salam wrm....
Alhamdulillah,Cordoba adalah tempat yang ke3 yang saya ziarah semasa berada di Spain,Cordoba adalah tempat di mana terukirnya kegemilangan Islam,tempat yang saya lawati ialah Medina al Zahra dan juga Mezquita Cathedral. Perjalanan dari Malaga menuju ke Cordoba memakan masa hampir 2jam30minit.
Medina al Zahra di bina oleh Abdul Rahman III,pembinaan tempat ini memakan masa hampir 10 tahun dan hanya bertahan selama ~70 tahun,kemudiannya tempat ini telah di musnahkan oleh puak murabitun..
untuk maklumat lanjut,sila layari Medina al Zahra. :)
Kemudian,selepas puas kami melihat excavation site Medina al Zahra yang telah terkambus kemudian di jumpai semula kami pun bergerak ke tempat seterusnya iaitu Mezquita Cathedral.Mezquita Cathedral ialah masjid yang telah di murtadkan menjadi gereja.OTW nak ke Mezquita,pemandu pelancong kami pun tiba-tiba berkata..
aduih,simple je dia cakap,tapi sangat mendalam.
Maka,saya pun memulakan langkah untuk masuk ke masjid yang telah di ubah menjadi gereja..Ironinya tempat ini...saya melangkah tanpa apa-apa expectation,kerana hati sudah cukup terluka dengan apa yang telah saya dengar,kini Allah berikan saya peluang untuk melihat,hati terguris apabila melihat masjid yang dahulunya di imarahkan dengan solat&pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang lainnya,menjadi saksi kegemilangan Islam itu sendiri kini menjerit,menderita menanti ia dibebaskan,rimas. Tubuhnya dihakis,seni kelahirannya digantikan dengan berhala-berhala, dahulunya berkumandang bunyi azan, kini di hujani bunyi loceng....
saya seolah-olah terimbas kembali keadaan kaabah yang pernah di kelilingi hampir ~360 berhala...Mezquita itu menanti dirinya dibebaskan...
Medina Al Zahra excavation site pya map. |
hanya tinggal runtuhan... adakah kemewahan itu dapat dikekalkan? apakah kemegahan membantu kita? bersederhanalah.. |
pintu gerbang yang masih gah berdiri tak silap pintu gerbang nak ke office PM. |
tapak masjid,merupakan masjid pertama yang betul kiblatnya. mengapakah tapak masjid yang paling teruk kemusnahan? adakah ini kebetulan atau Allah mahu kita menjadi hamba yang berfikir? |
masih gah berdiri,menjadi gambaran betapa hebatnya architecture pada zaman tersebut. |
lokasi selepas Medina Al Zahra, kota lama Cordoba sehingga kini di huni oleh kebanyakannya orang yahudi di dalam kota inilah terdapatnya Mezquita Cathedral |
outside the Mezquita |
1547 jannatul huda |
2 comments:
bgus gla pergi cordova
Alhamdulillah weh..rezki dari Allah:)
Post a Comment