduk sekejap dibawah pohon yang rendang
sambil kumpul bekalan sebanyak yang mungkin.
Untuk teruskan perjalanan yang lebih jauh
yang tiada penghujung...

Manusia sentiasa sibuk.
Meh duk kejap.
Kita muhasabah diri.

ps: kalau duduk menanti kekuatan kunjung tiba, umpama mengharap bulan jatuh ke riba. Duduklah untuk membina kekuatan dari kekurangan yang sebelumnya. Tiada siapa yang Allah ciptakan tidak berguna.
Kalau takde pakcik angkut sampah tu , habisla satu SO berbau. waha, hidup ni adalah ekosistem, kitalah yang mengimbanginya. Tulis memang senang. he......
Semoga Allah redha..ameen.

Tuesday, 19 April 2011

susah payah

Dari kekurangan itulah terbinanya kekuatan diri
hati
akal
iman
jasmani
rohani
kalau tiada kekurangan, mampukah kamu bersyukur?
Syukur itu lebih sukar dari sabar.
kita sabar seandainya tiada pilihan.
kita sabar apabila rasa itu yang kita mampu
namun syukur itu adalah pilihan
kamu senang?
kamu susah?
Kalau kamu tidak kesempitan wang, kamu tidak tahu apa itu nikmat berwang.
kalau kamu tidak sakit, kamu tidak tahu apa itu nikmat sihat
kalau kamu tidak jatuh, kamu tidak tahu apa itu ertinya berdiri
kalau kamu tidak bergelap, kamu tidak tahu apa itu cahaya
kalau kamu tidak diduga, kamu akan alpa untuk ingat padaNya

aku tidak mengata siapa-siapa.
aku ingatkan diriku dahulu
namun aku tidak mahu ingat seorang
aku mahu kita ingat bersama
supaya sekiranya aku lupa
kamu hadir mengingatkanku
sekiranya kamu lupa
aku sedaya cuba mengingatkanmu

aku buka lembaran agung
aku ingatkan keadaan susah payah ini adalah hipotesisku semata
rupa-rupanya
itulah suratan takdir kita
yang telah ditentukan olehNya
susah payah
serba kekurangan
untuk apa?
supaya hambaNya sentiasa ingat padaNya.
mencari kekuatan melaluiNya,
hanya PadaNya.


 Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya).(84:6)

Tuesday, 12 April 2011

Apa yang kamu rasa bila.

Menyedari yang semalam kamu lebih baik dari hari ini?

Mutabaah amal semalam kamu lebih baik dari hari ini?

Butir Doa kamu padaNya pada semalam hari lebih baik dari hari ini?

Masa kamu yang semalam lebih baik dari hari ini?

Kualiti pelajaran kamu yang semalam lebih baik dari hari ini?

Bangun pagi kamu yang semalam lebih pantas berbanding hari ini?

Kepekaan telingamu pada azan subuh semalam lebih baik dari hari ini?

Tangisanmu padaNya lebih cepat lepas pada semalam berbanding hari ini?

Ramadhanmu yang lepas lebih baik berbanding kali ini?

Solatmu semalam lebih khusyuk berbanding hari ini?

Ingatanmu pada ibu bapa didalam doa pada semalam hari lebih baik berbanding hari ini?

Apakah pantas untuk kamu menoleh ke belakang?

Tolehlah, kutip kembali maruah dirimu, keperibadianmu,

Kamu jatuh sebenarnya

Kamu diseksa sebenarnya

Kamu tahu apa seksaan itu?

Seksaan itu adalah lalai dan futur.


jauh dari mengingatiNya

Bangunlah kembali,

Berjalanlah tanpa henti,

Berdoalah pada Allah agar kamu tidak jatuh lagi.


Aku? Mencari semangat yang hilang. Aku? melihat kembali diriku di masa lalu.
Aku malu padaMu.

Jangan kamu putus asa dari rahmat Allah walaupun kamu pernah jatuh beribu kali.
Wahai diri.


sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum berlaku kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala. 
                                                                                                                                   (HR: Al-Bukhari).




[kredit gambar]

Monday, 11 April 2011

Man in space.

Assalamualaikum wrm... heh, tajuk dah bahasa inggeris, tapi entri berbahasa melayu. Bolehla=P

Pada hari Ahad yang lepas, sementara menunggu keretapi dari Euston- Birm n.s, sempat juga saya mencapai majalah Sky at Night. Tajuk utamanya pastilah mengenai manusia pertama yang ke angkasa lepas iaitu Yuri Gagarin. Angkasawan yang berasal dari Rusia ini telah berada di angkasa lepas selama 108 minit menggunakan kapal angkasa Vostok 1 yang dilancarkan menggunakan roket Korolev R-7. Peristiwa ini berlaku pada 12 April 1961. Tahun ini merupakan ulangtahun ke 50 manusia ke angkasa lepas yang buktinya anda boleh lihat melalui video, hasil penulisan, gambar-gambar yang telah dirakam ataupun mendengarnya dari mereka yang tahu!.

[kredit gambar]


 Serba sedikit saya ceritakan tentang Yuri Gagarin ni, beliau telah menaikkan semangat dan nama Rusia serta negara eropah yang lain untuk meneroka bidang sains angkasa ni. Selain itu juga, apa yang menariknya Amerika Syarikat juga turut tercabar. [heh, diorang mana boleh kalah], lalu presidan A.S waktu ketika itu iaitu John. F Kennedy telah menetapkan visi dan misi A.S lebih tinggi dari apa yang Yuri Gagarin @ Soviet Union ni dah buat. Misi mereka ialah mereka akan ke bulan pula dan meneroka lebih dari itu.  [waah]. Ucapan beliau yang bertekad tinggi ini telah dirakam di Rice University A.S. 
Inilah permulaan perlawanan antara Soviet Union dan A.S dalam misi menawan angkasa.

bla..bla.. kita mana boleh kalah dengan Soviet Union
[kredit gambar]



Ucapan beliau:
' Many years ago, the great British explorer Goerge Mallory, who was to die on Mount Everest, was asked why did he want to climb it. He said, " Because it is there, "  Well, space is there, and we are going to climb it, and the moon and the planets are there, and new hopes for knowledge and peace are there. And therefore, as we set sail we ask God's blessing on the most hazardous and dangerous and greatest adventure on which man has ever embarked.'
                                                                                                                           J. F kennedy 1962.


Yuri Gagarin telah mati ketika beliau berusia 34 tahun. Baiklah, sedikit-sedikit sahajalah cerita pasal Yuri Gagarin ni, kalau anda nak tahu lebih lanjut, ada di bahagian sumber dan anda boleh sambung membaca melalui sumber yang telah saya letak di penghujung entri ini.

Roket ini telah dilancarkan pada jam 9.07 am waktu Rusia. Pada waktu tu, YG  dengan semangatnya telah jerit
"Poyekhali!" yang membawa maksud ( Let's go!)

Model kapsul Vostok-1
    




Pada kita manusia pertama yang pergi ke angkasa lepas tentulah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda merupakan manusia pertama yang melawan arus tarikan graviti bumi dan terbang bersama buraq ke angkasa lepas. Kelajuan buraq melebihi kelajuan cahaya. [wah.....], cuma apa yang membuatkan kita kurang peka untuk memberi jawapan bahawa baginda merupakan orang pertama ke angkasa lepas adalah kerana tiada bukti seperti gambar, video dan sebagainya. Apa yang ada? yang kita ada hanyalah iman yang mempercayai akan kekuasaan Allah ni. Manusia pertama yang sanggup mempercayai bahawa Nabi Muhammad ni dah jadi angkasawan dan juga dijalankan hingga ke Masjid Al-Aqsa ialah Saidina Abu Bakar yang keimanannya jika ditimbang dengan keimanan seluruh penduduk bumi, nescaya iman beliau lebih kuat. {fuh~}. 
Sumber  Rujukan:
i)Muhammad Said Ramadhan Al- Buti, Fiqh Sirah jil. 1, hal 197-210
ii) BBC Sky at Night, April 2011.
iii)Profesor Brian Cox & Andrew Cohen,Wonders of the Solar System, pg 16.

Dob 4.5 saya masih lagi berehat-rehat dilitupi oleh blanket pink.¬_¬. Musim stadi. Perlu seimbangkan antara hobi, dan stadi. Ibadah adalah keseluruhannya. insyaAllah. Jom semua!..


                        

Thursday, 7 April 2011

Panas, Panas, Menggelegak...grrr...[part 2]

Assalamualaikum wrm.

Part1 [klik sini]

       Alhamdulillah, syukur pada Allah. Baru-baru ni, saya mendapat satu cara bagaimana menggembirakan hati yang sedih atau marah. Caranya ialah, apabila saya rasa kesedihan dan kemarahan saya memuncak, saya bisikkan pada hati saya, "berapa banyak nikmat Allah yang aku syukuri?" Terus saya berasa malu untuk terus bersedih dan memarah-marah tak tentu pasal. Saya malu kerana apa hak saya untuk marah dan sedih, sedangkan Hak Allah itu lagi hebat dan lebih cash apabila saya membuat Allah marah dan sedih dengan perbuatan-perbuatan saya yang penuh hina- dina dan keji. (TT_________TT), apabila saya melakukan kesilapan, Allah tidak pula terus menarik nikmat saya atau bagi warning depan mata, bahkan terus-menerus memberi nikmat yang ada. Lalu hati kecil saya berkata lagi, "alangkah sedikitnya syukurmu wahai diri".

   Saya akan menyambung kembali  apa yang saya tulis mengenai tajuk diatas atau secara straight to the point nya adalah marah. Hakikat kemarahan ini, kita boleh lihat dan nilai pada perubahan yang berlaku pada diri  kita semasa kita marah. Apa yang kita rasa? dan apa yang kita boleh lihat reaksinya?
Pada waktu kita marah, darah yang menggeleak dalam hati kita akan menuntut untuk melakukan tindak balas.[ ada rasa begini tak? jika tiada, memang saya tabik spring dekat anda]. Kemudian api kemarahan ini akan menjadikan darah dalam hati kita mendidih, kemudian mengalir ke seluruh urat saraf dan seterusnya naik ke bahagian atas badan sebagaiman air yang menggelegak di dalam periuk nasik naik ke permukaan. [ fiuhhh~].
kemarahan itu umpama nuclear power plant reactor, apabila tidak dipam airnya secara berterusan(sabar, zikrullah),
makanya leburlah besi-besi hati kita yang kuat itu, bercelarulah sistem yang ada, meningkatlah suhu reaktor.
akibatnya, tekanan udara dalam reaktor menjadi tinggi...lalu~
[kredit gambar: Google]


  Akibatnya! Muka, mata dan kulit kita akan menjadi kemerahan. Umpama darah merah yang terkandung dalam gelas kaca. Darah akan menyirap naik dengan ganasnya apabila kita marah kepada orang yang lebih rendah kedudukannya berbanding kita, ini kerana kita boleh bertindak ke atas beliau, justeru itu sekiranya kita tidak dapat mengawalnya, maka berlakulah peristiwa berdarah lagi ngeri hasil dari api kemarahan itu tadi. Sekiranya kemarahan itu kepada orang yang lebih tinggi pangkatnya dari kita dan mustahillah kita nak bertindak balas kepada beliau makanya...menyusutlah darah yang terserlah dipermukaan kulit lalu masuklah ia ke lubuk hati(makan hati)...  ataupun hanya mampu potpet di belakang sahaja. [fiuuh¬_¬]. Ok, apabila kita marah pada orang yang lebih tinggi daripada kita, makanya kita akan mula berasa sedih. Disebabkan kesedihan secara fizikalnya kulit akan menjadi kuning dan pucat.
erk, apabila tidak dapat mengawam kecelaruan nuclear power plant reactor akibat putusnya bekalan air(sabar, zikrullah) sebagai ajen penyejuk makanya, meletuplah reaktor tersebut.[ok, yang kat atas tu gambar dia over sikit].
Bila dah meletup, pelbagai kesan buruk yang dapat kita rasai, antaranya berkeliarannya bahan-bahan radioaktif yang merbahaya seperti Iodine-131 yang boleh merebak ke seluruh dunia.[ ok, analogi ni over]. 


Sekiranya marah itu adalah pada orang yang setara dengan kita, maka kita akan kelihatan berubah-ubah dan darah pula akan naik dan turun secara drastik. Jadinya, akan kelihatan gelisah dan pucat. Jadinya, pada ketika kemarahan- kemarahan ini naik, syaitan akan meghampiri dan meyucuk-nyucuk kita untuk memberi makanan kepada marah ini iaitu tindak balas....hu~.
Jadinya, apabila kita marah, masa tersebut bukanlah masa yang sesuai untuk kita mencari solusi kerana saat itu solusi kita berdasarkan emosi! jadi berwaspadalah apabila kita mula merasakan tanda-tanda seperti ini, banyakkan beristighfar dan mengingati Allah. Kekuatan kita tidaklah terletak pada kuatnya kita menumbangkan lawan, tetapi kuatnya kita apbila menumbangkan api kemarahan...=]

Bukanlah orang yang kuat dan gagah itu dengan hebat bergusti tetapi kuat yang sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.   [ HR: Al- Bukhari,Muslim]



Akan bersambung lagi....
ps: Bersama-samalah kita membantah pembinaan loji muklear. hua~ sayangkan alam sekitar kita, sayangkan negara! kerana Allah.

Wednesday, 6 April 2011

Malu dengan Amir.

Saya lihat video ni, lebih tiga kali.
Bukan kerana saya terhibur.
Tetapi kerana saya terkesan.
Jarang saya menitiskan air mata melihat movie, video walaupun kawan-kawan kata itu, ini  sedih.
Tapi kali ini, apabila saya lihat video ini,
Saya tidak sedih.
Tapi saya Malu.
Lantas, air mata saya bergenag tanpa dipinta.

ye, saya setuju

Ingatlah, kelak kita akan ditanya mengapa kita memilih si polan-polan menjadi pemimpin. Sudah tiba masanya kita berfikir. klik sini.
Ulasan Mufti Perak mengenai akhlak/moral , fitanh, video sex.


Tuesday, 5 April 2011

Kita ini cermin pada saudara kita juga.

      Alhamdulillah, Allah beri saya kesempatan untuk menulis khas peringatan untuk diri sendiri dan berkongsi bersama kita semua. Dalam kita bersama arus dakwah ini, mengikut usrah dan sebagainya, orang lain sering mengobserved mereka yang terlibat dalam kerja dakwah ini, mencari kelemahan lalu mula menutup kebaikan. Kadangkala dari 10 benda, hanya satu sahaja yang buruk, namun orang lain suka memandang luas benda yang buruk itu, maka sembilan lagi kebaikan ditutup oleh keburukan. Mereka memandang orang yang mengikuti usrah, dakwah ini adalah sempurna. Namun begitu, manusia semuanya adalah tidak sempurna, bukan malaikat. Tentu ada titik-titik kelemahan yang ada.
       Di dunia ini, susuk tubuh yang sempurna peribadinya, akhlaknya adalah Al-Quran, tutur katanya adalah wahyu hanyalah Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Oleh yang demikian, tidak kiralah siapa kita, ikut usrah atau tidak, menghadiri daurah, jaulah, etc atau tidak perlulah kita mengambil Nabi Muhammad sebagai suri teladan kita yang terbaik, selain daripada hanya mengobserved peribadi manusia lain, tetapi jika kita tidak menegurnya atau menahsihatinya sama sahaja kita dengan orang tersebut kerana tidak berusaha mencegah keemungkaran.

   Manusia itu sama sahaja semuanya, dari A-Z, datuk, datin, doktor, cikgu semuanya akan menghadap Allah Rabbul Jalil secara sendirian berhad. Apa yang membezakan kita disisi Allah?

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(49:13)


Hanya ini lah yang membezakan kita sesama manusia, sama ada yang ikut usrah atau tak, atau yang lain-lain lagilah semuanya sama. taqwa yang tidak boleh nampak melalui mata kasar yang membezakan kita. Jadinya jika mereka(yang mengikuti usrah etc) ini berkelakuan kurang menyenangkan, tegurlah juga secara berhikmah. Mereka juga manusia, bukan malaikat. Keadaan ini boleh dianalogikan apabila kita memakai tudung,


A : B, rambut awak terkeluarlah
B: Owh, yeke.. tak nampak pula.( lalu B pun membetulkan tudungnya), eh, A.. rambut awak pun terkeluarlah jugaklah.
A : ye ke, (lalu si A pun membetulkan tudungnya dan menyematkan rambutnya).


Jelas melalui situasi ini, dikala A memberi nasihat pada si B, si A juga  mempunyai masalah yang sama. Tetapi si A tidak nampak rambutnya yang terkeluar. Lalu dia menegur si B dahulu.  Apabila si B nampak juga kesalahan yang sama pada si A, dia menegur juga kerana tahu si A tidak boleh nampak rambutnya sendiri. Tidaklah si B mengatakan " hek eleh, tegur aku, dia pun sama, bajet baik la tu". Seorang muslim itu cermin kepada muslim yang lain..






Wallahualam

Sunday, 3 April 2011

Tarian Poco-poco

 Assalamualaikum, rasa terpanggil untuk menulis mengenai hal ini apabila saya mula membaca dan mengikuti rentetan-rentetan kisah ini, pelbagai komen yang saya baca, yang saya dengar. Kisah ini juga mendapat perhatian junior saya apabila dia senang mengutarakan hal ini sebagai isu semasa semasa kami berhalaqah bersama.

Baru-baru ini Mufti Negeri Perak iaitu Datuk Seri Harussani Zakaria telah mengeluarkan fatwa bahawa tarian poco-poco adalah haram, manakala menteri besar negeri Perak iaitu Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyahut fatwa tersebut dengan lapang hati. Apa yang junior saya katakan mengenai hal ini agak bernas dan saya juga menyetujuinya. Kata dia, Allah lah yang menggerakkan hati Mufti Perak untuk mengeluarkan fatwa sebegitu rupa, beliau adalah seorang yang berilmu, mengkaji Al-Quran dan hadis, maka adalah sebab yang kukuh mengapa beliau mengeluarkan fatwa sebegitu rupa. Siapa kita untuk mempertikaikannya sekiranya kita hanya berhujahkan emosi semata-mata?

Dia (jr) juga kesal apabila melihat komen sesetengah pihak yang memaki hamun ataupun memperlekeh-lekehkan fatwa ini, mereka memperlekeh-lekehkan, memaki hamun, namun mereka tidak menyertakan hujah yang bernas sebab mengapa mereka menentang fatwa tersebut. Inilah yang dikatakan, sudahlah jahil, tidak mahu bertanya. Bahkan lagi menunjukkan kejahilan diri. Keadaan ini sangat berbeza apabila mereka yang  berilmu turut serta menyusun kata, mengeluarkan pendapat mengenai hal ini. Prof. Madya Dr. Mohd Zainal Abidin menggunakan hujah-hujah dan kata-kata yang lembut lagi berhikmah untuk mengeluarkan pendapat beliau akan hal ini. klik sini. 

Pada saya, saya menghormati fatwa yang telah dikeluarkan dan berbesar hati kerana Mufti negeri saya bertegas akan fatwa ini. Ada juga pihak yang mula membangkitkan dengan mengatakan, " Habis tu, kita tak boleh la guna huruf T, tiang seri rumah melayu kalau begitu perlulah dirobohkan kerana menyerupai bentuk salib". Aduh, banyak sungguh persoalan ya. Cubalah lihat dan baca kaji betul-betul apakah sebab mereka ini mengeluarkan fatwa sebegitu rupa, jangan hanya tahu melatah sahaja.

Akhir kata pada, umumnya tanpa kira mana-mana negeri, tidaklah saya tahu apa hukumnya menari poco-poco dirumah bersama anak-anak dan suami ataupun seorang diri. Tetapi sudah terang lagi bersuluh haram sekiranya menari dikhalayak ramai dengan pakaian yang menjolok mata dengan pergerakan tarian poco-poco yang saya rasa tidaklah sopan untuk wanita menari sebegitu rupa di khalayak umum. Kita juga perlu fikir-fikirkan dan selamat beramal=]


Panas, Panas, Menggelegak...grrr...



Marah merupakan salah satu senjata paling hebat dan tak pernah lapuk yang dimiliki oleh Syaitonirrojim untuk mencucuk dan memusnahkan kehidupan cucu-cicit Nabi Adam a.s.  Apabila kita marah, kita seperti syaiton, ini kerana kemarahan umpama nyalaan api yang marak membakar memusnahkan seluruh alam dan hutan-hutan belantara. Lepastu, syaitan pula memang dicipta daripada api. Kita pula dicipta daripada tanah yang sifat semulajadinya adalah diam dan tenang, lalu dah elok-elok dengan sifat tanah yang cool je, maka jadilah kita sifat syaiton apabila marah….grr.

Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.(Al-‘Araf:12)

Syaitan dicipta melalui api dan Allah tidak menstate pun bahawa api lebih hebat dari tanah, namun sifat perasan dan takabur telah mengaburi ahli ibadah yang paling hebat di syurga disuatu masa lalu iaitu bapa kepada segala Iblis dan syaiton iaitu Azazil. Fuh~ betapa hebatnya kuasa marah+ takabur + riak ni.

Marah itu hanya merugikan diri sendiri,
kita makan hati, sengsara tidak menentu dan tidak tenang, memaafkan itu lebih indah walaupun payah.
[kredit gambar]



Selain itu juga, Rasulullah juga mencela sifat marah ni, diriwatkan ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah untuk meminta nasihat, lalu Rasulullah pun bersabda:

Daripada Abu Hurairah r.a.: 

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu  beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah  engkau marah.
                                                                                                Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

Kesan dari sifat marah ni akan menjemput dengan segala hormatnya perasaan dendam, hasad, dan dengki. Ada satu riwayat yang sangat menarik untuk dikongsi bersama, diriwayatkan bahawa Iblis terkutuk telah menjelma kepada Nabi Musa a.s, lalu iblis membocorkan rahsia senjata senjata pemusnah yang dimilikinya.. Iblis berkata kepada Nabi Musa:

Wahai Musa, awas kamu dari sikap bengis kerana aku boleh mempermain-mainkan orang yang bengis sepertimana kanak-kanak bermain bola. Jauhilah perempuan kerana perangkap yang paling aku percayai ialah perangkap yang aku pasang melalui perempuan. Jauhilah sifat bakhil kerana dengannya aku boleh membinasakan dunia dan akhirat seseorang

Hebat betul penangan marah ni..huish..., ini kerana apabila kita marah je, syaiton dah boleh mula tekan butang play untuk mempermain-mainkan kita.( T______T). selain itu juga, perangkap yang paling berkesan adalah kaum hawa. Soob, oleh itu kepada kaum Hawa sekalian, terutamanya saya perlulah lebih berhati-hati supaya tidak menjadi ‘batu loncatan’ syaiton untuk memerangkap hamba Allah yang lain..
 soobs..soobs..

waktu Asar semakin menghampiri, akan bersambung part 2 dikemudian hari. insyaAllah.


Sumber:Ringkasan Kitab Jalan Mereka yang menuju Allah, Jilid 1, bab 21, hal. 357&359, Imam Ahmad bin Qudamah Al- Maqdisi.

Saturday, 2 April 2011

Solid Oxide Fuel Cells.

 Fuel cell is an electrochemical  device that converts chemicals energy directly to electrical energy. This bla..blaa..:]   [For more informations, you may refer to the video below]


[hoho] inilah video yang kumpulan saya berjaya hasilkan. Selain belajar kimia, kami juga belajar cara-cara men'transfer' informasi saintifik pada orang awam dengan cara yang mudah, penerangan yang tidak memeningkan dan juga menarik perhatian audien untuk menghabiskan video tersebut. Video yang pendek ni mengambil masa selama sembilan minggu untuk disiapkan. Bekerja dalam kumpulan, memang banyak cabaran dan dugaan terutamanya dari skill komunikasi saya sebagai internasional student. waha=P
  Saya akui, banyak juga yang saya pelajari dari modul ini, terutamanya bagaimana apabila kita hendak bekerjasama dengan mereka. Saya tidaklah  banyak bercakap dalam kumpulan tersebut, namun begitu saya tetap cuba memberi sumbangan dengan mengarang sedikit-sedikit  skrip untuk video dan menjadi camerawoman.[kalau skrip tak best, saya la tu..koof..koof.].

Alhamdulillah, akhirmya modul ni berjaya dihabiskan, saya tidak tahu berapa markah saya untuk modul ni.=.=
namun begitu, sukacitanya video ini telah memenangi hati juri dalam membuat penilaian video manakah yang terbaik dari 16 kumpulan yang turut serta menghasilkan video. seribu kesyukuran saya panjatkan. Semoga Allah memberkati segala usaha dan kerja yang dilakukan oleh hambaNya yang khilaf ini. ameen.

Perjuangan masih panjang, perjuangan itu hinggalah kita bertemu dengan Allah. Doakan saya, doakan kita semua dalam perjuangan kita menegakkan Kebenaran hingga hembusan nafas terakhir.

 Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya)(Al-Inshiqaq:6)