Sunday, 9 January 2011

kisah dari Spain~Granada saksi keruntuhan kota terakhir Islam di Andalus

salam wrm....
setelah penat menengok2 soalan tutorial dan rasa mata dah krem melihat reactive intermediate yang berkeliaran,akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyambung kisah dari spain iaitu dari Granada.

Kubu pertahanan Islam yang terakhir di andalus,di Granada saya melawat Al-Hambra yang membawa maksud Istana Merah,tempat ini merupakan sebuah masjid,kompleks pentadbiran dan juga istana kerajaan Moor Granada.Kerajaan Islam ini bertahan hampir ~200 tahun,raja yang terakhir menetap di istana ini adalah Abu Abdullah IX.

Kekuasaan islam yang terakhir ini jatuh adalah kerana perebutan kuasa antara bapa dan bapa saudara,Abu Abdullah pada mulanya memberontak dan akhirnya ayah dia pun terbunuh,kemudian takhta dinaiki oleh Muhammad ibn Sa'ad,bapa saudara beliau.Lastly Abu Abdullah pun mintaklah bantuan dari dua penguasa kristian iaitu Ferdinand dan Isabella untuk jatuhkan bapa saudara dia plak..tapi memang dasar orang2 kafir yang tidak akan berpuas hati dengan Islam(2:120).

Akhirnya  Abu Abdullah ni pulak yang dimakan oleh mereka,setelah tak tahan dengan serangan pihak kristian,dia pun menyerahkan kunci kota kepada pihak kristian,(gambar penyerahan kunci kota ini telah dilakar dan dipamerkan di Plaza Espana)pastu yang lebih dramatiknya,apabila Abu Abdullah ni melarikan diri,dari tempat tinggi dia dapat melihat Al Hambra yang menjadi kebanggaannya dahulu lalu menangis,pastu mak dia pun berkata:

"nangislah kamu seperti perempuan,kerana negaramu telah hilang...kamu dahulu tidak menjaganya seperti seorang lelaki"

Inilah benteng pertahanan Islam yang terakhir di andalus,selepas kekalahan ini,umat Islam diseksa dan di murtadkan beramai-ramai. Mereka di pastikan menjd kristian atau keluar dari Andalus,pihak Kristian berusaha sedaya upaya membersihkan darah penduduk Andalusia daripada mengalirnya darah Islam.Tanggal 2 januari 1492 menjadi saksi pemurtadan besar-besaran yang terjadi dalam sejarah...

Semoga dari kisah ini,kita semua dapat mengambil pengajaran dari apa yang berlaku,Islam pernah naik,mempunyai kerajaan,menguasai 2/3 dunia,mempunyai khalifah,saintis,ahli falsafah,doktor yang sangat hebat,dan pernah turun hingga umat Islam di seksa,tiada khalifah,tiada empayar,tiada negara,Allah tinggalkan bukti2 untuk kita ambil iktibar walaupun sebenarnya Allah boleh musnahkan segala yang ada tanpa apa pun sisa yang tinggal,tetapi Allah masih pelihara apa yang perlu kita lihat,fikir dan ambil pengajaran walaupun tinggalan itu hanyalah sisa runtuhan ataupun istana yang masih tersergam indah.

Tindakan kita bukanlah sekadar melihat dan menunding jari pada kelemahan sistem pemerintahan yang terdahulu ataupun sifat tamak yang sukar dikawal di dalam diri manusia,kita perlulah membina semula dari apa yang ada walaupun mungkin ketika Islam naik nanti kita sudah tiada,tetapi pastilah kita tidak mahu menjadi penonton atau penyorak,kita mahu menjadi salah seorang pendukung yang menggunakan kudrat pinjaman Allah untuk berbuat sesuatu pada Islam.
wallahualam..

di tempat beli tiket,harga tiket adalah 13 euro dan tiket adalah terhad.
Kalau nak pergi, beli online sebab kalau beli kat kaunter kena bariss panjang dan susah nak dapat.
Nasrid palace
ukiran yang sangat halus
Nasrid Palace,kompleks pemerintahan.
masih gah berdiri mengharungi zaman
menjadi saksi.
masjid,pemandangan seluruh Granada boleh dilihat dari watch tower,
kegunaan watch tower ialah untuk melihat sejauh mana tentera salib menghampiri.
di generalife garden yang sangat cantik.


2321
09012011
jannatul huda
selagi diri ini bernafas.

1 comment:

nurulhusnazubir said...

masyaAllah...
kata2 ibu abu abdullah sgt terkesan..cntik2..masyaAllah..sgt sedih bila tau kisah kjatuhan Islam..trimakasih, k.dyh..sama2 kita mnjadi org2 y dlm klgn mnaikkan Islam...ameen..