salam wrm..
Alhamdulillah,time cuti ni sy mendapat kelebihan dari segi masa untuk update blog ni,iAllah..kalau tak mungkin nasibnya akan jadi seperti bulan2 lain yang berabuk je,nak buat 1 entry pun payah.huhu..
yep,baru2 ni sy ada membaca sebuah buku mengenai kisah para tabiin,jadi ada satu part yang sangat saya suka dan tak bolehla sekadar suka,tapi kenalah di extract iktibar dan pengajaran dari part tersebut,iAllah:)
perbualan yang sy kongsikan ini berlaku antara khalifah Bani Umaiyah iaitu Sulaiman bin Abdul Malik dengan Salamah b Dinar atau lebih di kenali dengan panggilan Abu Hazim,perbualan ini berlaku apabila amirul mukminin meminta nasihat dari para ulama ketika beliau berkunjung ke Madinah..
khalifah:wahai Abu Hazim,bagaimanakah saya boleh menjadi manusia yang baik?
abu Hazim:buangkan segala rasa takabur dan semailah akhlak yang baik.
khalifah:siapakah manusia yang paling mulia?
abu hazim:manusia yang berpegang teguh dengan maruah dan akhlak serta bertaqwa.
khalifah:apakah kata-kata yang paling baik?
abu Hazim:kata-kata yang di ucapkan oleh seseorang di hadapan orang yang ditakutinya dan di hadapan orang yang di sukainya.
khalifah:Wahai abu hazim,apakah doa yang paling cepat di perkenankan?
Abu hazim:doa orang yang melakukan kebaikan kepada orang-orang yang baik.
khalifah:apakah pula sedekah yang baik?
Abu Hazim:sedekah daripada orang yang kurang berada kepada orang yang terlalu miskin dan di berikan tanpa disertai kata-kata yang menyakitkan hati.
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. (2:263)
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (2:264)
khalifah:siapakah orang yang paling pintar?
Abu Hazim:orang yang mengetahui cara mentaati Allah kemudian dia mengamalkannya dan kemudian dia membimbing orang lain untuk mengamalkannya.
khalifah:siapakah pula orang yang paling bodoh?
Abu Hazim:orang yang menurut kemahuan sahabatnya sedangkan sahabatnya itu zalim.Dia mempertaruhkan akhiratnya semata-mata demi dunia orang lain.
begitulah sedikit perbualan antara amirul mukmin dengan Abu Hazim,semoga isi perbualan ini menjadi nasihat dan pengajaran buat diri saya terutamanya dan yang lain.
wallahualam
2130
110111
jannatulhuda
1 comment:
agak2 kenapa ye, pkataan y plg baik adalah y di dpn org y ditakutinya??
sbb dia akan bkata bnar, dan tak de unsur2 'proud' ke??
Post a Comment